Reunion Sekolah Penyebab Salih Yaakob Bercerai ?

Senangnya Dalam Hati, Kalo beristeri dua, seperti dunia ana yang 'ampunya...begitulah lirik lagu dari P.Ramlee dalam filem Madu Tiga bro ! filem lama yang masih terus diminati generasi demi generasi, sesekali tengok boleh merangsangkan darah tua dan muda bro ! Kah kah Kah

Zaman tu tak ada laa segala Facebook dan "group" Whatapps dan serba maknika lagi macam kita laa nie bro ! yang ada 'funfair', joget lambak, malam rumah kenduri, panggung wayang, lake garden dan taman2 bunga dan lain2 yang mana generasi sekarang tak berapa tahu sangat. Itu pun sempat juga anak2 muda termasuk yang separuh umur sempat mencari 'jodoh' di tempat2 tersebut?  So beringatlah dengan cabaran moden nie bro ! jangan burung terlepas nanti tangan bau taik bro !Kah kah kah 


Betul juga kata Salih Yaakob rumahtangganya yang dibina bersama isteri ketiganya,  Nor Raha Hamad, 47, runtuh pada September tahun lalu gara-gara sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Apa nak buat bro Salih? redho saja laa..jodoh tak berkepanjangan ! semua tu ada hikmahnya ! Sedangkan lidah pun tergigit, apa pula suami isteri? Sekali sekala tergigit juga bro ! tahan pi laa sakit sat ! Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru laa teguh peribadi.

Aku respek dengan Bro Salih nie ! Dia mampu capai 'kouta penuh' sebagai seorang lelaki bro ! Bukan mudah nak sampai tahap Salih nie, kata P.Ramlee, satu baaanyakkkk, dua sikit-sikit, tiga kadang-kadang, empat jaghang-jaghanggg ! yang berbini empat tu jaghangg-jaghangggg sekali baru kita dengar bro? macam Salih Yakob nie, baru sekali kita dengaq !


Salih pada Jumaat dilaporkan telah bercerai dengan isteri keduanya, Raha selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Pengacara dan juga penyampai radio Sinar FM itu bercerai dengan Raha selepas didesak isterinya agar berbuat demikian dengan alasan Salih tidak berlaku adil terhadapnya.
Sementara itu, Salih berkata apa yang berlaku itu merupakan ujian buatnya bagi seorang lelaki yang berpoligami.


Memang laa, kadang tu sapa pun, bila lama sikit? keluar laa kalam tak adillah, itu laa ini laa..apapun semua tu ujian ketahanan kaum lelaki bro ! masa bercinta punya jam, kentut pun wangi semacam jer? dengaq bunyi pun buat tak dengaq? Kah Kah Kah

Tapi ada ramai kawan aku tu, nak pasang dua pun takut ke bini bro ?hanya mulut jer kuat dok wirid nak kahwin nak kahwin tapi bila kita bersungguh nak teruskan bagi ke dia? Dia pula yang dok menggeliat? Inilah 'kelemahan' jantan laa nie? lambat terseghek nak buat nasik tambah? tapi hati macam 'tikus' daa. Takut ke bini..Tu pasai aku respek ngan Salih Yaakob nie, dia mampu satukan semua isterinya pula tu, cuma dalam kes ini, dia harus tabah, esok masih ada bro ! Kah Kah Kah





Saturday, 30 January 2016
"Rumah Tangga Saya Runtuh Kerana Reunion Sekolah" 


Kredit foto - mStar

KUALA LUMPUR: Pertamuan semula rakan-rakan laman zaman sekolah melalui media sosial seperti Facebook dan "group" Whatapps kadangkala boleh membuatkan rumahtangga yang dibina porak peranda dek terkenangkan kisah laman.

Apa yang dikatakan ini diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang mengatakan itulah punca rumahtangganya dengan isteri kedua, Nor Raha Hamad, 47, runtuh pada September tahun lalu.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita.


Kredit foto - mStar
“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,”jelasnya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Saleh yang tidak menafikan kewujudan orang ketiga dalam kes penceraiaannya itu memberitahu bekas isterinya itu telah pun berkhawin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah habis pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.

Salih yang merupakan bapa kepada 13 orang anak itu yakin bahawa apa yang terjadi ini ada hikmah disebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.

Ditanya adakah Salih akan berkahwin lagi untuk mencukupkan kuota perkahwinannya seperti sebelum ini, Salih seakan-akan tidak selesa.

“Saya percaya, tentu ada sebab mengapa Allah mengaturkan perkara ini. Sebagai hamba Allah, kita perlu percaya dan menerimanya dengan yakin. Tak perlulah kita menghukum mana-mana pihak di sebalik perkara ini.

“Mengenai berkahwin lagi, benda ini tidak boleh diatur-atur atau dirancang. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi pada masa depan, kita terima sahaja bahagian masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah,”katanya.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah..
mStar @ Salih Yaacob Belum Sedia Kahwin Lagi Selepas Ceraikan Isteri Kedua - 

Bloglist Malaysia


www.noral7oria.com
Mafhum ringkas
Sungguh menyakitkan kita broBilamana orang yang kita cinta tu perlu kita puaskan segala yang depa mahu bro !inilah yang berat hati kita nak tunaikan ! juz untuk lahirkan apa yang kita sebutkan 'bahagia'? Memang berat hati kita nak tengok depa para isteri untuk terima dan redho segala kesusahan bro? Kita sendiri pun tak mau, jangan kata depa?Kah Kah Kah 


Video Bonus

Ahbabina.flv
Terimalah lagu santai popular berbahasa arab 'ahbabina ya aini' 




om77.net
Berbilang isteri itu mempunyai 'hikmah' tersendiri bro !
akhirkalam 
twitter.com
Kiranya anda tidak disakitiSama sekali anda tak akan belajar ertinya 'sakit' tadi


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]