9 institut pendidikan guru ( IPG ) akan ditutup?

Berita dan desas desus penutupan sebilangan  maktab perguruan (sekarang IPG) begitu heboh di
perkatakan sekarang ini bro !

Kita kurang pasti apakah alasan sebenar kerajaan berbuat demikian? Sedikit sebanyak ia menampakan beberapa kelemahan Kementerian Pendidikan sendiri? Pengambilan guru seakan terhenti sejak beberapa tahun kebelakangan, sedangkan sekolah-sekolah baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Setiap tahun bilangan murid sekolah kian meningkat, cuti sekolah saja, adalah kenduri kahwin, setahun kemundian generasi baru bercambah. Semua itu perlu kepada pertambahan guru yang tersusun. 

Adakah guru berlebihan? Guru j-QAF misalnya sudah dihentikan pengambilannya? Begitulah yang difahamkan bro ! Semua guru di bawah klausa j-QAF telah diserapkan sebagai guru pendidikan Islam seperti biasa.

Admin sendiri terlibat dalam merangka kurikulum j-QAF tahun 2004 dahulu. Ketika itu Pak Lah sekarang Tun Abdullah Ahmad Badawi mahukan j-QAF dilancar dan dikursuskan se awal tahun 2005 di seluruh IPG ketika itu. Kami berkerja bagai nak rak untuk siapkan buku panduan, kurikulum, temuduga calon yang layak dan lain bahan berkaitan. Bayangkan ! setelah tahun 2013, pengambilannya sudah dihentikan? Sekarang tiada lagi j-QAF?. Hanya sekitar 6, 7 tahun saja j-QAF dapat bertahan sejak lulusan pertama keluar pada tahun 2007.

Apakah ini caranya kita menangani masalah? Bila ada kelompongan di sana sini baru kita fikirkan dan bertindak. Kemundian kita tidak teruskan. Bila datang balik masalah? Baru kita terhegeh baikinya? Tak ubah macam tikus baiki labu bro !

KAH KAH KAH

Apa nasib pelajar, pensyarah lepas PM umum tutup 9 maktab guru?


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mahu kepastian status dan nasib pensyarah serta pelajar yang bakal terjejas berikutan keputusan kerajaan untuk menutup sembilan daripada 27 institut latihan guru yang terdapat di negara ini.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu yang berkata, sembilan institusi akan dijadikan politeknik dan kolej vokasional.

 
Kamarozaman mengakui bahawa kesatuan itu ada berjumpa dengan wakil daripada Kementerian Pendidikan sebelum Bajet 2017 dibentangkan dan telah dimaklumkan bahawa institusi berkenaan akan "dinaikkan taraf".
“Kita dah tau cerita tentang institut pendidikan guru (IPG) ini akan dinaiktaraf, cuma dia (kementerian) tak panggil berbincang secara terperinci," katanya kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, KPPK berharap mesyuarat akan datang dengan Kementerian Pelajaran akan membincangkan isu-isu berkaitan pelajar dan pensyarah yang terbabit.
Kamarozaman bagaimanapun berkata beliau tidak pasti bila mesyuarat itu akan diadakan, walaupun telah diberi kepastian ia akan diadakan.
“(Kita) nak tau adakah pensyarah diserapkan ataupun kekal ataupun pergi ke sekolah ataupun pergi ke politek-politek lain. Politek dulu pun guru.
“Kesatuan belum lagi dipanggil untuk berbincang (mengenai perkara ini),” katanya.

 

Selain nasib pensyarah, KPPK juga ingin bimbang dengan masa depan pelajar semasa di sembilan institusi berkenaan.
“Saya jangka (pelajar) akan dipindahkan ke IPG yang lain, mengikut pilihan masing-masing,” katanya.
Kamarozaman berpendapat bahawa 18 institut lain lebih daripada mencukupi bagi menampung pelajar-pelajar ini.
Ini adalah kerana sejak tempoh dua tahun yang lalu, kerajaan telah mengurangkan pengambilan guru pelatih daripada semua IPG.
“Pengambilan guru semakin berkurangan kalau ikutkan dari segi unjuran kita kalau kita tengok dengan kementerian, IPG ada 27.
“Jadi tak efektif kalau berlaku kekosongan bangunan,” katanya.~ (sumber dari sini).


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?