Minggu Renggah Ketawa ! KAH KAH KAH KAH (Video)

Minggu akhir persekolahan dan sebelum masuk Sem 2, banyak sungguh adegan yang mencuit dan menggeletek hati bro ! Politikus dari kelas satu sampai yang tak ada kelas dok buat lawak nie? 

Politik Malaysia macam tak berapa serius tak berapa senta jadinya? Jadi bahan ketawa netizen seantero Malaya dari Perlis sampai ke Sabah ! 

Umno cara Umno, PAS cara Pas, lawan bertokak hang aku. agak-agak pasai apa bro? PAS dengan Umno sekarang dah macam aur dengan tebing tiada lagi boleh dipisahkan, kalo terpisah pincanglah irama walaunn ? jatuh laa kopiah puteh tu,  Mai kita tengok apa yang lucu dan pecah pangung nie? Jenuh renggah.

KAH KAH KAH

                          Lawak Terbaik

“Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin”

Hangpa baca laa di (freemalaysiatoday.) untuk cerita lengkap bro ! 
Aku nie kadang tu kasian juga dengan Azalina nie bro ! yer laa mana tak kasaian, mentang-mentang laa Azalina belum kahwin, cakap silap sikit jer, dah kena bedal bro ! yang bedal tu pula memba sekoleh dalam Umno juga ! sampai tak boleh nak tegoq langsung, cepat sangat baranya tu..

Melenting Ahmad Said bila Azalina Othman pi kata bekas menteri besar itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.
“Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun,” katanya (malaysiadateline)
Ini yang buat Ahmad Said tu cukup bara bro ! yang Azalina pun buat apa dok pi kaco pasal Ganu tu? Kan dah kena 'bedal'? Kah Kah kah


Lawak Snooker

Setau aku, masuk satu pertandingan berbayar adalah Judi. Kebangsatan apakah si abudoh ni ajar ahli pas? - KMS...(Keris Mas Sejati)
Kalo takat nak main jolok jolok bola nak suka-suka waktu senggang tak ada masalah apa sangat ! Tetapi bila PAS pi buat macam nie, nampak tak berapa suit laa sikit dengan parti lebai nie? dah habis pikiaq ke puak nie...Anjur laa kejohanan memanah ke? Menunggang kuda atau Unta ke? adalah kena sikit dengan sejarah islam tu? Main snooker nie kena tonggek atas meja tu bro ! aku segheyau luruh seghoban jer ! Kah kah Kah



Lawak Tok Sidang

Lawak apa pula dari Tok Sidang nie? Tak kan keroja orang semua sia-sia, kalo mai dari pembangkang atau pihak lain dari Umno? semua tak kena dengan Tok Sidang? Kalo dari Umno? semua beres, bisa diatur ? kah kah Kah

"Deklarasi Rakyat yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin pembangkang yang lain adalah sia-sia kerana ia tidak akan membawa sebarang perubahan tanpa sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini."..(themalaysianoutsider)

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak digalakkan dalam Islam untuk menggulingkan pemimpin, sebaliknya perlu memperbetulkan pemimpin menggunakan sistem dalam negara (themalaysianoutsider) - Maka jadi riuh rendahlah bila Tok Sidang PAS bermadah sebegini bro ! ditanyalah orang kembali adakah Pecat Muhyiddin, pecat Shafie Afdal tu dikira Islamik? Kah Kah Kah
Tang mana yang tak Islamik tu? Tidak pula Tok Sidang jelaskan? 
macamana aku tak renggah gelak bila Gani Patail, Mukhriz di Kedah, Nizar di Perak , Anina Saadudin dan lainnya yg tak perlu disebutkan, habis pakat kena pecat? Tak dak pula Tok sidang 'bunyi' bro? Awat menikuih? 
Tok Sidang dok ejas dok pebetoi bukan main lagi, Tok Sidang sendiri pun masa 'baruahkan' Saari Sungib dan Hasnol dulu? Islamik ke? Islamik tang mana? Masa kumpulan progressif dalam PAS dulu dihalau disingkir tu? islamik juga ke pasai depa tu semua sekular kot?? 
Aloo bro ! yang depa buat baru nie dlm slot 'Selamatkan Malaysia' tu, cuma depa hanya minta 'orang itu' berundur mengikut lunas demokrasi laa juga, sebab bila berundur? kira selamatlah sikit rakyat bro !? Tu pun Tok Sidang nak ejas lagi ke? kah kah Kah



Sape kah org yg dimaksudkan ni? Jab nak fikir sambil sambung ratah ketupat sotong yg bini buat - KMS

"Perkara yang kami tidak setuju di sini ialah, ia dilakukan dengan tergesa-gesa," kata Tok Sidang..(
themalaysianoutsider) sebelum tu bro ! Tok sidang kata (Islam Tidak Galak Pecat Pemimpin)?
“Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.
“Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar,” katanya..(malaysiagazette)


Kah Kah Kah Sabar? Berapa banyak sabar dahh? itu pasal Bro Saifuddin Abdullah kata, pecat pemimpin mungkar tak Islamik. Sokong pemimpin mungkar Islamik? Wa Islamiknya pendapat dia nie?(Pecat pemimpin tindakan tidak Islamik, kata presiden PAS) Kah kah Kah

Politik Tok Sidang nie? Politik ilmu ke atawa politik ampu? Tu yang aku gatal perut bro ! Jenuh renggah...Kah Kah Kah kah Kah Kah Kah Kah Kah ....



Kematangan dalam Berpolitik saling melengkapi kekurangan..
Kejumudan dalam penerimaan sesuatu kenyataan langsung mengusutkan Keadaan...
Budaya Ampu juga akan menggalakkan yg di Ampu bersikap Lebih Penyapuu..(
Zahar Jaa)

 Lawak antarabangsa

Lawak apa nie? Kah Kah kah (Isis rancang culik Najib, Hishammuddin, ) Kata Zahid Hamidi bro
~ Kumpulan pengganas militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) merancang menculik pimpinan tertinggi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini...baca lagi (themalaysianoutsider.)
Bila baca yang nie aku terus renggah tak mau mau bro ! Beranikah depa nak 'kidnap' PM kita nie? baca klip bawah tu..tu yang aku tak boleh nak berenti gelak geli geleman nie !! Kah kah kah

Akhirkalam
Puas aku memerah hotak aku nie bro untuk fahamkan maksud tersirat Penyair Negara ini. Aku naik heran bercampur-campur bro ! Hutang bangsa sedang menular? hebat mantik Pak Samad, adakah badak boleh 'tersenyum' di pekan pasai hutang tu? tu yang aku dok renggah nie, aku seniri pun feninggg ! Dasat badak tu yer ! boleh tersenyummmm? ...Kah kah kah Kalo 'badak' tersenyumm tu boleh tahan lagi bro? Tapi rimau dalam hutan rimba pun tumpang sekaki renggah terbahak-bahak juga? sama naik 'rimau' ngan 'badak' tu yer!?
KAH KAH KAH


Lawak Politik
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$