Pentingnya UMNO Di Sisi PAS - [VIDEO]

Video Mat Sabu di bawah ini, wajib hangpa buka dan dengar bro ! Banyak yang Mat Sabu cerita.

Bila Pas begitu terdesak setelah semua parti pembangkang menjauhkan diri, maka mereka terutama Tok Sidangnya begitu melehaq (kebulor) dan terhegeh2 menjalinkan kerjasama dengan Umno. Bukan satu benda pelik lagi bagi Pas laksanakan 'rancangan' ini. Dulu sembunyi2 buat kerja ni, sekarang dah terang-terangan tanpa segan silu atawa malu-malu gitue? Kah Kah Kah

Laa nie satu kerja pula Pas dok reka macam-macam nak yakinkan penyokong dan akar umbi dia yg kelihatan ramai menentang kuat kerjasama ini. maka alasan demi alasan dicari, direka, dikarang nak ejas bagi yakinkan ahli2 yang menentang tu? Kah Kah Kah



Konon kata depa ini adalah kesinambungan usaha yang pernah dibuat oleh almarhum Us. Fadzil Nor dulu (UFN)? Bangsat sungguh puak yang reka alasan begitu ! Kalo yang baru kenal Pas? elok sangat hangpa tahu sikit bahawa Muzakarah Pas-Umno TIDAK PERNAH berlaku semasa UFN menerajui PAS bro ! Ini adalah kerana almarhum begitu TEGAS dengan Umno dan isu-isu yang beliau ketengahkan. Bukan macam Tok Sidang sekarang yang begitu ceroi dan mudah cair dengan Umno ! Kah kah Kah

Jangan 'fitnahkan' UFN. Jangan bro ! Beliau adalah Mujahid Ulung yang pernah dilunsuri sejarah perjuangan Islam mutakhir di Malaysia hingga sekarang. Beliau dikagumi kawan dan lawan kerana cukup tegas dan berprinsip. Umno amat menggeruni beliau bro ! Umno tidak mampu berdepan dengan orang seperti UFN dan muzakarah yang diwar-war hanya tinggal nama dan tidak pernah menjadi kenyataan sebenar. Ini adalah kerana Pas masa almarhum UFN, beliau begitu lantang menegur kepelbagaian kepincangan dalam Umno dan kerajaan terutama sistem kehakiman, pendidikan agama, kewangan, isu kepincangan dan pencabulan demokrasi, ekonomi yang meleset dan berbagai lagi.

Di era kepimpinan UFN, juga didokong dengan berkesan oleh TGNA, Umno tidak mampu mendekati Pas atau cuba 'memerangkap' Pas dengan apa-apa juga janji bro ! Tetapi sebaik UFN dan ketiadaan TGNA..Pas berjaya di 'perangkap' dalam dakapan Umno bro ! Gula-gulanya ada janji 'hudud' sebagai 'mabda' atawa permulaan de 
so called 'kerjasama' Pas-Umno atas kepercayaan bahawa Umno 'ikhlas' terhadap janjinya untuk Pas membentang isu tersebut di Parlimen? 

Umno yang kelihatan lemas dengan berbagai isu besar seperti 1MDB, GST, Ringgit Malaysia yang merudum, kejatuhan harga minyak di pasaran global, kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan tenaga dan berbagai lagi, tidak mampu ditangani bersendirian oleh Umno..memerlukan 'sokongan' tertentu terutama oleh 'pembangkang'? Di sinilah pentingnya Umno di sisi Pas ? yang sepatutnya berbunyi ' Di sini pentingnya PAS di sisi Umno' ? Kah Kah Kah

Pakatan Rakyat dah hancur, punah ranah dan Umno telah berjaya menjadikan Pas sebagai 'asbab' untuk melihat pakatan pembangkang hancur berkecai ! Pas ada 'kredit' besar dalam memberi sumbangan ini bro ! Itulah pentingnya Pas di sisi Umno ! di pihak yang lain, Umno begitu penting di sisi Pas untuk dijadikan rakan 'tahaluf' barunya?  kerana dah tiada siapa lagi yang 'perdulikan' Pas sekarang ini terutama Pakatan Harapan Baru. Kah Kah Kah

Bro Saif turut jelaskan bahawa kerjasama Pas-Umno ini tidak ada yang tolak bro ! Pimpinan Pas Pusat yang membuat kenyataan sedemikian, macam2 istilah depa guna juz untuk nak bagi nampak comel dan molek pasai kerojasama tu? Hang pakai pi laa istilah apa pun..janji hubungan 'kasih' Pas-Umno bersimpul simpulan ! Kah Kah Kah

Paling terkedepan dalam membuat kenyataan demi kenyataaan ini adalah Timbalan Tok Sidang Kelantan bro ! Galak sungguh depa dok ejas nak bagi 'bergetah' dengan Umno tuuuu, #taawun laa, kadang pakai #tahaluf , kadang tu #kerjasama ? Hantam laa labu, mana tau kot ada 'fadhilatnya' ? Kah Kah Kah

Umno amat perlukan Pas bro ! maklumlah, dia pun tengah 'tercungap-cungap' nak lemas? Pelampong baru mesti dicari? Tiba2 bulan mengambang penuh menyinari Umno? apa lagi, gayung pun bersambutlah ! Kah Kah Kah

Tiada lagi jalan pulang buat Pas melainkan harus terus dengan hasrat mereka berkerjasama bersama Umno. Menghalalkan cara kerjasama ini maka istilah baru diperkenalkan iaitu 'Taawun'(tolong menolong). Sememangnya dasar Pas apabila terdesak dengan pelbagai masalah akan kembali menghalalkannya dengan menggunakan pelbagai istilah bahasa Arab...Baru anak buah dengar dan patuh ! termasuklah segala Pascai dan Walaaunnn yang dah lama bermandi kalimat 'arabiyyunnn' itu !






TIADA ANGIN MASAKAN DAUN BERGOYANG. TIADA KERJASAMA DENGAN UMNO MASAKAN NIK AMAR MEMBUAT KENYATAAN

Jika tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah. Bangsa Melayu kaya dengan bidalan, peribahasa dan perumpamaan. Setiap yang tersirat ada maksudnya. Setiap yang tersebut ada gambaran hatinya. Kesemuanya ini menggambarkan jika tiada sesuatu masakan ini akan berlaku.

Berbalik kepada cerita kita me
ngenai kenyataan Nik Amar selaku Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. Kenyataan yang beliau keluarkan menggambarkan betapa pentingnya kedudukan Umno pada ketika ini di sisi Pas.

Selepas di tinggalkan oleh kumpulan parti komponen pembangkang yang di panggil Pakatan Harapan, Pas di lihat amat terdesak sekali untuk meneruskan agenda politik nasional mereka. Masakan Pas akan bertanding kesorangan tanpa rakan pakatan.

Bertanding kesorangan tanpa rakan pakatan akan menjerumuskan Pas di lembah kekalahan tanpa nisan. Cakap-cakap Pas lebih rela sendirian hanyalah cerita dongengan untuk menutup segala gundah gulana mereka di tinggalkan kesepian.

Umum mengetahui bahwa iklim politik di Malaysia sejarah zaman berzaman tidak ada parti politik yang bertanding bersendirian akan menang apatah lagi dapat memerintah negeri. Fakta sejarah ini telah di buktikan semenjak 27 Julai 1955, Umno menang pilihanraya yang pertama menerusi hasil gabungan MCA dan MIC yang di panggil gabungan 'Perikatan' sebelum menukar namanya kepada Barisan Nasional pada tahun 1973 selepas Pas dan Gerakan menyertai Umno sebagai rakan komponen Perikatan pada tahun 1972.

Menyedari hakikat inilah Pas dan Semangat 46 membentuk APU(Angkatan Perpaduan Ummah) 1990 dan hasilnya Pas berjaya merampas Kelantan. Pada tahun 1999 hasil usahasama Pas di dalam Barisan Alternatif pula menyaksikan Terengganu berjaya dirampas oleh Pas di samping mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Apabila DAP bertindak keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 2001, pilihanraya umum berikutnya pada tahun 2004 meskipun Pas masih kekal berpakat dengan PKR telah memperlihatkan rapuhnya gabungan ini sehinggakan Pas merudum jatuh tertinggal 7 kerusi Parlimen manakala PKR hanya tinggal 1 kerusi Parlimen di Permatang Pauh kubu sinonim Anwar Ibrahim.

Terengganu hilang dari genggaman tangan Pas. Meskipun berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan, Pas tetap cedera parah menanti pilihanraya umum yang berikutnya. Pas menyedari kekuatan mereka bukan di atas kekuatan jentera tetapi kerana sokongan rakyat kepada gabungan pakatan pembangkang.

Pas kembali berpakat dengan DAP dan PKR pada tahun 2008 meskipun menyedari DAP tidak pernah bersetuju dengan beberapa perbezaan halaju tuju parti masing-masing terutamanya di dalam isu Hudud. Di atas nama 'Tahaluf Siyasi', Pas kembali menunjukkan taring di persada politik tanahair.

Gabungan ini telah berjaya menawan 5 buah negeri. Jentera Barisan Nasional ranap di pukul Tsunami kaum Tionghua. 2013 masih kekal tidak berubah. Hasrat pelbagai bangsa untuk menukar kerajaan yang sedia ada tidak pernah kunjung padam. Yang hanya berubah ialah selera pemimpin Pas daripada pembangkang kepada Umno.

Kini selepas selesai angin perubahan Pas pasca selepas Muktamar ke-61, mereka di lihat masih terkial-kial memulakan langkah baru. Segalanya bagaikan tidak kena. Untuk bersama Pakatan Harapan sudah di kira sudah terlambat. Untuk bersama dengan Barisan Nasional pula mendapat tentangan hebat daripada ahli bawahan.

Pelbagai kenyataan angkuh pemimpin Pas masih boleh di lihat melindungi keresahan diri. Segalanya tertumpu kepada jumlah kerusi yang ingin di tandingi mereka walaupun pilihanraya masih lagi berbaki 2 tahun. Pemimpin Pas sudah mula mengugut itu dan ini. Di hadapan mata mereka hanyalah berfikir bagaimana jawatan yang perlu di selamatkan bukannya agenda rakyat yang di utamakan.

Tiada lagi jalan pulang buat Pas melainkan harus terus dengan hasrat mereka berkerjasama bersama Umno. Menghalalkan cara kerjasama ini maka istilah baru diperkenalkan iaitu 'Taawun'(tolong menolong). Sememangnya dasar Pas apabila terdesak dengan pelbagai masalah akan kembali menghalalkannya dengan menggunakan pelbagai istilah bahasa Arab.

Pelik tapi benar tetapi di dalam politik hari ini rakyat sudah bijak berfikir..

Admin
~#UAA_SUPPORTERS





Lagi kenyataan kerjasama bersama Umno..











Najib-Hadi - 
kisah cinta pemimpin terdesak, kata Kadir
Ustaz Ahmad Awang Supporters

Pentingnya Umno Di Sisi PAS

Najib, Hadi - Kisah cinta pemimpin terdesak, kata Kadir

Dikemaskini 7 Jan 2016,

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin melabelkan cubaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ‘memikat’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kisah cinta dua pemimpin terdesak yang mula kehilangan sentuhan dengan ahli akar umbi serta realiti..See More


 
Ustaz Ahmad Awang Supporters

AMANAH memang laa musuh baru PAS bro !? Pasai Hangpa dah dapat memba baru bernama Umno? Kah Kah Kah
 Ejas bro Ejas


Pepecahan dalaman sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi apabila kuasa di monopoli oleh orang-orang Presiden yang inginkan kerjasama Umno-Pas berjalan sebagaimana yang di rancang..Ustaz Ahmad Awang Supporters


Anda baca surat terbuka dari Art Harun

Kehadapan Ustaz Hadi Awang,

Saya amat terharu dengan tawaran yang tidak mementingkan diri dan penuh altruistik(mengutamakan kepentingan orang lain) anda untuk menasihati kerajaan dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

Kesediaan jujur dan ikhlas anda untuk menjadi "penyelamat" Malaysia amat dihargai..teruskan (See More) [Ustaz Ahmad Awang Supporters]


Kenali DSAI 
melalui Ceramah Mat Sabu 

Mat Sabu live kuala ketil



Banding Beza




Banding Beza 2
Antara yang berprinsip (UFN)
Dengan yang Ceroi dan Cair dgn Umno



Banding Beza 3

Kecenderungan sekarang nie ada 'makna' tersirat bro !
Apa yang tersirat? hangpa cari seniri laaa..
Kah Kah Kah







Bahasa Yang Tersirat Di sebalik Tulisan Rafizi Ramli
Yang tandatangan perjanjian ini KEADILAN, DAP dan AMANAH. Yang kami nak lawan adalah Najib dan konconya dalam Umno yang menyusahkan rakyat.


Yang parti lain(Pas) tidak terlibat itu terpulanglah dengan keputusan kamu, sudah buat keputusan untuk bersendirian dan saling menasihati Umno. ...See More

Mamat yang rajin berkias kiasan
Tapi HamPas melePas KaPas diterbang

Hayat yang ada akan kami gunakan untuk menentang UMNO-BN bukannya untuk menolong dan bekerjasama dengan mereka seperti Pas..
Admin
~UAA SUPPORTERS


ya ini yang sepatutnya, bila Umno terlalu penting di sisi PAS? inilah cara untuk memberi sedikit pengajaran dan ibrah untuk Pas yg penuh dengan 'dendam kesumat' tu ! Depa Pas pun dok habaq kata mampu bersendirian, kuat dan masih 'strong' segar bugar gitue? Cakap tak mahu kalah bro ! Jadi elok sangat-sangat Amanah bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS ! Amacam bro? Kah Kah Kah


akhirkalam
Pakatan Harapan
akan kekal mantap

Persidangan Pakatan Harapan baru-baru ini membuktikan Amanah PKR dan DAP sudah matang untuk bersaing dipersada politik negara
Parti Amanah Negara (Amanah)  menegaskan Pakatan Harapan akan kekal mantap dan  menolak tanggapan pihak yang sangsi dan mendakwa gabungan Amanah, PKR dan DAP juga  tidak kekal lama sebagaimana berlaku kepada Pakatan Rakyat kerana  berbeza ideologi dan agenda perjuangan.
Pengarah Komunikasi dan Media Amanah Negeri Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab menolak tanggapan itu kerana katanya, gabungan Pakatan Harapan wujud kerana adanya perbezaan dalam Amanah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti TindakanDemokratik (DAP).
“Sebab itu perlu kepada gabungan dan pakatan, jika semua parti sama tidak perlulah wujudkan pakatan.
“Dahulu kegagalan Pakatan Rakyat mengekalkan gabungan tersebut disebabkan parti-parti dalam pakatan gagal berpegang kepada janji dan keputusan mesyuarat.
“Antara penyebabnya ialah ada komponen parti yang tidak mahu akur kepada keputusan mesyuarat dan juga tidak mahu menghadiri mesyuarat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru beliau yakin parti gabungan dalam Pakatan Harapan seperti Amanah, PKR dan DAP telah mengambil iktibar terkuburnya Pakatan Rakyat sebagai kesilapan lalu..Malaysia Dateline




Comments

  1. *JUAL BONGKAHAN BATU BACAN ASLI DARI MALUKU UTARA*
    (Chrysocolla chalcedony,Living Stone,Gem silica)
    galian tanjung gulau (pulau kasiruta) halmahera selatan,maluku utara

    No Hp : 082293422986 ==###== PIN : 5C50FF58

    *BACAN DOKO SUPER*
    ================
    *Berat 1 ons Rp 750.000
    *Berat 5 ons Rp 1.500.000
    *Berat 1 kg Rp 3.000.000
    *Berat 2 kG Rp 4.500,000
    setiap pembelian perkilo dapat bonus 1 permata batu bacan.

    *BACAN PALAMEA*
    ==============
    *Berat 1 ons Rp 500.000
    *Berat 5 ons Rp 1.000.000
    *Berat 1 kg Rp 2.000,000
    *Berat 2 Kg Rp 4.000,000
    setiap pembelian perkilo dapat bonus 1 permata batu bacan.

    KONDISI BATU
    ============

    * Natural (no treatment) asli bukan sintetis
    * Bahan tua galian tambang sendiri
    * Keras & Padat
    * Siap Gosok
    * Full daging tanpa kapur
    * Kualitas super krystal
    * Mineral (chysocolla chalcedony)

    Melayani pembelian per kilo dan per ons untuk bongkahan
    Kami juga melayani pembelian luar daerah dan luar kota
    Bagi pecinta bacan yang minat silahkan langsung hubungi/sms

    No Hp : 082293422986 ==###== PIN : 5C50FF58


    #.stock terbatas
    Siapa cepat dia dapat
    Bagi yg merasa sudah minat dan ingin transaksi pembelian dengan kami,
    Adapun cara yg kami sediakan:COD bisa silahkan datang ke alamat saya di daerah Halmahera selatan
    Alamat:Jl.Buana Seli No.76 Rt 016 / Rw 002,Desa Labuha,Kecamatan Bacan,halmahera selatan maluku utara,
    dan bagi peminat batu bacan di luar kota bisa kami kirim melalui jasa pengiriman seperti:JNE/TIKI/KANTOR POS,
    *Bagi peminat luar kota silahkan dikirim format pemesanan sebagai berikut:
    -Nama Lengkap
    -Alamat lengkap
    -No HP(Handpone) yang selalu aktif
    -Jika sudah di isi formatnya silahkan CALL/SMS di nmr sebagai berikut:

    No Hp : 082293422986 ==###== PIN : 5C50FF58

    jika barang sudah kami kirim,kami berikan no.resi pengiriman barang yang anda pesan,
    dan kami sengaja melayani pembelian luar kota ,
    kami ingin cari rekan bisnis jual bongkahan batu bacan di luar kota
    dan siapa tau ada yang minat hubungi kami terimah kasih.
    Assalamu Alaikum

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?