Ajakan Azmin ! Yang 'Terluka' tu Siapa?

Sepakat itu membawa berkat.Tetapi bila PAS sendiri pi sepakat pi pakat dengan Umno dan kesannya Pakatan Rakyat hancur luluh berkecai dan lebur, ertinya Pas dah semacam 'talak tiga' dengan PR? Dan Umno pun tersangatlah bergumbira adanya. Pun begitu Pas masih mengaku PKR persis 'bininya' lagi? Amanah tu pengkhianat dan DAP diserunya supaya ditolak ! 


Inilah wajah Pas yang Azmin Ali nak ajak balik ke pangkuan Pakatan Harapan bro. Pas yang Azmin mahukan ini kelihatan macam meminggirkan Amanah semasa membuat 'seruan' kpd Pas dan hanya mahu 'berikan' nyawa semula kpd PR yang dah almarhum tu. 

Muslihat apa ini bila Azmin hanya mahukan PKR bergabung semula dengan PAS dan DAP bilamana dia membuat seruan dan ajakan ini? Nampak sangat Si Azmin nie mendahului segala 'penghulu' dalam Pakatan Harapan {Wan Azizah, LGE dan Mat Sabu} Ada desas desus PKR akan bagi laluan kpd Pas di Sg. Besar. Jadi pertembungan 3 penjuru masih tidak boleh dielakan antara PAS, Amanah dan Umno di satu pihak atau PKR, Umno dan Pas di satu pihak lain? 

Suara Azmin bukan suara Pakatan Harapan brader, tetapi lebih mirip suaranya satu kartel yang mahukan Pas diberikan 'nyawa' baru bersama DAP dan PKR saja?!Jadi dalam situsi ajakan 'kelabu' ini, maka AMANAH sebagai entiti baru dalam PH mahunya bersedia meletakan calon di KK dan Sg. Besar. Tentunya Nizar Jamaluddin adalah pilihan utama di Kuala Kangsar itu brader!

Amanah macam terpinggir dari ajakan Azmin ini kalo diteliti dari kenyataannya . Azmin berkata, “Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan,” katanya dalam kenyataan di sini Bukan Pas saja 'bermusuh' dgn Amanah, kartel itu pun terikut rentak Pas seadanya? Kah Kah Kah




Marilah kita bersama, Azmin ajak PAS kembali bersama DAP, PKR



KUALA LUMPUR, 8 Mei :  Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

“Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan,” katanya dalam kenyataan di sini..
~ sumber .



Lawan tatap lawan brader ! Mai kita analisa sikit, secara rawak Sg Besar ada sekitar 30% pengundi Cina yg boleh sokong Amanah ? Lebihannya Amanah boleh cari tambahan undi melayu 20% lagi? 

Begitu juga kerusi Kuala Kangsar, Nizar boleh jadi 'pemangkin' bagi kemenangan Amanah ini ! untuk dapatkan 30% undi Cina di sana rasanya tidak terlalu sukar buat Nizar Amanah ini? Beliau adalah 'popular' di kalangan bukan melayu di Perak umumnya. kebolehan berbagai bahasa banyak membantu kemaraan ini sebenarnya.




Tok Dalang dalam bahasa halusnya ialah pencatur sesuatu 'permainan'. Wayang kulit yang masyhur itu ada Tok Dalangnya, kat Kedah wayang Asun sangat popular dulunya, bait2 tok dalang nie jarang difahami bro, nak kata bahasa siam pun tidak, ini bahasa tok dalang: Dia saja yang faham brader ? Seropa macam bahasa Tok Sidang juga? Kah kah Kah
Ohm naku chacha lakowatu
Naka chak bai chak chu cha cha
Ohm naku chachalakowatu
Naka chak bai chak chu cha cha
Om naku naka cha cha o bai
Om naku naka cha cha o bai
Jalalau musang raiku pai klai-klai
Passa mai nyai
Terjemahanya:
Muka engkau aku kibaskan dengan daun
Daun menjadi pelindung antara mukaku dengan mukamu
Pergilah engkau jauh-jauh
Bangsa engkau bukanlah besar
Begitu agaknya dimaksud dalam ajakan Azmin ini? Amanah dah dikibas dengan daun? Daun apa tu? Kah kah Kah.
Bahasa Dalang dalam politik pun hampir sama bro!  Azmin kena sebat dengan AMK Sg. Besar sendiri berkait dengan penglibatannya dalam percaturan di PRN S'wak baru ini dan cabang Keadilan Sg, Besar khabarnya sudah hilang kepercayaan kpd Azmin, kerana membelakangkan keputusan Majlis Presiden PH yg di dalamnya terdapat DSWA selaku Presiden PKR. Begitulah kerja dalang bro ! Kah Kah Kah.
Jadi susah kalau PKR nak letakan calonnya di Sg. Besar ini kalau AMK Sg. Besar sudah tahu siapa dan apa keroja dalang ini? Kah kah Kah


 #humbankartel

PKR 
Bukan Azmin Punya
Bila TMB Kelantan lebih suka kalau PKR jadi memba (bergabung) dgn PASdalam blok ke 3 bersama Ikatan? ertinya ada sesuatu tak kena dengan Abang Min nie ! Tapi kena ingat wahai Pas, PKR bukan Azmin yang punya? dan bukan Ahmad Albab yang punya dan bukan kartel Bang Min yang punya tetapi ia milik semua ahli PKR yang cintakan ketelusan dan keadilan dalam menghadpi rejim UBN bro ! 

Kalau dah Pas kebuloq sangat kat PKR? hanya Azmin dan kartelnya yang boleh masuk PAS...ajak laa mereka wahai Mohd Amar. Rasanya PKR akan lebih cakna lagi tanpa 'badut jadian' yang sering membuat 'onar' dalam hubung hala PKR dengan Pakatan Harapan ~ sini
Dengan sebab itu, Si Azmin ini fikir dia siapa kalau nak bandingkan dengan DS Wan Azizah? Adakah Azmin sudah jadi 'proksi' Pas dan Umno? Ini kerana Azmin begitu yakin dan akan pastikan untuk memberi laluan kpd Pas? Adakah PKR ini sudah 'berpenghulukan' Azmin? Kah Kah Kah


'A' itu adalah Pakatan Harapan Rakyat - Wujudnya pun pasai 'permainan kotor' gabungannya juga yang kini sedang diseru oleh Azmin Ali dan kartelnya untuk membina semula puing-puing berserakan yang terhasil kerana Pas tidak betah dengan DAP dan Amanah yang digelarnya musuh nombor wahid dan 'pengkhianat? PR aka Pakatan Rakyat tu dah jadi bangkai busuk bro ! dah mereput pun dan yang itulah diidamkan semula oleh penyerunya itu. Bolehkah lagi bangkai itu dihidupkan kembali?

Adakah ini?
Begitu dan Begini?

Adakah ini boleh jadi kenyataan? Orang2 tua pernah bermadah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Memang boleh jadi nyata semula brader ! Tetapi senario yang ada di depan mata sekarang ini tidak memungkinkan perkara ini terjadi lagi, agak sukar adanya, kecuali:
  • Pas dan egonya yg keterlaluan itu dikendurkan dan dihumban jauh-jauh
  • Teraju utama Pas mesti ditukar atau diganti dgn susuk yang lebih lunak dan tegas dalam hadapi Umno dan BN.
  • Pas mesti hentikan permusuhan dengan Amanah dan DAP
  • Pas juga mesti mengelak diri dari 'bermain' mata dengan UBN dan Perkasa.
  • Pas mesti juga hindarkan diri dari 'kartel' itu. 

Agak sukar bukan? kerana belum apa-apaan sudah bunyi suara sumbang takutkan PH dgn madah mereka bahawa PH tiada harapan? Kah Kah Kah ~ sini. Mana nak ada harapan brader kalau pakar strategi Pas yang rapuh strategi tu dah tidak jadi 'pembangkang' lagi bila Pas dah berjanji tidak akan serang BN sini ? itulah namanya politik seghabut wal kelamkabut PAS bro..Kah Kah Kah .

PAS
Pas akan bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar berikutan kematian ahli parlimennya, kata ketua Pengarah Pilihan Raya Pas . Pada dasarnya, kerusi yang ditandingi oleh Pas akan ditandingi oleh Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya selepas, pakatan baru itu dibentuk selepas pecahnya Pakatan Rakyat ~ sini .

Amanah memang kena 'fight' PAS brader ! Amanah sebenarnya sudah mapan untuk menggantikan PAS yg tidak lagi berfungsi melawan Umno..Kah Kah Kah


Mahfuz
Tak Payah Menyibuklah


”Tawaran Azmin kepada PAS sejujurnya saya katakan ingin melihat krisis negara yang makin kritikal ini perlu ditamatkan dengan pengembelengan suara dan kuasa rakyat dari pelbagai latar belakang ideologi politik dan NGO dalam satu Pakatan.(sini).

 Dalam pada itu Mahfuz mencadangkan Pas dan Amanah berbincang untuk bertanding satu kerusi tiap satu antara Pas dan Amanah bagi PRK KK dan Sg. Besar kononnya agar Pas & Amanah tidak bertembung bro! - Tak payahlah mahfuz jadi jurucakap Pas pula, bukan ke Pas tidak beriman dengan pilihan raya, kalah pun depa dah tak kisah?

