Sendaloka Terbaru PAS - Movie of De Week - [VIDEO]

DAP jadi sasaran lagi. Hadi ajak umat Islam Malaysia bersatu menentang DAP (fmt). Ia dilihat masih dalam krangka 'asabiyyah as-siyasiyyah' atawa ketaksuban siasah, kenapa seruan ini digemburkan saban masa oleh beliau bro ? Hadi kata, DAP tidak ada hak untuk memerintah negara memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus berbanding umat Islam adalah 60 persen begitu? Cuba bagitau berapa kerusi parlimen yang DAP bertanding dalam setiap PRU bro ? Kenapa sibuk dengan agenda sebegini ? Agenda siapa sebenarnya ini? Memang pun DAP dengan 30% tu nak perintah macam mana? Habis tu dok kalut dok melalut apasal? KAH KAH KAH


Hadi punya mau, habis semua orang diserunya? Agenda siapa ini? Agenda dari mana nie bro? Semua syair ini dikarang adalah bagi persiapan PRU 14 akan datang dan persediaan ini mesti digulaikan dari sekarang. Dari sekarang supaya legasi UBN dapat dipertahankan? KAH KAH KAH

Masih ingatkah kita akan berkuburnya Pakatan Rakyat? Ingat? Mana pergi PR sekarang? Mana? yang tinggal hanya puing-puing dan nostalgia kenangan manis kemampuan PR menggugat dominasi UBN yang hampir-hampir menenggelamkan entiti politik klasik itu bro ! dan PAS tentunya meraih laba yang menggangkat parti itu ke persada seperti selepas PRU 13 di mana BN menang dalam kekalahan dan PR kalah dalam kemenangan. Ini adalah hasil kerjasama yang jitu dalam PR antara DAP, PKR dan PAS (walaupun ada 'cubitan kasar' dari PAS) yang meninggalkan kesan dan luka itu rupanya masih membekas dalam gabungan PR itu seumpama dalam kes Sg. Aceh dan Kota Damansara?

Kemenangan besar ini menakutkan satu pihak lagi tentunya? Pihak yang rasakan cukup tergugat dengan masa depan politik mereka sendiri? Di kalangan rakyat umumnya, mereka tidak lagi 'popular' dan sesuatu mesti dilakukan, tapi jangan bagi perasan sangat kat rakyat? Umno yang jadi tulang belakang kerajaan sekian lama mesti dipertahankan? Ya mesti dipertahankan! kemaraan besar kumpulan pembangkang mesti dipatahkan, dironyehkan, ditalkinkan dan dikapankan? KAH KAH KAH

Mai kita tengok rekod lama bro ! anda boleh baca di (SINI) khulasah  yang hendak disebutkan ialah kerjasama erat sejak BA (Barisan Alternatif) kemundiannya Pakatan Rakyat (PR) yang melibatkan PAS, PKR dan DAP ini membuahkan hasil lumayan sekalipun berhadapan dengan segala cabaran, rintangan, propaganda melalui lidah bersilang UBN dengan menakut2kan melayu bahawa kalau PAS dan DAP boleh berkerjasama? bahaya buat Islam kata Umno...Bukan buat Umno? Islam sangat ke Umno tu? rasuah, judi, penyelewengan berbagai, riba, barang kian tinggi, cukai yang cikai ? makin membelit rakyat? ajaran Islam ke tu? dan PAS hanya bercakap pasal 'hudud' dalam keadaan PAS sendiri kurang bersedia dari segi kuasa..tetapi mahu laksana hudud? Mulut bertutur tak mahukan kuasa hanya jadi penasihat? Celaghu. 

Kini, wayang lama itu dimainkan pula oleh PAS sebagai proksi kuat Umno sekarang ini. Hasilnya Pakatan Rakyat hancur berkecai dan seluruh orang2 cerdik pandai aka kumpulan profesional dalam PAS itu pun dikeluarkan bagi memberi laluan mudah kerjasama tertunda antara PAS-UMNO yang diimpikan oleh Hadi sekian lama bersama selonggok 'ulama' yang sama teruja dengan Tok Sidangnya, kerana adanya mereka ini sukar bagi Pas untuk mendakap mesra Umno..

Perak menjadi 'mangsa' kerakusan kuasa pertama UBN bro ! semua orang tahu apa cerita sebenarnya berlaku di Perak? Tanya Ustaz Ahmad Awang bagaimana ada pihak mahukannya menyokong gagasan Umno di Perak dengan PAS tetapi ditolak oleh UAA. Baca di (SINI)...Adakah PAS Pusat kisah sangat?

Ada Hadi kisah kekalahan PAS di Kedah, di Perak dan Terengganu sendiri ? Memang dia tak kisah pun bro ! Dan SEKARANG !! ya sekarang ini, Hadi dilihat kedepan sekali dalam mendokong Umno untuk memberi nafas terakhir kepada parti tua itu, lebih kurang sama tua macam Pas juga.. Dia kalut ke sana sini menjaja akan bahaya DAP dengan membawa mesej 'asabiyyahnya' sedangkan Islam itu adalah 'Rahmatan Lil-Alamin' untuk semua bangsa Malaysia !

Seperti kata DSAI, "Anak Melayu, Anak Cina, Anak India, Anak Dayak, Anak Kadazan, anak kita, Rakyat Malaysia" (tengok sini)


Bukankah Hadi pernah kata semasa dalam PR dulu, DAP tak akan perintah Malaysia kerana bertanding 51 kerusi parlimen sahaja dan orang Islam lebih ramai dari orang Cina. Sekarang dah lain jadinya bro! sejak berkawan dan jadi teman akrab Umno dan IKATAN? Hadi kata DAP nak perintah Malaysia walaupun bertanding 55 kerusi parlimen..Nampak ke tidak Tok Sidang belit melilit semacam saja bila terkapit tersepit ? Padan pun Anina sindir kaw-kaw kat Tok Sidang (sumber) KAH KAH KAH


(sumber imej)
Dulu Hadi tak macam ni, cer tengok sebelah, sekarang Hadi bertongkat dengan 'asabiyyah melayu' sahaja ? Dulu lain bro ! bila Umno lihat PR sudah musnah, maka 'orang' ini cukup berguna untuk 'mission' terbaru pula untuk musnahkan Pakatan Harapan yang menjadi saingan kuat bagi meranapkan Umno dan PAS? 'modus operandi' yang sama ialah menakut2kan melayu akan bahaya DAP yang memang tidak berbahaya bagi rakyat itu? 'Trojan Horse' Umno telah dijumpai? apa lagi bertempiklah depa bro...KAH KAH KAH 




PEDAS 
DARI Anina Saadudin

(sumber imej)
Tak sangka aku dgn kenyataan cili boh cili api dari bekas ahli Umno Langkawi ini bro terasa sampai ke tulang sumsum ! mahunya aku gantung jubah lagu nie punya sindiran ! Malu bro ! Kalau Tok Sidang tak 'berasa' lagi? tak tahu laa nak kata apa? Dia sindir sakan bro ! Aku petik sikit apa yang Anina nie kata kat Tok Sidang bro? selebinya hangpa baca dari sumber di bawah tu.

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.
“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.
“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia..((sumber)) ((sumber 2))

Huh ! pedas berapi bro ! hangpa jangan main ngan Anina nie, Tok Sidang pun dia tenyeh semacam jer ! Tok Sidang pun tak payahlah nak ulas dan bagi alasan kata Anina ! kemundian DAP pula kata, kenyataan Hadi tu tersangat laa naif dan memalukan. Dah dua orang perlekehkan kenyataan Hadi. Satu dari bekas ahli Umno Anina Saadudin dan satu lagi dari Sheikh Omar Ali Penolong Setiausaha DAP Johor. 

Naif tu difahami sebagai sifat seseorang yang menyembunyikan perasaan dia yang sebenarnya di dalam kebohongan. Mungkin orang itu berbohong untuk kebahagiaan orang lain sehingga rela dan sanggup menyakiti diri sendiri. naif juga bermaksud adanya kekecewaan besar dalam diri orang yang selalu mudah mengungkap kata-kata sedemikian bro ! Naif boleh juga diertikan sebagai suka meninggikan diri, cuba menonjol diri dan cuba mencari kedudukan untuk diri sendiri bro !

Teruk kali ini Tok sidang kena hantam bro ! tetapi apa nak buat, orang yang berfikiran sedemikian ada asbabnya mendapat kritikan begitu, fahaman 'rasis' sebegini sudah dicampakan oleh Islam seribu tahun lebih yang silam bro ! tetapi masih dikutip pakai oleh orang yang mengaku cerdik Islam? kan aneh tu? KAH KAH KAH


Seruan Abdul Hadi agar 

Melayu tentang DAP amat memalukan, naif

DAP menganggap seruan agar umat Islam sepakat menolak parti itu dengan menggunapakai hujah bersifat perkauman amat memalukan dan terlalu naif bagi seorang pemimpin ulama seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penolong Setiausaha DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata, Abdul Hadi gagal memahami keutamaan apabila negara yang kini berhadapan dengan rasuah melibatkan pemimpin nombor satu negara, sebaliknya beliau menyeru orang Melayu melawan orang Cina dalam DAP.
"Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.
"Apa yang diserukan oleh Hadi agar umat Islam sepakat menolak DAP dengan meggunapakai hujah bersifat perkauman pada saya amat memalukan dan terlalu naif..(sumber)


Tuan Ibrahim pun
Sindir Hadi yang jinak Umno?


Himpunan 20k Hufaz yang dihadiri Najib, Jamil Khir, Nik Abduh dan Nasaruddin.
Penganalisis politik semasa menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti pembangkang Melayu terbesar itu.
Penulis Mohd Sayuti Omar berkata, perlambangan yang digunakan Tuan Ibrahim berhubung desas-desus gabungan dengan Umno itu menunjukkan kecenderungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini berbaik-baik dengan Najib Razak tidak dipersetujui..(sumber)


Perasmian Himpunan 20k Hufaz
Nota - Kehadiran pemimpin Pas yang dikatakan atas jemputan untuk Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) itu menguatkan lagi andaian banyak pihak tentang gabungan Pas dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.
Jadi, serangan dan seruan Hadi agar melayu bersatu lawan DAP ini telah disebut dan disiarkan berbagai media dan portal setelah berlakunya Himpunan 20k Hufaz (sinarharian) dan PAS cuba ejas dan membuat penjelasan kenapa Pas hadir program ada Najib?..
Penjelasan yang dibuat tu pun tak ada apa sangat hanya dok kata depa PAS tetap teguh berprinsip dan menentang kemungkaran? Bagaimana pula kemungkaran yang depan mata tu bro ? Teguhkah mereka berprinsip?


Kenapa PAS nak musuh bukan Islam soal Nazri - Published on Mar 1, 2016 - Free Malaysia Today

Fikrah Nazri kali ini lebih rasional dari kenyataan pimpinan utama Pas sebenarnya. Pas patut malu dengan kenyataan Nazri ini.

SISIPAN MAKNAWI










Inikah
Dakwah PAS ???

Ilmu dakwah apa nie? 
Oh yer Dakwah PAS yang masih 'cinta kasih' Umno?
PAS ikut cara Tok Sidang melawan Umno sambil bersantai-santai?

APAKAH INI STANDARD 
TIMBALAN LAJNAH DAKWAH PAS ?

Politik tidak kira siapa lahir dulu dan siapa yang baligh kemudian. Politik ini soal pentadbiran yang memerlukan kecerdasan menentang musuh. Bukan sekadar berani berperang dilaman maya.

Ia juga sama dengan soal hidup dan mati. Ia ibarat kita menaiki bas. Belum tentu yang naik dulu akan turun dulu, mungkin akan turun dihentian akhir dan begitulah bro !!!!! 



KAH KAH KAH


Suara Umno ke suara PAS nih? KAH KAH KAH



Senada dengan Tok Sidang - tentu ada sebab besar sampai begitu cara pemikir Islam? bergabung suara menentang DAP? Suara siapakah ini sebenarnya? Kenapa Umno senyap jer?  KAH KAH KAH



Khulasahnya


PRU 14 kian dekat menghampiri garisannya bro ! Lahirnya dan berkembangnya Pakatan Harapan (PH) adalah ancaman besar buat UBN. Itulah hakikat sebenarnya. PAS yang masih berbau Umno boleh dijinakan oleh mereka bro ! Dan sekarang jinak-jinak Pas kepada Umno amat bermakna kepada Tok Tok Dalang dalam Umno itu sendiri.   

Pakatan Rakyat di mana PAS adalah antara komponennya hampir meragut Putrajaya dan undi popular memihak kepada Blok Pakatan asal ini pada PRU 13 dahulu. Ini menakutkan UBN. Sesuatu perlu dibuat. Komponen mana patut digulaikan? KAH KAH KAH

PR mesti dikucarkacirkan., dironyehkan di apa sajakan. MESTI. Hasilnya jinak Pas dengan Umno telah menghasilkan kehancuran total gabungan yang pernah menjadi igauan buruk UBN ini. Pas memainkan peranan sebagai antagonis dengan baik sekali bro ! Almarhumlah PR.


Maka 'dedak dan padi' bermutu tinggi pun ditaburlah sikit bagi yang berjasa? Beberapa 'jawatan' penting yang sebenarnya tidak berapa penting di 'anugerah' kan (sini) dan (sini) kepada yang berjasa besar di kalangan Pas. Hasilnya Pas makin teruja sakan dengan 'sekutu' baru ini? Kian dan makin ngam, makin kamcing dan jinak sungguh depa dengan Umno..Umno mulai sekarang bagi PAS bukan lagi 'musuh' untuk dilawan pada PRU 14 nanti?  KAH KAH KAH


Habis, siapa 'musuh' Pas-Umno sekarang ini? Tentunyalah DAP dan Amanah (SINI) ! Maka Parti Islam (PAS) yang berbau Melayu semacam Umno juga pada pandangan orang Pas adalah sesuai untuk 'ulang tayang' wayang siri baru ini lanjutan hasil kutipan 'box office' yang mampu pecahkan 'panggung' Pakatan Rakyat. Sasaran baru sebenarnya ialah Pakatan Harapan untuk dibenamkan? Movie siri 2 ini dicuba untuk 'pecahkan' panggung ini bro ! PAS hanya menjalankan tugas sebagai sutradaranya sahaja. 'Producer' atawa Pengeluar 'de movie' ini berada di belakang layar begitu? 

Selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan, usahlah gabungan pembangkang itu bermimpi untuk Pas kembali menyertai mereka demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Seperti kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk bertaut memang tidak mungkin malah Pas akan menentang DAP habis-habisan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini..(malaysiagazette)

Skrip baru ini tidak lagi untuk lawan rasuah dan korupsi, penyelewengan urus tadbir negara seperti kebanjiran melampau warga asing misalnya, isu GST, ketirisan dan penyelewengan ? Tetapi agenda 'Selamatkan Malaysia' sekarang ini ialah dengan melawan DAP ? 

KAH KAH KAH 

akhirkalam

KAH KAH KAH




Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO