BLOK Ke 3 - PAS Mula PANAS Mula Cari Alasan [VIDEO]

Sejak PAS umumkan IKATAN sebagai rakan baru dalam apa yang dinamakan Blok Ke 3 politik pembangkang (fmt) meriah sungguh respons yang berbagai dengan kehadiran PAS-IKATAN ini bro ! Rata-rata memperlekehkan dan memandang sinis ikatan baru ini, (akhbar utama) umpamanya letakan tajuk besar sebagai kepala berita di muka hadapannya sekalipun belum menamakan parti gabungan baru PAS itu kerana ia belum lagi diumum oleh SUA PAS pada tarikh tersebut, hanya buat gempaq sikit?.

Maka meleretlah ayat puji puja untuk menyedap lagi halua telinga pembaca kononnya pakatan baru tu lebih mantap, mampu gerunkan pakatan pembangkang, SUA Pas pun bermadahlah "Sekarang ini mereka (pakatan pembangkang) sudah bimbang dengan kita jesteru kerjasama ini akan menggerunkan lagi pihak mereka. Kita tidak menolak kemungkinan PRU 14 nanti akan berlku pertembungan 3 penjuru." - SUA Agung PAS.

Kah Kah kah Gerun? kah kah kah Bimbang dengan kita? Belum apa-apa, belum habaq nama parti tu lagi dah start gejut dah mula gempaq ! KAH KAH KAH 

Bila terperangkap dengan isu hudud yang tidak lagi menjadi agenda PAS bila bersama gabungan baru ini, mulalah bunyi sembang orang ramai pertikaikan PAS. Ada yang mengatakan PAS telah menjual prinsip, korbankan hudud yang didakwa sebagai nyawanya sebelum ini. 

Rupanya hudud cukup sensitif bagi PAS, mana tidaknya, bila saja difahami yang Pas tidak lagi begitu serius pertahankan seperti kebiasaan bila berhadapan dengan pencabarnya, maka bagunlah segala tantara dan hulubalangnya cuba ejas ejas segala yang dibuat PAS betul dan baik adanya, tidak ada langkah Tok Sidangnya yang dikira tidak menguntungkan parti itu melainkan semuanya untung walaupun yang ditelan itu ialah hempedu pahit, dikunyah2 ditelan juga ! Kah Kah Kah

Hari ini Pas terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan Amanah dan Pakatan Harapan mengenai hudud kerana mungkin mereka baru tersedar dari tidur bahawa realiti di Malaysia, banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan daripada hanya menumpukan kepada perlaksanaan hudud semata-mata.
Kalau sebelum ini pimpinan Pas dilihat seolah-olah menafikan kuasa rakyat dan peranan Perlembagaan apabila dengan egonya bercakap bahawa apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi hari ini Pas terpaksa akur apabila Presiden Ikatan  sendiri berkata bahawa perlaksanaan hudud kita serahkan kepada kehendak rakyat.(Hudud: Akhirnya Pas tunduk dengan kehendak rakyat)

Susulan itu, bacalah satu Ulasan Merapu Dan Syok Sendiri Gabungan PAS-IKATAN di (malaysiakini)@ (Masa depan Malaysia bersama PAS dan IKATAN) hangpa bacalah ! aku maleh nak panjangkan ! Kah Kah kah 

PAS Ter 
Cari-Cari ALASAN?

Isu hudud kembali hangat diperkatakan susulan kenyataan pada sidang media Pas ketika pengumuman penubuhan blok politik ketiga, Pas-Ikatan yang menyentuh soal ‘penangguhan’ pelaksanaan hukum Islam itu.

Idris Ahmad
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan dakwaan Pas menolak hudud dalam perjuangannya selepas membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai tidak masuk akal (sinarharian) lihat juga (hijau.fm)

Berdesing Us. Derih bagi amaran kat orang dok kata PAS tu bro, “Pas konsisten apabila kita bertahaluf dengan mana-mana pihak, soal prinsip Pas, kita tidak pernah gadai dan kita menghormati prinsip parti lain. Cuma orang lain perlu hormat prinsip Pas.
“Jangan ada orang yang cuba hendak sekat cita-cita Pas. Jangan ada orang hendak halang Pas bercakap prinsip Pas. Pas tidak pernah putus asa walau pun cita-citanya tidak tercapai. Insya-ALLAH sinar kebenaran akan terbukti,” katanya.


Alahai Ustaz, tak ada sapa nak sekat cita-cita Pas tu, buat laa apa yang patut? Pun tak dak sapa nak halang bila Pas nak bercakap pasai prinsip dia? memang Pas tak pernah putus asa, cuma kempunan saja, kempunan tak dilayan Umno untuk bentang hudud? Pong Pang Pong Pang dah lama sangat ! habaq kata nak buat sejak April 2015 lagi? tu yang orang persoalkan bro ! persoalkan konsistensi PAS meneruskan isu ini? Prinsiplah konon hingga hubungan sedia akrab denagan PR dulu sengaja dicari-cari alasan untuk menghimpit Umno hingga Pakatan Rakyat jadi 'arwah'! Prinsip ke tu? Mesyuarat berbulan tak datang, sidang media PR dulu tu pun kapurr juga (malaysiagazette)? Kalo nak hadir miting pun ikut suka?(www.astroawani). Prinsip ke tu? menghalau anak jamaah sendiri, kemundian dok habaq tunggu dan nak lihat (Hadi mahu 'tunggu dan lihat' hayat Amanah) berapa lama hayat hidup Pakatan Harapan? Molek ke lagu tu? Berprinsipkah seorang ilmuan yang kebetulan sebagai  ketua jamaah begitu? KAH KAH KAH


Bila keluar video (PAS, IKATAN Setuju Tangguh Hudud) yang menjadi tumpuan netizen terutama di media sosial..maka satu kerja pula Pas dok ejas cari alasan demi alasan untuk betulkan persepsi ramai terhadap tindakan mereka bersetuju 'menangguh' hudud? Pas kononnya mendakwa terdapat kekeliruan dan salah faham dalam laporan media berhubung kenyataan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam lepas..(sinarharian)

Tak pasai2 kena buat sidang media nak betulkan balik yang terlajak? yang tersasul? yang ter ter ter pasai isu ini? Pas pun kena betulkan juga kenyataan Boss IKATAN. Berpusing-pusing macam gasing daa punya nak yakinkan ahli dan mereka yang mengikuti perkembangan 'menarik' ini? Pulak kata Syaiful Hizam selaku Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat untuk laksanakan hudud terserah kepada rakyat dan sistem demokrasi negara iaitu pilihan raya..Awat patah balik kat pilihanraya dan rakyat? Bukankah dulunya beriya-iya mengatakan PAS tidak kemaruk kuasa (utusan)?  Belit sungguh Pas nie bro ! kalo dah tak ada kuasa? nak buat hudud lagu mana? Apa pun ejas laa bro !Kah Kah Kah

Agaknya Kerjasama PAS dengan IKATAN itu mendedahkan sikap hipokrit PAS seperti kata Zairil Khir Johari (fmt) ia bertentangan dengan pendirian PAS ketika masih dalam Pakatan Rakyat sanggup berpecah dengan DAP dan segelintir bekas pimpinan parti yang menyatakan pendirian yang sama..(Zairil Khir Johari) Padan dah anak Khir Johari kata lagu tu kat PAS bro ! KAH KAH KAH

'Blok Ketiga dedah sikap hipokrit pimpinan PAS' (Video)

Published on Mar 18, 2016
Tindakan pimpinan PAS mengadakan gabungan Blok Ketiga bersama IKATAN hanya mendedahkan sikap hipokrit pimpinan parti itu, menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari..(Free Malaysia Today)

Terlajak 
BUNYI dari LAJU

Pas dah sedar sejak dulu bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan untuk menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sekarang tersipu2 secara desperate terpaksa mencari gabungan politik baru. PAS nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa sekalipun, tak siapa boleh menghalang. Ini negara bebas, kerana itu hak mereka. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif.

Atas sebab
2 itu PKR & DAP bersusah payah nak bina PR dulu bersama PAS. Dalam situasi ini, Pas sepatutnya ada harga sebuah nilai politik untuk putuskan hubungan dengan PKR kerana parti itu kini adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan..PKR tidak jalinkan ikatan kasihnya dengan Pas, malah Pas sendirilah yang 'desprate' menyadari tanpa kawan yang telah 'lari' dari tingkah laku buruk kumpulan baru dalam Pas, meneruskan juga ikatan sumbang dengan PKR?
Harap Pas sedar kediri untuk putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat PAS nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.
Jelas nampak Pas tidak konsisten, atas pendirian Pas menjalinkan hubungan dengan PKR.?  Pas sendiri yang 'kojolkan' Pakatan Rakyat duhulu, merendah2kan wibawa DSAI dan Wan Azizah dalam polemik mereka yang panjang VS Langkah Kajang dahulu? Politik jenih apo niii? Berpusing-pusing macam gasing daa ! 