Jadi dok perabih masa dan pitih buat apa lagi kalau itu dah jadi keyakinan Pas sekarang ini? Bantu dan nasihat Umno sudah laa..itu baru beriman? Tok sah dok menyibuk sangat ! Lagi pun Pas dah isytihar Amanah tu musuhnya yang 'Khianat'? Dengan 'pengkhianat' mana boleh dibawa berbincang? Kah Kah Kah - rujuk sini dan sini.

Mula tu Mahfuz kata, Tidak salah untuk Pas, Amanah berbincang untuk menang -Mahfuz- Lepas tu jenis 'gila mic' nie kata pula, tak salah Pas dan Amanah bergabung tumbangkan BN ? Bukankah Si Zuhdi tu dah habaq kata Pas janji  tidak akan serang BN pada PRK Sungai Besar tu ? Dan lagi pula Tok Pa sendiri kata Pas hanya boleh dan mahu berunding dgn PKR saja dan tidak dengan Amanah. So n so..hang tak payahlah menyibuk lebih sangat bro ! Pas rasanya tak ambik pot apa yang hang dok syor nie, buat kering ayaq lioq saja..Tak kan hang tak kenai sapa depa tu, depa tu adalah mata dan telinga Tok Sidang? Apa jawatan hang dalam Pas sekarang ini? Kah kah Kah 

Ketegaq PAS
Tidak boleh lagi diubati
PAS menolak pelawaan Azmin !


PAS lebih berminat sekiranya PKR dapat menyertai Blok Ketiga yang ditubuhkan PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) - Pelawaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa PAS bergabung dalam Pakatan Harapan bersama seteru, DAP dan AMANAH ditolak pimpinan parti Islam itu.....Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penolakan ini adalah selari dengan keputusan yang telah dicapai dalam Muktamar PAS sebelum ini.
“Untuk bergabung dengan DAP dan AMANAH tidak mungkin. Kita tidak boleh belakangkan keputusan yang telah dibuat. ~ Lagi .

Dah agak dah bro ! ego depa nie 'off de line' bro ! sama juga macam Umno yang marahkan DAP sini dan Pas, anak didik Umno kini masih tegar memusuhi DAP kononnya DAP perkuda anak melayu untuk agenda cauvinis dan rasis? Sedangkan aset negara terpenting Edra dan lain-lain kepentingan negaraseperti rizab Melayu ? tidak jadi kudis pula? Itulah kepura-puraan mereka dan Pas turut terbelit sama. Ini kerana DAP adalah lawan politik mereka, wayang pacak ini mesti diteruskan untuk hayat Umno dan Pas juga..
Tak apalah, bagilah ia selari dengan keputusan Pas dlm muktamar tu, macam laa keputusan songsang tu tak boleh diubah suai? Makanlah keputusan tu, kunyahlah, pepak laa bagi lumat..Kah Kah Kah 

response
DS Wan Azizah 
Amatlah penting untuk ingat bahawa pilihanraya negeri kali ini merupakan pilihanraya negeri yang paling susah bagi kami, ini kerana pihaknya menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang sekali gus menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini pilihan raya yang paling sukar bagi PKR..lagi..


*******

Kak Wan
Kena Steady Kena Tegas
Dengan 'parasit' dalaman PKR
Perlu bertindak segera tanpa pilih kasih.

“Pelbagai cabaran dan halangan mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihanraya umum yang akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini...lagi .

Dalam PKR sudah ada keputusan yang dibuat tidak dengan 'restu' dan 'persetujuan' lisan dan tulisan dari Presiden PKR sendiri seperti dlm PRN S'wak baru ini sebagai contoh. rujuk kenyataan Rafizi Ramli seperti dlm 'screenshot' di atas sana atau di (FB Rafizi Ramli)..Jadi siapa yang pandai2 tu? Kah kah Kah



Perebutan 
Kerusi Dah Bermula

Parlimen Kuala Kangsar kerusi Pas bukan Pakatan Harapan, kata MT Umno. ~ (sini)
'Abang besar' dah mula bersuara tu, 'Abang Besar' kata Pakatan Harapan tiada harapan? Ada atau tidak? kita serah pada pengundi? Cuma Umno jangan taboq 'dedak' lebih sangat dah ler? Dedak kalo banyak sangat, boleh pening, boleh binau bro sini . Soal Parlimen KK tu kubu kuat Umno ke, kerusi Pas ke bukan masalahnya, Amanah rasanya akan ambil sesuatu tindakan dan keputusannya 15 Mei nanti. Tunggu.

