PAS, 'Asabiyyah dan 'Ulama' - Apa Dah Jadi?

Sekarang ini, 'peperangan' antara puak asabiyah yg bergelar ' ulama ' dalam PAS dalam menghadapi golongan ' profesional 'kian sengit, kian jijik dan jelik bro! Selain PASMA, sasaran mereka adalah beberapa tokoh utama PAS sendiri ! antaranya Mat Sabu, Hatta Ramli dan beberapa nama lain. Mereka dilihat melancarkan serangan demi serangan bertali arus..

Alasan demi alasan 'diciptakan' bagi meluluskan tindakan mereka tadi..soal hujah telah diketepikan..soal benar atau hanya tuduhan tidak lagi penting..yang penting ialah 'musuh' dalam organisasi sendiri ini? hendaklah disekat kemaraan mereka di Mukatamar akan datang, supaya grombolan ustaz2 PAS berkenaan boleh mendominasikan partai Islam ini..supaya cita2 bersekongkol, berpadu2 dengan Umno dapat direalisasikan? Kah Kah Kah

Syahdan ! maka dimomokanlah semaunya beberapa nama tadi, juga PASMA dengan berbagai-bagai tuduhan ? Dahsat juga keroja buat grombolan ulama nie bro,macam depa dedah rakaman audio yg konon dari Mat Sabu tu? Kah Kah Kah



Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang..lapor www.themalaysianinsider.com

Apa pun, kita tunggu penjelasan MAt Sabu nanti?
Kesahihannya masih diragui bro !

************


PASMA Difitnah?

KENYATAAN MEDIA RINGKAS 

MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI TRANUNGKITE

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh Tranungkite yang bertajuk PASMA keluarkan 50 Nama Untuk Disingkirkan Pada Muktamar Akan Datang yang bertarikh : 22 February 2015 @ 19:05:15 MYT dibawah topik Selongkar bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan tidak baik dan kami menafikan dengan seketas-kerasnya yang kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak PASMA.

Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak tranungkite bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

MOHAMAD NAZIR BIN ZAKARIA
KETUA PENERÀNGÀN PASMA PUSAT
23 FEB 2014



TAJUK: 
FITNAH SONGSANG TERHADAP PASMA OLEH PEMANGKU KETUA ULAMAK PAS.

PASMA CABAR YAB DATO AHMAD YAAKOB BERDAILOG DEMI BERSIHKAN FITNAH JAHAT KE ATAS PASMA. 


YAB Dato Ahmad Yaakob dan Nik Ammar membuat tuduhan yang sangat berat ke atas PasMa. PasMa menafikan sekerasnya tuduhan tersebut. Fitnah yang dibuat oleh seorang Ketua Ulamak tidak boleh dimaafkan. Ajaran songsang, liberal, menolak hudud dll. PasMa akan menganjurkan majlis dailog antara Pasma dan.YAB Dato Ahmad Yaakob dan wakil Dewan Ulamak Pas. Tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan segera. Pasma akan diwakili oleh Ustaz Muhamad Husin,Timbalan Presiden Pasma, lulusan Usuluddin UM, Ustaz Aziz Abbas,lulusan Universiti AlAzhar selaku Pengerusi Pasma Terengganu dan Ustaz Ibrahim Ahmad, Timbalan Pengerusi Pasma Pahang lulusan Master Universiti AlAzhar.



****************

Hasil Multaqa' Ulama PAS

Multaqa' Ulama PAS 
(21 Februari 2015)
1. GILA: Ahli PAS pertahan PASMA adalah gila (Ustaz Nik Amar)
2. BABI: Ahli PAS mesti bersama kepimpinan ulama agar tidak ditelan babi. (Dr Zuhdi Marzuki)
3. SYAITAN: Dalam PAS ramai syaitan (Fauzi Husin).
Olamak penglebel alaf kini.. Suker2 diorang je..

Dari - FB Rakyat Bangkit

*********

Dari - FB Rakyat Bangkit
AKHLAK JELEK SEORANG PENDAKWAH KONONNYA...

