Tuan Guru Nik Aziz Kembali KeRahmatullah [Video]

Takziah 

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى
إنا لله وإنا اليه راجعون

Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H
----
Saya akan memaklumkan masa solat jenazah ayahanda malam ini insya Allah.


*******************************




Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Anaknya, Nik Abduh mengesahkan perkara itu di Facebook.

"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung.

"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," katanya dalam rakaman di laman itu.

Katanya lagi, jenazah bapanya itu akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Gambar yang dirakam pada malam ini menujukkan ramai penyokong berhimpun di perkarangan rumah bapanya itu di Pulau Melaka.



Terdahulu, Nik Aziz dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Kanser prostat

Nik Abduh dalam tulisan terdahulu di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.



Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

Allahyarham, 84, meninggalkan seorang isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.

Seorang daripadanya, Nik Abduh menjadi ahli politik PAS dan kini menjadi MP Pasir Mas.

Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani di kalangan masyarakat Islam.



Rampas Kelantan

Nik Abdul Aziz memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (kini Pengkalan Chepa) dalam pilihan raya kecil 1967, selepas menyertai PAS pada tahun itu.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada 1990 dan menamatkan pentadbiran BN selama 12 tahun.


Beliau seterusnya dilantik menjadi menteri besar dan kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada 2013.
lihat pengesahan lanjut di www.astroawani.com

Nik Aziz meninggal dunia akibat barah
Published on 12 February 2015 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 malam tadi di Kota Baharu pada usia 84 tahun selepas sekian lama bertarung dengan barah.


Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di kediamannya Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian..kinitv


Comments

  1. al fatihah..a great pejuang.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah. Moga perjuangan TGNA menjadi inspirasi menjatuhkan BN(UMNO).

    ReplyDelete
  3. Gembira bukan kerana suka....
    Gembira kerana beliau tidak lg di hina...
    Gembira kerana cita2nya tercapai jua...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Kabinet 'Musang Berjanggut' - [Video]