Rumah Mampu Tengok Guan Eng dan Mat Sabu .... [ 3 Video ]

'Rumah itu Syurgaku' kata mereka yang punyai rumah, tak kisahlah rumah tu seperti halnya sebuah rumah ke atau sekadar pondok kecil untuk perlindungan hujan panas ahli keluarga.  Keselesaan belum boleh dipikirin beb !

La nie kalau nak beli rumah yang agak sesuai dan harganya patut, usahlah beli di Pulau Pinang atau KL atau bandar2 utama lainnya.. semuanya mahal2 belaka, berapi punya harga kata orang. Pi balik kampung buat rumah ala kadar lagi baguih? 

Kat Pulau Pinang sebelah pulau tu jangan dok cuba laa tanya, 20 tahun dulu boleh laa juga berkira. Sekarang cuba lihat di 'South Bay' dekat Batu Maung. Masa mula bina dulu aku pergi masuk tinjau harga bro ! mak datuk ! masa tu pun sekitar 2011 harga buka saja sekitar RM6 juta bro, sila ke (SINI) untuk grafic dan foto menarik. Mampu tengok jer laa bro ! sedangkan kawasan tu dulu adalah perkampungan tersorok untuk makan-makan santai tepi laut sebelah bukit kat Telok Tempoyak sebuah perkampungan nelaya tradisi melayu di pulau itu. Di sebelah bawah tu terdapat satu kampung melayu lama memanjang dari Pekan Batu Maung terus ke Penang Airport. Kampung Permatang Damar Laut bersambung dengan Kampung Seronok yang terkenal itu di Bayan Lepas. Kampung2 kecil lainnya seperti Kampung Matahari Naik, Kampung Mesjid, Kampung Manggis dan lainnya di persekitaran itu sekarang ini hanya didiami oleh waris keluarga tradisi. Kalau nak beli tanah sebegitu, memang tak mampu bro ! 

Cuepacs mengatakan Pendapatan Gaji Penjawat Awam Rendah bro!  Ramai Keluarga Sewa Bilik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Bintulu Sarawak. Itu realitinya sekarang ini, penyelesaian sentiasa terbuka kepada kalangan yang tercari-cari tempat dan ruang untuk tinggal di tengah-tengah bandaraya yang semakin besar di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.
Sewa rumah di Kl semakin mahal, solusinya ramai yang memilih untuk tinggal dan sewa bilik di Kl, Johor Bahru dan juga di Pulau Pinang contohnya semata-mata tidak snaggup berhadapan dengan komitmen bulanan yang cukup tinggi termasuklah bulanan sewa rumah. Nak Beli rumah, jauh sekali laa..Baca ( sini ).

Anak aku yang dok kerja laki bini kat KL tu pun tak boleh nak beli rumah lagi bro ! dia ada tanya aku rumah kat kampung tu macam mana abah kalo dia nak ubahsuai semula?  mai laa balik buat, aku beri green light laa tu..Itulah senario anak2 muda sekarang, kenapa semua ini berlaku begitu pantas? Kenapa harga rumah sekarang begitu 'gila-gila'? dan rumah tu pula tak sepadan dengan harga yang dibayar? 

Sekarang ini, kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha untuk membina 18,000 unit Rumah Mampu Milik Di bawah Fasa 1 Dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 Juta di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan melalui agensi pelaksana Penang Development Corporation (PDC)..(sini

Rumah mampu milik tu hanya di luar persisiran bandar2 utama saja, itu pun jenis 'hot shelter' bro ! Mai tengahari sikit pakat lari keluar rumah cari rimbunan pokok. Orang2 'berada' sikit memasang 'penghawa dingin' tu pun 'timing' sejam dua saja sebelah siang dan malam nak jimat bil api. KAH KAH KAH

Pemaju lebih gemar membina rumah klas 'MAMPU TENGOK' bro! Sepatutnya satu dasar perumahan rakyat dan harga silingnya dikeluarkan untuk pembangunan rumah rakyat ini, ini tidak ! Pemaju mengaut keuntungan berlipat ganda dalam membina rumah2 mewah untuk si kaya - “Skim Rumah Pertamaku” – Apabila pasaran harga hartanah terus meningkat, ... Kemudian, bank pun mengambil peluang untuk mengaut keuntungan sama. sebenarnya pemaju dan kerajaan yang kurang akal dan tidak fikirkan si miskin. yg kaya lagi kaya bro !.

Terbaru Tun Daim Zainuddin mengatakan harga rumah kediaman di Malaysia terlalu tinggi, jauh diluar kemampuan rakyat untuk memilikinya.Dan apa lagi yang beliau katakan? Beliau mengesa kerajaan mengambil tindakan cepat dengan cara mengawal kalangan pemaju yang “telah merosakkan” pasaran hartanah di Malaysia..Memang Kenaikan mendadak harga hartanah semenjak tempoh dua tahun yang lalu sangat tidak masuk akal.) Baca (sini) Bila harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi bolej jadi antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan ?


Baca SINI

Rumah di KL, Pulau Pinang ‘sangat tak mampu dimiliki'

Seorang pekerja bandar seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang perlu bekerja selama lima tahun - dan kemudian tanpa membelanjakan sesen pun - sekiranya mahu mampu memiliki rumah, menurut kajian Bank Negara Malaysia.




Bank pusat itu berkata, harga rumah adalah di luar kemampuan pekerja di negeri-negeri utama manakala terdapat terlebih penawaran untuk hartanah komersil.

"Harga rumah adalah sangat tidak mampu dimiliki di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
"Di pusat-pusat bandar di negeri-negeri utama, keadaan adalah lebih teruk," kata bank pusat itu.



Sebelum ini, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terbabit dalam perdebatan berterusan berhubung rumah mampu milik.


Lim berkata kerajaan negeri mengunakan paras RM400,000 mengikut piawaian kerajaan persekutuan, tetapi Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak pernah menetapkan harga untuk rumah yang dianggap sebagai berpatutan..(Mkini)





sumber - www.apartment-penang.com
Sumber Data : http://www.thestar.com.my/ 





Sisipan Rantaian


Inilah fakta sebenar isu rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bandingkanlah dengan butiran kes rumah bekas MB Selangor Khir Toyo yang dihukum penjara tahun lepas..sumber - (FB - DAP)/(Roketkini)

Baca juga sanggahan Kit Siang terhadap tindakan
'tentera siber' Umno-BN menyerang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah banglo miliknya disifatkan sebagai cubaan menutup skandal mega membabitkan pemimpin tertinggi mereka daripada terus menjadi perhatian umum, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, usaha menyamakan tuduhan terhadap Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dengan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo juga meleset.

Baca (SINI)


“Konspirasi ?

“Konspirasi busukkan nama saya tak akan dapat tutup skandal mega UMNO-BN.”

Konspirasi nasional BN untuk membunuh karakter saya berkenaan pembelian rumah saya melalui pembohongan, sikap double-standard malah salahguna kuasa, adalah cubaan secara sengaja untuk menjustifikasi, memadam atau mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan yang terbaru penipuan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.
Skandal-skandal BN telah mengakibatkan kerugian dana awam dan memberi kesan buruk kepada ekonomi termasuk susutnya nilai ringgit, sementara pembelian rumah saya pula telah memperlihatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti serta amalan tender terbuka, malah saya membuka pintu rumah saya untuk tatapan pihak media. Namun begitu, media kawalan BN terus melakukan liputan ke atas rumah saya, seolah-olah tidak ada berita atau isu lain di dunia ini.

(roketkini)

 

 De Best from Mat Sabu

sumber imej

Islam mengajar supaya bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim dan bukannya pencen yang zalim..Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menggesa rakyat supaya melawan pemerintah yang zalim dan bukannya seseorang yang tidak lagi memiliki kuasa. Beliau menyebut perkara itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.  “Saya rasa nervous berceramah di hadapan Perdana Menteri (bekas) yang berkuasa lebih 22 tahun (Dr Mahathir). Dua kali saya ditahan di bawah ISA, di bawah rejim Tun Mahathir Mohamad..baca lagi di (sini)

Lawan pemerintah zalim, bukan pencen zalim kata Mat Sabu 

Published on Mar 27, 2016
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu membidas sesetengah pihak yang mengecam kumpulan pemimpin pembangkang yang membuat kerjasama bersama bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (fmt)

 


Published on Mar 27, 2016
Dengan cara sindiran, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menggesa supaya semua pihak menghentikan politik perkauman di negara ini..(sumber)


(sumber imej)

Ahli Parlimen DAP hari ini menyalahkan media kerana menyiarkan makalah yang mengelirukan mengenai kontroversi banglo murah Lim Guan Eng..Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata makalah itu, yang disiarkan di muka hadapan akhbar The Star pada 21 Mac, telah memetik perkataan-perkataan Guan Eng diluar konteks, seraya menyebabkan pemimpin besar DAP itu menjadi bahan cemuhan.

“Saya mahu membetulkan fakta yang telah menyebabkan ketua menteri menjadi lebih popular daripada perdana menteri. Ramai orang mendakwa Guan Eng tidak tahu nilai sebenar banglo yang dibelinya.
“Sebenarnya, pemberita itu bertanya pada Guan Eng samada beliau tahu rumah itu bernilai RM6.5 juta, dan Guan Eng jawab tidak. Beliau hanya menjawab tidak pada nila RM6.5 juta itu, bukan nilai banglo itu..(sumber)


Realitinya?


Realitinya bro? ramai tak mampu beli rumah dan hanya mampu tengok saja..Kah Kah Kah. 

Cuepacs kata, gaji penjawat awam masih rendah kerana ramai keluarga hanya mampu menyewa rumah atau bilik saja terutama di P.Pinang, JB dan Bintulu, S'wak. Rata2 mereka bergaji kecil bro ! gaji pokok mereka sekitar RM805 dan RM820 setiap bulan dicampur dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, gaji kasar secara bulanan yang mereka perolehi sekitar RM1,285 dan RM1,300...mana cukup tu? (sini)

'Asakan bertubi-tubi ke atas DAP ketika masalah Najib memuncak'

DAP kini diasak secara bertubi-tubi dengan serangan sistematik oleh BN dan Umno untuk mengalihkan perhatian daripada masalah mereka sendiri yang semakin memuncak, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata ini berlaku ketika berita skandal kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Deklarasi Rakyat tidak lagi boleh disembunyikan.
"DAP kini dijadikan sasaran serangan sistematik oleh pemimpin, tentera siber dan propaganda Umno /BN. Ia bermula dengan serangan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan diri saya," katanya pada ucapannya di sebuah majlis di Balakong, malam semalam..(mkini)



 AkhirKalam

kredit imej - FB Kameel Abuya
Nak buat rumah macam nie pun, belanja boleh tahan juga bro ! mulanya pastikan pokok tu betul2 teguh dan tahan tiupan angin. Duanya kena pastikan pokok tu berada atas milik tanah sendiri yang sah. 

Bagus juga idea macam nie..'back to de future' laa katakan. Jimat belanja dan mesra alam..Pastikan juga 'flora dan fauna' nya terjaga. Kalo beruk mat yeh singgah cari makan? jangan hangpa penanya dia pula! pelan-pelan buat memba bro!! Tapi beringat sikit, kalo mau jual, pastikan harganya ikut pasaran semasa bro ! nanti jadi hal pula? teringat cerita Laxmana Do Re Mi...KAH KAH KAH


Sekadar Bandingan

Ini cerita di San Francisco bro ! yang nie depa tak panggil 'bilik' ! depa panggil 'pod' begitu, meja pun pakai jenis lipat saja..pasai terlampau kecik, kira boleh belunjoq saja - sua kepala terus belunjoq tidoq..'pod' nie persis 'loteng' kat tempat kita agaknya? Kah Kah Kah

Kat sana tu sewa 'pod' macam nie yang luasnya 28 kaki persegi tu pun mau kena sampai $500 sebulan, kira murah laa tu, kalo tidak puratanya satu bilik mau kena sampai $3,500 sebulan, mana nak cekau, makan lagi. 

Inilah yang berlaku bila Peter Berkowitz 25, gambar kecil (kiri) tu berusaha untuk melarikan diri dari harga yang bukan kepalang punya tinggi di bandar seperti San Francisco ini. maka dia pun cuba cari alternatif begitu. Macam kita kat KL, JB dan P.Pinang belum sampai tahap nie agaknya? nak kata pun tak boleh juga, pasai ada orang2 glandangan yg tak ada rumah langsung pakai tidur dalam kotak tepi2 kaki lima kedai saja.. (sumber)

 Khulasah

Memiliki rumah sekadar kemampuan yang sederhana untuk keluwesan sebuah keluarga sudah memadai dalam kehidupan seorang Islam yang beriman, tidak lah sampai menyeleweng wang zakat umpamanya hanya kerana mau menjaga 'status quo' dan elitis kumpulan sendiri?.

memiliki rumah di luar kemampuan pula mengundang bala sebenarnya bro ! hangpa nanti terikat dengan amalan berhatang dan membenihkan riba hingga ke ujung hayat pada hal semua ini ditentang keras oleh Islam. Adakah ini sebagai cara untuk cuba menyesuaikan Islam dalam idelogi kapitalisme? di mana ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper "hamba"kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. 

Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena "menyedut darah" masyarakat Islam dinegara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka..ikuti pencerahannya di SINI .


kerajaan patutnya peduli rakyat, jaga kemaslahatan rakyat teramai bukan menjaga kapitalis yang tidak kenal erti belas kasih dalam urusan jual-beli apa pun juga.
 
ada pihak mengambil kesempatan atas nama kemajuan? sebagai contoh - Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan anggaran kadar riba pada kadar 9% setahun (+BLR%). Mengikut prinsip perbankan Islam al-Bai-Bithaman Ajil, bank akan membeli rumah daripada pemaju pada harga RM100k, dan kemudian menjualkan kepada anda pada harga RM400k.
bagaimana rumah yang berharga RM100k boleh menjadi RM400k? Ini kerana bank mencampurkan kiraan riba 30 tahun dan pada kadar 9% setahun ($9,000 x 30 tahun + $100k). Bagaimana kalau rumah anda berharga RM200k? Maka jumlah dicampur riba ialah RM800k, RM1.2 juta bagi rumah berharga RM300k, dan seterusnya..Ini akan menjadikan hangpa menjadi 'hamba' seumur hidup kepada kapitalis moden. Inilah yang ditentang dalam urusniaga secara berhutang begini dan sepintas lalu kita merelakan diri diperhambakan sebegitu rupa..baca sini  kenapa riba amat dilarang dalam Islam. 





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?