Belek Surat Kabor pun kena kecam bah? - [Video]

Payah juga jadi orang besaq nie bro ! baca 'paper' pun macam jadi 'satu salah' pula? Itulah ragam yang mesti dilalui bagi siapa sekalipun yang berada 'di puncak' dalam sesebuah pentadbiran. Lebih-lebih lagi pentadbiran sebuah negeri? Menteri Besar pula tu..kah Kah Kah
Bagi Ahmad Bashah yang lulus 'Universiti Umno'? (.themalaysianinsider(Bashah: Saya 'lulusan' universiti Umno. ) ? Tidak begitu sangat jadi masalaah bagi dia bro ! Beliau kelihatan bersahaja memulakan tugas (Ahmad Bashah mula bertugas) sebagai Menteri Besar baru Kedah hari ini 7 Feb. 2016 seawala jam 8 pagi. Videonya lihat sini (Ahmad Bashah mula tugas Menteri Besar Kedah).
Cuma pagi ini, bila mulakan tugas, beliau membelek-belek surat khabar mungkin mencari-cari isu berkaitan untuk perhatian dan tindakan jika perlu? Itu pun 'kena' bro ! Ada juga yang mengecam beliau berbuat begitu? Orang Kedah kata, tak boleh nak tengok senang sikit? ada saja yang buat hal? Kah kah Kah
Inilah Umno bro ! sama-sama depa pun main belasah jer ? Yang 'berkawan' ngan Umno tu pun dok ikut perangai nie la juga kot? Bukan puak lain bro ! Bekas memba lama kita juga? Kita kat luar Umno laa nie, tengok saja, lepas tu senyum sikit. Kah Kah Kah


Ahmad Bashah mula bertugas hari ini sebagai MB Kedah
Ahmad Bashah yang tiba jam 7.50 pagi, disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din, pegawai kanan serta kakitangan pejabat menteri besar. - Foto Bernama



Foto MB Kedah Dikecam Kerana Mulakan Tugas Dengan 'Belek Surat Khabar'


ALOR SETAR - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan tugas baharu sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, tepat 8.00 pagi.

Ahmad Bashah, 66, yang juga Adun Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar setelah Adun Ayer Hitam itu hilang majoriti sokongan Adun Kedah.

Ketibaan Ahmad Bashah di Wisma Darul Aman berpakaian sut hitam dan bertali leher merah pada 7.45 pagi disambut pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar.


Sejurus mengetip kad perakam waktu, Ahmad Bashah mengaminkan bacaan doa sebelum memasuki pejabat menteri besar dan sempat meluangkan waktu melihat muka hadapan akhbar tempatan.

"Tugas pertama saya adalah jumpa pegawai untuk dapatkan maklumat dan taklimat berkaitan semua tugasan yang perlu saya lakukan," katanya.


Beliau kemudiannya meluangkan masa bersarapan bersama pegawai dan media, sebelum kembali ke pejabatnya untuk taklimat mengenai pentadbiran negeri.






























copy n paste 
sepenuhnya dari sini Bloglist Malaysia  



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?