Percaturan Mukhriz Mahathir - [VIDEO]

Huh ! riuh rendah satu Malaya dan seantero Malaysia bro ! wayang 'cheap matinee' lama diulang tayang dengan beberapa ubahsuian berwarna warni kerana dulunya 'gambar' ini tidak ada kaler bro ! Kah Kah Kah

Seronok tengok mamanda tua mencuba sedaya upaya dengan 'kudrat' diri yang masih bersisa untuk jatuhkan 'seorang' itu sahaja dan yakin dengan jatuhnya orang itu Malaysia boleh diselamatkan? Boleh selamat ke bro? Kalo 'orang' itu ditakdirkan 'jatuh' seperti apa yang Che Det mahukan itu? UBN masih menjadi pilihan Che Det ? "Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang,” tegasnya..(fmt)"

Sedap juga percaturan berbelit ini, gejut mau kuat bro ! Betulkah BN akan kalah pada PRU 14 nanti? Selagi banyak 'siput-siput berangas' melekat kuat kat batu UBN tu, selagi ramai macai dan pencacai mereka bertenggek kuat di batu tu, selagi ramai pembodek pengampu menyertai ampu sana wa ampu sini, sukar dan berbalam kelam untuk kita melihat Malaysia diselamatkan bro ! Kalo dah tau salah pun (fmt) yang dilakukan pemimpin besar mereka? mereka tetap juga akan menimang kasih bro! Kesetiaan pada presiden parti mengikat UMNO daripada terlerai, begitulah kata mereka yang akan menopang 'sang ketuanya' walau apa pun yang dilakukan olehnya, soal betul salah bukan lagi jadi pertimbangan mereka bro? Tetapi bila saja mana-mana ketua yang sudah 'jatuh' dan tidak lagi punya 'taring' eksekutif, mereka tahu pula sumpit dan seranah bekas ketua lama mereka tu?Kah Kah kah



“Tunggulah PRU14, BN akan kalah” – Mukhriz Mahathir - (freemalaysiatoday)

Mukhriz nampak macam yakin jer bro? BN akan kalah? Itu yang pembangkang mahukan sebenarnya, tetapi pelik juga dgn ADUN  Air Hitam nie bila dia kata :
“Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur?

“BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang,” tegasnya. (fmt)

Apa maksud tersirat di sebalik kenyataan Mukhriz nie? sementelah beliau turut menolak tuduhan tindakan bapanya, Dr Mahathir, bekerjasama dengan pembangkang bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.? 
So n so kalo BN menang lagi? Siapa akan jadi PM kalau Najib tersingkir? Tentulah orang kepercayaan Che Det? Siapa? kalo tau tak per bro ! senang nak menelahnya, legasi Che Det mesti diteruskan menurut kenyataan Mukhriz tu..Siapakah legasi untuk menyambung tugas Mahathir itu? Kah Kah Kah

Sekali ini rasanya Mukriz akan bertanding di kerusi parlimen bro ! Ini pun kalau Najib berundur? kalo tidak jangan mimpilah Mukriz akan disenaraikan selagi keadaan kini berterusan ! Kenapa? Ini kenyataan celaru dari Mukhriz bila beliau berkata, penolakan rakyat kepada kepimpinan Najib secara langsung menyebabkan BN/UMNO ditolak secara total.

Kalo dah UBN ditolak secara total? bermakna pembangkanglah yang akan mengungguli Putrajaya dan Mukhriz tak akan jadi PM untuk teruskan legasi bapanya itu. Pembangkang dalam 'deklarasi' mereka tetap mahukan Anwar Ibrahim menduduki kerusi utama itu bro ! 

BN akan kalah, tunggulah kata Mukriz. Cantik laa tu..Ini lagi satu kenyataan pelik dari Mukhriz, di mana beliau turut menolak tuduhan tindakan bapanya, Dr Mahathir, bekerjasama dengan pembangkang bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.' ?

 Program Selamatkan Malaysia ini konon hanya ingin jatuhkan Najib sahaja? Tetapi kenapa  pembangkang turut dijemput kalo pakatan pembangkang tidak yakin atau mendapatkan sedikit laba dari perhimpunan seumpama ini? Kah kah kah
Adakah BN akan tumbang jika Najib undur?
“BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang,” tegasnya..(fmt)

Berbelit kenyataan Mukhriz nie bro ! dia kata kalo ikut lojik, pembangkang akan menangi PRU 14 dengan mudah sekaligus BN ditolak? 
Peliknya pula bila Mukhriz kata, pembangkang mahukan Najib diganti pemimpin BN yang lain??? Persepsi nie laa yang berbelit ! Pembangkang sebenarnya mahukan kalangan mereka sendiri (BUKAN dari PAS) Anwar Ibrahim adalah pilihan utama kiranya pembangkang memenangi PRU 14 itu bro ! Mana ada kalangan pembangkang (Baca Pakatan Harapan) yang mahukan Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain?? Kalau belum PRU 14 memanglah pembangkang mahu diganti dari mereka dalam BN untuk 'Selamatkan Malaysia' sementara waktu. memang pembangkang faham bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU seperti disebut Mukhriz itu..lihat (freemalaysiatoday)

Ikut tajuk kenyataan Mukriz nie, BN akan kalah PRU 14 nanti? dia suruh tunggu ! tunggu apa? untuk 'puaskan' hati sendiri sahaja ke??? kerana kalau BN kalah? Legasi Che Det juga akan mengalami nasib tidak tentu arah bro dan impian besar mereka juga turut sirna bersama kekalahan BN itu.


Apa kata mereka?

Ramai tidak yakin najib akan undur bro. Cuba lihat apa kata mereka, Bung Mokhtar misalnya berkata, Pembangkang sudah hilang maruah bro ! Huh hebat kipas besar UBN nie bro ! Bung berkata," Pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka...(More ››)

Kerjasama Tun M, pembangkang tidak tahan lama – Subramaniam
March 6, 2016 (fmt)
Ia disebabkan sistem yang digunakan di negara ini telah memutuskan siapa ketua dan tidak mahu budaya pemimpin disingkirkan melalui kuasa di luar sistem sedia ada.
Ia disebabkan sistem yang digunakan di negara ini telah memutuskan siapa ketua dan tidak mahu budaya pemimpin disingkirkan melalui... More ››

Baca juga bidasan MIC(Deklarasi Rakyat hanya komplot 58 orang terhadap Najib – MIC)

Kenyataan Khairy ‘bangang’, kata Mahfuz ()

Untuk menukar Perdana Menteri tidak perlu menunggu dan melalui pilihan raya.
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar membidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyatakan, untuk menukar Perdana Menteri perlu mengikut saluran pilihan raya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Khairy itu sebagai ‘bangang’.
“Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar Perdana Menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya. Cukup kalau sama ada Perdana Menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota Parlimen atau pun Perdana Menteri mati.
()
 
 
 




TUN MAHATHIR VS NAJIB 

YOU CANT TOUCH THIS -Published on Nov 3, 2015
Mohd Fauzi ismail


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan 58 individu yang hadir dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia, tidak akan menjadi kudis pada parti itu.
Beliau berkata, rakyat kini lebih matang dan sedar bahawa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan sentiasa bergerak ke hadapan.
Ditanya samada Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas berhubung Deklarasi Rakyat itu, beliau menegaskan, tiada keperluan ke arah itu..(malaysiadateline)


Khulasah

1. Bila Che Det bersuara untuk 'Selamatkan Malaysia' dengan mengajak seluruh yang mau menyertainya termasuk semua pihak yang mahukan tanpa kira latar belakang mereka dari kumpulan blok pembangkang, NGO atau dari orang-orang UBN sendiri, mestilah terdapat mereka yang 'loyal' dengan ketua mereka bro !

Ada yang kata, tak jadi kudis kat Umno, ada yang kata kena tunggu PRU dulu baru boleh tukar atawa tidak? Pun ada yang kata pembangkang tak tahan lama (yang kekal tentulah UBN) begitulah. Ada yang sifatkan pembangkang sudah hilang maruah (depa tetap bermaruah) juga bro ? Begitulah 'tantara' barisan hadapan UBN mempertikaikan program 'Selamatkan Malaysia' ini bro ! Kah kah Kah 

2. Aku teruja dengan sajak dari pemimpin Amanah ini bro ! Sajaknya penuh sindiran tajam menikam menerkam begitu macam (Angkara si Tikus Garang) apa yang berlaku sekarang adalah angkara si Tikus Garang yang menyebabkan rakyat riuh rendah berbincang.

Dalam sajak satiranya, pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu menyifatkan, Tikus Garang ini sudah banyak menyusahkan orang.
Berikut adalah nukilah penuh beliau.



TIKUS YANG GARANG#
Arakian di sebuah negara yang malang, 
Ditadbir tikus yang garang, 
Sudah gigit ramai orang, 
Sudah rosak banyak barang,

Rakyat gelisah penuh bimbang, 
Mengharap pendekar tak kunjung datang, 
Muncul memanda tua, hulubalang terbilang, 
Dulunya sama seperti sitikus garang,

Riuh rendah gegak gempita rakyat berbincang, 
Perlukah bersama hulubalang tua merancang, 
Bagi menangkap sitikus garang,

Kedengaran dari jauh suara dari penjara berkemundang, 
Suara yang matang redakan bimbang, 
Katanya kucing putih atau hitam jangan dibincang, 
Selagi mana tikus garang bisa ditangkap sekarang.

Nukilan :  
Mohamed Hanipa Maidin  
Ahli Parlimen Sepang
()


Akhirkalam

Dari FB - Sirat Yat


-





Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO