Anak Muda Pilih AMANAH - [Video]

Anak muda adalah tonggak negara..ini tidak dapat dinafikan..mereka adalah warisan dan aset yang besar kiranya digembelingkan dengan berkesan, mereka akan menjadi suatu gumpalan dan ketulan yang gagah dalam menentukan sesuatu aliran yang mereka ceburi dan seterusnya merobohkan tembok2 palsu bro !

Namun begitu, anak2 muda yang bergiat cergas dalam Amanah jangan ulangi semula sebab dan kekalutan berpolitik tanpa dwi kematangan, akal dan budi atawa semacam Pas di muktamar tempohari, bernafsu kepada 'jawatan' kecil yang menjadi sandaran sekelompok manusia kononnya bergelar 'alim agama', 'alim ulama' juga 'taksub' kelompok sendiri membabi buta hingga berakhir dengan momokan cerdik pandai dan rakyat serta melayu dan non-melayu hingga kini masih 'menghantui' pimpinan Pas kecil dan besar dan mereka tetap 'berdegil' dengan segala 'pendapat sendiri' . Kenyataan demi kenyataan 'picisan' dan nampak 'kerdil' terus disuarakan untuk di 'suap' dan di 'makan' serta di 'telan' ahli dan pendokong mereka tanpa lagi memikirkan ianya relevan, sesuai dan munasabah ! Itu semua tidak penting bagi mereka bro ! yang penting adalah 'memuaskan' pimpinan dan teraju utama mereka agar jalinan mesra kasih mereka dengan Umno atas nama kerjasama, taawun dan berbagai istilah arab lain 'direstui' ahli sendiri supaya senang jarum dipadankankan dengan kelindannya ! Lulus jarum lulus kelindan bro ! Kah Kah Kah

Bila pimpinan Pas resah gelisah dengan respons anak buah dan akar umbi serta gerak rakyat yang dilihat 'bercanggah' dengan aspirasi mereka mahu 'dakap' mesra Umno dan melihat Amanah sebagai 'musuh' baru yang dulunya mereka juga yang remehkan kemampuan Amanah yang terus menerus diterima rakyat ! Pas mula kalut habis bro ! sampai mereka cuba pikat semula Bro Salahuddin Ayub selaku orang kuat Amanah(PAS Pujuk Salahuddin Ayub Tinggalkan AMANAH) untuk diterima semula kedalam Pas ? Kah Kah Kah

Pas masih tertutup minda bro ! baca nie (Ahli PAS Dilarang Hadir Majlis Amanah Dan DAP) dan terbaru Salahuddin Ayub Adalah Sibghah PAS seperti kata 'Subky Latif' ADA penyokong PAS yang setia datang bertanya, betulkah PAS sedang memujuk Salahuddin Ayub yang lari daripada PAS supaya kembali semula kepada PAS? 
Yang nie kena faham molek bro ! Kalo benarlah apa yg ditulis ini (PAS Pujuk Salahuddin Ayub Tinggalkan AMANAH)? Ia bagaikan satu 'perencanaan' rapi begitu untuk melihat Amanah berantakan dari dalam? Ertinya Amanah adalah 'saingan' sengit Pas sekarang ini, lebih2 lagi Amanah adalah rakan dalam #Pakatan Harapan  Moga hasrat mereka digagalkan !
 

Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan Pakatan Harapan yang dianggotainya bersama PKR dan DAP tidak mengulangi pelbagai masalah termasuk kegagalan menguruskan perbezaan pendapat. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan merupakan satu langkah progresif demi masa depan negara dengan konsisten memberi tumpuan bagi kepentingan dan keadilan rakyat.
“Kita ada tatacara, tindakan dan akhlak berpakat yang akan menentukan segala masalah yang pernah dialami dulu (Pakatan Rakyat) tidak berlaku lagi. InsyaAllah pengalaman lalu diambil sebagai iktibar termasuk tidak lagi mengeluarkan mana-mana kenyataan yang menyanggah satu sama lain.

“Kita ada prosedur cara hendak menguruskan perbezaan pandangan tanpa menjejaskan kekuatan Pakatan Harapan bagi memastikan kerjasama di antara parti-parti komponen kukuh dan berdisiplin,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline
semalam selepas selesai Sidang Kemuncak TPPA 2016 di Shah Alam.


Apa yang disuarakan oleh Khalid Samad itu (Pakatan Harapan elak masalah lama berulang) sepatutnya menjadikan 'Pemuda Amanah' di mana-mana kawasan sekalipun, ambil iktibar agar perkara2 remeh seperti merebut jawatan, menguasai jawatan2 utama dan jawatankuasa kawasan umpamanya hanya dicatur dalam 'kumpulan' sendiri sahaja dan bukan atas dasar 'kebolehan' dan 'kemampuan berkerja' untuk pastikan Amanah cemerlang nanti ! kita suarakan ini kerana sudah ada 'kawasan tertentu' (tak payah sebutlah di mana) mencalonkan mereka yang tak pernah nampak batang hidung dalam mesyuarat kawasan untuk duduk dalam jawatankuasa tertentu hanya kerana mereka 'de so called' rakan2 kumpulan (NGO) tertentu? terutama semasa berlakunya Mes. Agung Luar Biasa (EGM) baru-baru ini. Diharap mereka yang terpilih dapat ber 'istiqamah' dengan Amanah dengan membanyakan program berfaedah terutama 'mencari' ahli baru dan program2 kebajikan lain sebelum anda dapat berangan untuk menjadi 'calon' samada untuk ADUN atau Parlimen? Jadi, pastikan anak muda yang memilih Amanah ini akan menjadi gumpalan dan ketulan gagah dalam PRU nanti ! 

Contoh terbaru gerakerja pemuda Amanah patut diberikan kredit bro! Inilah antara gumpalan dan ketulan dari anak muda Amanah. Mereka telah adakan kempen 'turunkan harga rumah' (Pemuda Amanah laksana kempen 'turunkan harga rumah') Ini dilakukan kerana anak muda menyedari keperluan kediaman mampu milik yang semakin mendesak terutama daripada golongan muda, Pemuda Amanah Nasional akan melancarkan kempen 'Gerakan Turunkan Harga Rumah' dengan kerjasama ahli akademik dan profesional hartanah, teruskan baca dengan klik pautan itu.




Salahuddin Ayub: 
UMNO Dalam Keadaan Kritikal, Ada Orang Datang Bawa Tangki Oksigen
Published on Jan 6, 2016

Majlis Makan Malam Amanah Kelantan, Ucaptama Dato Hj Husam Musa, Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya 01/01/2016..mediarakyat

TERKINI!! : PARTI AMANAH NEGARA PILIHAN ANAK MUDA.. 


Parti Amanah Negara (AMANAH) menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas kemudahan dan kelancaran perjalanan parti yang baru ditubuhkan sejak lebih sebulan lalu dengan sambutan yang amat luar biasa dari pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Saban hari, 

AMANAH menerima ratusan malah ribuan permohonan ahli baru yang berminat menyertai parti ini atas dasar yang jelas demi menyelamatkan negara dari terus dipimpin oleh kerajaan yang tidak beramanah dan menuju Malaysia baru yang lebih berintegriti dan progresif.

Pakatan Harapan dianggotai oleh PKR, DAP dan AMANAH telah ditubuhkan pada 22 September 2015.
Ia diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur apabila PAS memutuskan semua hubungan dengan DAP, pada Jun lalu.

Pemuda AMANAH Nasional khasnya sedang berada di atas landasan yang tepat untuk mencapai sasaran keahlian sebanyak 15000 pemuda yang berusia di bawah 35 tahun menjelang akhir tahun ini. Sebagai nilai tambah kepada keahlian pemuda yang mempunyai kepelbagaian latar dan profesion, Pemuda AMANAH Nasional turut berbesar hati menerima kemasukan tokoh-tokoh anak muda yang telah menempa nama di peringkat nasional dengan aktivisme yang peduli isu dan rakyat.
IMBASAN KEMBALI PERISTIWA PENTING 2015 (3)
SEJARAH PENUBUHAN PARTI AMANAH NEGARA

Rentetan dari peristiwa 'Gugur Setandan' pada Muktamar ke 61
di Kuala Selangor, kumpulan progresif yang tersingkir pada:
i) 13 Julai 2015 - menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
ii) 31 Ogos 2015 - GHB telah mengambilalih Parti Pekerja Malaysia
dan akan menjenamakan parti itu sebagai Parti Amanah Negara
iii) 16 September 2015 - Parti Amanah Negara dilancarkan.

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional dengan bangganya mengumumkan kemasukan tokoh-tokoh anak muda berikut untuk bersama kami dalam keluarga besar AMANAH dan diberi kepercayaan memimpin barisan hadapan Pemuda AMANAH.
Wan Anwar Wan Ibrahim

Wan Anwar bin Wan Ibrahim
Beliau merupakan pengasas kepada Centre for Political and Economic Transcendence (COMPETENT), sebuah gerakan advokasi ke arah suatu pembaharuan dan perubahan politik dan ekonomi baru dalam negara. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kejadian) dan juga Sarjana (Undang-undang Perbankan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini beramal sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara (Malaya) di samping turut merupakan seorang Peguam Syarie.

Wan Anwar juga merupakan seorang pemimpin mahasiswa semasa di universiti. Beliau adalah mantan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan pernah mengetuai rombongan KARISMA dalam lawatan kerja di luar negara. Sebagai seorang profesional, Wan Anwar juga merupakan ahli lembaga pengarah dan penasihat undang-undang kepada pelbagai koperasi serta pernah membentangkan kertas kerja akademik dalam konvensyen akademik di peringkat kebangsaan dan juga terlibat aktif dalam forum-forum akademik, undang-undang, ekonomi dan perniagaan.



Selain itu beliau juga sering diundang untuk memberikan pandangan mengenai isu-isu perundangan dalam media-media massa. Sebagai seorang aktivis masyarakat, Wan Anwar kini merupakan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama, Pengerusi Persatuan Penduduk dan juga Wakil Pemuda Surau di kediaman beliau. Wan Anwar juga adalah seorang aktivis sosial yang mana beliau merupakan mantan Pengarah Operasi i-Bantu IKRAM negeri Selangor, iaitu sebuah sayap khidmat masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang terlibat secara aktif dalam mengkoordinasikan bantuan dan pembangunan semula negeri-negeri yang telah terkesan teruk akibat bencana banjir yang melanda negara pada hujung tahun 2014 selain beliau juga adalah Pengerusi pertama kepada Persatuan Alumni Pusat Pendidikan Al-Amin Selangor. 

Wan Anwar sekarang diamanahkan sebagai Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.
Azan Safar

Azan Safar 
Beliau yang berusia 26 tahun, adalah merupakan bekas aktivis mahasiswa yang giat aktif memperjuangkan isu-isu kemahasiswaan termasuklah kebebasan akademi dan autonomi universiti dan juga isu-isu nasional terutamanya yang melibatkan soal kepentingan rakyat terbanyak. Berlatarbelakangkan Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan seorang Hafiz berkelulusan Darul Quran wal Qiraat JAKIM, beliau telah diberi kepercayaan selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bagi sesi 2013/2014. 

Ketika memegang posisi Presiden GAMIS, beliau secara proaktif telah memimpin gerakan mahasiswa turun ke dalam masyarakat secara langsung termasuklah melibatkan GAMIS secara aktif dalam menjayakan siri-siri himpunan bantahan rakyat. Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, Azan Safar telah memimpin Gerakan Tolak Kerajaan UMNO/BN (TOLAK) dan mengetuai siri jelajah TOLAK ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan berkempen kepada masyarakat untuk menolak kepimpinan lemah UMNO/BN pada pemilihan yang lalu. 

Antara sumbangan beliau paling signifikan dan memberi impak yang besar kepada landskap perjuangan rakyat tertindas adalah kejayaan beliau mengasaskan dan memimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup atau popular dengan panggilan Gerakan TURUN yang berobjektifkan untuk mengangkat isu-isu utama yang bertemakan penindasan rakyat terutamanya isu kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawal. 

Melalui gerakan TURUN, beliau telah berjaya mengumpul sokongan ratusan ribu rakyat dengan siri jelajah penerangannya di seluruh negara dan berjaya mengetuai Himpunan TURUN secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada malam sambutan Tahun Baru 2014, sehingga telah menyebabkan kerajaan bereaksi terhadap gelombang kebangkitan itu dengan membuat tahanan lokap terhadap beliau dan mendakwanya atas tuduhan untuk menggulingkan kerajaan. Hari ini, Azan Safar, telah diamanahkan sebagai Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Khairol Najib bin Hashim

Khairol Najib bin Hashim
Baru berusia 23 tahun dan beliau merupakan mahasiswa Tahun Akhir Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) serta aktif dalam persatuan-persatuan mahasiswa di universiti Malaya. Antaranya beliau pernah memimpin dan menjadi Pengasas Bersama Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) yang merupakan sebuah koalisi kesatuan-kesatuan mahasiswa di negara ini dalam memperjuangkan kebebasan akademik, pendidikan percuma dan hal ehwal semasa. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM) sesi 2014/15 serta Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) sesi 2013/14. 

Aktiviti kemahasiswaan beliau di peringkat nasional terbukti berkesan memberikan impak yang amat positif apabila beliau turut mengepalai Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU dan Akta 174 (GMMA/174) selain bertindak sebagai Koordinator Bersama Aksi #LangkahSiswa dan OCCUPY UM. Dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau sangat aktif bersama Gerakan Rakyat Bela Kg. Chubadak Tambahan dan isu Pengusiran Rakyat dalam Tanah Rizab Melayu selain bersama dalam Gerakan Rakyat Menuntut Pembelaan Harga Getah. 

Beliau juga pernah menggerakkan usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dengan bertindak sebagai Pengarah Operasi Misi Banjir Mahasiswa (MBM) pada penghujung tahun lepas. Dalam isu GST pula, beliau terlibat bersama aktivis sosial yang lain memperjuangkan pemansuhan GST sehingga ditangkap dan proses pendakwaan mereka masih berjalan di Mahkamah. Terkini, beliau diberi kepercayaan dalam kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional sebagai Pengarah Pembangunan Kepimpinan.

Ammar Atan

Mohamad Ammar Atan 
Ammar Atan merupakan mahasiswa tahun akhir dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau yang juga merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 2014/15, pernah mewakili Universiti Malaya dalam sesi “Rundingan Meja Bulat Kebangsaan 2015” anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia selain membentangkan beberapa siri kertas kerja dalam persidangan di peringkat kebangsaan. 

Antaranya, beliau pernah mewakili Universiti Malaya untuk membentangkan kertas bertajuk “Islamic Economy; Remedy to Domestic and International Economic Problems?” pada 2013 di UIAM, Gombak dan kertas bertajuk “Mahasiswa dan Negara” dalam sebuah persidangan anjuran GAMIS sempena sambutan Hari Kebangsaan. 

Bakat kepimpinannya sangat cemerlang kerana beliau juga pernah mengetuai badan-badan perwakilan di peringkat Universiti seperti Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) pada 2014 sebagai Presiden, Bendahari Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) dan Ketua Eksekutif Sekretariat Mahasiswa Universiti Malaya (UMESS) sesi 2013/14. 

Di peringkat nasional, beliau aktif memperjuangkan kebebasan akademik, media dan ekonomi rakyat menerusi Gerakan Merdeka Rakyat yang beliau sendiri ketuai. Selain itu, Ammar juga terlibat secara aktif dalam dunia aktivisme perjuangan rakyat dengan solidariti bersama Rakyat Kg. Chubadak, selain bersama menggerakkan dan memobilisasi mahasiswa dalam Demonstrasi Bantah GST di KLCC selaku Presiden PMUM. 

Beliau turut terlibat dalam protes “Langkah Siswa” di Parlimen Malaysia pada Ogos 2015, dan pernah ditahan di lokap untuk tempoh tertentu. Ammar juga aktif dalam penulisan dan hasil tulisan beliau turut mendapat tempat di kebanyakan media alternatif seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, The Malay Mail, Berita Harian, Sinar Harian, Harakah Daily, dan RocketKini. Hasil penulisan beliau dibaca dan turut dimuatkan dalam blog peribadinya di pautan ammaratan.blogspot.my. Kini beliau diberi kepercayaan dalam kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Kepimpinan.


 AMANAH sentiasa membuka ruang dan peluang selain meraikan anak-anak muda Malaysia untuk bersama-sama menyumbang idea dan tenaga ke arah membina masa depan negara yang lebih gemilang. Pihak AMANAH penuh yakin bahawa masa depan negara ini akan lebih terjamin di tangan anak muda hari ini yang dibentuk dan dilibatkan bersama secara serius dalam mewarnai aktiviti kemasyarakatan dan politik negara. Justeru, kami di pihak AMANAH amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai anak muda untuk menyertai AMANAH dan optimis lebih ramai anak-anak muda berprestasi tinggi akan bersama kami dari semasa ke semasa. Selain itu, Pemuda AMANAH Nasional juga ingin mengumumkan senarai penuh perjawatan dalam Pemuda AMANAH Nasional seperti berikut:- 
Ketua Pemuda: Sany Hamzan 
Timbalan Ketua Pemuda: Faiz Fadzil 
Naib Ketua Pemuda (Politik): Shazni Munir Mohd Ithnin 
Naib Ketua Pemuda (Hubungan Luar): Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar Naib Ketua Pemuda (Pembangunan Masyarakat): Azan Safar Naib Ketua Pemuda (Kenegaraan dan Isu Semasa): Wan Anwar Wan Ibrahim 
Bendahari: Burhanuddin Othman 
Setiausaha: Ikbal Ahmad Penolong Setiausaha: Muhammad Ramadan 
Penolong Setiausaha: Ikdar Husin 
Penolong Setiausaha: Ikmal Amar 

PENGARAH-PENGARAH BIRO 

Pengarah Komunikasi: Muhamad Fadzil Ahamad 
Pengarah Strategi: Hilmi Radzuan 
Pengarah Pembangunan Kepimpinan: Khairol Najib Hashim 
Tim Pengarah Pembangunan Kepimpinan: Mohamad Ammar Atan Pengarah Pilihanraya: Muhammad Taqiuddin Cheman 
Timbalan Pengarah Pilihanraya: Danial Al Rashid 
Pengarah Media Baru: Affzan Abdullah 
Pengarah IT dan Infrastruktur: Mohd Munsif 
Pengarah Keahlian: Zainal Lutfi 
Pengarah Perbendaharaan: Zuhan Zakaria 
Pengarah Undang-undang: Zaki Sukery 
Pengarah Pendidikan Politik: Hasbie Muda 
Pengarah Hal Ehwal Ekonomi: Syed Mujahid 
Pengarah Hal Ehwal Pendidikan: Ahmad Zubair Wan Ab. Rahim Pengarah H.E Pengguna & Alam Sekitar: ‘Asim Abdullah Ainollutfi Pengarah Pemuda ARiF: Yuswan 
Pengarah Sukan: Muriza Hazrul 
Pengarah Seni & Kebudayaan: Abbas Azmi 
Pengarah Kebajikan dan Kesukarelawanan: Hasnul 
Pengarah Kerjaya & Keusahawanan: Ustaz Ridzuan Zolkafli Pengarah Hubungan Antarabangsa: Dr Mohammad Fazli Azizan Pengarah Hubungan NGO: Muhammad Najib Abdurrahim 
Pengarah Hubungan Pekerja Muda: Dr Muhammad Omar 
Pengarah Hal Ehwal OKU: Muhammad Yusof Sekian, 
terima kasih. 

Haji Salahuddin bin Ayub 
Timbalan Presiden AMANAH 
22 Oktober 2015.

Sumber skrip -  agendsai.blogspot.com


PAS kian melepas?
Kian Terlepas - Kah Kah Kah...


Btol aku setuju.
Paling berpengalaman u-turn.
Paling berpengalaman kluk klek
Paling berpengalaman melebongg

Yg utama paling berpengalaman khianat .

Hehehe
...
Kameel Abuya
Hangat ekoran kemesraan Presiden PAS dan Presiden Umno duduk sepentas berpakaian sedondon di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar akhir tahun lalu, keputusan berhubung kerjasama Umno-PAS dijangka akan dimuktamadkan, Sabtu ini.(Kerjasama Umno-PAS: “Tunggu Sabtu ini”) - Pengalaman ini tidak pernah ada pada Tok2 Sidang sebelum Tok Sidang sorang nie? Memang cun punya 'pengalaman' Boleh dibuat 'batu cincin' tidak pun 'tangkal azimat' kat walaaunnn yang bersepah tu...Sayang Pas, muah muah muah!!
Kah Kah Kah


Melayu mana ni woiii..?
Ke takat melayu wala'un je.
Wakakakaaa..Kameel Abuya
Izinkan kita pulangkan semula perkataan TITM yang menuduh "Bukan Kali Pertama AMANAH Terdesak dengan ungkapan ini: "Bukan Kali Pertama PAS Terdesak."!

PAS bukan saja dilihat oleh rakyat sebagai terdesak membuat tuduhan semborono kepada AMANAH, malah dilihat sudah hilang akal dan mereng apabila di Selangor mereka beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor sedangkan Pakatan Rakyat sudah hancur berkecai akibat perbuatan mereka dan telah digantikan dengan Pakatan Harapan.
Di negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hentam DAP hentam PKR. Tetapi di Selangor, PAS Selangor, sebab nak jaga kedudukan, mengambil pendirian yang berbeza dan berbaik-baik dengan PKR dan DAP demi untuk menjaga kedudukan dan pangkat!
Bukan Kali Pertama PAS Terdesak!



Alhamdulilah! Dalam tempoh 3 bulan Amanah kini telah bertapak di 143 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan jumlah 222 kawasan parlimen di seluruh negara hanya tinggal 79 kawasan parlimen untuk di terokai. InsyaAllah..! Kita semua para pendorong Amanah mampu melakukannya. Doakan..



Bagaikan tidak percaya..
Sindiran Abdul Fatah Haron(Bapa Mertua) keatas Nik Abduh (Menantu)..Kameel Abuya

Pening !?
Apa salah nak serta sekali pun? No hal bro !
Buat2 malu pula Pas nie? 
Kok mana cakap macam nie? 
Berkhalwat jer yang seronokkkkk ? gitue?
Menikah laa ..kan senang citer ! 
orang pun dah tak boleh kata apa dahhh !
Segi adat tatap molek dipandang...Kah Kah Kah
Baca lagi di (PAS sedia bekerjasama dengan Umno namun tidak sertai BN)

Mat Sabu kata  
Kawan BN musuh kita ?
 Mohamad Sabu berkata mana-mana pihak yang berkawan dengan BN merupakan musuh kepada Parti Amanah Negara 


SUBANG JAYA, 16 Januari:
Barisan Nasional (BN) dan mana-mana pihak yang berkawan dengan parti itu merupakan musuh kepada Parti Amanah Negara (PAN) tegas Presidennya Mohamad Sabu.
“Kita musuh BN sekarang dan sesiapa sahaja yang berkawan dengan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan makan malam di Retreat Kepimpinan Kebangsaan 2016 DAP di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengisytiharkan PAN musuh parti itu.
Iskandar berkata demikian selepas parti serpihan Pas itu mengumumkan untuk bertanding lapan kerusi di kerusi Selangor dalam pilihan raya umum akan datang..therakyatpost. 



 Hantamlah Labuuuuu !!

Lintang pukang jadinya
Banyak sangat cakap ? Banyak salah bro ! Kah Kah Kah
KONSEP NASIHAT
(cara yg betul)
DAP wat kenyataan ---> AMANAH tegur ---> DAP mohon maaf
(cara yg salah)
UMNO tipu rakyat ---> PEMBANGKANG tegur ---> PAS nak kerjasama dgn UMNO! Kah Kah Kah
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.







Bahasa menunjukan budi dan pekerti !
Bahasa kesat nie puak pasar malam dengan market ikan saja yg guna bro ! Kalo dah bahasa pun celaru, panas telinga punya bahasa? Nak jadi penasihat kena laa bahasa yang sejuk didengar bro ! kalo tidak? jadi Punahsehat laa...
Kah Kah Kah 
Satu lagi kita khawatir ada olamak yang  kalo ditimpa penyakit 'WAHAN" ?
Berat bro ! pasai penyakit nie bukan dia pilih sapa? 
Penyakit Wahan tu ialah yg cinta dunia dan takut mati 
(Ø­ُبُّ الدُّÙ†ْÙŠَا ÙˆَÙƒَرَاهِÙŠَØ©ُ الْÙ…َÙˆْتِ) ramai dok adaaa bro ! (ingatan untuk diri sendiri)

Yang Cerdik disingkir !
Yang bebal disimpan dibelai !
IMBASAN KEMBALI PERISTIWA PENTING 2015 (2)
GUGUR SETANDAN

Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor menyaksikan penyingkiran (gugur setandan) golongan progresif dari barisan kepimpinan PAS. Di Muktamar tersebut juga, usul yang dibawa oleh Mokhtar Senik, memutuskan hubungan dengan DAP, dipersetujui oleh Dewan Ulama PAS dan diluluskan tanpa bahas di Muktamar. Pakatan Rakyat telah burkubur di Kuala Selangor. Hadi berjaya menguasai PAS dan dengan ketiadaan golongan progresif dalam kepimpinan PAS, projek UG yang terbengkalai sejak 2008 telah disambung semula..Kah kah Kah
Zus Din



Alhamdulillah presiden macam ni yg kite mahu''..saling ingat mengingati.

Rasa Sengal ke tidak Pas?
 Mohon Pak Lebai terasa, tak banyak, sikit pun jadi laa


Dua peristiwa atas tu ada signifikannya bro !
Kiri - Pas tak ambik pot langsung atawa buat tak tau gitue bro ! Anwar macam tak ada dalam kamus Pas? ramai ahli Pas khabornya 'happy' dgn apa yang terjadi kat bro Anwar tu?
Kanan - Selepas TGNA kembali keRahmatullah ! Pas cukup teruja untuk cuba hubungkan kembali agenda mereka dengan Umno yang pernah terbantut sebelumnya? Lepas dah lunyai bermesra2an ngan Umno? depa sendiri kalut dok tepih buang? (Jangan timbulkan lagi isu bergabung dengan UMNO – Nik Mohd Amar) kah kah kah

Yang Perlu Diketahui
oleh segenap ahli Amanah
Harum manis subur dalam PAS
MAT SABU YAKIN AMANAH CECAH 100,000 AKHIR TAHUN
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yakin parti berusia 4 bulan itu akan berjaya mendaftarkan 100,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menambah, terdapat permintaan tinggi daripada orang Islam terutamanya golongan profesional dan aktivis sosial untuk parti seperti Amanah yang bersifat Islamik tetapi inklusif.

Amanah ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang menggelar diri mereka “progresif”, dan terdiri daripada pemimpin dan ahli Parlimen terkenal.

Mengambil contoh Kelantan yang mengejutkan pemimpin Amanah, Mat Sabu berkata mereka menerima sokongan hebat walaupun negeri itu kubu kuat PAS.

Beliau mendakwa sokongan orang ramai terhadap Amanah di Kelantan setanding dengan PAS dan Umno.

"Mengikut kajian kami, kedudukan di Kelantan sekarang sudah jadi 30:30:30:10 iaitu di antara Amanah, PAS, Umno, atas pagar atau lain-lain," katanya dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider.
Zus Din, Rohana Hana
#amanah
#pakatanharapan





Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]