Lebai Kelarah...Membangun bersama balak ! [ Video ]
Akhirnya pembalakan di kawasan orang asli di Gua Musang dihentikan sekejap setelah Kerajaan Pas Kelantan dikecam kerana lebih utamakan syarikat dan pekerja balak berbanding nasib masyarakat orang asli, sehingga masyarakat orang asli di Pos Simpor, Gua Musang sejak 27 September lalu membuat sekatan menghalang lori balak masuk daripada memusnahkan hutan didiami mereka, rujuk sini dan sini bro !
Apalah malang Kelantan beroleh pengurusan negeri yang tidak langsung menunjuk kematangan berpikior, sepatutnya rakyat diutamakan (dalam kes orang asal), apakah tidak ada jalan lain untuk membangunkan Kelantan? Sudah buntukah cara pengurusan negeri mengembelingkan tenaga manusianya mencari sumber selain membalak?
Sekarang Pas 'membangun' bersama balak sebab timbalan emm bee sendiri kata; sini pembalakan boleh henti kalau Pusat melunaskan royalti? Itulah cara Pas berseloka, seolah balak sahaja yang mereka damba untuk majukan negeri buat rakyat jelata, walaupun nanti akan mengundang petaka, banjir lepas masih berpuaka, lain cara dah tak mampu dipikirin bro !
Bila Kerajaan PAS Kelantan diserang kerana aktiviti pembalakan ini, bukan dia nak serik malah menuding ke laut pula bro, konon bukan Kelantan sahaja dok tebang balak, negeri lain pun buat juga kata PAS sini . Kita senyum saja laa bro ! itulah agaknya politik matang Pas yang boleh kita ketengahkan ! Ada tara perangai budak-budak belum bersunat, bila dimarahi saja kerana sesuatu, dia pusing balik dan kata, bukan saya seorang saja yang buat, budak lain tu pun buat juga !...Kah kah Kah
Orang asal pun orang juga, bila kita 'berkuasa' dalam daerah yang sempit seperti Kelantan tu, mahulah dengar rintihan rakyat. Rakyat adalah 'aset' dan harta paling bernilai kebih dari 'balak' yang kita sangka boleh majukan negeri? kalau rakyat beralih undi nanti? meloponglah kita dan baru tahu mereka lebih bernilai dari balak dan tokeh balak itu sebenarnya, waktu itu barulah kita jadi kera kupang tembaga, hanya bernilai sekupang saja di mata rakyat. Kah Kah kah
![]() |
Dari FB orang Asli yg sayang hutan dan tanah mereka.. FB Pujanga hutan rimba |
~ baca sini bro .
Negeri Kelantan kaya dgn balak
Rakyat miskin rumah pun xdak
Ada balak habis ditebang ulamak
Pakai serban rupanya penyangak..
Rakyat miskin rumah pun xdak
Ada balak habis ditebang ulamak
Pakai serban rupanya penyangak..
![]() |
Masyarakat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang sejak 27 September lalu membuat sekatan menghalang lori balak masuk daripada memusnahkan hutan didiami mereka. MD |
Ini jawaban MB Kelantan - Bantahan lebih 200 penduduk Orang Asli ke atas aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang adalah berpunca daripada salah faham dan boleh diselesaikan, kata MB, Datuk Ahmad Yakob.
Gambar MStar |
Beliau berkata jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.(ruj. sini)
PEMIMPIN TERIMA RM4 JUTA.
Semalam Husam dedah ada seorang pemimpin tertinggi parti agama berstatus sebagai lawyer terlibat dengan perbuatan berunsur rasuah. Pemimpin itu telah menjalankan urusan penjualan sebuah syarikat milik sebuah yayasan kepunyaan negeri Kelantan di mana pemimpin berkenaan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya.
Syarikat yang dimaksudkan itu dijual kepada sebuah koperasi Felda dari Johor. Entah macam mana disebabkan syarikat yang beli itu lambat untuk menguruskan syarikat berkenaan, menyebabkan ia dijual pula kepada sebuah syarikat lain (L). Syarikat L ini membayar RM4 juta kepada yayasan berkenaan. Satu juta daripadanya dibayar kepada pemimpin berkenaan dan ia dibahagi-bahagikan kepada beberapa orang termasuk kepada salah seorang timbalan pesuruhjaya parti itu.
Syarikat yang awal dari Johor tadi menyaman yayasan berkenaan dan dia menang. Akhirnya syarikat milik yayasan itu yang memilik aset berupa tanah diserahkan kepada syarikat dari Johor itu.
Syarikat L yang merupakan pembeli kedua itu marah dan menuntut balik wang sebanyak RM4 juta itu. Pihak yayasan atau pemimpin tertinggi parti agama itu gagal menjelaskannya sebab wang sudah "jadi tahi". Maka jalan alternatif lain dicari dengan meluluskan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Bukit Berangkat diluluskan kepada syarikat L tadi dengan keluasan sebanyak 5,000 hektar dengan peremium murah jauh lebih dari kadar sebenar.
Kelulusan tanah ini kepada syarikat L menjadi kontroversi dan menyebabkan MB terpaksa menafikannya. Ia heboh dalam DUN Kelantan. Sehingga kini lesen mengeluarkan hasil balak di hutan berkenaan belum dikeluarkan kepada syarikat L itu.
Senario yang diceritakan itu menjelaskan berlaku penyelewengan dan rasuah. Segala dokumen termasuk pembayaran RM4 juta katanya ada dalam simpanan. Rakyat dan pengikut bawahan parti berkenaan tidak menyedari penyelewengan ini, mata mereka ditutup dengan wang one off seperti mana juga penyokong Umno yang terima B1IM.
