Sedap juga Mahfuz sindir Ku Nan - [ Video ]

Boleh tahan juga cara AP Pokok Sena bidas Ku Nan bro ! Sesekali Mahfuz bikin panas daa.. memang Ku Nan tak paham maksud sebenar kenyataan Mahfuz ke ?. 

Ku Nan tuduh Mahfuz 'gila kuasa' ? Apa kuasa yang ada pada Mahfuz?; yang 'gila kuasa' ialah mereka yang dah ada 'kuasa' atau pun sedang 'berkuasa' bro ! Ini Mahfuz apa dia ada? PJ Pas kat Kedah pun orang dah cabut bagi ke orang lain, yang ada Ahli Parlimen tu saja lagi, yang nie pun boleh tercabut juga kalo tak kena gaya lenggok ber main politik. Jadi yang 'gila kuasa' tu puak Umnolah macam Ku Nan tu, mereka inilah yang takut hilang 'kuasa'? Kata omputeh 'Absolute power corrupts absolutely ? Bila dah banyak kuasa, almaklumlah bro ! mau lagi kuasa tu, tu laa 'gila kuasa' namanya? Kuasa yang banyak ini biasanya si yang gila kuasa itu terdedah kepada amalan menyalahgunakan kedudukannya.

Hangpa baca dan tengok vid tu sekali, siapa sebenarnya salah terkam?

Kah Kah Kah





Mahfuz jawab Ku Nan: 
Minta Najib letak jawatan, tak nak orang gila berkuasa


Mahfuz OmarMahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan balas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) yang mendakwa beliau gila kuasa apabila mendesak Perdana Menteri letak jawatan.

"Yang menghairankan saya Ku Nan faham atau tidak kandungan kenyataan saya.
"Saya hanya minta Majlis Raja-Raja memperakui dokumen Deklarasi Rakyat dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM".

"Saya tak suruh pun Najib letak jawatan atau suruh Majlis Raja-Raja pecat Najib.
"Jelaskan apa kadungan kenyataan saya. Terpulanglah pada Najib kalau beliau 'gila nak terus berkuasa' beliau boleh teruskan. Saya dan rakyat hanya mahu lihat PM Malaysia bukan dari kalangan 'orang gila yang berkuasa'.

Sebaliknya dakwa Mahfuz, Ku Nan mengatanya pula 'gila kuasa' apabila minta PM Najib berundur atau di pecat.

Semalam Ku Nan dalam kenyataannya dipetik berkata,"Kalau nak (tukar Perdana Menteri),tunggulah sampai Pilihanraya Umum akan datang".

Justeru Mahfuz memperingatkan bahawa Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi 'letak jawatan' tanpa menunggu pilihan raya.

"Adakah Ku Nan sudah nyanyuk atau lupa? Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah 'letak jawatan' tanpa tunggu Pilihanraya Umum.

"Najib ambil alih jawatan PM dari Pak Lah bukan melalui pilihan raya pun tetapi melalui krisis kepercayaan kepimpinan terhadap Pak Lah yang memaksa Pak Lah berundur.

"Sama situasi sekarang dimana Najib berdepan dengan krisis kepercayaan kepimpinan dari kalangan rakyat Malaysia dan Umno," terangnya.

Justeru Mahfuz berpandangan Ku Nan harus memahami situasi jika Najib berundur penggantinya sudah tentu akan mendapat sokongan majorati Ahli Parlimen yang sudah tentu berpihak kepada Umno-BN.

"Dari segi bilangaan Ahli Parlimen masih lagi Umno-Bn mengatasi parti-parti lain.
"Persoalannya kenapa Ku Nan tidak mahu tukar orang lain dikalangan Ahli Parlimen Umno yang 'siuman' untuk mengganti Najib yang gila berkuasa.

"Agaknya sudah tidak ada lagi di kalangan Ahli Parlimen Umno yang tidak gila boleh jadi PM,atau kepimpinan Umno dah jadi macam 'wad gila'," sindirnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu.. sumber .



 'Mahfuz ini belajar dari mana,
barangkali dia orang ini gila kuasa'
Published on Oct 11, 2016

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri 
Tengku Adnan
Tengku Mansor mempersoal taraf pendidikan
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Kunan juga menyifatkan Mahfuz sebagai gila kuasa.

Ia berikutan kenyataan Mahfuz yang menggesa supaya
Majlis Raja-raja untuk campur tangan terhadap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam
usaha mendesaknya berundur..
KiniTV


Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO