ALANGKAH BURUK, ZALIM DAN KEJI...[VIDEO]

*BICARA MUFTI*

ALANGKAH BURUK, ZALIM DAN KEJI...

Maka ALANGKAH BURUKNYA seorang Presiden, atau Sultan, atau Raja, atau Perdana Menteri, atau Menteri Besar, atau Menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.


Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat.

ALANGKAH ZALIM! ALANGKAH KEJI sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.

Orang seperti ‘Umar bin Al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Dr Asri Zainal Abidin
Mufti Perlis

| Sumber asal dari SINI.

Sisipan 
Kenangan Silam
UMAR AL-Faruq.| Allah Taala Redha terhadapnya 
Nabi s.a.w pernah sekali bersabda kpd Umar al-Khattab selepas kejayaan Perang Badar. | Nabilalu bersabda, "Kita hampir terkena 'azab yangbesar kerana tidak bersetuju dengan pendapatUmar. Sekiranya turun 'azab, nescaya kita semuatidak terlepas dari masalah itu kecuali engkau yaUmar !". | Umar ra pernah berkata, kalau diserusemua manusia masuk syurga melainkan seorang,Aku paling takut yang seorang itu adalah AKU !kata Umar. | Nabi s.aw terus memujuk Umar dgnbersabda, ' Allah meredhai kamu Ya Faruq umatini. [Al-Faruq - gelaran Umar yg diberikan Nabi s.a.w kerana dapat membezakan kebenaran darikebatilan]..wallahu'alam..
Dalam riwayat Abu Nu'aim
dalam Hilyah al-Auliya, Umar berkata:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ
 ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Jikalau seekor kambing biri-biri mati
tersesat jalan di tebing
Sungai Furat, aku bimbang Allah S.W.T
akan bertanya daku
pada Hari Kiamat mengenainya".
  Wahai Amirul Mukminin
Umar bin al-Khattab, kami merinduimu.
Umar bin al-Khattab bimbang beliau sebagai khalifah akan disoal oleh Allah pada Hari Kiamat jika seekor kambing, ataupun unta, ataupun baghal mati dalam Sungai Furat di Iraq disebabkan pemerintahannya tidak menyediakan kemudahan untuk haiwan itu. 

Sekalipun Sungai Furat teramat jauh drpd pusat pemerintahan Umar di Madinah , namun kerana Iraq di bawah tanggungjawab kuasa pemerintahan beliau, beliau bimbang Allah akan menyoalnya hal sekecil itu. 

Bagaimana dengan 'pemimpin rakyat' sekarang ini? Sanggupkah mereka menjawab di hadapan Allah nanti? Bagaimana pula harta yang diperoleh dengan berbagai jalan salah? Menipu, rasuah juga menyeleweng, menggelap, boros dan sebagainya? Anda sendiri mampu mengolah dan memikior nya!


Pernah seorang berkata kepada al- FaruqUmar Al-khattab Radiallah Anhu: Kenapaengkau tidak membalut Ka'bah denganKiswah dari sutera? Umar ibn Khattab menjawab: "Bagiku, perut umat muslimin (rakyat) lebih utama untuk diperhatikan." !......
Akhirkalam
حكم و نصائح ستغير حياتك Kata kata hikmat dan nasihat dari Umar al-Khattab ra yang bolehmengubah jalan hidupanda,,renungkanlah.. 

Khulasah Perlukah pemimpin membelikan mobil baru untuk pejabat baru? Perlukah membeli pesawat dan mobil baru untuk pemimpin baru? Perlu -- kah membangun gedung-gedung baru ketika ada rakyatnya kelaparan dan pontang-panting mencari wang demi sesuap nasi esok pagi? Dan ada sederet pertanyaan lainnya yang boleh di - ditanyakan walau tak mungkin ada yang berani menjawab.

Sungguh kegagahan dan pesona keagungan pejabat tidak terletak pada mobil yang dinaiki, pakaian yang dikenakan dan istana yang ditinggali, melainkan terletak pada ketulusan hati memperhatikan kehidupan rakyatnya dan melayani mereka untuk hidup sebagai manusia merdeka secara layak. Setuju?  



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]