Selangor umum pembatalan projek Kidex
TQ Azmin Ali !
Selangor umum
pembatalan projek Kidex
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).
Menurut satu kenyataan kepada media oleh pejabat menteri besar Mohamed Azmin Ali, tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum tarikh akhir 14 Februari 2015.
Gambar fail - |
Kebanyakan penduduk yang terbabit dalam kawasan pembinaan Lebuhraya Kidex membantah projek berkenaan diteruskan. Gambar fail The Malaysian Insider
Kerajaan Selangor sebelum ini telah meminta syarikat itu untuk menyediakan penilaian bebas tentang impak lalu lintas, sosial dan alam sekitar untuk membuktikan manfaat lebuh raya itu kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Pihak konsesi juga telah diminta memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan.
Lihat juga - |
“Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan projek KIDEX,” katanya dalam kenyataan media itu.
Imej - www.malaysiakini.com |
Menurut Mohamed Azmin, pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor..NewMalaysianPost
Keperluan, kehendak dan kepentingan rakyat perlu diutamakan. Jika tuntutan rakyat dipenuhi, bererti mampos BN(UMNO). Inilah dinamakan berstrategi bukan ikut lengok atau perangai BN. - JAFARO
ReplyDeleteKeperluan, kehendak dan kepentingan rakyat perlu diutamakan. Jika tuntutan rakyat dipenuhi, bererti mampos BN(UMNO). Inilah dinamakan berstrategi bukan ikut lengok atau perangai BN. - JAFARO
ReplyDelete