Penghormatan Terakhir Buat 'Murabbi' Umat - [Video]
Seorang Tok Guru
yang berpewatakan lembut
dan sentiasa mengenakan serban, sehingga nafasnya yang terakhir pada malam Khamis,
tetap terkenal dan merupakan sosok yang dihormati oleh rakyat Malayasia tidak kira agama dan ideologi politik.
10:50 pagi:
Puluhan ribu hadir, Nik Aziz selamat disemadi
Published on 13 February 2015
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat akhirnya selamat disemadikan bersebelahan pusara ayahandanya selepas bacaan talkin yang diketuai oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain pemimpin PAS, ramai juga pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa meringkuk di penjara Sungai Buloh..kinitv
Ribuan rakyat iringi jenazah TGNA |
Jenazah Allahyarham Nik Aziz dibawa keluar dari Masjid Pulau Melaka sebaik sahaja selesai disembahyangkan untuk disemadikan di tanah perkuburan berhampiran. Foto TRP/ Azrol Ali
NIK AZIZ SELAMAT DIKEBUMIKAN
KOTA BHARU, 13 Februari: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka hari ini. Puluhan ribu penyokong dan rakyat mula memenuhi kawasan kediaman Allahyarham sejak awal pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah Allahyarham...
Jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk disemadikan.
Masyarakat dari segenap pelusuk negeri Kelantan tiba di kediaman Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk memberi penghormatan terakhir
13 Februari 2015: Ribuan orang awam mula berkumpul di perkarangan Masjid Tok Guru Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat
Foto TRP/Azrol
Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini. Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai kematian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam tadi.
Fb - Jkkk Fan Club |
Non muslim
turut sebak dengan kehilangan Tok Guru
fb - Cesc Muzammil |
UAI turut kelihatan bersama mengusung jenazah |
Fb - PAS Kawasan Kluang |
Makam Tok Guru..
sederhana hidupnya
dari awal hingga ke persemadian terakhir
Kelibat kekasihku telah tiada. Yang ada, peningalan yang tak ternilai: zuhudmu , tawadukmu, keilmuanmu dan bersemadinya bust selama-lamanya. Menjadi tinta harumnya di sudut perjuangan yang abadi. - JAFARO
ReplyDeleteKelibat kekasihku telah tiada. Yang ada, peningalan yang tak ternilai: zuhudmu , tawadukmu, keilmuanmu dan bersemadinya bust selama-lamanya. Menjadi tinta harumnya di sudut perjuangan yang abadi. - JAFARO
ReplyDeletei'm speechless bro MT
ReplyDeletein a moment there i know how de people luv n respect TGNA.
Hidup dan dunia itu fana. Kemanusiaan itu diingati dan kekal. Untuk itu berbuatlah kebaikan dan akan diingati dalam lipatan sejarah.
ReplyDeleteHidup dan dunia itu fana. Kemanusiaan itu diingati dan kekal. Untuk itu berbuatlah kebaikan dan akan diingati dalam lipatan sejarah.
ReplyDelete