Wayar2 yang putus ?! [ video ]

"Tiba-tiba kita yang asal Pas tak berapa (bersungguh) nak jatuhkan Najib. Ini yang saya syak sikit. Wayar mana yang putus? Saya bukan mekanik, nak sambung pun tak reti," Ujar Husam.
Begitulah bidalan dan kiasan dari Husam Musa ter hadap PA$ dan para lebainya sekarang ini. Sejak PA$ berketuakan Tok Sidangnya yang sekarang menerajui PA$ sangat berbeza malah cukup ketara dan amat jelas antara PA$ di era Nik Aziz dan Ust. Fadhil Nor dahulu.

PA$ dan para lebaisnya sekarang ini terlalu tumpul hilang konsentrasi dan fokusnya buat menjatuhkan kerajaan 'kleptokrasi' yang telah ditolak oleh ramai rakyat. Skandal 1MDB seolah tidak membekas langsung kepada PA$ dan Lebainya. Itu hanya se bagai contoh sahaja. 

Contoh lain seperti hari ini seorang MP PA$ Pasir Puteh telah mengucap tahniah, hargai pembinaan ERCL kerana yakini dapat membantu rakyat men gurangkan kos pengangkutan sini. Gamaknya lebai ini dah tak tahu nak tonjolkan diri dalam Dewan? Cari pi laa isu yang boleh menyenangkan Umno? ucap pi laa tahniah. Kah Kah Kah | Lebai seperti ini rasanya tak pernah buat 'homework' se belum berucap sebegitu? 

Lebai2 PA$ yang mewakili rakyat tidak akan mampu dan pernah mampu berbahas atas isu-isu rakyat seperti apa yang dibahas oleh Rafizi Ramli di Dewan Rakyat seperti dalam video terbaru ini - [16 Mac 2017]yang mampu berbahas dengan baik sekali dalam berbagai isu rakyat. Sebab itu Lebai2 PA$ berbelit2 beri alasan semasa Bajet 2016 dibentangkan Sinar Harian . Dah nak berbahas tak gheti tak mampu, pakai pasang niat saja ler ! Kah Kah Kah

Pas di bawah kendalian Hadi berbeza dengan Pas semasa di bawah UFN dan Nik Aziz. Berkepit dgn Umno semasa Hadi, menjadikan parti lebai alami perubahan drastik gaya hidup mereka. Gaya hidup mewah amalan Umno berjangkit kat Lebai2 Pas.  Lebai tidak lagi bersuara tentang kebejatan dan betapa jijiknya skandal 1MDB misalnya dan berbagai skandal lain dalam skala besar seumpama skandal FGV dan lainnya.

Ceramah, kuliah, usrah ke apa ke, mesti ada maki hamun dari walaun. rujuk YouTube ini bro ! Ini fakta dan bukti yang tidak boleh dinafi hanya kerana aryuyu 355 itu saja. Sekarang apa dah jadi dgn ruu itu lebai? Mana? Nak tanam sapa kat jirat Cina tu? Sedap sungguh 'mengkapiorkan' orang tanpa usul periksa. Taraf lebai dah macam penjual ubat kuat lagaknya.Baru tahu dah kena  'kencing' dengan Umno? Akhirnya masyarakat kian pasrah berpecah.

Lebai Pas selalu 'wirid' ayat "kita berjuang bukan untuk menang tetapi untuk mencari redha Allah". Faham karut apa nie? Kalau bukan untuk menang? elok bubar saja Pas dan tumpukan dakwah fil masaajid sahaja. Politik itu mencari 'kuasa', iaitu 'kuasa' bagi satu pemerintahan yang diredhai Allah .. dan bukan bersubahat dengan 'penguasa zalim' ! Itu bukan 'perjuangan' tetapi 'khianat' namanya!.

Kemundian Lebai dan Walaunta wayar putus pun bermadah lagi, "Sekiranya Pas kalah, orang yang bert.jawab di hadapan Allah ialah puak-puak Pan". Apasal orang lain kena pikul 'dosa' Lebai yang tidak pernah melawan kebejatan, kejahatan yang dibawa arus Umno di mana Lebai dan PA$ sama berkubang di dalamnya? 

Bila berdepan dengan Umno saja ada walaunta bermadah: 'Pas tak perlu lagi garang bercakap dengan Umno' rujuk sini bro ! Kah Kah Kah Kah.

Inilah wajah-wajah lebai PA$ era Tok Sidang lanie setelah berlalunya era UFN dan Nik Aziz. Hampir menyeluruh kalau tak kesemua pun pakat 'putus wayar' dah pakat tak senta kata orang Utara. Sebab itu Husam kata, "Amanah adalah Pas Tok Guru Nik Aziz. Pas loni (sekarang) adalah Pas Haji Hadi (Presiden Pas).

