Selangor umum pembatalan projek Kidex

TQ Azmin Ali !


Selangor umum 
pembatalan projek Kidex



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).


Menurut satu kenyataan kepada media oleh pejabat menteri besar Mohamed Azmin Ali, tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum tarikh akhir 14 Februari 2015.

Gambar fail www.themalaysianinsider.com
Kebanyakan penduduk yang terbabit dalam kawasan pembinaan Lebuhraya Kidex membantah projek berkenaan diteruskan. Gambar fail The Malaysian Insider

Kerajaan Selangor sebelum ini telah meminta syarikat itu untuk menyediakan penilaian bebas tentang impak lalu lintas, sosial dan alam sekitar untuk membuktikan manfaat lebuh raya itu kepada penduduk di kawasan yang terlibat.

Pihak konsesi juga telah diminta memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan.

Lihat jugawww.malaysiakini.com

“Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan projek KIDEX,” katanya dalam kenyataan media itu.

Imej - www.malaysiakini.com

Menurut Mohamed Azmin, pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor..NewMalaysianPost

Comments

  1. Keperluan, kehendak dan kepentingan rakyat perlu diutamakan. Jika tuntutan rakyat dipenuhi, bererti mampos BN(UMNO). Inilah dinamakan berstrategi bukan ikut lengok atau perangai BN. - JAFARO

    ReplyDelete
  2. Keperluan, kehendak dan kepentingan rakyat perlu diutamakan. Jika tuntutan rakyat dipenuhi, bererti mampos BN(UMNO). Inilah dinamakan berstrategi bukan ikut lengok atau perangai BN. - JAFARO

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?