Maksiat Di Sana Sini - Di Mana Silapnya? [video]

Kenapa maksiat berleluasa sekarang ini bro? Kenapa? Malaysia negara Islam bro! Ramai tok lebai berjubah, bersegheban, ramai tua2 pergi mesjid, ramai guru-guru agama di setiap sekolah rendah dan menengah, kolej dan varsiti? apakah mereka 'tidak mampu' lagi menegur, mencegah apa juga maksiat yang berlaku di depan mata mereka? di mana silapnya?

Hari2 kita temui pelbagai cerita muda mudi Islam kita, terlibat dalam kebejatan moral dan maksiat semacam tidak bertepi ? kenapa? adakah sudah hilang keberkatan ilmu yang diajar? 

Adakah ibu-bapa sudah tidak perdulikan lagi kegiatan songsang anak2? atawa ibu-bapa dah takutkan pada anak2 sendiri? hanya menyerahkan kepada penguatkuasa tertentu sahaja menangani gejala 'liar' anak2 ! tidak terkecuali orang2 dewasa dan berumur turut terlibat dalam kancah maksiat yang macam sudah tidak terkawal sekarang ini, walaupun jumlah mereka kecil ?

Bila kita tidak kembali kepada sendi dan asas ajaran Islam, di mana semua orang punyai tanggungjawab untuk mencegah, melakukan yang makruf dan membenci yang mungkar, lalu turut sama mencegah ! tidak dilakukan? akibatnya, kita lihat sendiri semua ini berlaku...lihat tafsir ayat Surah Al-Hajj: 41 di bawah..


القرآن الكريم - تفسير ابن كثير - تفسير سورة الحج 

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (41)

Ulasan -
Bila Allah telah teguhkan kita di muka bumi ini..maka hendaklah kita dirikan salat, tunaikan zakat, suruh manusia lakukan yang makruf dan cegah setiap yang mungkarat - setelah semua ini kita lakukan dengan bersungguh ! baharulah semua keputusan dan akibat dari usaha kita tadi, kita serahkan kepada Allah ! 

Tetapi, adakah setiap kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul. telah melaksanakan kerja2 ini? amat sedikit mereka yang menunaikan tanggungjawab berdasarkan ayat di atas ! Jadi tidak heranlah, semua ini berlaku dengan laju sekali, seolah tidak bertepi lagi..Sebagai contoh, Kini muncul pelbagai konsert-konsert maksiat yang melalaikan muda mudi, kita yg 'mengajarkan' mereka menjadi liar bro ! bukan nak mencegah, kita undang mereka lagi ! budaya 'hedonisma' ini sudah mendarah daging dalam jiwa kebanyakan anak2 remaja kita bro ! Salah siapa?



11 pasangan 
madu asmara ditahan

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menahan 11 pasangan yang dipercayai bersekedudukan tanpa ikatan sah dalam Operasi Mawar Merah sempena Hari Kekasih, sejak petang semalam hingga awal hari ini.


**************************


Maksiat Pesta Buih

**********
Gadis bertudung 
tapi berbikini pula

Ular tedung Sungai Deraka
Atas Tudung Bawah Dok buka
Pakat nak tunjuk ' Asam keping' ke?

GAMBAR tiga gadis ‘berbikini’ mulai tersebar di laman Facebook sejak semalam yang dimuat naik oleh page popular Amran Fans.

Apa yang mengejutkan, salah seorang dari tiga gadis berkenaan bertudung, jelas sekali mencemarkan imej wanita muslimah.

“Tudung pakai, tapi gatal sangat asam keping tu nak berbikini. Itulah anak orang Melayu, suka buat benda bangang. Harap ada pihak berkenaan ambil tindakan ke atas mereka. Ini dah mencemarkan imej Muslimah,” kata pengendali page berkenaan.

Walaupun hanya gambar dipakaian mereka, tetapi tak sesuai dengan gaya bertudung.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dimana lokasi gambar tersebut. Namun dipercayai berlaku di Malaysia

*********************************

Ops Hari Kekasih
Gambar Hiasan
MELAKA – Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi ‘Hari Kekasih’ oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi...BERNAMA

****************

Selamat dari dirogol
Kerana menjerit 
'Allahuakbar'

Jeritan ‘Allahu-Akbar’ 
penyelamat pelajar dari dirogol

Kuala Lumpur: Jeritan ‘Allahu-Akbar’ menyelamatkan seorang pelajar perempuan sebuah politeknik daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun dikatakan menjerit apabila seorang lelaki tiba-tiba meraba buah dadanya selepas dia terjatuh dalam pergelutan.


Gambar Hiasan

Pelatih PLKN dakwa diliwat dalam tandas

Permaisuri: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa menjadi mangsa liwat rakan pelatihnya di sebuah kem PLKN di daerah ini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.45 petang ketika mangsa berusia 18 tahun berada di dalam bilik air sebelum pintu bilik air berkenaan diketuk suspek.

-Mymetro

Baca lagi - Pelatih PLKN dakwa diliwat dalam tandas




Akhirkalam
www.raya.com

الأمر بالمعروف 
والنهي عن المنكر من سمات المجتمع المسلم

Amar Makruf dan Nahi Mungkar
Adalah teras dan sifat utama Masyarakat Islam Kita

Comments

  1. Agama bukan lagi pekara penting bagi manusia sekarang. Yang penting dunia sekarang ialah kegilaan harta dan kuasa.

    ReplyDelete
  2. Agama bukan lagi pekara penting bagi manusia sekarang. Yang penting dunia sekarang ialah kegilaan harta dan kuasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Kabinet 'Musang Berjanggut' - [Video]