Al-Kisah RUU 355 [ Video ]

Difahamkan RUU Persendirian, iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) turut tersenarai dalam Aturan Mesyuarat kali ini. 

Sebelum pembentangan Usul Persendirian ini, Malaysia digamatkan 
 
Aku petik sikit apa yang YB Rafizi Ramli tulis, boleh dibaca sepenuhnya di sini .

"Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman).
"Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan.
Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian.
"Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengundian, kerana jika ia diluluskan maka terlaksanalah hudud di Malaysia. Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.
|Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri).
"Sekiranya selepas dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, usul RUU355 itu diundi dan diluluskan – jauh lagi perjalanannya sebelum hukum hudud hatta menaiktaraf mahkamah syariah berlaku.. 

Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan. Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan..Rafizi Ramli
Khalid Samad pula berkata, Ia bukan wahyu dari satu hadis atau ayat Al Quran yang wajib disokong dan jika tidak disokong boleh menjejaskan aqidah sesaorang. ia satu pandangan dan bukan wahyu. Mungkin ada orang lain yang hendakkan ayat-ayat lain digunakan, mungkin ada kelemahannya.


 Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini hingga 24 November depan sudah pasti tertumpu kepada pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2017 itu akan berlangsung pada 4 petang, 21 Oktober sebelum perbahasan di peringkat dasar dan jawatankuasa yang dijadual berlangsung sehingga minggu keenam.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 itu akan turut menyaksikan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) dibaca buat kali pertama iaitu RUU Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016; RUU Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016; RUU Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 dan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2016.

Adalah Difahamkan RUU Persendirian, iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) turut tersenarai dalam Aturan Mesyuarat kali ini.

Cadangan pindaan Akta 355 bukan wahyu, kata MP Shah Alam 

| BORHAN AHMAD 

Khalid Samad dalam video klip penjelasan mengenai RUU pindaan Akta 355Khalid Samad dalam video klip penjelasan mengenai RUU pindaan Akta 355
Cadangan pindaan kepada Akta 355 yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu pandangan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan boleh dibincangkan dari segi baik buruknya, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ia bukan wahyu dari satu hadis atau ayat Al Quran yang wajib disokong dan jika tidak disokong boleh menjejaskan aqidah sesaorang, katanya dalam satu video klip wawancara beliau mengenainya.

Sehubungan itu, katanya, ia wajar dibincang dan dibahaskan bagi mempastikan matlamatnya untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah tercapai.

"Ia satu pandangan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, ia satu pandangan dan bukan wahyu. Mungkin ada orang lain yang hendakkan ayat-ayat lain digunakan, mungkin ada kelemahannya.

"Lalu ia wajar dibahas. Sepatutnya kita buka untuk perbahasan supaya matlamat tercapai sebab yang penting matlamat itu," katanya.

Bagi Khalid, beliau menyokong penuh cadangan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan RUU pindaan Akta 355 satu pandangan yang boleh dibincangkan.

Seorang pemimpin Pas, Yang Dipertua Pas Padang Serai, Kedah meminta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyokong RUU Pindaan Akta 355 apabila dibentangkan di Parlimen nanti.
"Jika tidak, bila mati nanti kami nak tanam kat jerat (tanah perkuburan Cina)," kata Shaharuddin Ibrahim dalam kuliahnya.

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik balik penyataan itu dan memohon maaf kepada Wan Azizah mengenai perkara itu..~ sumber.
~ sumber 2 . ~ sumber 3 .

Khalid Samad dalam video klip penjelasan mengenai RUU pindaan Akta 355 14 Okt 16 - Pindaan RUU 355, Wahyu @ Pandangan???
Published on 14 Oct 2016 


Sisipan
Kental Maknawi

 Ada dua parti. Satu parti Islam yang membawa kebenaran dan keadilan...satu lagi parti sosialis yang dituduh sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Bila parti sesat ni cuba berjumpa dan berbincang tentang masalah alam dan OA... Parti Islam buat tak tau.

Bila nak minta sokongan RUU355, parti Islam ni sanggup minta parti sesat supaya menyokong walaupun tak tau hujung pangkalnya lagi.
Kalau ikut akal aku, parti yang sesat itu lebih berwibawa dan dipercayai. Manakala parti yang membawa kebenaran nampak macam tak boleh diharap.

Boleh ka aku pakai akai? Atau percaya membabi buta?
kredit ~ Mat Saman Kati 


Baca  PENDIRIAN AHLI PARLIMEN PANDAN ISU RUU355
AMARAN! BACA DAN HADAM, TAK SETUJU JANGAN SERANG SAYA
(Paparan artikel ini dengan besertakan Peraturan Mesyuarat boleh didapati di (
http://rafiziramli.com/…/rang-undang-undang-355-dato-seri-…/).


