Ketawa Malam Jumaat !

Santai sikit bro ! Bila anda baca nanti, simpan sikit ketawa tu ! slow slow renggah bro ! Ini malam Jumaat nie..awal lagi, saja aku post awai sikit bagi hangpa beringat ! mana laa tau kan?

Di Thailand, berlaku satu tragedi sekor ular berkenan pi patuk 'awang' kawan sejenis kita tu masa mamat siam nie pi tunai hajat dia, hajat mamat nie terbantut bro ! mana tidaknya, tetiba saja menjelma seekor ular lalu menggigit 'harta persendirian' mamat siam nie yang dikenal sebagai
Atthaporn Boonmakchuay, 38. Ular nie pun dia tak pi gigit tang lain bro ! dia berkenan kat situ jugak, boleh jadi dia pikior ular lain yang 'kaco daun' kat situ? Mana la tau kan? lalu apa lagi dia 'attack' la kapla tu dulu. Kah Kah kah

Ular nie pun bukan kecik anak punya, nala punya panjang punya besar, kalo lambat ditolong ? 'harta persendirian' mamat siam nie boleh ghuyub bro ! Kah kah Kah, tak ke naya tu? nasib baik laa dia dah stabil ! tu pun nak pulih balik jenuh pi mengadap tok moh siam laa pula. Semangat dah hilang bro ! Kah Kah kah

Hajat Terbantut, Zakar Digigit Ular

BANGKOK, THAILAND - Kemaluan seorang lelaki digigit oleh seekor ular ketika dia sedang duduk mencangkung di tandas sebelum bergelut dengan haiwan berbisa itu.



Atthaporn Boonmakchuay, 38, yang berada di dalam tandas merasa zakarnya ditusuk dengan sesuatu yang tajam. Bila melihat ke bawah, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hujung zakarnya telah digigit oleh seekor ular. Panik dengan kejadian itu, mangsa terus menjerit meminta tolong.

Jeritan mangsa didengari oleh isterinya yang kemudian cuba membantu mengusir haiwan berbisa tersebut. Namun gagal berbuat demikian.







Mangsa mengalami kehilangan darah yang banyak ketika cuba menyelamatkan diri dari terus digigit ular sepanjang 11 kaki itu, sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Mangsa sempat mengikat kepala ular tersebut dengan tali di pintu bilik mandi sebelum tidak sedarkan diri.




Lapor Bangpakong News, reptilia berkenaan ditangkap dan dilepaskan semula ke dalam hutan. Difahamkan, ular tersebut berenang masuk ke dalam paip rumah sebelum muncul di tandas rumah mangsa.

Lapor Mirror, Atthaporn kini berada dalam keadaan stabil. ~ (
SUMBER)


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$