Minda Jumaat - Fakta MenarikTentang Neraka - [VIDEO]

Minda Jumaat pertama ini diharap dapat manfaatnya, lama juga gersang tidak menulis tentang ini..Fakta tentang Neraka dalam minda Jumaat ini mampu menjadikan aku sendiri memperbaiki diri dan ahli keluarga, begitu juga sesiapa sahaja dari kita agar lebih tingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan lebih lagi.

11 Fakta Menarik Tentang Neraka

forum.hwaml.com
Neraka mempunyai nama yang banyak..antaranya:
Jahannam, Al-Jahiem, Al-Haawiyyah,..Al-Huthomah



Jarang kita dengar orang berbicara tentang Neraka. Biasa kita dengar semuanya indah-indah sahaja tentang syurga. Semoga berkekalan hingga ke syurga lah, mencintaimu sampai syurga lah, wajahmu indah bak bidadari syurgalah dan macam-macam lagi. Ialah tak siapa mahu ke neraka jadi mari kita tambah pengetahuan tentang keluasan Neraka itu sendiri agar kita lebih beringat.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:


Anda lihat video ini..
Dikisahkan dari Hadis yg diriwayat oleh
Ali B Abi Thalib (Karamallah Wajhah)
"Antara penghuni Neraka ialah wanita yang
sering menyakiti suaminya dengan lisan mereka"..

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Salat yg tidak dijaga..adalah penyebab manusia itu dihumban ke dalam neraka..Waliyazubillah !
Dalam Surah Al Mudathsir dijelaskan bilamana penduduk syurga bertanyakan penduduk neraka kenapa mereka dimasukan ke dalam neraka (Saqar) mereka menjawab, kami bukanlah dari kalangan orang yg menjaga salat..


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.


www.aljamaa.net
Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar..HR Muslim

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. 

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." 

Maka nabi s.a.w. jatuh pesan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh b esar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

وصف نار جهنم

Gambaran dan Sifat Neraka Jahannam
Sifat2 di bawah ini..disebut dalam video di atas !

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.

9. Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta itu mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.

11. Setiap rantai DISERET oleh 70,000 MALAIKAT.


''Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah kami menerangkannya kepada manusia didalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk''. - Al-Baqarah ayat 159

Sumber Oh! Media Network




Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$