14 OKTOBER 2016
RANG UNDANG-UNDANG 355: DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK MESTI ISYTIHAR PENDIRIAN PENTADBIRAN BELIAU


Persidangan Dewan Rakyat yang bermula minggu depan akan dibayangi oleh satu usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS yang kini sering dirujuk sebagai RUU355.

Pelbagai pihak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul ini. Ia membawa kesan yang besar kepada negara dan rakyat sebelum ini apabila perbezaan pendapat yang (salah satunya) berpunca dari beberapa keputusan yang akhirnya dizahirkan menjadi usul RU355 ini, telah berjaya memecahkan Pakatan Rakyat.

Usul RUU355 ini tidak kurang panasnya kali ini.

Saya pasti pintu depan bangunan Dewan Rakyat akan dipenuhi dengan wartawan yang menunggu untuk menyerbu setiap seorang Ahli Parlimen untuk menanyakan sama ada mereka akan menyokong atau membangkang apabila diadakan pengundian.

Sebenarnya ramai yang salah sangka mengenai usul ini dan kesan pengundiannya jika ia dibenarkan dibentangkan di Parlimen kali ini. Salah sangka ini berpunca dari tiadanya pengetahuan mengenai Peraturan Mesyuarat yang menjadi undang-undang perbahasan dan tatacara Dewan Rakyat. Jika ramai Ahli Parlimen pun kurang mahir mengenai perkara ini (lalu tidak dapat memahami kesan pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang dan pengundiannya kelak), apatah lagi rakyat kebiasaan.

Begitu banyak peperangan Facebook berlaku dengan kata-kata yang kesat semata-mata kurangnya kefahaman mengenai Peraturan Mesyuarat ini. Begitu banyak yang prasangka terhadap orang Islam atau sesama Islam kerana tidak merujuk dahulu kepada Peraturan Mesyuarat.
Lalu apabila saya mengangkat tangan dalam satu mesyuarat minggu lalu dan merujuk perkara ini, ada yang melopong. Ada yang tepuk meja. Ada yang suruh saya diam dan duduk jauh-jauh kerana bimbang jika saya bercakap, ia boleh mengelirukan rakyat.


Sebenarnya seluruh negara terkeliru, sebab itu saya mahu menulis hari ini iaitu 2 hari sebelum sidang bermula.

Usul yang bakal dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang (jika ia dibenarkan) adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang (mengenai menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah) yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Marang tadi dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Perhatikan saya “bold” dan saya “gariskan” dua perkataan – “dirujuk” dan “dipertimbangkan”.

Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman).

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan.

Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian.

Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengundian, kerana jika ia diluluskan maka terlaksanalah hudud di Malaysia. Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri).

Sekiranya selepas dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, usul RUU355 itu diundi dan diluluskan – jauh lagi perjalanannya sebelum hukum hudud hatta menaiktaraf mahkamah syariah berlaku.

Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanyalah bertujuan untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang itu kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

Selagi menteri yang bertanggungjawab tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang.

Saya percaya ramai yang sudah mula memaki hamun saya bila sampai ke sini. Ini bukan rekacipta saya. Ini adalah Peraturan Mesyuarat yang mengawal tatacara apabila ada ahli yang bukan dari kerajaan berhajat untuk mencadangkan undang-undang yang boleh dipertimbangkan kerajaan.

Tatacara ini terkandung di dalam Peraturan Mesyuarat 49 yang dihuraikan secara mendalam di setiap langkah seperti berikut:

49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.

49. (2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.

49. (3) Apabila diperkenankan permohonan itu setelah dikemukakan kepada mesyuarat dan disetujukan usul itu, maka Rang Undang-undang itu akan disifatkan telah dibacakan kali yang pertama dan diperintahkan dicap; dan satu salinan Rang Undang-undang itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha.

Proses yang dibuat oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang setakat ini ialah menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) dan 49(2) iaitu menghantar rang undang-undang melalui usul dengan dikepilkan salinan rang undang-undang itu.


Jika usul itu dibenarkan dibacakan, dibahaskan dan diundi, prosesnya sampai ke peringkat Peraturan 49(3) iaitu dikira dibacakan kali pertama.