Pakatan kena lawan, Pas sudah desprate dengan PH, Pas dah mesra Umno? Jadi Pas juga akan PH hadapi ! Tengoklah nanti siapa nak lap air mata? 
Kan ke April baru nie Amanah dah canang akan bertanding semua 20 Dun dan 7 Parlimen Pas di Selangor? Parlimen Sg. Besar tu Umno punya..tapi kali ini rasanya Amanah tak akan biar ianya berlalu begitu saja bro! Samalah juga Parlimen KK Umno punya? Tidak salah PH mahu mencuba dan saingannya tentu berganda kali ini bro. Saingannya tentulah Pas yang akan membantu Umno sedaya mungkin bagi melampiaskan Amanah atau PH?

Apa pun kena tunggu 15  Mei ini sama ada Amanah akan 'fight' atau tidak dalam PRK di P'limen KK dan Sg. Besar bro ! Itu yg Mat Sabu selaku Presiden Amanah bagi tau ~ sini .



Ini 
Harapan Amanah !

Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding pada PRK Parlimen Kuala Kangsar berlandaskan persefahaman yang di meterai bersama PKR dan DAP kata bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.~ sini . Inilah jawaban kpd 'Abang Besar' yg melekehkan Amanah tiada harapan tu..Nizar dah jelaskan bahawa Amanah akan bertanding di KK bro ! Cantikkkkk ! tersangatlah cantik.  Keberanian ini kata Nizar kerana parti itu mempunyai penyokong agak ramai berbanding negeri lain. Amanah kan ke nak gantikan Pas Malaysiakini bro?. Masa inilah paling sesuai dibuktikan !




Khulasah

  • Pertembungan di Sg. Besar antara Amanah dan BN/PAS tidak dapat dielakan.
  • Kejujuran Selangor akan dinilai dan diperhatikan sejauhmana ia memperkukuhkan andaian bahawa tanpa PAS, PKR akan kalah teruk jika tidak berkerjasama dgn PAS? Itu kenyataan Tian Chua bro ! 
  • Sebab itulah Azmin beriya-iya sangat ajak Pas kembali bersama DAP dan PKR? Kah kah Kah
  • Rupanya selama ini, selama #kartel ini porak perandakan PKR khususnya di selangor? mereka sendiri merasakan sokongan rakyat kian mengecil kpd PKR keseluruhannya? 
  • Inilah punca dan asas ajakan ini diwar-warkan.
  • Sayang sekali, ajakan ini begitu dingin disambut PAS (baca kenyataan ini ) Pas pun tak kebuloq nak kembali semula kerana telah berjaya 'mentalqinkan' PR dan dah lama di alam 'arwah'? RIP PR !! itulah yang dihajati sebenarnya oleh Pas yang menjadi 'KHADAM' setia kepada Umno sekarang ini?
  • Langkah pertama telah berjaya dilaksanakan dengan jaya sekali. Pas berperanan menghancurkan PR dan itulah yang dimahukan oleh Umno sebenarnya? Buat apa nak ditangisi lagi dan buat apa nak dengar cakap Azmin? Kah Kah Kah
  • PRK kali ini di Sg. Besar dan KK adalah sebagai ujian kpd sokongan kaum Cina, sebab kaum ini kononnya telah kembali menokong BN di Sarawak pada PRN11 baru ini. Sejauh mana dakwaan ini benar PRK kali ini akan buktikan dakwaan itu bro? Baca garapan andaian dari Helen Ang.
Jemputan Pas menyertai Pakatan Harapan datangnya dari Azmin. Maknanya bukan dari Pakatan Harapan..

  • Pasai cerita Dalang 'Darling' ke atas Azmin ini, rasanya Azmin langsung tak rasa bersalah dengan kerjabuat dia sampai jadi pertandingan sesama sendiri dari kalangan parti Pakatan Harapan di PRN11 Sarawak tu. Ini kerana menurut katanya, dia Azmin ini telah mengaku bahawa beliau beri kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.? Kah kah kah senang sungguh depa kilas bro? kemundian Rafizi menafikan kenyataan itu bro. Tak ke pelik tu? Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.
  • Dengan senario ini, tepat sekali kiranya Amanah sekarang fokus di dua tempat ini untuk menguji dan mengajar PAS dan mereka yang bersekongkol dengan PAS. Sebab itu baik Pas mahu pun PKR, dua-dua dah pakat kelamkabut berseghabut melalut tak tentu arah sampai keluar kenyataan Idris Ahmad PAS tak beriman dengan pilihan raya sini. Kalo dah 'tak beriman' dgn Pilihanraya? Buat apa bertegang urat, elok jangan bertanding laa...Setel. Kah kah Kah
    • Akan ada yang terlukanya nanti bro? Tapi siapa? Kah Kah Kah
Anwar sound Azmin
Gambar hiasan: Anwar sound Azmin


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$