Husam cipta sejarah dengan 7 Pencalonan !

Bro n Sis !
Hebat bro ! belum pernah lagi dalam PAS (setakat yg aku ingat ler) seorang tu dapat sampai tujuh pencalonan terutama untuk lawan Presiden? Tapi Husam Musa telah mendahului senarai pencalonan ini ! Hadi baru empat bro !

Rasanya Husam yg dipinggirkan di Kelantan hingga mendapat jolokan 'MB Swasta' ini ? telah diberikan satu 'signal' seperti kata Merdeka Centre ! untuk mara lagi dalam 'hiraki' kepimpinan utama dalam pari Islam ini.

Menarik bro ! Persaingan kali ini sengit jadinya ! Kemaraan Husam tidak boleh disekat lagi..Akar umbi dalaman PAS mau satu perubahan..Itulah agaknya 'Moving Forward'? seperti motto Husam dalam lamaaan facebook miliknya?

Husam yang juga naib presiden PAS mencipta sejarah apabila sehingga kini mendapat 7 pencalonan termasuk 4 dari Johor iaitu Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat dan Seri Gading manakala 2 dari Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Teluk Kemang dan 1 dari Batu Sapi, Sabah.



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menerima
7 pencalonan setakat ini untuk
mencabar jawatan presiden parti Islam
itu dalam muktamar tahunannya yang akan di
adakan pada Jun-Foto Fb Dato Haji Husam Musa



Pencalonan tinggi Husam 
mesej tidak baik kepada Hadi, 
kata penganalisis 

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 7 April 2015 9:00 AM

Akar umbi PAS menghantar mesej jelas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mereka tidak senang dengan kepimpinannya apabila memberikan hampir 30% pencalonan kepada Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi itu, kata penganalisis politik Ibrahim Sufian. 

"Ini belum pernah berlaku dalam PAS apabila calon lain mendapat tujuh pencalonan daripada 24 kawasan yang membuat pencalonan sehingga kini," kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider.

"Saya rasa pencalonan kepada Husam untuk presiden adalah satu yang luar biasa, sebelum ini satu je dan nak dua pun susah. Ini signal daripada ahli tentang rasa tidak puas hati mereka.”

Bagaimanapun menurut Ibrahim, kumpulan konservatif masih mempunyai kelebihan dalam pemilihan yang akan berlangsung pada Jun kerana mereka lebih rajin turun ke bawah untuk menjelaskan isu-isu dan merapati akar umbi.
 

Husam yang juga naib presiden PAS mencipta sejarah apabila sehingga kini mendapat 7 pencalonan termasuk 4 dari Johor iaitu Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat dan Seri Gading manakala 2 dari Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Teluk Kemang dan 1 dari Batu Sapi, Sabah.

Sementara Hadi menerima 4 pencalonan dari Pahang, 3 di Johor, 3 di Selangor, 2 dari Wilayah Persekutuan dan masing-masing 1 dari Terengganu, Kedah dan Melaka.

Dua lagi calon yang turut mendapat pencalonan untuk jawatan presiden PAS adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Awang.


Terdapat 150 kawasan PAS di seluruh negara yang masih belum mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan sehingga akhir bulan depan.

Pada Ahad, Husam mengakui berada dalam dilema berikutan pencalonan kawasan-kawasan untuk membolehkannya bertanding jawatan presiden PAS.

"Husam memberikan jawapan yang tepat," kata Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang memulakan usaha mencalonkan selain Hadi untuk jawatan presiden. 


Seorang pemerhati politik PAS melihat perkembangan baru ini sebagai kemungkinan Hadi terpaksa menggantikan Datuk Haron Din sebagai mursyidul am selepas muktamar pada Jun.

"Ia menimbulkan persoalan kepada saya, apakah ini juga membuka peluang kepada Ustaz Hadi ke kerusi mursyidul am," kata beliau yang enggan namanya dinyatakan kerana hubungannya yang agak rapat dengan Hadi.

Majlis syura ulama boleh melantik pengerusi mereka yang baharu selepas wakil-wakil dari Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dilantik semula selepas muktamar Jun nanti.

Husam sempat ziarah anak Pn Suhana, Anis di Kg Labu Kubung, Lubuk Merbau, Padang Rengas dan kemudiannya menziarahi keluarga Hj Ismail SM Abd Kadir di Kuala Kangsar. Mereka ini antara aktivis yang dihukum penjara 10bulan..FB Dato Hj Husam Musa

Bagi Ibrahim, apa yang berlaku dalam PAS kini adalah desakan akar umbi agar hala tuju parti sekarang diubah.

"Dalam mereka hendak menang, mereka juga mahu jelas menang dengan siapa. Nampaknya mereka mahu PAS kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) dan bukan dengan Umno," kata Ibrahim yang membuat banyak kajian sokongan di kalangan rakyat negara ini.

Bagaimanapun, kepimpinan tidak jelas Hadi menyebabkan ahli parti keliru dengan hala tuju parti dan kesetiaan, kata Ibrahim.

Katanya, ekoran kegawatan dalam Umno sekarang, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Najib Razak, ahli PAS tahu betapa teruknya keadaan Umno kini.

Sepentas bersama Datuk A. Kadir Jasin dan
Yusmadi Yusof. Bicara masa depan ekonomi Malaysia.
FB Dato Hj Husam Musa

"Tetapi pimpinan khasnya presiden tidak mahu ambil kesempatan daripada kelemahan Umno sebaliknya dilihat macam nak bekerjasama dengan Umno pula. Dari situlah timbulnya kekaburan itu," katanya.

Menurut Ibrahim, berdasarkan kajiannya, tiada siapa dalam PAS menyangkal cita-cita perjuangan Islam termasuk hudud tetapi pimpinan tidak menjawab banyak persoalan bagaimana ia boleh membawa kepada kemenangan.

Ibrahim memberikan tiga punca utama kenapa Husam mendapat banyak pencalonan dalam pemilihan kali ini; sikap PAS seperti tidak berminat terus bersama PR, kelemahan dalam pengurusan konflik dan polemik negatif dan tuduh menuduh sesama kumpulan bertelagah..

Husam menulis di Facebook beliau:
Pertemuan dengan bekas Presiden Turki,
Abdullah Gul di kediaman nya di Istanbul semalam memuaskan hati saya. Kami berkongsi banyak perkara dari keluasan pandangan dan buah fikiran beliau mentadbir Turki. Moga kita dapat mencontohi kebijaksanaan pentadbiran dari mereka.

Menurut Ibrahim, ahli PAS juga mahukan pemimpin yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya, mengambil kesempatan daripada kelemahan Umno dan Barisan Nasional dengan pelbagai isu termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan sebagainya.

"Tidak berbangkit soal geng Erdorgan (profesional dalam PAS) tak nak bawa hudud, cuma persoalan yang timbul macamana kita nak menang Putrajaya, boleh ke kita menang kembali Selangor dan Perak. Semua orang nak menang," kata Ibrahim. – 7 April, 2015..The Malaysian Insider


Sedikit aktiviti Husam bersama rakan Pakatan Rakyat !

Bersama Mayor Beykos, Yucel Celikbilek pagi ini. Juga penggal ketiga sebagai Mayor. Berkongsi visi AKP utk dunia Islam bagi lima tahun akan datang jika Akp parti menang pru Turki sekali lagi 7 Jun ini.






Sarapan pagi bersama Timbalan Mayor Baykos
Turut kelihatan ialah Bro Saifuddin Nasution.








Bersama Dr Fatih Tuna, Head of Foreign Affair AK Party Istanbul.







Catatan Lawatan Kerja.
Pagi semalam, seawal 8 pagi kami dibawa menemui Say in Gai Kilic, Datuk Bandar Kagithane dalam Kosmopolitan Istanbul.
Beliau antara Datuk Bandar dari parti AK yg sangat popular kerana kepimpinan dan pencapaiannya....See More





Di Pusat Penamaan Calon Dun Cempaka bersama rakan rakan.







Laporan polis berhubung 1MDB, Balai Polis Dang Wangi.







Persiapan untuk perbahasan Sidang Dun Kelantan.




Sesuatu perkara paling berharga pada seseorang
diri manusia itu adalah memiliki kepercayaan manusia lain bro !
Kepercayaan dari manusia lain itu adalah kerana 
adanya 'AMANAH' diri terhadap tugas misalnya, terhadap jawatan yang disandang , terhadap jamaah dan rakyat
dan pelbagai lagi..Amanahlah yang 'mengangkat' seorang 
pemimpin itu di mata dan dijiwa rakyat !



Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$