Peraturan Mesyuarat yang paling penting dalam mempertimbangkan kesan pengundian usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang ini ialah Peraturan 49(4) dan 49(5) iaitu:

49. (4) Dengan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 51, Rang Undang-undang itu hendaklah dicap dan dihantar kepada ahli-ahli dan dengan tidak dibahaskan, terserahlah Rang Undang-undang ini kepada Menteri yang berkenaan dengan perkara-perkara atau tugas-tugas yang terkandung dalam Rang Undang-undang itu atau, jika tiada Menteri yang berkenaan, maka terserahlah Rang Undang-undang itu kepada Menteri atau ahli yang dilantik oleh Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dijalankan apa-apa langkah atas Rang Undang-undang ini sehingga Majlis menerima penyata daripada Menteri atau ahli itu.

49. (5) Setelah diterima penyata yang disebutkan dalam perenggan yang lalu itu, maka Rang Undang-undang itu akan ditetapkan bagi dibacakan kali yang kedua pada hari yang dikehendaki oleh ahli yang menjaga Rang Undang-undang itu.


Jika pun usul itu dibenarkan untuk dibacakan, dibahaskan dan pengundian di Dewan Rakyat menyokongnya, undi itu setakat meluluskan rang undang-undang itu dirujuk kepada menteri yang berkenaan (dalam perkara ini Dato’ Seri Jamil Khir kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah portfolio beliau).

Peraturan Mesyuarat 49(4) dengan jelas menyatakan bahawa tidak boleh dijalankan apa-apa langkah ke atas rang undang-undang itu selagi Menteri berkenaan tidak kembali kepada Dewan Rakyat dengan satu penyata yang bakal dibentangkan sebagai rang undang-undang.

Peraturan Mesyuarat 49(5) juga jelas menyatakan bahawa hanya setelah menerima draf rang undang-undang dari menteri, barulah boleh ditetapkan untuk dibacakan dan dibahaskan bagi kali kedua. Hanya selepas pengundian di peringkat kali kedua sesuatu undang-undang itu diangkat menjadi akta dan boleh melalui proses seterusnya di Dewan Negara dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong.

Oleh yang demikian, rakyat keseluruhannya perlu faham bahawa sekiranya pun pengundian berlaku susulan pembentangan usul Ahli Parlimen Marang itu, ia kembali kepada keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana cadangan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu hanya ada peluang untuk dilaksanakan sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan Dato’ Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.

Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan. Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan.

Sebab itu saya menasihati seluruh rakyat yang baik-baik belaka supaya jangan kita bercakaran sedangkan satu-satunya batang tubuh yang mempunyai kunci untuk menentukan sama ada pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang itu berhasil atau tidak (iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak) diam seribu bahasa.

Malah saya berani meneka beliau terhibur dengan segala hiruk pikuk mengenai perkara ini. Ia menyebabkan parti-parti pembangkang bertegang leher. Ia menyebabkan orang bukan Islam runsing dan memberi tekanan kepada ahli parlimen bukan Islam. Sedangkan seperti mana Dato’ Seri Najib Tun Razak memegang kunci kepada misteri wang 1MDB, begitu jugalah beliau memegang kunci kepada persoalan “apa maknanya jika usul Ahli Parlimen Marang diluluskan minggu depan?”

Tidak seperti ramai orang lain yang gundah gulana dan bertegang urat, saya agak tenang dalam hal ini kerana saya tahu kesan mengundinya tidak lebih dari menyepak kembali bola ini ke kaki Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Yang lebih utama ialah menumpukan segala tekanan, hujahan, desakan dan pertanyaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai pendirian beliau sendiri dalam hal ini, iaitu:

1. Adakah Dato’ Seri Najib akan membenarkan usul Ahli Parlimen Marang ini didahulukan berbanding usul-usul kerajaan lain lalu dibahas dan diundi dalam sidang ini?



2. Jika Dato’ Seri Najib membenarkan (1), adakah beliau akan mengarahkan Dato’ Seri Jamil Khir menggubal satu akta kerajaan (yang mengambil kira cadangan Ahli Parlimen Marang itu) untuk dibentangkan kembali ke Dewan Rakyat dan diundi dan dikuatkuasakan?


Selagi Dato’ Seri Najib diam seribu bahasa seperti mana beliau diam dalam hal 1MDB, maka kita juga tidak usahlah bergaduh, bertegang leher dalam hal pembentangan usul Ahli Parlimen Marang itu.

Jika semua ini difahami, mudahlah semua pihak membuat keputusan kerana ia akan menjurus kepada satu perkara sahaja – mendesak Dato’ Seri Najib mengisytiharkan pendirian beliau sendiri.

Saya akan terus desak perkara ini sehinggalah ada jawapan dari Umno/Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


 Guru KAFA & Pegawai Masjid di Kuala Muda, Kedah menyokong pindaaan Akta 355.   Selagi Dato’ Seri Najib diam seribu bahasa seperti mana beliau diamdalam hal 1MDB, maka kita juga tidak usahlah bergaduh, bertegang leher dalam hal pembentangan usul Ahli Parlimen Marang itu.
Jika semua ini difahami, mudahlah semua pihak membuat keputusan kerana 
ia akan menjurus kepada satu perkara sahaja – mendesak Dato’ Seri Najib 
mengisytiharkan pendirian beliau sendiri..Rafizi Ramli

Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan. Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan.  Rafizi Ramli
Terkini

Usul MP Marang mesti dapat kebenaran Najib, dakwa RafiziUsul MP Marang mesti dapat kebenaran Najib, dakwa Rafizi
16 Oktober 2016

Usul pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika dibenarkan adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang bagi menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan..Klik tajuk atas untuk bacaan lengkap.

Utama RUU kerajaan terlebih dulu dari pinda Akta 355
RANG Undang-Undang (RUU) kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu pada sidang Parlimen yang akan bermula Isnin ini, berbanding usul RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, atas semangat bermuafakat, semua pemimpin BN telah bersetuju semua senarai RUU kerajaan mesti dibawa dan dibahaskan terlebih dahulu kerana ia adalah urusan kerajaan manakala RUU Persendirian boleh dikemudiankan. 
Beliau berkata, RUU Persendirian yang dibawa Abdul Hadi itu memang diletakkan pada perkara keempat namun ia mungkin berlaku perubahan tanpa mengikut senarai yang dicatatkan pada Kertas Perintah..(
Sinar Harian)

Hudud tiada dalam Piagam Madinah, kata cendekiawan Nahdatul Ulama
| October 15, 2016 Zuhairi berkata, hudud tidak terkandung dalam Piagam Madinah, yang ada ialah kasih sayang, keamanan dan ihsan.
Fatwa hanya pandangan bukan paksaan, kata cendekiawan Nahdatul Ulama.

Piagam Madinah yang sepatutnya menjadi contoh utama dalam konsep kenegaraan Islam mementingkan kesaksamaan untuk rakyat berbilang bangsa dan agama, bukannya pelaksanaan undang-undang syariah, kata cendekiawan daripada pertubuhan Islam terbesar dunia, Nahdatul Ulama.

Zuhairi Misrawi berkata, Piagam Madinah yang menjadi asas kepada negara umat Islam pertama itu langsung tidak menyebut hukum hudud. ~ (FMT). 

Nas Piagam boleh dipaut dari ( صحيفة المدينة) ini dan Teks Asli bersama terjemahan Melayu di sini .

 Aku tertarik dengan pandangan cendikiawan Indonesia ini Zuhairi Misrawi dengan tegas mengatakan bahawa Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah itu langsung tidak menyebut 'Hukum Hudud' dalam kandungan penuhnya. Tetapi lebih kepada aspek kasih sayang, keamanan dan ihsan.
Fatwa hanya pandangan bukan paksaan, kata cendekiawan Nahdatul Ulama itu. Orang beginilah sebenarnya ulama bro !
 
Pandangan sebegini tiada terdapat dalam kalangan 'agamawan' PAS [aku malas nak sebut 'ulama'] kerana kemahiran ilmu mereka terlalu sempit dan terbatas sangat, benda semudah seperti diungkapkan oleh Zuhairi Misrawi itu pun tak dapat dicerna dengan baik dan mudah oleh mereka. Agamawan PAS lebih memberatkan untuk 'menghukum' dan bukan mencari jalan bagi mengelakan hukuman?, kerana 'mengelakan hukuman' adalah antara 'maqasid syariyyah' itu sendiri? Sebab itu budaya 'Takfiri' begitu leluasa di ungkap oleh de so called agamawan PAS di sana sini (Ruj. kes YDP PAS Padang Serai) sebagai suatu contoh pinggiran yang begitu celupar terhadap Dr. Wan Azizah tempohari (walau pun dah mohon maaf) tetapi bila mulakan ungkapan itu, tidak difikir dengan masak dan berhemah. Inilah kerja mereka yang suka sangat mahu menghukum sesama muslim bukan membawa kasih sayang, keamanan dan ihsan 



