'Word' baru Tok Sidang PAS ke ni ?

Pasai gelar menggelar nie, nak lawan Tok Sidang PAS tak dak sapa dah boleh celen dah bro ! terbaru menurut laporan the star.Tok Sidang kata partinya lebih baik jaga lembu Umno dari jaga Babi DAP atau dalam bahasa Omputeh, "would rather herd the cows of Umno than herd the pigs of DAP" ! Ini semua pasai Pas nak sangat bertanding di PRK Sungai Besar, Selangor dan terpaksa berentap dengan PKR di satu pihak dan Amanah di pihak lain bro ! Pas dah 3 kali tungging di situ dengan UBN. Kah Kah Kah


Kata-kata Tok Sidang Hadi itu dilaporkan disebut beliau semasa satu mesyuarat di rumah Hadi sendiri di Rusila selepas Azmin Ali berikan kata dua kepada Pas Selangor. Exco Pas Selangor mungkin disingkirkan (sini) dan (sini) tetapi dinafikan pula oleh Azmin (sini). Macam-macam puak nie? Hadi bagaimanapun mengarahkan ketiga-tiga exco untuk tidak meletak jawatan. Beliau berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan. Kah Kah Kah

Sekali Tok Sidang 'bermadah' seperti di atas tu, bukan saja Azmin Ali yang pening? Lim Guan Eng pun tarkajuit bro ! Kah Kah Kah.

Did you say ‘pigs of DAP’? Guan Eng asks Hadi (sini) LGE nampak cukup marah. Kalau berita itu benar adanya, mana LGE tak bara tak bengang ? Bukan ada pasai pun nak ayatkan DAP dengan bahasa kasar dan kesat macam tu lebih2 lagi DAP bukannya bertanding dalam PRK di K.Kangsar dan Sg. Besar ! Jadi apa jadahnya pi ayatkan begitu ? Sebab itu LGE kata, kalo benar nukilan itu? Hadi perlu menjelaskan samada laporan itu salah atau tepat dan meminta pimpinan Pas sila ambil tindakan terhadap akhbar yg melapor itu kiranya telah salah dalam laporannya?.
Guan Eng sempat 'smash' sikit, kiranya Tok Sidang kata demikian, tak 'fair' laa seorang Islam keluarkan kata-kata begitu kepada orang bukan Islam.

Secara sinikalnya, bukan DAP saja kena dengan ayat Tok Sidang nie bro ! Umno pun kena juga? Apa makna 'lebih baik jaga lembu Umno' ? Mafhumnya dalam Umno ramai 'lembu' yang senang Pas 'sembelih'? Begitu? Sebab itu dia umpamakan DAP tu babi? sebab babi tak boleh nak sembelih? Orang Pas mana nak makan babi ! Kan ke 'babi' atau bahasa halusnya 'khinzir' tu Najis Mughallazhoh ! Jadi DAP tu kira Najis Mughollazhoh laa bagi PAS? Kah Kah Kah

Tok Sidang dan orang Pas tak boleh nak marah bila ayat depa tu ditafsirkan? Tafsir atau takwil ini boleh jadi macam-macam? sebab itu sebelum 'bahasakan' orang lain, fikir dan hadhamkan dahulu, jangan seghebu macam 'lembu lapaq ayaq' pula? ayaq tumpah nanti 'lembu' kehausan? lagi laa haghu !

Apa pun bahasa dan ayat-ayat Tok Sidang langsung tidak mencerminkan keperibadian dan akhlak Islam yang boleh dicontohi malah memalukan Pas dan orang Islam sendiri . Kalaulah ayat itu benar datang dari Tok Sidang? Cukup malang sungguh bro !  Watak yang membahasakan begitu hanya watak2 'samseng' dalam filem saja bro ! 


*************

Hadi kata 'lebih baik jaga lembu Umno dari babi DAP'?

DAP menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan kasar “babi DAP” terhadap mereka.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, jika Hadi tidak mengeluarkan kenyataan itu, beliau patut membersihkan namanya dengan menyaman akhbar yang melaporkannya.

“Jika beliau membuat kenyataan itu, ia keterlaluan, kerana perkataan itu kesat terhadap DAP dan masyarakat bukan Islam.

“Kenapa DAP terseret dalam isu ini ketika kita tidak bercadang pun untuk bertanding dalam pilihan raya kecil,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN).



The Star melaporkan Hadi sebagai berkata lebih baik PAS “mengembala lembu Umno daripada babi DAP” dalam mesyuarat khas berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di rumahnya di Terengganu.

Artikel berjudul “Crisis in Selangor - PAS may be booted out by state govt” melaporkan Hadi bersedia membenarkan tiga exconya di Selangor dipecat.


Ketiga-tiga exco PAS dikatakan mendapat amaran oleh kerajaan Selangor jika PAS bertegas meletakkan calon di Sungai Besar.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilaporkan mendakwa PKR lebih berpeluang di kawasan-kawasan parlimen di Selangor.

Jika berlaku krisis dan PAS ditendang keluar daripada kerajaan negeri, PKR masih dapat mempertahankan pentadbirannya dengan sokongan 13 ADUN sendiri, DAP (15) dan Parti Amanah Negara (2).

PAS mempunyai 13 kerusi di Selangor, Umno 12 dan bebas dua.


~ sumber

sisipan sempoi

Macamana nak paham nie?
Kah kah Kah



Ini namanya ramalan tepat? Tahniah didahulukan ! Kah kah Kah










Comments

  1. Ustaz Hadi cukup suka sebut nama binatang, babi la, anjing la, beruk la, lembu la. Dia ni warak ilmu zoologi kot takpun tersalah ambik bidang. ke guano mad?

    ReplyDelete
  2. Bro Mat Safian

    Terbaik andaian bro?
    bila rajin sebut nama2 tu..belajar zoology laa ..
    patutnya dia kerja kat zoo laa yer?

    kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Ada lagi binatang yang dia sebut...KUDA yakni pil kuda...kah kah kah....

    ReplyDelete
  4. Bro Asrul Sani
    terbaik
    aku lupa ke kuda tu..

    kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Tak ker umno rasa terhina seolah dah serupa macam lembu jer kat mata Hadi Awang

    Mungkin juga umno pun dah faham bhw semua lebai2 tu dah sama belit macam ularSemak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?