Usaha Merawat Negara dari Amanah

Usaha merawat negara yang rosak harus menjadi agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia. Itu kata Sany Hamzan selaku Ketua Pemuda Amanah, anak muda yg menggunakan medium di media sosial umpamanya jangan hanya menulis dan protes kosong begitu dan  jadikan agenda ini sebagai agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia. Itu dia cabaran dari Amanah (cabar Pemuda Amanah pada anak muda).

Merawat Negara ! Menarik cadangan Amanah ini bro ! Negara memang dah rosak teruk angkara manusia juga, bila satu rosak, ada saja yang berjangkit, Bila satu yang rosak, yang lain akan terasa sama, rimas, letih, marah dan lainnya seumpama tubuh yang sakit di satu2 bahagian, seluruh bahagian akan turut sakit . Nabi menggambarkan keadaan ini dalam sebuah hadis seperti berikut - (الحديث الشريف (مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل .) [nabulsi.com] mafhum Hadis yang mulia ini, "Dari Nabi baginda bersabda: “Perumpamaan kaum Mukminin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.” (AHMAD – 17654)"







Tapi bro, setakat sekarang ini, Amanah begitu cepat menawan hati anak2 muda Malaysia untuk sama-sama menangani kemelut yang melanda negara. berbagai program diatur di sana sini untuk membedah usaha merawat negara yang sakit ini. 

Negara terlalu sakit bro dengan kemunculan berbagai-bagai kehendak atasan seperti TPPA, GST, MKN, pemborosan, ketirisan, rasuah melampau, ringgit yang merudum nilai, lambakan pendatang asing yang melimpah ruah, Inflasi yang meningkat@(Inflasi di Malaysia Naik Kepada 3.5 Peratus.Akan Cecah 4 Peratus...)

Kemundian pendapatan utama minyak negara jatuh teruk kesan kejatuhan pasaran minyak global (Pendapatan Petronas Jatuh 56 Peratus!) Pengangguran sekarang naik peratusannya (Kadar Pengangguran Naik 3.3 Peratus.) ditambah pula dengan pengangguran yang tinggi ini, diberitakan 26 ribu telah dibuang kerja pula tahun lepas (Tahun 2015 26 Ribu Kena Buang Kerja..)

Ini semua perlu dirawat dan usaha ke arah ini hendaknya berterusan. Bagaimana hendak merawat ini semua?

Menurut Sany Hamzan Pemuda Amanah antaranya Amanah dan Pakatan Harapan hendaklah turut sama gerakkan kempen
'Selamatkan Malaysia' dan memberi fokus kepada perbincangan dengan kelompok anak muda yang menolak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memang sekarang anak-anak muda ramai berpelajaran dan terbuka terhadap berbagai alat medium dari eloktroniknya dan bercetak untuk memahami semua putaran dan manipulasi pihak2 tertentu dalam melaksanakan tugas untuk rakyat, apakah ia agenda rakyat atau agenda pribadi?

www.sinarharian
Berita seperti ini, cukup mengesankan rakyat bro! tapi undang2 tetap sebagai undang2..yang bersalah tetap menerima hukuman atas kesalahan dilakukan.. Indikasinya di sini ialah - rakyat sekarang seolah 'terpaksa' 'mencuri' untuk kelangsugan sebuah kehidupan serba mencabar, tiada belas kasihan, mungkin ibu ini tiada sebarang pekerjaan untuk menyara anaknya tadi? malu untuk meminta dan serba kemungkinan lagi. Apakah kita tidak malu dengan 'trade mark' rakyat kita sebegini? Bukankah negara perlu bertanggungjawab terhadap kesusahan rakyatnya? Di mana mereka sewaktu begini? Sebagai contoh, apakah peranan institusi zakat dan baitul-mal sebenarnya? Orang Islam tidak akan susah begini kiranya masing-masing pihak tahu tanggung jawabnya ! Lihat (sinarharian).


Anak muda itu tonggak negara, ditangan merekalah negara boleh membangun maju kehadapan. Warga tua hanya sekadar memberikan mereka semangat maju bersaing membina negara. Bila negara berhadapan beberbagai kepincangan dalam menangani masalah rakyat, anak muda seharusnya bangun membetulkan sebarang gejala tidak sehat. Anak muda inilah yang boleh merobah dunia bro ! Jangan abaikan elemen dan peranan anak muda muda ini bro !

The Rakyat Post..
Sarawak Report..
The Malaysian Insider..
Pun mula dikekang...
Tak lama lagi Sumber Komunikasi FB ni pun silap2 diTutup..

Laungan Negara Demokrasi tapi Tiada Kebebasan Menyuarakan..

Ahad, 6 Mac 2016
391 hari Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik.
341 hari Rakyat marhaen mangsa GST...
1091 hari Najib Razak kaya RM2.6bil...dari FB (Zahar Jaa)

Jangan hanya protes kosong di media sosial, cabar Pemuda Amanah pada anak muda

Sany Hamzan

Pemuda Amanah Nasional turut menggerakkan kempen "Selamatkan Malaysia" dan memberi fokus kepada perbincangan dengan kelompok anak muda yang menolak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan berkata, usaha merawat negara yang rosak harus menjadi agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia.

Perubahan sistem yang menyeluruh wajib bermula dengan turunnya Najib dan disusuli pilihan raya umum yang bersih dan adil.
“Pemuda Amanah menyeru warga muda negara untuk bangkit dan bertindak. Keluar daripada protes kosong di media-media sosial dan berpencak langsung dalam realiti perubahan yang mampu menurunkan Najib,” katanya dalam satu kenyataan media.
Bagaimanapun, Pemuda Amanah masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai himpuan menolak Najib pada 27 Mac ini atau tidak.

“Kami sedang menilai dari sehari ke sehari perkembangan dan kejujuran gerakan pasukan Mahathir yang digerakkan oleh Zaid Ibrahim.
“Sejujurnya, kami lebih cenderung perubahan asli yang digerakkan oleh rakyat dan anak-anak muda,” katanya.
Sementara itu, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Challenger’ dalam satu kenyataan mengumumkan sudah hilang kepercayaan terhadap Najib.
Jurucakap kumpulan itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mereka tidak akan menutup mulut melihat masa depan mereka dirompak.

Syed Saddiq dipercayai merujuk kepada salah guna dana awam dan 'derma' RM2.6 bilion yang melibatkan Najib.
Mengalu-alukan pendirian kumpulan anak muda itu, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh, berkata setelah pelbagai skandal kewangan dan salah guna dana awam dilakukan pemimpin tertinggi negara itu, adalah wajar bagi rakyat menolak Najib.

Ahli Dewan Undangan Negeri Canning itu berkata, tindakan Perdana Menteri yang melumpuhkan pelbagai agensi kerajaan demi menutup kesalahan yang dilakukannya mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara itu semakin terhakis.
“Skandal RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah berlaku sekian lama. Sebenarnya tidak ada seorang pun yang mempunyai pemikiran yang logik akan percaya bahawa tidak ada salah laku yang terlibat dalam isu berkenaan.

“Jabatan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan segala agensi yang terlibat dalam penyiasatan dilumpuhkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat. Apa yang kita boleh harapkan daripada kerajaan apabila Najib sanggup untuk berbuat begitu?

“Kami mengalu-alukan usaha dan pendirian untuk mendapatkan kebenaran dalam skandal terbabit. Najib sebenarnya pada hari ini merupakan penghalang terbesar kemajuan negara, dan pemusnah ekonomi negara, yang mana skandal itu menyekat keyakinan pelabur-pelabur asing,” katanya.


Justeru, bagi menyelamatkan negara daripada terus hancur dibinasakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, Kah Woh menyeru supaya seluruh rakyat, khususnya anak muda untuk bangkit menentang amalan korup pemerintah berkenaan.
"Anak-anak muda akan menentukan keputusan pilihan raya umum ke-14 serta pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
"DAPSY menyeru supaya anak muda bangkit dan menjadi penentu masa depan negara," katanya..(malaysiadateline)

Sisipan Maknawi
 

FB Sirat Yat

Rawatan 
Tahap Empat !

Ini golongan Tua dalam PAS bro Depa hadir (Deklarasi Rakyat) tapi tak pula tanda tangan deklarasi rakyat tu? Depa nak merawat negara juga ke? Ini apa yang diperolehi dari kehadiran 2 orang dari PAS bro !
PAS dilihat makin krosot, hilang punca kerana di tolak oleh rata-rata dari kalangan pembangkang, jadi dengan bermuka tebal, mereka turut hadir di sana. Rhopanya mereka nak cari info untuk kumpul maklumat, demikian kata Nasrudin Tantawi.. baca Sumber. ini bro ! Nak buat sumbat apa maklumat tu? nak 'spin'? Pada hal 3 Mac lepas, depa Pas umum tidak akan bersama dalam majlis tu (www.parti-pas.org)? Lepas tu dok habaq Pas ada pendekatan sendiri melalui ' Blok Politik Ketiga' untuk mengubah kepimpinan negara? "Saluran demokrasi dan berpelembagaan" dan entah apa lagi? Baca (Hadiri majlis Deklarasi Rakyat: Apa sebenar pendirian Pas?

Krosotlah ngan depa nie? Dah malu dah kantoi, macam2 depa keluaq bunyi bro ! Mana satu betoi nie? Orang nak rawat negara, depa pun nak rawat juga, orang makan 'panadol' bila sakit kepala, depa puak PAS nie hantam telan julap bila sakit kepala? tu yang pakat cirit sekawan tuh ! Dengan PAS nie, tak boleh bawa bincang langsung ! Boleh cirit bro ! Kah kah kah

Sewaktu memberi penjelasan, TITM kata depa dua orang tu dapat 'kebenaran khas' untuk hadir saja dari Tok Sidang, hadir saja bro ! bukan tandatangan? Jadi depa hadir laa..Tok Sidang sendiri mengenepikan 'deklarasi khas' Takiyuddin bahawa Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat 3 Mac lalu mengambil keputusan tidak terlibat dalam majlis semalam..Tup Tup hari ini muncul 'hardcore man' depa dalam majlis tu. Ini kena diberi rawatan bro ! sapa nak merawat depa nie? Kah Kah Kah






Temgok Laa

- Do Re Mi



Comments


  1. Siratol MUSTAQIM... Jalan Yg LURUS
    Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
    NIAT Yg LURUS... HATI Yg KUDUS
    OBAT Universal... Buat Se Antero MAYA
    Kaseh Mem-BERI... Tiada yg RAKUS
    Jalan Me Nuju... Ke Pintu SYURGA

    ReplyDelete
    Replies

    1. Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
      Tak 'Makan' Dek NOBAT... Tak Ter UMPAN Dek HARTA
      Budak2 HINGUSAN... Yg Dah TUA Bangka
      Ter Telan UMPAN... TOLOL lah Jadi Nya
      FITNAH Merapu... Khianat dan DUSTA
      Gelap dan Sengsara... AZAB Derita

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?