PAS Kelantan dan Permaidani Merah - [Video]

Panjang sungguh aku renggah bro kali ini. Bukan pasai apa..hanya kerana 'rahsia' tertentu pimpinan Pas Kelantan yang ada laa nie kata
Pengerusi Amanah Negeri Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, depa tu tak pernah bertempur dengan Umno? Kan dah terburai tu? Depa Pas Kelate hanya berani bertempur dengan Amanah dan DAP saja .  Depa dapat hamparan 'red carpet' bro ! tu pasai dengan Umno depa tunjuk manja gitue ? Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah ..lihat (malaysiadateline.com

Ropanya selama nie depa bermanja-manja sungguh dengan Umno? sampai tak gheti nak 'berlawan' nak 'bertempur'? Tak heranlah kali nak mai nie, Umno ada peluang 'cerah' bro ? Depa cuma seghiyau dan rajin bertempur dengan Amanah dan DAP? sekalipun DAP tak adaa sangat harapan dan peluang kat Kelantan tu? Kah Kah Kah 


Gambar sekadar hiasan



Pemimpin Pas Kelantan 

yang ada tidak pernah bertempur dengan Umno, kata Amanah

Pengerusi Amanah Negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim AbdullahPengerusi Amanah Negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim AbdullahKepimpinan Pas Kelantan tidak pernah bertempur dengan Umno sepanjang 32 tahun kepimpinan PAS Kelantan di negeri itu di bawah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Pengerusi Amanah Negeri Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap surat bantahan rasmi Pas Kelantan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri di program anjuran Amanah, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah menganggap tindakan itu sebagai tidak kena caranya.
 Katanya, Pas sejak awal lagi sudah menjalin persefahaman politik dengan parti lain sejak tahun 1990 bersama Semangat 46 dan pada 1999 melalui Barisan Alternatif  (BA) sehinggalah pilihan raya umum 2008 dan 2013 lalu.
  “Dalam persefahaman rakan-rakan tahaluf siyasi ini, muafakat bersama melibatkan kerjasama politik tidak boleh mencampuri urusan parti rakan-rakan. Itu sudah jelas di semua peringkat cawangan, kawasan, negeri dan nasional,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Amanah Nasional itu, sebarang urusan antara parti politik apatah lagi melibatkan rasa tidak puas hati atau teguran harus mematuhi prinsip horizontal (mendatar) atau secara vertikal (menegak) bukannya menyilang.
“Apa-apa urusan di peringkat masing-masing hanya melibatkan hubungan dua pihak secara horizontal. Maksudnya, kalau Pas Kelantan tidak berpuas hati dengan PKR negeri, saluran yang diguna ialah memberitahu hal itu kepada PKR negeri. Sama taraf. Tak boleh contohnya,Pas cawangan mengadu kepada PKR cabang, mestilah melalui ranting.
“Begitu juga, surat untuk menggesa tindakan sewajarnya juga boleh dihantar mengikut prinsip vertikal tidak boleh diagonal (pepenjuru). Misalnya apabila Pas Kelantan tidak bersetuju dengan tindakan PKR negerinya, suara itu disampaikan kepada Setiausaha Agung Pas bukannya terus terjah kepada Setiausaha Agung PKR. Salah cara itu.
“Dalam konteks surat Perhubungan Pas negeri Kelantan itu tidak wajar secara diagonal terus kepada Setiausaha Agung PKR. Kita ada tatacara dalam berorganisasi,” jelasnya lagi.

Permaidani merah
Mengulas lanjut surat bertarikh 13 Januari yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri itu, Wan Rahim berkata, Datuk Che Abdullah Mat Nawi masih dikira baru dalam perjuangan PAS.

“Beliau tidak sampai setahun buat pertama kali sebagai Setiausaha (Perhubungan negeri). Dia sendiri kali kedua sebagai Adun. Dia tidak sempat dengan rakan-rakan tahaluf siyasi pada tahun 1990 dan 1990.
“Namun, ini tidaklah bermakna saya menyalahkan Setiausaha tetapi keseluruhan pimpinan PAS Kelantan hari ini tiada pengalaman bertahaluf siyasi dalam menghadapi pilihan raya. Mereka menerima kemenangan atas hamparan permaidani merah hasil usaha panjang 32 tahun kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

“Mereka tidak pernah berdepan dengan pertempuran dengan Umno sejak tahun 1978, 1982, 1986 sehinggalah tahun 1990 ketika Tok Guru menjadi Menteri Besar.

“Pada 11 Mac 1978, dari parti yang tinggal dua kerusi, Umno gelar tinggal batu nisan, di situlah ujian sebenar perjuangan PAS dipimpin arwah Tok Guru selama 32 tahun. Kedua-dua Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri hanya masuk PAS secara aktif tahun 1995 ke atas.

“Orang Kelantan kata kalau buka baju, tengok di badan tiada satu pun bekas parut kesan cedera menyertai pertempuran. Begitulah ibaratnya,” ujarnya lagi yang menyertai Pas sejak 1977 ketika Kelantan diumumkan darurat...Malaysia Dateline



Risau Besar?


Datuk Ahmad Yakob menyerahkan keputusan kepada PAS Pusat untuk menentukan tindakan terhadap ahli dan pemimpin PAS yang ingkar dengan amaran supaya tidak terlibat dengan program berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah). – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016.

PAS Kelantan mengeluarkan amaran kepada semua pemimpin dan ahlinya supaya tidak menyertai program yang membabitkan penyertaan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata langkah itu dibuat berikutan masih terdapat majlis tertentu terutama yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut melibatkan ahli Amanah.

"Keputusan agar tidak terlibat dengan Amanah dalam sebarang majlis diputuskan PAS pusat sebelum ini, namun hubungan murni tetap berlaku dengan PKR," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian watikah dan angkat sumpah anggota majlis bagi Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Kota Baru, hari ini...lihat The Malaysian Insider



********

mafhum apa bro !
mafhumnya mereka syok 'bertempur' dgn Amanah.
untuk apa?
juz nak bagi segala walaunnnnnn 'benci' dan meluat
kat Amanah dan boleh dapat 'political mileage' dengan Umno?
Jadi? Jadinya Umno terselamat dari 'serangan' Pas dan memang
pun depa tak pernah kaco Umno? Kah Kah kah.
Cer hangpa baca yang nie pula bro !
Awat Pas tak mau ikut rentak Umno dalam bab nie? Kah Kah Kah


Nampak sangat Pas 'suka' kat Umno ! Tapi tak belajar 'ilmu' dari Umno, tu pasai Pas sendiri jadi kalamentong dalam setiap 'keputusan' yang diambil, segala walaaunn akan tengok 'mood' Tok Sidang dulu, baru depa pun buat kenyataan..Kah Kah Kah



Pemimpin PAS tarik balik 
kenyataan fitnah terhadap Guan Eng


The Malaysian Insider
Ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang. Nasruddin berkata beliau menyesal sekiranya menimbulkan salah faham dengan artikelnya yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 Januari, 2016.Ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan hari ini menarik balik artikelnya 2 tahun lalu yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata kepada Mahkamah Tinggi, selepas meneliti dokumen yang diserahkan kepada mahkamah, beliau menyesal sekiranya menimbulkan salah faham tersebut.

Kedua-dua pihak katanya enggan melanjutkan perkara itu, artikel bertarikh 6 Ogos, 2014 yang mengandungi tuduhan tanpa asas terhadap Lim itu ditarik balik. – 18 Januari, 2016.


******
mafhum apa bro !
mafhumnya mereka syok 'bertempur' dgn DAP 
untuk apa?
juz nak bagi segala walaunnnnnn 'benci' dan meluat
kat DAP dan boleh dapat'political mileage' dengan Umno?
Jadi? Jadinya Umno terselamat dari 'serangan' Pas dan memang
pun depa tak pernah kaco Umno? Kah Kah kah.

Bila 'Fitnah' diberi 'Tahniah'?

Walaupun perlu membayar RM10,000 kos mahkamah dan diarah menarik balik kenyataan bahawa tiada tender terbuka dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam projek terowong dasar laut, Nasrudin Hassan tetap menerima ucapan tahniah daripada Ketua Pemuda PAS Pusat.
Dalam satu kenyataan media, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengucapkan tahniah kepada Ketua Penerangan PAS Pusat itu kerana bertegas mempertahankan artikel yang telah mengheret beliau ke mahkamah.
"YB Ustaz Nasrudin bertegas tidak memohon maaf dan tidak akan menarik balik artikelnya yang mengkritik keras ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Untuk penyelesaian itu, YB Ustaz bersetuju menarik balik beberapa butiran daripada artikelnya yang menimbulkan salah faham," kata Nik Abduh.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kedua belah pihak yang bersedia untuk tidak memanjangkan isu itu dan mengharapkan Nasrudin terus memimpin umat mendaulatkan Islam.
"Saya bangga bersahabat lama dengan beliau di jalan Allah," ujarnya.
Kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Nasrudin berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai semalam selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim..Malaysia Dateline
 
******

Mafhumnya apa bro ?
Mafhumnya, bila 'Fitnah' diberi 'Tahniah'? makin laa punah ! Makin laa menanah !(Nik Abduh ucap tahniah kepada Nasrudin kerana tidak mohon maaf ) Ropanya tak mohon maaf satu kebaikan bagi segala walaaun bro? baru aku tau ! Kah Kah Kah



 Pas kian celupar

Tuduh AMANAH hanya dengar cakap DAP ?

Pemuda Amanah Nasional menuntut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menarik balik tuduhan bahawa ‘Amanah hanya akan dengar cakap DAP’ atau berdepan tindakan undang-undang. Naib ketuanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Khalil perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut bersifat jahat dan menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap Parti Amanah Negara (Amanah). Beliau memberikan masa selama dua minggu dari tarikh sidang media hari ini untuk Khalil bersemuka dengan pihaknya. “Kami menegaskan bahawa kami bersedia untuk bersemuka dan behadapan secara harmoni atas dasar sifat jiwa besar dalam menangkis dakwaan tersebut. “Sekiranya beliau yakin dan berpegang kepada dakwaannya itu, tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan Pemuda Amanah..lihat lagi pautan itu...Malaysia Dateline


 ******

Mafhumnya apa bro ?
Yang Pas dok dengaq cakap Umno saja tu tak mau habaq ke?
Ada ke DAP dok usik pasai hubungan 'intim' PAS-UMNO? Tak ada bro, Tak ada? Yang PAS pun dok dengaq cakap UMNO tu? Nak pusing lagu mana? sampai nak sepakat dalam Parlimen pun tak boleh dengan PAS nie? Kah Kah Kah

Pascai tau malu ke?


 Baca ("Adakah dosa fitnah lebih berat daripada membunuh?" soal Guan Eng) rupanya mengikut kata LGE selepas kes selesai, masih ada 'putar belit dari Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan? ikuti penjelasan penuh dari LGE di (Lim Guan Eng sedia ambil tindakan undang-undang semula kepada Nasrudin). 

 Sikit pasai kenyataan LGE - " Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan kesediaan beliau untuk mengambil tindakan undang-undang semula terhadap Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan, ekoran tersiarnya rencana beliau mengenai keputusan mahkamah tinggi di dalam portal rasmi parti  itu.
Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Menteri (KM) , Raja Syarafina Raja Shuib dalam satu kenyataan petang ini menyatakan rasa terkilan dengan tindakan Nasrudin yang telah menulis sebuah rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang disiarkan di laman parti itu semalam.
“Sama ada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah.
Menurut kenyataan itu, walaupun prosiding guaman terhadap Nasrudin dijadualkan berlangsung semalam dan hari ini, Lim masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah.
“ Dalam pada ini, Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap KM dalam Artikel tersebut.” Jelasnya." - Malaysia Dateline


Kan PAS 
Dah Kena 'Sebijik'?
 
Foto ihsan F M T

PKR berhak hadiri acara AMANAH - Itulah tajuk dari F M T yang menyatakan bahawa PAS tak ada hak dok halang pimpinan PKR nak hadir ke tidak Amanah punya program bro ! PAS tak payah dok menyibuk ! Ini berikutan bilamana satu kenyataan dari Johari Abdul yang dipetik sebagai berkata tidak ada perjanjian antara PAS dan PKR yang mampu menghalang partinya dari menghadiri acara AMANAH ! Kan dah kena 'sebijik' tak pasai-pasai? 

Tu laa orang kata, jangan dok lebih camca dari buboq yang sikit jer tu? nanti puak PAS sendiri pakat berebut? Kah Kah Kah
Cer tengok lagi apa kata orang PKR, "“Tidak ada perjanjian antara PAS dan PKR kerana kita ada perjanjian lain dengan Pakatan Harapan. Kita hormat pandangan parti masing-masing maka sebab itu kita tidak berkata apa-apa ketika PAS menemui UMNO, kerana itu hak mereka." Kah Kah Kah

Masa PAS dok melilit ngan Umnuuu? PKR tak ada pun kata apa-apa pasai dok jumpa sana sini..hangpa punya pasai laaa..nak tungging ke nak terbalik ke? So n so..pasai apa dok sibuk halang Pimpinan PKR pula nak hadir ke tidak majlis Amanah? Depa punya mahu laa..lagi pun PKR tu anggota Pakatan Harapan dan PAS tak ada pula dalam senarai anggota Pakatan Harapan tu? Yang pandai2 sendiri dok cegah PKR jumpa dlm Program Amanah nie sapa suruh? F M T
Kah Kah Kah (PKR berhak hadiri acara AMANAH) lihat juga (Malaysiakini Berita) juga di sini (Pemimpin PKR bebas hadiri program PAN)

Haa yang nie tak apa bro ! pasai hangpa halang ahli sendiri, (malaysiadateline) buat laa lagu mana pun, tu ahli dan pimpinan PAS sendiri..nak halang ke? nak suruh ke? no hal punya bro ! cuma jangan dok pi kaco rumahtangga memba lain? Tapi yang nie tak kena banyak bro !(antarapos.com) Pasai dok pi halang yang tak berkenaan dengan PAS ? Kah Kah Kah

Nie semua bukan pasai apa bro? Depa dah cuak sakan tu, maklumlah Amanah tengah naik nama laa nie? Habis puak2 PAS yang celik dok pakat seghebu minta borang Amanah? Kalo dah habis timpas mai kat Amanah? PAS nak tinggai sapa ? Habih Kelate camna? Ke guana Ding? Tak merasa laa aku nak 'maintain de seat'? Kah kah Kah


PUTUS? 
Kah Kah Kah


PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.

"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini..(Kerjasama putus jika PKR khianati Pas


******
Ini laa punca awal agaknya yang menyebabkan respons PKR seperti di atas bro? Dasat punya 'amaran' tu bro ? Kah Kah Kah
Dia nie yang ramai kenal sebagai 'At-Takiri' sapa daa? Belum nie ramai tak tahu menahu pasai dia nie? Laku ke 'amaran' tu? tau-tau dok jengoi kerap sangat dalam PAS masa Tok Sidang sekarang berada di 'singgahsana'..sekali Johari Abdul 'teng' balik? Baru ada akai? Ingat PKR heran ke dengan 'de so called amaran' macam nie? PR mana dah ada bro? dah kojol pun, cuma puak nie yang terhegeh-hegeh dok pi himpit PKR? Ada apa-apa ke? Kalo putus lagi baik untuk Pakatan harapan bro ! Kah Kah Kah



Amanah beri nasihat kepada PAS
Published on Jan 7, 2016
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad menasihati Parti Islam PAS supaya lebih bersikap matang dan terima hakikat bahawa AMANAH wujud dalam sebahagian daripada kerajaan Selangor.

Katanya, yang penting pasti pembangkang perlu fokus dengan usaha untuk menjatuhkan parti Umno-BN..KiniTV





Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO