Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud - [VIDEO]

Semalam telah dianjurkan satu forum menarik berkaitan pro-kontra hudud Kelantan yang membariskan beberapa ilmuan dan ahli politik antaranya anak lelaki kepada almarhum Ustaz Fadhil Noor, Muhammad Faiz Fadzil, Ustaz Wan Ji seorang pendakwah bebas dan lainnya...

Forum ini boleh tahan bro ! anda nilai sendiri pandangan mereka..video forum penuh paling bawah sekali..saksikan.








"Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah

‘Mat Sabu, Husam 
mampu teruskan legasi Fadzil Nor'

Published on Mar 31, 2015
Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor mahu perwakilan parti memilih pemimpin yang mampu meneruskan legasi allahyarham ayahandanya dan menempatkan diri mereka dalam arus perdana politik negara.

Muhammad Faiz Fadzil yang juga adalah pengerusi lajnah undang-undang dan hak asasi PAS, Negeri Sembilan berkata perwakilan parti harus menolak pemimpin yang "mengapi-apikan" isu hudud sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti, beliau menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa antara pemimpin yang dilahirkan oleh almarhum ayahandanya..kinitv


Berita lanjut baca di  Malaysiakini


Forum Pro-Kontra Hudud Kelantan !!
Dengar sendiri forum penuh semalam...
dan nilai sendiri !!


FORUM: Pro dan Kontra Hudud Kelantan

Streamed live on Mar 31, 2015
Tarikh: 31 Mac 2015 (Selasa)

Masa: 8.30 malam

Lokasi: Ibu Pejabat Malaysiakini, No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor

PANELIS:

1. YB Liew Chin Tong (Ahli parlimen Kluang & ahli jawatankuasa pusat DAP)

2. Khalid Jaafar (pengarah eksekutif, Institut Kajian Dasar (IKD) & ahli majlis jawatankuasa PKR)

3. Muhammad Faiz Datuk Fadzil Noor (pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi PAS Negeri Sembilan)

4. Ustaz Wan Ji Wan Husin (pendakwah bebas)

Moderator: Eekmal Ahmad

Anjuran: Jalan Telawi Dotcom dengan kerjasama Malaysiakini



Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$