Tidak ada lagi gagasan2 besar yang boleh diharap dari lebai2 PA$ bro ! Semuanya sudah sirna sejak kumpulan ' progresif ' beralih ke AMANAH,sejak itulah PA$ dilanda kecelaruan dalam fikrah dan tindakan. Fikrah lebai tidak lagi menyerlah bila bersama Umno di bawah Tok Sidang sekarang ini.

Sekarang tugas membetulkan Islam dan persepsi dakwah dan politiknya terletak atas pundak pen dokong2 Amanah bersama Pakatan Harapan.


'Pas Loni Adalah Pas Haji Hadi

Husam ketika berucap dalam satumajlis ceramah umum Pakatan Harapan di Kota Bharu
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan Pas pada masa ini bukan lagi parti yang menyambung perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

"Amanah adalah Pas Tok Guru Nik Aziz. Pas loni (sekarang) adalah Pas Haji Hadi (Presiden Pas)," katanya diikuti tepukan gemuruh orang ramai dalam ceramah di Cabang 4 Cherang, Kota Bharu semalam.

Menurutnya, Pas sudah hilang tumpuan untuk menumbangkan kerajaan yang diketuai Najib Razak seperti dapat dilihat pada reaksi pemimpin parti tersebut terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ini (1MDB) karut, salah, jahat dan memudaratkan negara. Apa pendirian kita sebagai orang Islam? Ini adalah kemungkaran ekonomi yang ditentang oleh Islam dan otak yang sihat. 

"Tiba-tiba kita yang asal Pas tak berapa (bersungguh) nak jatuhkan Najib. Ini yang saya syak sikit. Wayar mana yang putus? Saya bukan mekanik, nak sambung pun tak reti," ujarnya.

Sehubungan itu, Husam menegaskan fokus utama segenap lapisan rakyat Malaysia adalah menggantikan kerajaan sedia ada yang korup.

"Islam panggil tawwajuh. Fokus. Ingat tuhan. Bila kita angkat takbir (ketika sembahyang), wajjah itu, ulamak kata, tawwajuh iaitu fokus ingat Tuhan.  

"Jadi, tawwajuh kita sebagai rakyat Malaysia ialah bentuk kerajaan baru. Semua orang, Tok Guru, Tok Jahil, rakyat di kampung dan bandar, kena bersatu hati menyelamatkan negara kita daripada pemimpin yang mengkhianati negara. Ini kewajipan agama dan kewajipan demokrasi," tegasnya.

Beliau dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir itu turut menyeru supaya ahli dan penyokong Pas berubah dengan menyokong Amanah.

"Analisis Prof (Datuk Mohamad) Agus Yusoff kata Pas mungkin hilang Kelantan. Saya takut orang Pas yang jadi penghulu rasa tak boleh makan gaji, orang Pas yang jadi peserta Ladang Rakyat rasa dah tak dapat elaun.

"Orang Pas yang jadi guru YIK (Yayasan Islam Kelantan) rasa kena pecat. Jadi, ambo (saya) kira semua pakat mari duduk dalam Amanah. Bila Amanah menang, selamat belaka," tambahnya lagi..sumber .

PAS Kena 'Main'?

Biarpun ceramah menyokong Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu turut menyaksikan penglibatan pemimpin Umno-BN, tetapi usul pindaan akta itu masih belum diketahui bila akan dibentangkan di Parlimen. Peguam Zulhazmi Shariff memberitahu semakannya mendapati kerajaan telah memasukkan dua lagi RUU seperti yang jelas kelihatan pada Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat kelmarin.

"Usul kawan tu apa nak jadi la gamaknya. Mungkin kena berhimpun depan Tugu Negara pulak lepas ni. Nasib badan la...," dipetik dari status Facebook Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah itu..sumber .
Sokong sahaja laaa pindaan yang dicadangkan oleh Umno  tanpa banyak soal banyak songeh daaa!  Bukan PA$ tak sedar yang mereka telah 'kena main' denganUmno? Tetapi Lebai yang telah ber'tuan'kan Umno teramatlah setia bermandikan gemerlapan janji dan 'habuan' palsuyang bakal menanti?PA$ dan para lebainya akan dipergunasecukup dan semaksima mungkin bagi kelangsungan sebuahhayat atas nama Melayu dan Islam. Walauns terus tertipu....

**********
Wayar2 Putus !
  

Tidak pernah PA$ mempunyai LEBAI sebegini TERUK hingga punya tanggapan yang teramatsongsang vs UmnoBN. Bapak lantang menolakUmno, anak pula macam 'dibela','dibelai' Umnomacam 'dibela' dibelai' Umno sejak kecil?Lebih karat dari Umno sendiri ! Kah kah Kah
Suka2 ? Bahaya fikrah macam ini bro !Walaun 'wayar putus' saja boleh andaikan perkara besar sekecil ini! lihat katpautan di bawah

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut dapat 37 saja.Khabarnya sekarang merajuk tak mahu pertahan jawatan
Ketua Pemuda PAS.Dah gian sangat nak bersatu, bersatu
lah cepat! kalo merajuk tandanya akan putus haid dalam politik dan menjadi ahli biasa PAS selepas Muktamar
Agung nanti..Tidak ada 'kelebihan' apa pun mamat lebai
nie bro !

Dua walauns yang tumpul fikrah dan idea. Dalam Dewanlain yang dibincang, lain ygang disoal. Sorang lagi hanyamampu tanya mutu pengadilan bola sepak? Kah kah Kah.Pengampu paling tegar hingga terkeluar dari norma yang normal dan rasional. | Wayar2 yang putus? Kah kah kah..
Walaupun jelas GST menjerut dan mencekik rakyat dan seluruhwarga ! Lebai masih meniupkan kebencian ramai vs para lebaidan walaun. 'Penasihat' yang gagal adalah penasihat yang menyokong 'kezaliman' dan menafikan kesusahan rakyat .... 
Isyarat 'bagus'? Apa yang bagusnya Pak Tuan? Dah 'spring' !Dah jadi golmar jadi karbata pun masih bagus ke? Apa punyaturrr? Kena 'main' dek Umno pun boleh tersengih jugak?  Kah Kah Kah
PKR punya kerusi sudah kena main oleh Lebais. Hebat Lebai !Pun masih Lebais duk menongkoi dlm kerajaan S'langor, Spesisapakah lebai ini? kalo wayar elok? tentu tiada gangguan letrik.
Berapa kali mau bilang daaa? Semua dah tau PA$ dan Lebaitidak mampu nak menang dan bentuk kerajaan. Prestasi PA$ kian merudum. Sebab itu tak mahu rampas 'Kuasa Umno'?? Cukuplah jadi 'KHADAM' setia. Ada juga 'upahnya'? Cukuplah 'makan upah'? Kalo menang takat sepenggal saja itu pundah kira mujur,Kahkahkah....
kalo wayar elok, kereta mudah berjalan bro, lampu semuamenyala elok! kalau satu dua wayar yang 'short'? masih boleh dibalut 'silo tapes' ! Tapi kalo wayar besar putus? kena masuk bengkel laa bro ! kah kah kah | Umno yang dikata lembu tu laa yang Lebai 'berkawan' siang malam sampai Lebai akhirnya di'perlembukan' Umno. Ruj ar uu355 ! Kah Kah kah 
Ini wayar berserabut bro ! Bersimpullhingga tak diketahui kat mana punca-nya? Lama dah 'wayar' nie bersimpul, dah 5 tahun duk berangan?Hantam jer Labu ! Slow2 'paddle' bro! Manatau boleh sampai 'destinasi' !Hahaha   
Kalo mahukan 'hudud' sampai mahu Pakatan berpecah? Nak kata apa lagi beb?Memang sah tukar wayar baru jer ! Kah kah Kah
Lama dah wayar lebai putus ! dalam putus punkereta berjalan juga! 'wayar' ini tidak boleh di-sambung balik kiranya PA$ dan segugus lebaikalah habis dis coming GE bro ! Kah kah Kah
Bila dah 'makan budi' ? Tergadai body ler bro!
Berkecuali tu biasanya tiada wawasan tiada'tulang belakang' beb! Tempat lain tak adapun kecuali? Bila bertembung 'kepala Umno'saja, jadi 'berkecuali'? Tiba-tiba saja wayarjadi seghabut? Kah Kah Kah 
Lepas pi 'melutut' kat Asri senyap jer? Napebro? Sembang kan kemain lagi, nak sekeh lakononnya? Brapa urat wayar yg putus nie?..Kah Kah Kah
Sekejap berakhir, sekejap nak sambung? Awatyang kelam kabut nie? Bersatu dah jadi membaPH tau? Dalam tu ada Amanah ada DAP. Dukbuat 'plot' baru nie takut kekuatan PH ke? hahawayar sapa yang terberetas terputus nih? 
Islam anjur kerjasama dengan semua pihak ygingin perdamaian, keharmonian sebagai suatumesej sejagat 'Rahmatan Lil 'Aalamieen' bukanMelayu sahaja! Malang sungguh PA$ dapatkanLebai yang 'menyempit' ilmu dan tamadunnya.Umno tu kan ke melayu?Awat tak mahu gabungtak mahu cantum? Serabut laa wayar nie?Haha

Rugi ke, untung ke? tunggulah bro! PengkalanCepa kut tinggal celepa sahaja nanti.PKR manayang mahukan demer sangat? Geng Kartel  pun macam dah serik je! Lebai tak malu ke? PKR tukomponen Pakatan Harapan yang di dalamnyatu ada AMANAH dan DAP. Wayar lebai macamputus jer? Asyik 'wirid' benda tak betul nie, HaHaHa.
Cina MCA pun tahu Lebai  punya 'Moral' dah gagal bebenor brader,Tak malu ke? Wayar yang putus tumana laa dia tau dia putus? Haha



كلمــــــة أخيـــــــــــــرة !!





Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]