Sekretariat pembangkang tanpa Pas - [VIDEO]

Semenjak Pas memutuskan hubungan dengan DAP seusai muktamar 61 lalu bro., Pas kelihatan tidak lagi bersama dengan Amanah dan DAP dalam apa juga rundingan dan kerjasama politik! semua tu tak kena dengan Pas bro ! Amanah tu 'pengkhianat' kata PAS, dan dengan DAP pula, Pas dah berkerat rotan dengan parti itu. Pas hanya mau bersenandung dengan PKR walaupun nampak bukan sangat Pas seronok dengan Pkr itu? Cumanya ada sedikit 'kepentingannya' di Selangor? itu saja bro !

Seketariat seperti di Kedah ini, seketariat pembangkang bro ! Macam mana Pas Kedah nak bergabung dan menyertainya? Kerana Pas sekarang ini dilihat tidak dan jarang sekali 'membangkang'? walaupun Pas itu di blok pembangkang? tetapi tak nampak macam Pas itu pembangkang? Apa yang dia bangkang? Kah kah kah

Pas lebih selesa dan teruja dengan Umno bro ! sampai bila pun dia tak akan menjadikan organizasinya itu untuk dilihat menyanggah segala 'kepincangan' dan 'salah laku' besar yang melanda UBN bro? Pas hanya nampak 'persoalkan' perkara remeh temeh saja, perkara yang tidak membabitkan segala 'dasar' yg kelihatan pincang dan senget dalam urus tadbir negara ? Kadang2 Pas hanya nak tau 'mutu pengadilan' bola sepak kebangsaan saja bro ! Bila menteri erkenaan berikan jawaban? dah kira setel laa benda tu? Kah Kah Kah


Sebab itulah bila diwujudkan 'sekretariat pembangkang'di peringkat negeri..PAS awal lagi tidak masuk senarai bro! Nak masuk macam mana? dia bukan 'pembangkang' sangat pun ! Himpunan 60K sedikit hari lagi adalah satu pertunjuk ke arah itu bro ! Kalau pembangkang seperti Amanah, PKR dan DAP anjurkan apa2 program? jangan harap laa PAS nak join ! Kah kah kah



Sekretariat pembangkang tanpa Pas
ROSLINDA HASHIM



Sekretariat pembangkang tanpa Pas - Azman (tengah) bersama Kok Yew (kiri) dan Ismail pada sidang media selepas melancarkan sekretariat itu, semalam.

ALOR SETAR - Sekretariat pembangkang Kedah diwujudkan tanpa penglibatan Pas, namun pintu rundingan untuk parti Islam itu menyertai pakatan ini masih terbuka.

Pengerusi bersama sekretariat, Dr Azman Ismail berkata, sebagai permulaan, sekretariat terbabit dianggotai tiga parti politik, iaitu PKR, DAP dan Amanah, namun penyertaan masih dibuka kepada parti politik lain mahupun NGO yang berminat.

“Sekretariat ini diwujudkan susulan persidangan meja bulat 
22 September lalu di peringkat Pusat. Untuk menyelaraskan kerjasama politik tiga parti, kita wujudkan sekretariat ini di peringkat negeri. Walaupun begitu, tidak bermaksud parti lain tidak dijemput atau diterima menyertai pakatan ini,” katanya, dalam kenyataan bersama pada sidang media selepas melancarkan sekretariat terbabit, semalam.

Hadir sama, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Azman yang juga Pengerusi PKR Kedah berkata, sekretariat ini dipengerusikan bersama tiga parti terbabit berikutan Pakatan Harapan belum dilancarkan secara rasmi.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Pas dalam pembentukan itu, sama ada pakatan itu memutuskan hubungan dengan Pas Kedah atau bersedia menjalin kerjasama dalam isu-isu tertentu, Azman sebaliknya menegaskan wujud masalah komunikasi menyebabkan wakil Pas tidak hadir.

“Masih terbuka kerjasama dengan semua, namun bergantung pada perkembangan selanjutnya. Sekiranya menyentuh dasar parti, ia di luar kawalan kita namun bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang perjuangannya senada,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah itu, sekretariat pembangkang Kedah juga bersedia menjalin kerjasama dengan parti politik lain sekiranya melibatkan isu besar yang berkepentingan dalam negara.

“Jika Ahli Parlimen dari BN nak sertai pun tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Amanah Kedah akan akur pada sebarang perubahan yang dibuat di peringkat Pusat dalam usaha mewujudkan pakatan pembangkang yang kukuh di negara ini.

“Politik berubah dari semasa ke semasa, namun apa jua polisi diputuskan Pusat, kita di negeri perlu akur, namun saya percaya masih ada pintu rundingan. Mana-mana parti perlu buat keputusan sendiri sama ada mahu bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya,” katanya.

Manakala Kok Yew menyifatkan penubuhan sekretariat ini bertepatan pada masanya dalam usaha mengukuhkan pembangkang untuk melakukan perubahan dalam kerajaan.

“Kami akan bersama laksana agenda diputuskan Pusat, mengikut perjuangan parti. Agenda utama pastinya untuk bebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi dan politik yang dilihat semakin membimbangkan,” katanya.

sumber -  Sinar Harian


Ceramah Melayu Serumpun-Ella Star Light 
 Ceramah Terbaru MAT SABU Lawak Sekali ini


Sisipan Maknawi

www.pilihanrayakini.com
Tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.
Kesombongan menyebabkan mereka terpinggir sekarang bro ! Jangan ingat Pas sahaja yg 'Islam' ! Islam bukan 'monopoli' Pas sahaja! Islam adalah (  
الإسلام دين الرحمة  ÙˆØ±Ø­Ù…Ø© للعالمين   ) ' Islam agama rahmat , rahmat untuk semua isi alam" ! Islam membawa rahmat kpd sakalian alam ! Pas belum tentu jadi 'rahmat' untuk rakyat berbilang kaum !.. pintu hati non muslim telah hampir2 'menyukai' Islam yang ditonjolkan dahulu oleh akhlak TGNA, Ust Fadzil Nor dan ramai profesional bro ! Tetapi telah sirna dan hilang akibat kebobrokan akhlak sesetengah pimpinan utamanya ? untuk baiki semula, bukan satu jalan mudah bro ! ia cukup berliku...sejak merdeka..hinggalah selepas PrU 13..kemundian, ianya dirosakan oleh sebilangan mereka yg gelojoh dan gelabah gegabah untuk menguasai Pas kononya mereka saja boleh martabatkan Islam ! yang dikejar tidak tergapai, yang dikendong tercirit birit telepas semua...
Memang Pas dah hanyut bro ! dok nafi apa ? Memang PH nak menang pilihanraya akan datang, so what? kalau dah PAS tak mahukan kemenangan? PAS sentiasa dok jaja, "kita masuk pilihanraya bukan untuk menang? orang yg 'terencat akal' saja yg dok jaja ayat macam nie ! Kalau dah begitu, bubarkan PAS sebagai entiti politik, jadikan dia badan dakwah saja..habis perkara ! Jadi 'pembangkang' pun ! bukan 'bangkang' sangat, betul ke salah yg BN buat? dok tikam turut jer dengan UBN..baik tok sah jadi 'pembangkang' Kah Kah Kah


fenditazkirah.blogspot.com
Dalam Diam, Pengerusi Ulama Asia Tegur Ketua Dewan Ulama PAS yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin pernah berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang. "Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,”katanya kepada Keadilandaily. Justeru, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dhulu...dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun tahun lepas bro !. Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.
Sebab tidak ada 'bangkangan' dari ulama Pas lain yang seberani Us. Abd Ghani Shamsudin menyuarakan kepincangan dlm keputusan PRU lepas, maka tak payahlah tok sidang Pas nak 'membebel' yang wadah lain tak martabatkan Islam...sedangkan Pas sendiri 'berseloka' sahaja ! Apa agenda Islam Pas yang sebenar dalam mencaturkan programnya? Dengan akhlak yang separuh hancur ? pemimpin2 Pas asyik bercakap benda2 tak perlu ...Hudud? kenapa senyap sepi sekarang?