Khulasah Pandangan Rafizi Ramli seperti dipaparkan adalah terbaik bro ! Beliau sebagai Ahli Parlimen dan rakan-rakannya dari pembangkang (PH) lebih maklum, lebih hadham dan faham rentak sesuatu usul yang hendak dibentang.Ianya tidak semudah yang difikirkan oleh orang di luar. Nak sokong akta itu tiada salahnya, tetapi berapa ramai yang tahu kandungannya, tak kan pakai sokong macam tu saja kut sampai tak ketahuan kepala ekor?  Menyokong atau tidak usul tersebut tidaklah menjejaskan akidah kerana ianya bukan pun wahyu seperti yang disebut oleh Khalid Samad.Jadi keghairahan PAS meminta sokongan kepada  akta tersebut dilihat lebih bermotifkan politik sahaja bro ! Almaklumlah kerana PAS sekarang amat tidak popular dan ramai meninggalkan parti tua itu, sekurangnya 'isu' begini sedikit membantu? membantu kesuraman yang pudar itu.  Agenda ini lebih kepada agenda politik bro ! cuma ianya diletak dalam 'balang' agama. Itu saja, jadi ramai yang terperangkap? Kejahilan adalah musuh utama manusia bro ! Jadi, di sinilah ramai ambil kesempatan? Kesempatan atas kejahilan tadi.

Rasanya lebih elok memperjuang good governance / negara berkebajikan. Itu lebih comel kerana rakyat akan tahu kesan langsung kepada mereka seumpama membetulkan kerenah birokrasi dalam Jabatan2 Agama Negeri yang semakin lemah. 
Contohnya kad pengesahan perkahwinan (saiz Kad Pengenalan) yang lambat diproses, kadang-kadang mengambil masa lebih setahun belum juga dapat, anak pun dah masuk usia setahun lebih, kad belum juga diberi, bila tanya, pegawai bertugas bercuti, sekali lagi pergi pun macam itulah juga. Ini kes anak aku sendiri bro ! cucu aku tu dah boleh bercakap, bayangkan! kad emak bapak dia belum dapat sampai sekarang! Kah Kah Kah

Memang agama tarik manusia jauhi dosa. Tapi berapa ramai sekarang buat dosa atas nama agama !?
j



Comments


  1. Ini ularmak2 bewok nih belajor kat kitab nabi yg mana satu yg hukum hakam Islam tu boleh dipinda2 ikut kepala dorang?

    Boleh pulak hukum hakam itu diturun & diNAIK kan mcm palerVutoh dorang

    Mana ada ajaran Islam yg nabi SAW tlh bawa itu yg suruh kita bayor denda DUIT klu buat salah!?

    Hukum hakam kesalahan ddlm Islam yg tlh pun dirakam ddlm Quran adalah dgn "berpuasa" ATAU sembelih "kibas" @ kambing bg makan org miskin..

    ATAU..

    Dgn "kisas" iaitu klu mati/bunuh dibalas bunuh@ mati..@ klu cedera anggota WAJIB dibalas dgn cedera anggota yg setimpal dgn nya KECUALI diampun/maafkan oleh pihak yg teraniaya, dan itulah yg sebaik2nya..

    DAN..

    klu berzina @ mabuk @ curi ikutlah STANDARD yg tlh termaktub dan bukan nya LAHAP nak saman DUIT dan boleh pulok pinda2 sbb nak amik DUIT..


    Semak betul2 dgn dlm2..
    Sama2 kita betul2 rujuk Quran & Hadis..
    Hukum SYARIAH @ Ruu @ apa jadah skalipun namanya tu, yg kenakan denda/saman bayaran DUIT itu smua dtg nya drp ajaran "nabi" yg mana??

    Apb kesalahan itu didenda dgn DUIT/harta, itu dgn terang2 tlh pun meniru gaya undang2 ciptaan dan rekaan Yahudi kafir harbi ciptaan manusia...yg jls syirik sesat & MURTAD!

    "Laa Ajriya ILLA Min Indil LLAH.." = Tiada Aku(nabi2) minta harta/DUIT/upah ddlm(seruan suci ini) selain hanyalah dari sisi(HAQ/ketetapan) ALLAH semata2!

    Boleh ker ulormak bewok cakor siku lutot nih sedor insaf dan faham gamoknyer yer?

    Sbbnya demer nih kebulor sgt dedak/DUIT tue..huhuhu

    Sbb tu ler sorang drp org kuat demer mintak kebumi kat California iaitu bumi Yahudi LGBT kafir harbi tue, tak ker gitu!?

    Nota:
    Skrg klu nak NIKAH pun kena bayor...ini ajaran sesat murtad dari "nabi" yg mana??
    Bukankah Islam itu MUDAH = LAPANG = Lg MUDAH dan lg MELAPANGKAN



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]