Syurga 'Shopping' ! [Video]

Hangpa nak barang murah? Mai kita pi Perlis, terus masuk ke wilayah Satun di sempadan Perlis-Thailand..tak payah masuk Danok atawa Padang Besar lagi..Murah bro ! sekali pergi..dok teringat nak pi lagi ! Kah Kah Kah

Pada setiap hari Jumaat,Sabtu dan Ahad , sempadan berjiran iaitu Thailand ,  boleh masuk tanpa dokumen sehingga 2 km. Pekan kecil Wang Prachan adalah pekan kecil di sempadan.Wang Prachan atau Wang Belacan nama asalnya menyajikan perbagai barangan thai. Berbelanja disini  tidak perlu menukar wang Thai kerana matawang Malaysia diguna pakai disini.


Wang Kelian adalah sebuah pekan bersempadan dengan Wang Prachan Satun Thailand. Terletak lebih kurang 40km dari bandara Kangar. Pasar Minggu yang kian popular ketika ini. Pekan ala ala koboi ini menawarkan harga barangan yang mampu milik.

Dari Wang Prachan hangpa boleh boleh terus memandu ke Bandar Satun

atau bercuti ke Pak Bara..

Tadi, tengah jamu selera kat satu kedai. memba ajak  pergi ke Pak Bara bro ! depa pakat konvoi dengan 'super bike' .. aku habaq aku tak boleh naik motor besaq tu, segheyau tergeliat pinggang ! kah kah kah..Jom kita pakat seghebu bro !


satunsiam.blogspot.com


**************

Pandangan menarik
ke destinasi - sempadan M'sia Thai

Wang Kelian, Wang Prechan syurga beli belah terbaru rakyat Malaysia

Pasar Minggu 
Wang Kelian, Thailand

Wang Kelian dan Wang Prachan menjadi tumpuan rakyat Malaysia setiap hujung minggu.
Wang Kelian dan Wang Prachan menjadi tumpuan rakyat Malaysia setiap hujung minggu.

Wang Kelian yang terletak di negeri Perlis dan Wang Prachan di daerah Satun, Thailand menjadi kini tumpuan puluhan ribuan rakyat Malaysia setiap hujung minggu.


Wang Kelian dan Wang Prachan menjadi tarikan terbaru bagi rakyat Malaysia yang minat atau hobi utama mereka adalah membeli-belah di kawasan sempadan negara dengan Thailand.

Wang Kelian dan Wang Prachan hanya terletak kira-kira 20km daripada Padang Besar.

Ia menjadi tarikan terbaru kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengerumuni Padang Besar di Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk membeli belah.

Pasar Ahad kat Wang Kelian

Berlainan dengan Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam, rakyat Malaysia yang mengunjungi Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad boleh memasuki sempadan Thailand iaitu Wang Prachan tanpa menggunakan sebarang pasport atau Pass Sempadan.

Kelonggaran Imigresen yang bertujuan menggalakkan hubungan rakyat ke rakyat dan perdagangan Malaysia-Thailand itu juga diberikan kepada rakyat negara Gajah Putih itu.

Peniaga Islam Thailand yang menjual pelbagai makanan kering dengan harga yang lebih murah berbanding di Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun rakyat kedua-dua negara itu hanya dibenarkan memasuki sehingga 1 kilometer ke dalam kawasan sempadan Malaysia atau Thailand.

Cuma keluhan utama yang sering didengar apabila mahu berkunjung ke Wang Kelian adalah mereka terpaksa menempuh laluan berbukit-bukau sebelum sampai ke 'syurga' membeli belah itu.

Pandangan di Wang Kelian

Mereka yang ke Wang Kelian atau Wang Prachan boleh mendapatkan pelbagai barangan daripada keperluan dapur hinggalah kepada pakaian fesyen terkini serta alat ganti kereta atau motorsikal.

Shopping Pasar Hari 
Wang Kelian Wang prachan sempadan Malaysia Thailand 

Dan harga yang ditawarkan sekurang-kurangnya di antara 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding di Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.

Disebabkan itulah, nama Wang Kelian dan Wang Prachan mula menjadi sebutan dikalangan rakyat Malaysia di utara tanahair sebagai destinasi membeli-belah yang mesti dilawati apabila berkunjung ke utara tanahair. - MalaysiaGazette



'Shopping' itu
Suatu kenikmatan bro !

Kah Kah Kah

Comments

  1. Selagi kerajaan BN(UMNO) , usah diharapkan barangan akan murah. Jadi, untuk menyelamatkan Malaysia BN(UMNO) perlu dihumbankan dalam laut Hindi.- JAFARO

    ReplyDelete
  2. Selagi kerajaan BN(UMNO) , usah diharapkan barangan akan murah. Jadi, untuk menyelamatkan Malaysia BN(UMNO) perlu dihumbankan dalam laut Hindi.- JAFARO

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?