Inikah Akhlak seorang yang mengaku dirinya seorang Ulama yang juga Ketua Dewan Ulama Pahang. Akhlak Mokhtar Senik tidak mempamerkan beliau memiliki ilmu dakwah yang baik.. 

Mohon berlindung dari sifat orang yang mendakwa Ulama tetapi sarat dengan sumpah seranah dan perkataan keji..

~#Rakyat_Bangkit

************
Baca ini bro..

Masih adakah ruang penyatuan selepas multaqa, 
soal AJK PAS Pusat
OLEH ZULKIFLI SULONG, 
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 23 February 2015 11:30 AM...

Selepas multaqa ulama minggu lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad khuatir sama ada masih wujud atau tidak ruang menyatukan ulama dan profesional dalam PAS...Continue Reading


Dari Fb TOLAK UG DALAM PAS
Kenapa beliau sebagai Pensyarah di Universiti Malaya tidak di kenakan 
sebarang tindakan meski pun di ketahui bersama PAS PUSAT..? ~#Rakyat_Bangkit


*************

Bloglist Malaysia
Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.

Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

selanjutnya..

***************

Rakyat Terengganu dah guling Haji Hadi lama dah, sejak tahun 2004 lagi.....tak dak sapa puak ulama di Multaqa tu kecoh pun !
tak dak sapa meghoyan pun atau saja tak boleh pikiaq? tak kecoh tak riuh pun..agak2 boleh ke pertahan Ganu lagi ke? atau dah selesa padu2 ??

Aku tak kisah kalau PAS nak gabung dengan UMNO atau nak hidup sebatang kara..... Itu dia punya pasal.
Cuma Aku marah sebab PAS mengkhianati Pakatan Rakyat..... Kalau PAS dah keluar dari PR, kita tak kisah pun PAS nak jadi apa.
Eh, Pakatan Rakyat ni macam budu.... Kalu makan nasik dengan budu saja-saja, tak sedap langsung...... Kalu makan nasi berulamkan lada jarum saja-saja, tak sedap jugak...... Tapi lada tu kalu kerenyek dalam budu, perah asam limau pulak, baru jadi sedap.
PAS ibarat lada, PKR ibarat limau nipis, DAP ibarat daun kemangin atau bawang.....
Budu tetap budu... Kalau PAS tak setuju, kita boleh cari lada lain..... PAS jangan eksyen lah, kalau harapkan lada semata-mata, tak ada orang pun suka buat ulam.... Bila campur dengan budu baru orang suka...
ulamak baru tumbuh jenggot nie bukan gheti sangat bagaimana Umnuuu dah boh side kick dulunya..itu pasal orang lama tak boleh terima idea perpaduang nie? 

Bila taksub melampau grombolan ulama UG nie kepada sorang 'tertentu' ? yang tidak sealiran fikrah dan berbeza dalam pandangan? semuanya dianggap nak jatuhkan sang ketua tadi? Inilah bhaya taasub bro ! ketua buatsilap ke, betul ke? semua dikira betul adanya..Kah Kah Kah
idea asal abe awang malaya

  Kah Kah Kah  



Comments

  1. Ana dah tak lagi peduli apa Pas nak buat. Perlu diingati BN(UMNO) yang telah merompak dan menyamun harta rakyat. Apakah kita perlu bersekongkol dengan mereka? Kita akan melihat episode seterusnya. Siapa akan dimakan oleh serigala ganas? Hubaya!!! - JAFARO

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Aku ambil jalan paling mudah..bagus dan lebih senang kalau depa PASumborq meniaga dlm sarkis...lebih mudah dan lebih senang PR nak bergerak...DAP n PKR...sahaja..

    ReplyDelete
  4. Makin hari sakit ati...
    Perangai seghupa umnuuuu...
    Kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro temekak !

      makin hari puak ostad jenggut sejemput nie..makin krosottttttt ! kah kah kah

      Delete
  5. xtau nk tulis apa..ikut suka ko la labu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?