TPPA. AMANAH dan PAKATAN HARAPAN - [VIDEO]

Bagaimana masa depan Malaysia? Selepas TPPA atawa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifilk (TPPA) yang dibahaskan di Parlimen selama 2 hari sejak semalam akhirnya diluluskan melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat (Usul TPPA lulus 127-84 undi di Parlimen) . 

TPPA adalah perjanjian PENUH RAHSIA dan TIPU HELAH. Kapitalis Amerika Syarikat takut jika umum mengetahui tentang terma dan syarat didalam perjanjian ini, TPPA tidak akan dipersetujui.Mengapa perlu terlalu berahsia? 
Bunyi sedap bro ! maklumlah yang rahsia2 tu memang sedap? ramai adik beradik kat kampung tak tau pabende pun pasai TPPA nie bro ! Orang kita nie lagi boleh dok makan minum, berjalan sana sini, boleh dukung cucu, main2 aci lon ngan cucu? dia dah kira bahagia laa tu? sampai ada yang tanya. "menatang apa tu TPPA'? depa ingat TPPA tu macam 'tenggilin' yang dok makan semut tu ke? Kah Kah Kah

Menteri pula bukan main seronok bila TPPA diluluskan? 'Penasihat Baru' buat keroja ke? Lama sangat melilit dengan Umno? Kalo ini laa 'keputusannya'? PAS dikira cukup gagal dalam ambisinya bro !? Orang kata buat habis boraih jer ! Kah Kah Kah

Cukup laa aku petik sikit dari Sinar Harian kesan dan bahaya TPPA nie bro ! yang lain hangpa tengok video kat bawah tu bro 
"Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik yang murah dan mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung daripada syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat mahal.

Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA dalam Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmaseutikal antarabangsa. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.


Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauh manakah industri perkhidmatan kita sedia berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?"

Pakatan Harapan yang di anggotai Parti Amanah Negara, PKR dan DAP berjuang menolak sungguh2 agenda TPPA ini sampai ke syiling! Dewan Rakyat meluluskan usul kontroversi itu melalui undi belah bahagi. Seramai 127 Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul tersebut dan 84 menolak. Difahamkan seramai 11 wakil rakyat tidak melibatkan diri dalam pengundian itu.
P/S : 11 wakil rakyat yang tak melibatkan diri tu sapa dan dari blok mana tu bro? dan ini (Hadi dakwa DAP mahu TPPA kerana orang Cina kuasai ...) pula? ada kena mengena tang mana bila usul tu diluluskan di Parlimen? Kenapa Tok Sidang melalut semacam jer? Kah kah kah

Perkara sebaliknya dirasai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wakil rakyat pembangkang adalah seramai 89 orang, manakala blok pemerintah 133 orang.





TPPA: MP Amanah bimbang kesan kepada rakyat miskin dan industri sawit

 | ARIF ATAN

Barisan MP Amanah bimbang akan kesan membabitkan golongan miskin dan industri kelapa sawit sekiranya TPPA termeterai.

Ahli Parlimen Amanah hari ini terus konsisten menyatakan penolakan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-pasifik (TPPA) dengan membangkitkan kebimbangan mereka terhadap golongan miskin dan masa depan industri sawit negara.

Menurut  Datuk Raja Bahrin Shah (Amanah-Kuala Terengganu), rakyat miskin termasuk komuniti nelayan pesisir pantai di negara ini dikhuatiri menjadi kelompok mangsa paling utama menerima kesan daripada perjanjian global diketuai Amerika Syarikat (AS) itu.

“Bagaimana nasib nelayan kita? Pendapatan mereka pada masa ini hanya RM414 sebulan iaitu naik RM14 dalam tempoh 10 tahun,” dedahnya.

Wan Azizah kecewa hujah kerajaan 'tiada standardPublished on Jan 27, 2016Meskipun kecewa dengan keputusan Dewan Rakyat yang melulusakan usul berkenaan TPPA, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berikrar akan terus menentang perjanjian itu..kinitv


Katanya, beliau juga menyifatkan hujah-hujah yang diberikan oleh pihak kerajaan sebagai tiada 'standard'.

Sehubungan itu, keikhlasan kerajaan untuk membahaskan TPPA mulai semalam, ujarnya, dilihat sebagai meragukan memandangkan langkah tersebut sebelum ini tidak pernah dilaksanakan.

“Mengapa lima tahun lepas kerajaan tidak berunding? Ini meragukan (apabila) kerajaan akan mengadakan kursus dan taklimat. Persoalannya, kenapa baru sekarang? Ini persediaan tidak munasabah” ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Beliau turut menyifatkan TPPA lebih memberi manfaat kepada golongan korporat pada ketika Malaysia bukan tergolong dalam negara berstatus maju.

Membandingkan peluang rakyat negara ini bekerja di Dubai, Raja Bahrin menambah kerajaan tiada ketelusan kerana Dubai tanpa menyertai TPPA masih mampu menarik pelaburan dan tenaga mahir dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sementara itu, Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) mempersoalkan sejauhmana perjanjian perdagangan bebas (FTA) tersebut memberi faedah kepada kemajuan sektor perindustrian berkaitan kelapa sawit.

“Jangan terlalu terpesona (dengan TPPA). Apakah industri kelapa sawit yang besar di negara ini mendapat lonjakan lebih jauh? Di mana kita mendapat kelebihan melalui TPPA untuk melonjakkan industri kelapa sawit?” soal bekas Jawatankuasa Pas Pusat itu.

Beliau menambah manfaat TPPA kepada negara dalam sektor pertanian terutamanya turut menimbulkan persoalan ekoran sejumlah peralatan dan jentera tani adalah dari China.


Selain itu, Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) pula membangkitkan isu berkaitan faktor geopolitik Malaysia sebagai peserta TPPA dalam kalangan anggota Asean serta kepentingan keselamatan strategik negara..Malaysia Dateline

Bahaya TPPA (video)
Faqih Ahmad Shuhaili Faqih Ahmad Shuhaili
Bahaya TTPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik)
Published on Jul 30, 2015
TPPA adalah perjanjian PENUH RAHSIA dan TIPU HELAH. Kapitalis Amerika Syarikat takut jika umum mengetahui tentang terma dan syarat didalam perjanjian ini, TPPA tidak akan dipersetujui.Mengapa perlu terlalu berahsia?..Faqih Ahmad Shuhaili



Belah bagi untuk terima atau tolak usul TPPA. 
Tolak 84 sokong 127. 
Kami sudah lawan sampai ke dinding.

Fb 
Ke semua Ahli Parlimen Amanah mengundi menolak perjanjian TPPA


Hari ini bermula persidangan Parlimen membahaskan Isu besar melibatkan masa depan dan kedaulatan Negera.
Seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya Allah mencampakkan hidayah dan taufik kepada seluruh Ahli parlimen dan barisan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Razak untuk menolak TPPA.
Anak Muda adalah pewaris generasi kepimpinan dimasa hadapan,
"Jangan wariskan masa depan anak muda dengan kerosakkan disebabkan tangan-tangan kita sendiri"
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Rum 41)







Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]