Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO

| " Saya mengajak kalian dan juga mengajak rakyat Turki agar mencontohi Saidina Umar. Tidak dapat diterima jika orang-orang miskin yang mengetuk pintu rumah pemimpin," Kata Erdogan.

Aku tidak jumpai bait-bait begini dalam sebuah organisasi@parti Islam PA$ misalnya di sini ! Erdogan bukanlah Presiden sebuah partai Islam bro! Erdogan banyak membantu 'Halabees' dari pukulan Syiah, agaknya itulah sebab PA$ tidak mampu menyaingi kehebatan seperti yang dilaku kan oleh Erdogan !

Parti Amanah misalnya dengan slogan Amanah Progresif Peduli menepati seperti apa yang dimaksudkan oleh Erdogan ini bro! Amanah sering meninjau kalangan rakyat miskin di serata pelusok negara untuk membantu meringankan beban ini. 

Kisah Umar Al-Khattab menjadi ikutan Erdogan dalam melaksanakan misinya dan di M'sia Lim Guan Eng ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz..Kata Guan Eng, Umar tidak ambil sesen pun duit rakyat, Umar memulangkan kembali wang peruntukan kerajaan yang diberi kepadanya, Umar juga memadamkan lampu kerajaan apabila menerima kehadiran anak beliau yang bertujuan urusan peribadi dikediaman beliau dan bermacam lagi yang diperkatan oleh Guan Eng mengenai Umar Abdul Aziz baca sini

Cerita 
Erdogan di sini


Erdogan mengarahkan gabenornya turut jejak langkah Umar, ketok pintu si miskin.

Presiden Turki, Reccip Toyyib Erdogan mengarahkan para gabenornya agar mencontohi Saidina Umar RA dalam membantu orang miskin dengan pergi mengetuk pintu mereka bukannya orang miskin datang mengetuk pintu para pemimpin.

Perkara ini disampaikan beliau ketika mesyuarat jarak jauh dengan 81 gabenor dari semua wilayah di Turki dengan menggunakan teknologi teleconference untuk memperoleh informasi ke ibukota Ankara.

Turkish President Recep Tayyip Erdogan and his wife Emine Erdogan pose with Syrian Bana Alabed seven yearold .
Di antara hal penting yang disampaikan presiden Erdogan kepada para gabenor adalah: "sesungguhnya Saidina Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu membawa tepung dengan bahunya dan mengetuk pintu-pintu rakyat miskin.

"Oleh karena itu, saya mengajak kalian dan juga mengajak rakyat Turki agar mencontohi Saidina Umar. Tidak dapat diterima jika orang-orang miskin yang mengetuk pintu rumah pemimpin," katanya.

Erdoğan greets his Justice and Development party supporters in Istanbul, about a month after the party won the 2002 general election. AP 
Para pemimpin atau yang berada di posisi pemimpin perlu mengetahui orang-orang miskin dan mendatangi mereka serta memberikan bantuan kepada mereka, terutama saat musim dingin seperti sekarang, katanya.

Kakitangan kerajaan pula, katanya, hendaklah tidak menunggu adanya keluhan dari orang miskin atau teraniaya baru kemudian bergerak, namun hendaklah bersegera hingga tidak perlu adanya keluhan dari awal.

Arahan Erdogan ini dibuat ketika negara itu dikritik hebat kerana menyekat kebebasan rakyatnya selepas pemberontakan yang mengorbankan ratusan mangsa baru-baru ini.
~ sumber .


Foto
Menarik Erdogan
Erdogan bersama isteri  Emine Erdogan
Emine Erdogan Isteri yg jelita
Emine Erdogan  begitu ceria mendukung seorang kanak- kanak malang
Pasangan ideal


Kisah inilah
yang menyentuh hati Erdogan
Tontonilah video istimewa ini !!!
Kisah Umar menanggung tepung sendiri ditemani pembantunya


Video Menarik
الفاروق عمر بن الخطاب
 مع الأرملة وأبنائها الصغار

Al-Faruk Umar bin al-Khattab  
dengan seorang janda muda  
dan anak-anaknya yg masih kecil





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video