Demikianlah apa yang berlaku dalam kerajaan "Membangun Bersama Islam", tetapi tidak berdaya melaksana dan menghayati ajaran Islam. Trims. | Mohd Sayuti Omar II
Maya Karin
pun giat kempen alam sekitar
![]() |
Kita jadi heran juga bro !Kerajaan Kelantan tak berapa peka dgn alam sekitar, degil dgn permintaan rakyat untuk hentikan pembalakan yg banyak mencetuskan masalah alam sekitar yang serius ! Sebaliknya Maria Karin seorang seleb begitu giat berkempen menyedarkan publik betapa pentingnya menjaga alam sekitar?Lebai kelarah patut malulah sikit dengan seleberiti macam Maria Karin nie. Kah Kah Kah anda baca pautan di bawah ini Maya Karin giat kempen alam sekitar |
PANAS:
Pencuri Balak Tak Ditangkap,
Bagaimana Mahu Laksana Hudud?
Pencuri Balak Tak Ditangkap,
Bagaimana Mahu Laksana Hudud?
![]() |
Babi pun dah melilau cari rumah apabila lebai membalak.Tu tak kira segala rusa dan kijang lagi..Beruk, kera lutung pun dah tak ada tempat nak bergayut ? |
~ ruj. sini bro ! .
![]() |
Baru tok faham nape balak di Kelate Nik Doremon minta tebang abis....Rupa2nya ada sebab2 syarie. Syukurrr...Takbir!! Usin UG Ceroi |
![]() |
Air bersih dlm masa 10 tahun lagi?Bukan ke Timbalan MB Kelate akui pembalakan di hulu negeri tersebut telah akibatkan pencemaran air yg serius * ?Jangan dok berjanji lebai ! kalo tidak, ramai tak bisinglah tindakan lebai dok pecerah hutan kat hulu Kelantan tu..ni ada lagi berita baru di mana lebih 1,000 anggota tetap dan sukarela Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir berlaku lebih awal tahun ini, ertinya bekalan air bersih kian serius sebagai isunya? Lebih 1000 anggota bomba Kelantan siap sedia hadapi kemungkinan banjir awal |
Terkini
![]() |
selepas Orang Asli bangkit membuat penghalang jalan tetapi pekerja balak masih belum keluar. |
Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Tijah Yok Chopil berkata, kedua-dua pemimpin itu harus melakukan pendekatan lebih bersifat kemanusiaan sesuai dengan imej kepimpinan Islam mereka.
“Jangan keluarkan kenyataan yang lebih menampakkkan kelemahan termasuk buat serangan peribadi dan menuduh Orang Asli tidak ikut saluran betul.
![]() |
Dua das tembakan dilepaskan ketika kira-kira 30 individu daripada pihak syarikat pembalak termasuk menyamar sebagai polis mahu merobohkan penghalang jalan yang dibina Orang Asli, 28 September lalu. |
Nilaikan
Percaya ke Tidak?
Tiada Pembalakan Sejak 2008 - Harakahdaily 4 Mac 2015.
Anda percaya ke tidak? Lampiran gambar gambar dan kenyataan Pembalak Rugi RM50juta tu bukan balak ke? Takkan nak membalak di kebun pisang kot. foto dan imej dari fb Syam Ghaz
Anda percaya ke tidak? Lampiran gambar gambar dan kenyataan Pembalak Rugi RM50juta tu bukan balak ke? Takkan nak membalak di kebun pisang kot. foto dan imej dari fb Syam Ghaz
![]() |
UPDATE: Sekarang berberapa pegawai dari *Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan* tiba di blockade Orang Asli di Gua Musang. ~ Info dari Orang Asli disana. * Nak mari backup pembalak ke Bro? Syam Ghaz |
Khulasahnya
Bergeraklah tanpa Umno dan PAS
Kalo bergerak tanpa Pas dan Umno, akan lebih selamat negara bro ! Banyak isu dan maudhu' besar yang menyusahkan rakyat dapat dihindar dan dijauhkan, seluruh sistem yang dah hampir rosak teruk boleh diperbaiki semula..baca lagi di sini .
![]() |
Pas are not interested to be in opposition; they just want to use the platform. Why is this so difficult for you to see - |
![]() |
Dah tak tahan kena troll letewww... |
Sisipan Maknawi
![]() |
Wajah sebenar Pas - Bertukar-tukar ikut selera mana yang suka,selera mana membawa laba dan untung bagiPas? |
![]() |
PAS mana bisa faham dong !Islam pun tak sampai ke mana?Sekular yang lebih menjadi !akhlak pemimpinnya akhlak sekular ! |
![]() |
Indahnya alam tanpa diusik si lemah akal.Gambar hiasan |
![]() |
ولا تفسدوا في الأرض بعد إصلاحها “Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya…”.al-'Araf -56 |
Video
ولا تفسدوا في الأرض بعد إصلاحها
Pilihan 1
~ Kredit fb (Rasid Jamaldin)
Pilihan 2
![]() |
Sidang media Jamal berlangsung di sebuah tandas Bangunan Umno Shah Alam semalam.Hanya syaitan yang suka duduk dalam jamban, bidas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mengulas tindakan pemimpin Geng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas semalam. “Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang. Saya melihat itu tindakan biadap dan tidak mencerminkan identiti sebagai seorang Melayu dan Islam,” jelasnya dalam sidang media AMK di Petaling Jaya, hari ini. Sehubungan itu, Dr Afif menyifatkan tindakan Jamal mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam itu sebagai tindakan pihak yang membela rasuah. ruj. sini |
CERAMAH YB DATO HUSAM MUSA -
PADANG SERAI (02 OKTOBER 2016)
Ghb Mediatv2
Comments
Post a Comment