Santai Ahad - Jurunikah Lawak [Video]

Sekarang nie musim kenduri kenara bro ! Aqad Nikah yang berlaku antara calon suami dengan jurunikah macam2 terjadi? di sini hangpa boleh tengok sebelum aqad nikah berlaku seperti dalam video yang disertakan ini..terdapat adegan sempoi antara mempelai lelaki dan jurunikah yang aku kira cuba meredakan perasaan gemuruh yang sering dan biasa berlaku kepada pengantin lelaki. Sempoi punya jurunikah nie bro !


eforum1.cari.com.my


Dari Fb Kakinovel

Video jurunikah sempoi jadi viral

Para hadirin di majlis tersebut tertawa sama selepas mendengarkan lawak jenaka yang dibuat oleh jurunikah berkenaan.

KUALA LUMPUR, 20 Februari:
Jika sebelum ini sebuah video lucu menjadi viral apabila seorang warga emas berusia 50 tahun terlupa menyebut nama bakal isterinya semasa hendak dinikahkan kini satu lagi video berkaitan satu majlis pernikahan menjadi tumpuan pengguna laman sosial.
Video yang berdurasi 3 minit 10 saat itu mengesahkan tentang seorang pemuda yang hendak dinikahkan oleh seorang jurunikah yang kelihatan sempoi dan melucukan.
Majlis pernikahan itu dirakamkan berlangsung di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Dalam video itu, pemuda tersebut yang bernama Aiman sedikitpun tidak kelihatan gementar ketika berdepan dengan jurunikah tersebut dan mampu melafazkan akad dalam nada lancar semasa sesi percubaan.
Pengantin lelaki ketawa beberapa kali semasa mendengar penerangan daripada jurunikah tersebut atas sebab yang dirasakan lucu.
Kedengaran dalam video itu para hadirin di majlis tersebut tertawa sama selepas mendengarkan lawak jenaka yang dibuat oleh jurunikah berkenaan.
Difahamkan, jurunikah itu yang dikenali dengan nama Subuh merupakan seorang imam yang sangat popular di Batu Pahat.
Paparan video yang tersebar di Facebook itu mendapat pelbagai komen dengan salah seorang daripadanya iaitu Muhammad Ramdhani Aedi berkata `Mana nak dapat tok kadi ni? macam nak kawin sekarang je’.
Seorang lagi pengguna Facebook Mat Yie berkata `hilang sikit rasa gemuruh debar pengantin.
Video itu telah dikongsikan lebih 45,149 kali dan mendapat 20, 516 likes.

Sumber The Rakyat Post eforum1.cari.com.my - 



Comments

  1. bgus gk ade tok kadhi cmni xla la bridegroom tu ketar kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?