Memang TIDAK ADA Prof !Tidak ada ikon dalam PAS yang boleh diteladani dan disegani untuk diikuti....Yang ada hanya penjanaan tutur kata murahan dan program2 yang tidak membantu rakyat ramai ! kerana mereka memberi fokus kelain, ke laut, gelaran tokoh dakwah diberikan oleh agensi asing hanya gurauan murahan, dan rakyat tidak merasai apa2an !


Paschai tetap bersuara dengan nada sebegini? 
Ini saja laa 'bangkangan' yg mampu mereka ketengahkan !Isu2 besar negara yang melilit dan terbelit dibiarkan tanpa ada apa2 tindakan dan teguran dari Paschai !Sebab itu apa seketariat pun dari tiga pembangkang utama, PKR, Amanah dan DAP tidak akan disertai PAS..Tanpa PAS, Kabilah akan tetap ke hadapan bro !..yang mengata tu? tak angkuh juga ke? tak akan hilang sokongan melayu ngan Cina juga ke? kah kah kah


Dari fb 
Gamaknya budak2 tu cakap kalau aku tau aku kena mengadap mamat ni lebih baik aku main guli..

Budak2 pun, budak laaa...
Ini agaknya macam kata M.Agus Yusoff.. dah tak ada 'orang'
yang boleh jadi 'ikon' dlm Pas bro ! nak berkawan dengan sesama pembangkang dah tak mampu ! so tak ada laa 'bangkangan' bila dok berkepit dengan Ubn ?


Sambutan utk PH di Kulai Johor

Kalo Pas dah pasrah tak mau hampiri 'barisan pembangkang'..
Kabilah PH tetap maju ke depan..memang pun seketariat pembangkang TANPA Pas ! dan itu yg terbaik setakat ini bro !
Biarlah, tanpa Pas sekali pun ! lebih selesa untuk rakyat tentukan nasib negara ! 


PAS Amalkan Politik Gila Talak
Sebab tu usang keduanya, Bahtera dan  Nakhoda ! Baca luahan ramziredang berikut ini bro !
Oleh ramziredang 

"Sehari dua ini PAS mempersoalkan tentang di manakah kerusi yang AMANAH akan bertanding? Jika tiga penjuru dengan PAS tidakkah memberi kelebihan kepada BN? Padahal sebulan lepas PAS telah umumkan akan bertanding di semua kerusi DAP. Kenapa pada masa itu PAS tidak fikir jika tiga penjuru dengan DAP tidakkah itu memberi kelebihan kepada BN? Apakah PAS boleh tikam orang tetapi orang tidak boleh tikam PAS?
Apa perlunya PAS mempersoalkan tentang parti lain? Terutama tentang AMANAH dan DAP? PAS telahpun dipelawa untuk bersama sama dengan PAKATAN HARAPAN. Jelas sekali PAS menolak.
PAS sudah menyatakan pendirian. PAS tidak sudi. PAS menolak. Jadi apa perlunya PAS persoalkan tentang pembahagian kerusi? Apa sahaja alasan boleh diberi oleh PAS. Beribu alasan boleh direka. Samada kerana tidak ingin bersama DAP atau Amanah. Tetapi hakikatnya rumusan PAS tidak sudi itu memberi maksud: PAS TIDAK SUDI UNTUK BERSAMA SAMA RAKYAT UNTUK MENOLAK BN
PAS sama sekali tidak layak untuk berbincang tentang pembahagian kerusi di mana Amanah patut bertanding. Kehendak yang membuak buak di dada rakyat sekarang adalah, matlamat menjatuhkan BN.

Saban hari PAS asyik bercerita dia masih cantik, menawan, gebu, putih melepak diminati ramai tetapi sayang, dia lupa, dia sudah semakin tua dan semakin tidak berdaya manakala kesihatan juga sudah tidak menentu. Masuk keluar hospital juga sudah acap kali. Jadi fikir-fikirkan sejenak hayat anda.





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?