Nak harapkan Pas-Umno bersatu? awal lagi Umno dah kata tak mungkin ke duanya bersatu (freemalaysiatoday) Ini yang orang kata Terlajak BUNYI dari LAJU..Dah tolong sikit, depa bagi laa apa yang patut, yang padan dengan Pas tu bro ! takat tu saja laa..lebih2 sampai nak berselimut sekali? tak boleh laa..KAH KAH KAH 


LAGU dan SYAIR PAS 


Tingkah laku pemimpin PAS samada yang utama, sederhana dan bawahan tidak menampilkan Islam rahmatan lil 'Alamin..Tidak membekas terhadap perjuangan bekas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat..Pas menang besar hari itu pun atas semangat PR ini juga bro ! kemundian, atas dasar percayakan janji-janji manis UMNO yg jelas memperalatkan PAS serta ahli mereka ! Tok Sidang senantiasa berubah-ubah prisnsipnya dan tidak selari dgn kenyataan kalangan pemimpin sendiri..tidak kasihan kepada pengikut setia yg selama ini perjuangkannya bermati-matian..sebab itu ramai tinggalkan PAS dgn perjuangan barunya..tidak ada lagi orang2 berkebolehan secara 'total pakage' Maka tinggallah juak-juak mereka membaca 'kitab lama' sahaja tanpa mampu mengolahnya dengan berkesan? sebab itu Pas kelihatan tidak berubah 'paradigmanya' bro ! Bila Umno sudah 'menjinakan' Pas? Taring mereka kian tumpul dan tidak lagi di GERUNI? 
Tetiba mereka datang bersama IKATAN) dan belum ketahuan hala lagi, belum apa-apaan sudah buat gempaq kononnya lebih mantap, mampu gerunkan pakatan pembangkang, dan pakatan pembangkang pun kononnya akan kecut peghut bimbangkan kerjasama antara depa nie? Patut2 gejut sudah laa bro ! jangan bikin orang tertawa bertali arus ? 


Dengan Umno pun PAS kantoi nak gerunkan orang? Inikan pula dengan IKATAN yang setahu kita siapalah yang jadi ahlinya? kat mana HQnya? Tidak seperti PH umpamanya AMANAH ! setiap kawasan sekarang ada ahlinya ada pejabat operasinya ada gerakerja tersusun dan berjadual dan sentiasa pemimpin pusatnya bersantai berdialog dengan ahli2 Amanah di merata pelosok negara !


Syair 1


Syair dan lagu sumbang !
Makin kuat bila bergerak solo? 
Lepas tu suluh 'IKATAN' ? 
Tidak betah duduk sendirian ???
Temberang jangan kasi 'chance' !!!
Inilah syair dan irama tidak mengikut rukun sempadan?

Buat pi laa syair merapu asal jangan tak buat ! Hanya itu syair nak diungkap? Buat2 terkejut tidak pelahap ! Dgn Umno sudah tertiarap ! Jumpa Ikatan seronok bagai nak rap !
Kah Kah Kah


Gurindam 2

Apa cerita dok go head gostan nie?
Awat dok kalut  meratib dok bagi tahu?
Takut orang tak tahu ke?
Masih tak sedaq puak nie? PKR tu Pakatan Harapan laa bro !
Dah ikat dgn IKATAN TU,,BUAT LAA cara ikatan dua simpulan jer? yang tak mahu lepaskan PKR tu apa pasal haa? atau sendiri syok?
Kah kah Kah
KENAPA Pula PKR MASIH BELUM BERSEDIA MENCERAIKAN PAS~ Prof Aziz Bari

Banyak sebab digariskan Aziz Bari bro ! antara sebab utamanya, PKR sendiri tak yakin kemampuannya? betulkah? Inilah agaknyanya yang PAS masih melekat kuat dengan PKRdan PKR pun semacam tak mau berenggang dengan PAS? sekurang2nya ada 10 sebab digariskan oleh Aziz Bari..baca selengkapnya di (antarapos)

Gurindam Jiwa Kacau

“Kita memang mewujudkan kerjasama dengan Ikatan, namun ini tidak bermakna Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR,” kata PJ Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad.(Pas, PKR masih ada hubungan politik) (sinarharian)
Apa yg dirisau sudah berlaku -
PKR, Amanah,DAP sudah setuju
Cuma Pas saja tak mahu mengaku?
Bimbang dan takut tidak lagi laku
Jiwa kacau SYAIR pun kian kaku merapuuuuu !

KAH KAH KAH

Ini 
syair balas dari PKR
Hubungan PKR-PAS masuki fasa amat genting?
Demikian pencerahan yang diberikan oleh Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul bila mengulas tindakan PAS mengutus bantahan kepada PKR yang dilihatnya ...
"Kita ada hubungan yang tidak rasmi (dengan PAS) dan saling menghormati namun ia tidak mengikat kita. Ia berbeza dengan Pakatan Harapan sebab kita saling terikat,” kata Johari.


Beliau berkata, oleh kerana hubungan PKR dengan PAS adalah 'tidak rasmi', pemimpin PKR bebas untuk menghadiri mana-mana program yang dianjurkan oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan, terutama PAN.
(antarapos)

Inilah jadinya bila PAS ingat hubungan yang dia sendiri mahu, maka PKR kena akur ! Kena sebijik macam nie pun? Pas masih tidak sadar dan tak tahu malu? Kah Kah kah

Syair Lena ?


Lol ! DAP juga yang salah ?
Hang pakai matematik zaman mana bro ?
Karang laa syair bagi senonoh sikit!
Sendiri pi pakat ngan Umno? DAP kena getah? marah DAP bukan Umno? Kah kah Kah
 
Syair Gelabah

Masih lagi harapkan Umno nak buat hudud?
Kena 'main' bertali arus dgn Umno pun masih mengharap juga? Bila jumpa tali Ikatan baru? boleh pula setuju 'delay' hudud? Kah kah Kah.
Sayair 
Paduan Kata
FB - Aliasalias Aliasalias
ceramah di Kedah sempena ulangtahun 65thn PAS mln tadi 18.3.2016 ? Khabarnya lebih 'banyak' nyamuk hadir berbanding bow tie supporters heh heh.

 Syair Lambong Lombong !

CScombatt Siber
Syair memuji diri, menunjuk-nunjuk itu riya' namanya ! Sendiri karang, sendiri lambong ke?
mesejnya nak menunjuk, nak habaq berilmu, nak habaq masih laku bebenor..kalo zuhud ? tak akan keluar tulisan mcm nie...minta jauh laa sifat riyak mcm olarmark pascai macam nih !


Teguran 
mufti pun PAS tak respek

Kalo teguran mufti pun, PAS tetap taksubkan pemimpin depa?

sedih sungguh lihat akhlak buruk orang Islam yang 'Ta'asub' membabi buta memaki, mengherdik & mencaci Dr. Maza... hanya dengan kata-katanya ini bukan ditujukan khusus kepada sesiapa pun..
Fikir Sejenak !

Breaking News
Jangan bimbang, 
kata Ketua Penerangan Pas selepas jumpa Najib 
Facebook Izham Hashim yang memaparkan status selepas PAS jumpa Najib. 
Baca dan Klik sini bro (malaysiadateline)



akhirkalam
sumber- ustaznaim.blogspot


Comments

  1. Betul2 kelakar dan gelihati melihatkan telatah "ualmak2" PAS berkuntau nak sorok buruk laku mereka tu yang bermuka2 serta kaki khianat. Sekarang ni bila ualmak terulung mereka sendiri yang pecah lubang bahawa selama ni, memang mereka dah tipu hidup2 ahli2 mereka serta walaun2 jahil berkenaan akta 355 yang sebenar2nya bukanlah "Hudud", tunggang terbaliklah pimpinan2 ualmak2 tu nak menjawab, membelit serta meng"auta" pasal PAS sudah "memperdagangkan" hukum hudud demi politik dan kedudukan.

    Dulu, bukan main lagi gahnya mereka mendabik dada kononnya mereka akan melaksanakan hukum hudud walaupun dok sorang2 tapi la ni, bila dah bergabung dengan parti "tupperware" yang bernama Ikatan, terus letak ekor kat celah kangkang pastu dengan muka tak malu dan sombong berfatwa bahawa "hudud tu boleh ditangguhkan" dan PAS ikut perintah Yang DiPertuan Agung untuk memperkasakan mahkamah Syariah"!.Kah! Kah! Kah! ikut perintah YDP Agong untuk memperkasakan mahkamah Syariah dan tangguh laksana hukum hudud? Berguling2 "non muslim" ketawa melihatkan buruk laku serta tak dak berprinsipnya alim ulamak melayu tu semua.

    Bikin malu Islam aje puak2 kepala besar dan ego ni. IQ rendah tapi lagak macam genius terulung kat dunia. Ni le standard pimpinan ulamak yang diangkat sebagai pimpinan tertinggi PAS? Kalau macam ni le gaya politik serta strategi diaorang, budak2 sekolah menengah pun boleh makan diorang ni dengan tutup mata je. kah! Kah! Kah!......ulamak akhir zaman..yang ada Nabi SAW sebut2kan dulu tu dah pun muncul kat Mesia ni! Sama je taraf diaornag tu dengan mat2 rempit yang serbu Pejabat Che Det sambil pegang plakad "undur Mahathir undur". Dua2 kumpulan tu "clueless and brainless".

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?