Memilukan, Kenyataan Husam Setelah DiPecat - [VIDEO]

Maka bertempik soraklah para walaaunnta juga walaaunti sebaik saja Husam Musa dipecat dari PAS. Tidak kurang juga yang terkedu dengan keputusan ini. 

Apa kesalahan Husam? Al-Kisah maka tersebutlah cerita dari Negeri Che Siti Wan Kembang bahawa Si Husam sebelum ini lantang mengkritik Tok Sidang PAS berhubung isu kerjasama parti Islam itu dengan UMNO serta kepimpinan parti berhubung isu hudud.

Hanya kritik atau bahasa halusnya inginkan penjelasan Tok Sidang berkaitan kerjasama PAS-UMNO itu. Itu sahaja. Salah rupanyaaaaa !

Husam nak tahu, jadi Husam pun tanyalah Ya atau tidak ? itu saja, jawablah, yang dok pi rawit bukan2 tu apanya pula? Jawapan Tok Sidang? Nahi bro ! Kah kah Kah

Tak boleh persoal langsung apa yang nak dibuat Tok Sidang. Maka jawablah Tok Sidang dengan jawaban yang tak ketahuan pala ekorny...
Malah, Husam sebelum ini dilihat sepentas dalam program AMANAH pada majlis makan malam anjuran parti serpihan PAS itu di Kelantan dan Petaling Jaya, Januari lalu, itu pun salah bro ! Umno pun tak buat kerja macam tu. Kah kah Kah.


Seperti kata ramziredang sini : kalangan kami para penulis, Husam adalah satu susuk tubuh yang punya karaktor tersendiri, daya intelektualnya terserlah dan tidak gopoh dalam membuat sesuatu keputusan. Yang paling kami rasa hormat adalah, ia seolah olah telah berjaya menjadi 'copy paste' Tok Guru Nik Aziz. Begitulah juga rasa hormat hormat aku bro !  

Selamat Tinggal Husam..Moga anda selamat di sana.





Sedih & Pilu

Husam sendiri menerima berita itu dengan linangan air mata , "Mungkin ada hikmah yg sedang menanti," kata Husam sedih dengan apa yang berlaku dalam partinya. "Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," tulis Husam yang meluahkan perasaannya melalui Facebook beliau selepas menerima keputusan beliau dipecat dari Pas.

 
Pas Pecat Husam Musa
Published on May 5, 2016

Lembaran 
Baru Politik Malaysia
Ramai berpandangan pemecatan Husam ini membuka (struktur baru) politik Malaysia lebih cemerlang lagi bro! Husam kini bebas corakan dirinya dan tidak lagi terikat dengan baiah talak tiga bikinan Pas itu? Ayuh Husam! Amanah sedang menunggu bro ! Pintu Amanah terbuka luas buat dirimu. Kita akan 'kekalkan' DUN Salor Insya' Allah ! Memanglah terlalu awal ajakan ini? namun sejauh ini, itulah saja yang terfikirkan !

Kes Husam
Politik Pelik - Amanah


Ketua pemuda Amanah Kelantan ucap takziah atas pemecatan Datuk Husam Musa oleh Pas
Pemuda Amanah kata kes Husam nie cukup pelik bro !  Memang aku pun kata aneh, ajaib bin heran bro ! Memang dalam Pas sejak bawah Tok Sidang macam-macam benda pelik terjadi dalam Pas. Awat tak lagu tu, cakap atas platform Islam tetapi kelaku kelayak jauh dari tuntutan Islam..?? mulut de so called ulama dalam Pas selalu mengambil ayat, "ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُونُوا Ù‚َÙˆَّامِينَ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ø´ُÙ‡َدَاءَ بِالْÙ‚ِسْØ·ِ ÙˆَÙ„َا ÙŠَجْرِÙ…َÙ†َّÙƒُÙ…ْ Ø´َÙ†َآنُ Ù‚َÙˆْÙ…ٍ عَÙ„َÙ‰ Ø£َÙ„َّا تَعْدِÙ„ُوا اعْدِÙ„ُوا Ù‡ُÙˆَ Ø£َÙ‚ْرَبُ Ù„ِلتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ø®َبِيرٌ بِÙ…َا تَعْÙ…َÙ„ُونَ [المائدة : 8
Mafhum ayat, " Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa, bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Maidah: 8).

Bila terkena kepada orang yang tak sejalan sebulu dengan depa, bila orang ini menegur sikit ingin betulkan Pas yang semakin kacau bilau setelah 'bersemenda' dengan Umno..mereka terlalu emosi dan hilang pertimbangan dan tiada waras akal sihat lagi, ayat dari al-Quran tidak lagi jadi rujukan mereka? hanya kerana Husam tu bukan 'ulama'? tetapi belum tentu olarmark Pas yang bersepah tu boleh ratah mentah Husam ini. Anak didik TGNA ini bukan sembarangan kemampuan dan kebolehannya bro! Daun serai daun tauhu, belum try belum laa tahu? Kah kah kah

Symptoms penyakit dalam Pas nie dah lama bro ! Bila Husam dipecat, senanglah mereka yang ditunjuk oleh Husam dalam beberapa kes salah urus dan tadbir seperti di Kelantan itu di peti ice kan, dibekukan, tak payah jawab kerana Husam bukan lagi ahli Pas. Mudah sungguh Pascai setelkan isu bro? Kah kah Kah

Hai laa Labu? Pascai buat kerja macam yg kena kat Tok Din anak Yasin tu? Sebijik macam tu lagaknya tanpa lalui proses 'keadilan' ? Bila kena kat Pascai, depa mahukan keadilan, bila Husam kena? ada depa beri peluang dia bersemuka menjawab segala tuduhan depa? Nahi bro ! Itulah Pas yang kini makin berhamPAS ! kah kah kah

Namun menurut beliau, sangat malang dan sadis buat sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar membuat tindakan yang cukup bertentangan sama sekali. Bukan sahaja berkaitan dengan kes pemecatan Husam, bahkan beberapa lagi siri-siri kes yang lain sebelum ini..Bro boleh teruskan baca sini

Husam
Tak Tahu Apa Kesalahannya

Husam masih berharap jawatankuasa disiplin kaji semula pemecatannya dari Pas
Cuba baca luahan Husam, bila beliau disambut ratusan penyokongnya di LT Sultan Ismail Petra sejurus beliau tiba di sana, antara lain Husam berkata, "Saya tidak pernah dipanggil membela diri malah sampai sekarang tidak dianyatakan apa sebenarnya kesalahan yang saya lakukan.
Dalam pengumuman pemecatan saya pun tidak dinyatakan apa sebenarnya kesalahan saya," katanya.
Beliau seterusnya mengagak jawatankuasa disiplin sebenarnya tidak menemui apa-pa kesalahan yang dilakukannya.
"Mungkin juga saya tidak buat apa-apa kesalahan, tapi bagi sebuah parti politik tindakan boleh diambil bagi tujuan politik.
"Boleh jadi tindakan ke atas saya ini hanya sebab politik," katanya.
Cukup sadis dan memilukan bro kerana PAS tu dakwa depa parti Islam? Tapi dasar dan tindakan depa tu 'against de Islamic virtues' bertentangan dengan nilai kebaikan dan keadilan Islam itu sendiri bro ! Baca ~ laporan lengkap

Imbas Kembali
Bunga-Bunga Perselisihan?


HUSAM DEDAH 
TEMBELANG HADI AWANG?

Published on Nov 8, 2015
Pendedahan Husam Musa berhubung usaha gelap 
pimpinan PAS untuk menubuhkan kerajaan 
BN-PAS dalam kemelut langkah kajang. ~ P N M


Pascai dan
Walaunnn Bergumbira !


Gumbira Satu

Macam biasalah bro, ampusana wa ampu sini dalam Pas pun apa kurangnya? Hati dalam sana siapa tahu? tapi orang boleh baca dari gerak cakap depa bro !
Maka 'burung2 kakak tua' belaan tuan yg angguk2 apa saja tuan depa tutur, depa pun 'copy n paste' semacam aje ! Kah Kah Kah

Kononnya,...
~ pemecatan Husam tu ikut undeng-undeng parti lah, selaras undeng2 parti depa laa? (memang ikut undeng2 bro ! tapi adakah ikut mutu keadilan Islam yang jadi 'pakaian' dan 'dasar' Pas itu sendiri ?
~ pemecatan itu pun TIDAK menjejas kekuatan parti lah. (parti dah nak melongsoq menjunam pun dok habaq kuat juga, ada laa tara seorang walaun kata program demo GST anjuran Amanah dulu tu, bila Pas sendiri buat, tak berapa kerat manusia yang hadir, kuat laa tu? Ceramah Pas laa nie pun kemaghau? Kuat?) Kah Kah Kah

~ kekuatan parti (PAS) kononn BUKAN nya terletak pada seorang individu tetapi bergantung hala tuju sebuah organisasi? (Hala tuju apa? Pas meniti kehancuran bukan ke kerana kerja buat seorang individu utamanya? Organisasi akan maju kiranya 'de so called' individu itu dihormati, dengan cara menghormati pendapat umum, tidak bahasakan anak buah dengan bahasa2 kesat dan ancaman?) Kah kah Kah



~ tindakan disiplin perkara biasalah (memang laa perkara biasa..tapi yang nie luaq biasa kerana orang yang dipecat tidak diberi peluang jelaskan apa bentuk kesalahan yang beliau lakukan? Takut ke? takut kantoi atau meghudum dan malu besar dan jatuh 'kemaluan' kalau tidak mampu berhujah? Ini namanya berat sebelah bro? Disiplin ke tu, yang mengadili itu sebenarnya tidak berdisiplin begitu? Ini tidak adil) Kah kah Kah

 ~ organisasi akan melayar bahteranya lah, bla bla bla lagi ! (nak layar bahtera apa? krew kapal aka bahteranya kian hari berkurangan tenaga mahir, silap tak silap bahtera tu akan hanyut di samudra luas dan akhirnya dilambong ombak ganas?) Kah kah Kah

~ bertindak selaras dengan kepentingan partilah, bla bla lagi. (selaras ke dua tiga laras pun tiada masalah kalo kena jalannya? tapi ini tuan tubuh yang nak diselaraskan itu, tidak tahu menahu apa bentuk salah silapnya? atau nak selaras dengan kehendak 'seseorang' utamawan lagi agamawan tetapi membelakangkan prinsip keadilan Islam itu sendiri? selaras mende?) Kah kah kah
 

Itulah cara depa ejas bila bertutur bro! mesti ikut 'skrip' kesukaan Tok Sidang? Kalo Tidak? ehem-ehem lah..Begitulah Ketua Penerangan Pas dok ejas untuk justifies the means supaya ending dan kesudahannya nampak cantik bagi depa lahh.
 (Dewan Ulama yakin PAS tidak lemah tanpa Husam)


Gumbira Dua
Siti Zailah Mohd Yusof
Bila ada walaunnn yang gumbira bro ! walaunnti pun tumpang sekaki sama bergumbira..bukan laa semua muslimat Pas itu walaaunti bro ! sebab itu ramai muslimat keluar Pas kerana ia dipimpin oleh mereka yang tidak cakna dengan isu yang membelit Pas, hanya angguk2 dan setuju saja ~ rujuk sini  . 




Gumbira Tiga?

Tok Sidang kata, Pemecatan ahli/pemimpin PAS bukanlah pelik pasai PAS pernah berbuat demikian terhadap seorang anggota Parlimennya kerana menghadiri program anjuran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melibatkan majlis tari-menari. ~ sumber .

Alasan Tok Sidang boleh pakai ke ke atas kes Hashim Gera yang dipecat dulu pasai menari (joget) di lobby Parlimen sikit masa dulu? sila rujuk balik sini dan sini bro ! Tiada Pelik Bila Pas Kian Pelik. Kenapa Tok sidang tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan Husam? Kenapa berhelah? Itulah yang pelik sebenarnya. Pun begitu Husam dijangka akan bersemuka dengan Hadi di mesyuarat agung Kubang Kerian hari ini? sini . Akan bercelaghulah nanti jadinya? KAH KAH KAH

Respon 
Amanah Kelantan

Pengerusi Amanah Kelantan sedia berundur daripada jawatan itu bagi memberi laluan kepada Husam untuk menerajui parti itu di peringkat negeri. “Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai Amanah) saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau,” katanya pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad di sini, hari ini.~ sumber .

Lagi
Respon Amanah

PAS akan terus bergolak susulan pemecatan Husam
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusoff Rawa yang adalah bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan 'kekuatan' Husam dalam parti, terutama di Kelantan.
"Husam bersuara dengan lantang dalam parti dan ini menyebabkan kelukaan yang mendalam buat PAS," ujar Mujahid, yang kini menduduki kerusi Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

sumber .


WAN RAHIM
KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tetap dengan janjinya untuk mengumumkan 10 wakil rakyat Pas yang bakal lompat parti selepas Datuk Husam Musa dipecat.
Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, perkara tersebut akan diumumkan selepas bekas Naib Presiden Pas itu menerima surat pemecatan ahli secara rasminya..(
See More)

Kelayakan 
SDM dipertikai Husam
Husam berucap buat kali terakhir dalam mesyuarat agung Pas Kubang Kerian.

Datuk Husam Musa yang dipecat oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas mempertikaikan keputusan yang dibuat ke atasnya kerana ketua jawatankuasa itu Dr Sanusi Daeng Mariok(SDM) tidak mempunyai intergriti untuk mengadili kes ke atas beliau kerana sejak sekian lama memfitnah beliau.~ terus baca bro

Antara Husam dan SDM, aku lebih yakin kepada dakwaan Husam ini bro ! Bagi aku Husam lebih berkata benar dan kiranya begitu kenapa sifat 'fitnah' yang sedang tidur itu diberikan kepada orang yang selalu senang dengan sifat itu untuk penentuan kes seperti ini? Bukankah ianya bersifat 'bias' dan berat sebelah kerana ada semacam 'dendam' yang bersarang dalam diri orang tertentu itu? Malang sungguh Husam, keadilan telah dilacurkan. Nokhtah

*********

BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA
Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.
Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.
Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.
Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.
Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.
Namun, saya hanya insan kerdil.
Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.
Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.
Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.
Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.
Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.
Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.
Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.
Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.
Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.
Sekian. Terima kasih.
Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]