'Anwarinas' - Khalid Samad - Gabung Gebang Bro ! [VIDEO]

Hari ini MP Shah Alam. Khalid Samad dengan tegas menyatakan komitmen PAS terhadap puak pengacau dalam PAS terutama yang menggelar diri mereka dengan membawa agenda 'desperados' seperti TUC dan Elharaki untuk merosakan jemaah, akan beliau tentang habis-habisan bro ! TQ bro Khalid Samad.


‘Anwarinas’ ada dalam PKR bukan PAS, kata Khalid Samad



Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin merosakkan jemaah melalui membawa agenda Zul Noordin, Hasan Ali, TUC dan Elharaki akan saya tentang habis-habisan.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meluahkan rasa kecewanya terhadap beberapa sikap pemimpan PAS yang terpengaruh dengan agenda yang dibawa oleh beberapa individu yang bernama Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Hasan Ali yang bertujuan membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat.

Menurut Khalid, ini termasuk menggunakan alasan tahaluf siyasi, wala’ (taat), kewujudan ‘Anwarinas’ dalam PAS yang membawa perpecahan dalam parti itu.

“Saya tidak dapat menolak kemungkinan ini semua adalah bertujuan untuk mencapai sesuatu yang telah lama diinginkan beberapa pimpinan PAS iaitu untuk supaya PAS keluar dari PR.

“Mereka memilih untuk menuduh bahawa tahaluf siyaasi ini telah menghasilkan banyak kerosakan dalam PAS termasuk masalah wala’ dan kesetiaan serta kewujudan golongan ‘Anwarinas’ dan sebagainya,” katanya.

Jelas Khalid, beliau akan terus menentang sesiapa sahaja yang membawa agenda individu yang cuba merosakkan PAS.

“Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin merosakkan jemaah melalui membawa agenda Zul Noordin, Hasan Ali, TUC dan Elharaki akan saya tentang habis-habisan,” ujarnya.

Khalid berkata demikian menerusi blog peribadinya hari ini berikutan suara lantang beberapa pemimpin PAS yang melancarkan perang terhadap golongan itu baru-baru ini.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu turut menamakan individu pertama yang mendakwa wujudnya golongan ‘Anwarinas’ dalam PAS adalah Zulkifli Noordin.

Jelasnya lagi, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor pula merupakan Anwarinas yang pertama sekiranya golongan yang menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap Anwarinas.

“Jika menyokong Anwar dalam keadaan beliau ditindas dianggap Anwarinas maka Allahyarham Fadhil adalah Anwarinas yang pertama. Diikuti pula dengan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya hairan dengan desakan tersebut kerana setahu saya tiada mana-mana pimpinan PAS adalah ‘Anwarinas’. Sudah pasti seseorang ‘Anwarinas’ akan berada dalam PKR dan bukan PAS,” katanya.


sumberNewMalaysianPost.com

*************
Baca asal mula 'Anwarinas' bro !

Asal usul ‘Anwarinas’ – Khalid Samad

23 February 2015 
Baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan ‘Anwarinas’ diusir keluar daripada pimpinan PAS..
Continue Reading

*********
Kata Nak Padu2 Sangat ? 
Nie Dah Tak Mau Pulak? Susah laa mau cayer!
Banyak mulut ostad lain dok wirid nak padu2 ?
Kah Kah Kah


PAS menafikan khabar angin bahawa parti itu akan bergabung dengan UMNO dan bertegas akan tetap dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan parti itu.
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu tidak pernah dibincang dalam mana- mana mesyuarat parti.

Tuan Ibrahim berkata, perkara itu turut diberi penekanan dalam muktamar yang diadakan 
sebelum ini oleh Presiden Parti..The Rakyat Post 


******************

Tak Masuk 'akal' ?
Tak masuk akal PAS-Umno gabung, 
kata Tuan Ibrahim
Published on 24 February 2015 

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak akan membentuk kerajaan campuran bersama Umno.

Dalam satu kenyataan, katanya, penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti..kinitv

*****************

Kata tak pernah bincang pasai UG?
Ni TPM kata dah ada bincang?
Cer dengar minit 0.17-0.23
ada 'proposal' lagi bro?
Muhyiddin: 
Perpaduan Umno-PAS baik untuk semua
Published on 24 February 2015 

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya perpaduan di antara PAS dan Umno adalah baik untuk semua rakyat di negara ini dan bukan hanya terhad kepada orang Melayu semata-mata.

Katanya, apa sahaja inisiatif yang boleh memupuk dan mengukuhkan perpaduan rakyat adalah sesuatu yang baik..kinitv

************


Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat

Baca lagi di www.themalaysianinsider.com

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam...



Dari Abe Awang Malaya

Sejak Anwar Ibrahim dihumbam ke dalam penjara, bukan main galak lagi ulamak PAS..... Hari-hari keluar berita dalam TV3..... Pergi jumpa Najib lah, buat Multaqa Ulamak SeMalaysia lah, demonstrasi menyokong Presiden lah, bakar kereta lah; dengarnya bulan depan ada Ijtimak Ulamak pulak.... Amboi, bukan main aktif.
Masa Anwar ada, nak datang mesyuarat pun culas, puas berkepung, nak kena piat dulu baru datang. Jahanam punya ulamak..Abe Awang Malaya

*************

Aku sendiri sebenarnya sedih bro ! cuba lihat, ramai profesional PAS yang lebih matang berpolitik, berwawasan, seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Hatta, Mat Sabu, Phahrolrazi Zawawi, Saari Sungib dan yang lain, yang selama ini mencurahkan fikiran dan tenaga bagi kelangsungan PAS hingga begitu kuat dan dihormati suatu ketika dulu..kini tinggal puing-puing debu akibat akal cetek singkat berpolitik dari kumpulan dan grombolan UG atas nama 'orang-orang suci' bergelar ustaz, tok lebai dgn labuhnya jubah menyeret tanah dan sereban serta kopiah putih..

Siapakah mereka ini? siapakah yg dimaksudkan umpamanya oleh Dr Dzul di atas? Siapakah yang suka label melabel, memaki hamun kumpulan Pro yang tidak sealiran fikrah ! Ironisnya mereka sanggup mendakap erat Umno walaupun Umno tu dah dikenali sekian lama 'bersandiwara' tegar dengan PAS ?  Aku malu bro ! MALU ! Tau dak MALU?

Mereka yang so called Ostad ini, pandai ceramah orang, tapi tak gheti memimpin, seni kepimpinan mereka hancai bro ! Hancuzz ! Hayat Pas di Kelate selepas TGNA akan jadi tanda tanya bro ? Umno tak akan berpeluk tubuh dan melihat Kelate adalah 'peluang' terbaik mereka merebut kembali Che Siti Wan Kembang itu? Kemesraan Ostad2 UG di Kelate bukan jaminan Umno akan biarkan PAS terus mengukuhkan dominasi ini lagi ! UG ada pikior ke?


   Kah Kah Kah  



Comments

  1. harap dorang ni stop la gaduh sana sini..maki org sama sendiri..nk maki maki umno la kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN(UMNO) cuba menggunakan pelbagai cara untuk menjahanam Pas. Lihatlah beberapa insiden yang dilakukan dalam Pas, semata-mata menguntung BN saja.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?