Indeks kapitalisme kroni 2016: Malaysia di tempat ke-2 - [video]

Rakyat biasa macam kita nie nak bawa anak bini makan angin sesekali ke luar negara pun berapa punya susah daa, takat pi Danok tu gagah laa juga sekali sekala pi beli baju raya, pekena tomyam, udang galah dan Puyu Nurlaila ? kah Kah Kah Tetapi tidak bagi para kroni tertentu?, sokmo melancong bro sampai tak terkira? Kah Kah Kah

Sebab itu, Saifuddin Nasution (PKR) ada menyebut bahawa amalan kronisme dan pengagihan kekayaan negara sudah sebati dengan pemimpin Umno Barisan Nasional sejak sekian lama, katanya "Amalan kronisme dan pengagihan kekayaan di kalangan pemimpin Umno BN tidak ubah seperti penguasaan bola yang berlegar dalam sebuah pasukan bola sepak, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail." Baca sini sindiran tajam dari Bro Saif tu bro, kira pitih dollar tu berpusing-pusing dalam padang tu jer laa macam kiasan diberi itu !

jika seseorang ingin melihat carta untuk pendapatan kroni dan pendapatan bukan kroni dalam negara-negara yang disenaraikan, selalunya wujud jurang yang besar dan terkesan antara keduanya.

Bagaimanapun, statistik Malaysia menunjukkan semua kekayaan negara adalah kekayaan kroni, dengan hanya perbezaan kecil antara keduanya.

BN macam biasa laa tetap menafikan bro ! mereka yang terlibat ini jarang sangat depa nak mengaku adanya amalan kronisma berlaku dalam apa2 urusan besar terutama dalam hartanah serta minyak dan gas dan seumpamanya (Utusan),

Indeks kapitalisme kroni 2016: Malaysia di tempat ke-2



Kendalian kedua dalam indeks kapitalisme kroni yang dijalankan oleh The Economist meletakkan Malaysia di tempat kedua, selepas Rusia yang berjaya merangkul tempat pertama dalam indeks tersebut.

Malaysia berada di tempat ketiga semasa indeks berkenaan diperkenalkan buat kali pertama pada 2014 yang bertujuan untuk menguji sekiranya dunia mengalami penyelarasan semula global abad ke-19 ekoran ‘robber barons’ oleh Amerika.
Ini, seperti yang dinyatakan oleh majalah global popular mingguan itu, bertentangan dengan latar belakang penyiasatan salah guna global ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipertanggung jawab ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 Namun, The Economist berkata, walaupun pendedahan siasatan global dalam kapitalisme kroni itu, Malaysia terus mendapat markah yang teruk dalam indeks berkenaan kerana kronisme menjurus kepada ketidak stabilan politik.

Statistik menarik lain ialah jika seseorang ingin melihat carta untuk pendapatan kroni dan pendapatan bukan kroni dalam negara-negara yang disenaraikan, selalunya wujud jurang yang besar dan terkesan antara keduanya.

Bagaimanapun, statistik Malaysia menunjukkan semua kekayaan negara adalah kekayaan kroni, dengan hanya perbezaan kecil antara keduanya.

Dalam mana-mana kes, indeks menunjukkan markah Rusia yang paling teruk, "mencerminkan rasuah dan kebergantungan terhadap sumber asli. Kedua-dua kekayaan kroni dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjunam dalam terma dolar dalam masa dua tahun yang lalu, menggambarkan kejatuhan Rouble. Nisbah mereka tidak banyak berubah semenjak 2014.


sumber .


KRONISME - KEKAYAAN oleh KRONI-KRONI BN-UMNO 

Published on Apr 10, 2013 -
Suara Rakyat


BN Tamak Sapu Malaysia! Mesti Tonton!

  Published on Mar 30, 2013 - VideoDAP


 

                      

Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO