Seloroh Mat Sabu Di Felda Lubuk Merbau [Video]
Kelmarin di Lubuk Merbau, Mat Sabu berceramah sepentas dengan Che Det. Lubuk Merbau ni kubu kuat Umno bro ! Ini kawasan Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan. Lubuk Merbau (LM) ini adalah penentu kemenangan bagi DUN Pedu (N 08). Kalau menang di Lubuk Merbau ni, bermakna menanglah DUN Pedu tu dan menanglah Parlimen Padang Terap (P007).
Begitulah bisanya Lubuk Merbau bro ! Senario ini mungkin berubah sekarang bila BERSATU sudah mula mengembangkan sayapnya dan mengadakan ceramah di sana kelmarin. Sambutan begitu baik dan meriah. Mat Sabu antara penceramah yang menjadi tumpuan dalam ceramah bersama PPBM yang dihadiri Che Det, Mukhriz dan lainnya.
Menggunakan 'galah' sebagai perlambangan, Mat Sabu merumuskan seperti berikut:
~ Galah yang ada tidak cukup untuk kait UBN turun dari Putrajaya.
~ Galah merah DAP, dia jolok tak sampai, boleh menang di Tanjong, Bukit Mertajam, Jelutong, Bagan dan di tempat DAP saja.
~ Galah biru muda (PKR). Tak sampai nak kait buah kelapa. Bolehlah jatuh beberapa kawasan lagi - Sungai Petani, Alor Setar, Merbok (tapi) terlepas balik, Kuala Kedah.
~ Galah warna oren (Amanah), tak cukup juga. Kita nak lompat tak sampai. Ada dua kaki lagi untuk sampai.
~ Tiba-tiba datang parti Bersatu. Kali ini galah kita cukup untuk kait buah kelapa yang cukup indah itu.
~ Ada galah lain warna hijau. Galah tu reput," sindir bekas Timbalan Presiden Pas yang mesra dipanggil Mat Sabu itu dalam majlis Malam Semarak Kasih Felda..Kah Kah Kah
~ Galah itu cukup dan saya yakin tohmahan kononnya DAP ambil alih Malaysia, Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri kalau kita menang adalah bohong, tambah Mat Sabu.
~ Mat Sabu nampaknya cukup yakin dengan kemasukan Bersatu ke dalam PH untuk menjatuhkan UBN dengan berseloroh dalam aksi spontannya. Beliau yakin gabungan PKR, Bersatu, Amanah dan DAP - BN akan tertunduk dan Najib-BN akan undur ke belakang, tegas Mat Sabu yang turut berundur dari rostrum diikuti tepukan gemuruh dan ketawa hadirin yang majoritinya berbaju merah dan berlogokan parti Bersatu.
~ Mat Sabu turut berseloroh dengan mengajak Lebai dan Walauns PA$ turut berhijrah bersamanya untuk lalukan perubahan pada PRU14 akan datang ini.
Galah kita cukup untuk kait
- Mohamad Sabu
26 Mac 2017 | ARIF ATAN
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan gabungan kesepakatan politik antara keempat-empat parti pembangkang berupaya untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Menggunakan galah sebagai perlambangan, beliau berpendapat tindakan untuk mana-mana parti secara bersendirian menentang rejim kleptokrat atau perompak itu adalah tidak berhasil.
"Galah kita ada tapi tidak cukup. Galah merah DAP, dia jolok tak sampai. Bolehlah jatuh (menang) di Tanjong, Bukit Mertajam, Jelutong - di tempat DAP boleh menang.
"Tambah dengan galah biru muda (PKR). Tak sampai nak kait buah kelapa. Bolehlah jatuh beberapa kawasan lagi - Sungai Petani, Alor Setar, Merbok (tapi) terlepas balik, Kuala Kedah.
"Datang galah warna oren (Amanah), tak cukup juga. Kita nak lompat tak sampai. Ada dua kaki lagi untuk sampai.
"Tiba-tiba datang parti Bersatu. Kali ini galah kita cukup untuk kait buah kelapa yang cukup indah itu," ujarnya sambil berseloroh dalam ceramah di Felda Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah kelmarin.
Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan Pas pada masa ini sudah tidak relevan dalam usaha menumbangkan kerajaan Umno-BN ekoran kepimpinannya yang semakin mesra dengan parti pemerintah itu.
"Ada galah lain warna hijau. Galah tu reput," sindir bekas Timbalan Presiden Pas yang mesra dipanggil Mat Sabu itu dalam majlis Malam Semarak Kasih Felda yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir.
Sehubungan itu, beliau menganggap kerjasama politik antara Bersatu, PKR, Amanah dan DAP sekaligus dapat menangkis penipuan Umno-BN yang menakutkan rakyat selama ini jika pembangkang menguasai Putrajaya.
"Bagi saya, galah itu cukup dan saya yakin tohmahan kononnya DAP ambil alih Malaysia, Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri kalau kita menang adalah bohong.
"Propaganda kalau BN jatuh, DAP perintah sekarang sudah tidak laku di Malaysia," tegasnya yang tampil berkopiah putih.
Hal tersebut diperkukuhkan lagi, jelasnya, dengan peranan Tun Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai ultra Melayu serta sambutan orang ramai terhadap kemunculan Bersatu.
Berhijrahlah
Sehubungan itu, Mat Sabu mengajak baki ahli dan penyokong Pas untuk menyertai Amanah bagi membolehkan hasrat rakyat melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tercapai.
"Yang kopiah putih berhijrahlah kamu bersama Abang Mat," serunya dalam majlis yang juga dihadiri Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar dan Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai usaha bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada peneroka Felda seperti disebut Mazlan dalam slot ceramahnya sebelum itu tidak akan berhasil selagi rakyat masih belum menjatuhkan Umno-BN.
"Kita yakin seperti Mazlan sebutkan, apa yang beliau cakap tidak boleh buat. Hanya boleh buat jika berlaku perubahan pemerintahan.
"Kalau Pakatan naik dan berlaku penyelewengan, tuan-tuan boleh tukar kerajaan bila tuan-tuan mahu pada waktu itu.
"Ini berlaku di lain negara di Australia, Indonesia. Tukar parti, perdana menteri perkara biasa. Negara terus maju.
"Negara lain tukar kerajaan itu biasa. Kita? Parti tak mahu tukar, Perdana Menteri tak mahu berhenti, negara terus mundur.
"Saya yakin penuh dengan gabungan PKR, Bersatu, Amanah dan DAP - BN akan tertunduk dan Najib-BN akan undur ke belakang," tegas Mat Sabu lagi dengan aksi spontannya yang turut berundur dari rostrum diikuti tepukan gemuruh dan ketawa hadirin yang majoritinya berbaju merah dan berlogokan parti Bersatu.
~ SUMBER .

Terbaik bang mat....mmg susah nak masuk ceramah dlm kwsn umno ni kalu takdak che det.
ReplyDeleteAku rasa kemunculn parti bersatu ni satu rahmat kpd pejuang2 Islam sebenar yg brhijrah dr menyokong PAS. Wujudnya bersatu mmbuktikn org2 yg berhijrah sokongan tu berada dlm landasan yg betul.
Bila selalu brceramah depan org2 UMNO totok, lama2 depa akan terpikat punya dgn stail abang mat.
Betul Mat Safian, lama2 kalo asah kepala umno tu, pelan2 cayaq...hahaha
Delete