Angkara perbuatan pemimpin Umno-BN - Tamrin Ghafar [VIDEO]

Apa yang disuarakan oleh Tamrin Tun Ghafar sebenarnya telah dimaklumi sangat-sangat oleh rakyat ramai. Hanya ahli Umno yang taksub terhadap pimpinannya sahaja yang dilihat masih setia bersama Umno biarpun rakyat dililit dengan berbagai kesulitan seperti harga barangan melambong naik hingga ada rakyat menjerut perut sekarang ini (Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal) dan banyak lagi rintihan rakyat (Satu Cerita Daripada Berjuta Derita) Sinar Harian umpamanya turut muatkan (Derita rakyat tiada siapa peduli) Tamrin Tun Ghafar menjelaskan sebab dan akibatnya bro ! Baca.

Rakyat dah muak semua ini bro ! Umno akan ulangkan tayangan 'cheap matinee' khurafatnya lagi bahawa tanpa Umno, orang melayu akan hilang segalanya, akan kebulur dan bla bla bla, yang depa bawa masuk segala makneka pendatang sampai berkapal2 tu? apa hal pula? 

Tebaru Tamrin Tun Ghafar turut membidas ahli-ahli Umno dan menyelar kelompok bangsa Melayu yang masih mahu terus bersama Umno dan mempertahankan pemimpin yang digelar beliau sebagai 'pengkhianat bangsa'.."Mereka tidak fikir apa akan terjadi kepada anak bangsa apabila pemimpin Umno menganiaya, khianat dan menipu bangsa Melayu, dulu dan sekarang.
"Apa yang telah diusahakan pemimpin terdahulu musnah angkara beberapa individu demi kepentingan mereka sahaja tanpa mengira kesusahan rakyat dan masa depan negara tergadai," katanya.
Beliau hairan kerana masih ada anggota dan pemimpin Umno yang sanggup mempertahankan tindak-tanduk pemimpin utama Umno yang jelas merugikan bangsa dan menghancurkan negara ("Ahli Umno sanggup gadai negara, taksub pada pengkhianat bangsa," kata Tamrin)



Angkara perbuatan pemimpin Umno-BN

| TAMRIN TUN GHAFAR








Sebenarnya yang hilang kuasa dan kedudukan jika Umno-BN kalah ialah pemimpin-pemimpinnya sahaja.

Mohd Hafiz Saed
Dijangkakan 1.5 million Bangla akan sampai berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun ini. Sekarang pun sudah ada kira-kira 5juta pekerja asing. Ramai yang secara haram. Ada pula diantara mereka yang membuka restoran, kedai dan ada juga yang tidak ada kerja tetap walaupun permit untuk bekerja dengan majikan yang memohon.

Apa nak jadi? Salah siapa? Salah sebahagian kita yang benarkan diri terus ditipu dengan alasan tanpa Umno orang Melayu akan kebulur, tanpa Umno Sultan akan dihapus dan banyak lagi lagu-lagu yg sering didendangkan kepada kita orang Melayu dan ditaburkan pula dedak seperti ayam yang dibelakang rumah.


edisi-politik.blogspot
 Gadai 3juta hektar tanah simpanan Melayu, bagi lesen kasino,  lesen judi,jual tanah kem tentera udara Sungai Besi, jual IPPs kepada orang  Cina, rompak duit 1MDB dan KWSP, kayakan Jho Low dan lain-lain lagi.

Ini tidak termasuk kos sara hidup yg melambung tinggi yang memeritkan rakyat. Seramai600 ribu graduan tidak dapat pekerjaan. Bantuan universiti dan kolej dipotong.

sinarharian.com.my
TIADA keretaku bawa kau jalan-jalan,
Rumahku pun tiada adapun bapa punya,
Apa lagi belanja mau bayar berian,
Kahwin sama kamu...

Angkara perbuatan pemimpin-pemimpin Umno-BN sekarang tapi DAP juga yang dipersalahkan bukan salah Umno - Umno terlalu maksum kah?

Sampai bilalah kita orang Melayu sanggup membenarkan diri kita diperbodo-bodohkan. Macam manalah DAP boleh berkuasa. Daripada 222 kerusi Parlimen, DAP hanya bertanding 75 kerusi sahaja, itu pun lawan MCA dan Gerakan (parti cina juga).

Kalau menang semua pun bermakna DAP ada 75 kerusi dari jumlah 222 kerusi. Manakala Pas dan Amanah parti Melayu. PKR majoriti Melayu jadi Ahli Parlimen.

Sebenarnya yang hilang kuasa dan kedudukan jika Umno-BN kalah ialah pemimpin-pemimpinnya sahaja. Mereka takut dipenjarakan atas rompakan-rompakan yang dilakukan selama ini - itu sebenarnya.


kredit - abdofonts.com
mafhum ayat: '(Dan mereka berkata) yakni para pengikut dari kalangan mereka, ("Ya Rabb kami! Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami) menurut suatu qiraat dibaca Saadatanaa, dalam bentuk Jam'ul Jam'i (dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan petunjuk) dari jalan hidayah..Al Ahzab 67 .(Ya Rabb kami! Timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat) daripada azab yang kami terima (dan kutuklah mereka) azablah mereka terus (dengan kutukan yang banyak.") bilangannya; dan menurut Qiraat lain lafal Kabiiran dibaca Katsiiran yang artinya kutukan yang besar..Al Ahzab 68 '
Lihat juga
(وقالوا ربنا إنا أطعنا سادتنا وكبراءنا فأضلونا السبيل)

Buang Umno bukan bermakna buang al-Quran dan agama suci Islam. Malah tidak bersekongkol dengan perompak,penyamun,pencuri dan penzalim adalah dituntut oleh Allah swt - Tidakkah kita percaya dan yakin dengan janji-janji Allah swt - sila lihat Surah Al Azzab Ayat 66,67 dan 68 dan beberapa ayat-ayat lain dalam beberapa Surah.

Jelas Allah swt memberi amaran tentang beberapa azabnya keadaan didalam neraka jahanam dikalangan mereka yang bersekongkol dan bersubahat dengan pemimpin-pemimpin yang melanggar perintahNya. Janji ALLAH adalah benar. Bertaubatlah segera saudara-saudaraku demi bangsa Melayu sebelum nyawa sampai dikhalkum. ÀLLAH MAHA PENGAMPUN. Ins Shaa Allah.

 

Nota Pengarang :  Fakta pada PRU13 DAP telah bertanding 51 kerusi Parlimen. Tolak 3 calon Melayu setiap seorang (Pulau Pinang, Pahang dan Johor) tinggal 48 calon DAP bukan Melayu.  Calonn bukan Melayu DAP yang boleh menang ialah 48 termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. sumber - malaysiadateline


Sisi Fikir 
Video dan Bergambar

 Kini TV

Mohd Hafiz Saed


Arah mana fikrah melayu sebegini?
Apa yang mereka dokong sebenarnya?
Apa yang mereka tangis sedu sedan sampai begitu? sedih sangat? sedih untuk apa?
Itukah kejayaan pemimpin 'mengunci' fikrah mereka?
Mampukah mereka bersuara menegur saf pimpinan mereka yang tersasar jalan aqliah yang sehat?
Mahukah pimpinan berubah sikap bila ditegur dan dikritik? Mahu?
Amat mudah mereka digarami, diasam gulaikan oleh pemimpin mereka?
Masihkah ada jalan keluar bagi mereka?
Kah Kah Kah




omakkau KOLEKSI KATA-KATA
KOLEKSI KATA-KATA KERAMAT HEBAT PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BN PASCA PRU 13!!!


Penyakit Berjangkit ke nie? Kah kah Kah

Tak boleh 
canggah angin sikit?

Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penggantungan Muhyiddin itu berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang..
Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya..(Malaysiakini) @(Muhyiddin digantung timbalan presiden, Zahid memangku)


Isteri Orang 
Ditangkap Berzina Dengan Bangla



sumber -

Inikah yang kita rakyat dambakan?
Tak dapat Salman dan Sharukh Khan, Bangla khan pun kira jadi lah? Tiada rotan, akaq pun berguna kata pepatah pepitih melayu dulukala, Kah Kah kah


Meneghuu
Menegham Depa Mai

“Kerajaan tangguh pengambilan pekerja asing termasuk Bangladesh” - Zahid Hamidi (19/2/2016)

Tipu atau bohong ???..(Suara Rakyat)

"Bila kamu mahu berhenti?"

Bila kamu mahu berhenti
rakyat dah tak tahan lagi
ikat perut dan makan maggie

Bila kamu mahu berhenti
rakyat dah mula makan sekali sehari
bukan berdiet tapi dapur dah tak berisi

Bila kamu mahu berhenti
rakyat merana kamu tarik subsidi
kamu tindas pula dengan GST

Bila kamu mahu berhenti
akta-akta drakonian di sana sini
bunuh demokrasi, hidupkan kuku besi

Bila kamu mahu berhenti
kamu lihatlah keadaan ekonomi
pekerja Petronas dah nak kena berhenti

Bila kamu mahu berhenti,
MH370 masih misteri, Mas pula rugi
tiada seorang pun yang diadili

Bila kamu mahu berhenti
matawang negara takda nilai lagi
semuanya angkara kamu dan 1MDB

Bila kamu mahu berhenti
takkan tak cukup lagi
dah dapat 2.6b dari Arab Saudi

Bila kamu mahu berhenti
WSJ serang kamu bertubi tubi
sampai sekarang kamu tak saman lagi.

Bila kamu mahu berhenti
kamu buang Mahyudin dan Gani
kini kamu "kawan" dengan Apandi

Bila kamu mahu berhenti
nama kamu busuk di luar negeri
nama Malaysia pun kamu heret sekali

Bila kamu mahu berhenti
kamu tolehlah kanan dan kiri
lihat apa dah jadi pada Malaysia kini

Bila kamu mahu berhenti
kamu memang kuat berjanji
tapi banyak yang kamu mungkiri.

Bila kamu mahu berhenti
jawatan PM perlu kredibiliti dan integriti
hiduplah bermaruah walau sehari

Bila kamu mahu berhenti
takkan kamu langsung tak ada harga diri
melihat dirimu terus dinista dan dicaci

Bila kamu mahu berhenti
sampai bila ingin hidup begini
susahkan rakyat, senangkan isteri

Bila kamu mahu berhenti
janganlah jadi macam IMDB
disumpah, dimaki hari hari

Bila kamu mahu berhenti
Tun M pun tak sokong kamu lagi
Dia nak lawan kamu sampai mati

Bila kamu mahu berhenti
rakyat idamkan PM seperti Jokowi
protokol letak tepi, rakyat dalam hati

Bila kamu mahu berhenti
adakah kamu ada sumber inspirasi
dari penasihat yang baru dikenali

Nak tanya sungguh ni
Bilalah kamu nak berhenti?

Nukilan:

Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang
2.3.2016

sumber - (malaysiadateline)


metafora dari anina
"Orang yang berfikiran matang boleh menerima lawak yang mengunakan metafora begini..Anina Saadudin@Malaysia Dateline

Lempar 
batu sembunyi tangan?

Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’

Muhyiddin berkata, sebilangan pemimpin Umno yang menghentamnya kini pernah mengadu kepadanya tentang skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa “beberapa pemimpin tertinggi UMNO” pernah berjumpa dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.
Namun pemimpin-pemimpin yang sama katanya, kini menghentamnya pula kerana bersuara.
“Waktu saya dalam kerajaan, ada beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan datang jumpa saya selaku orang nombor dua (dalam UMNO), perihal kepimpinan negara.
“Saya cadangkan agar mereka bertemu sendiri dengan presiden, tetapi mereka tidak berani. Sekarang mereka juga bantai saya,” katanya dalam sidang media hari ini.'..selebihnya baca di (www.freemalaysiatoday.com)



Begitulah pemimpin bro. Masa ada kuasa, ramai kawan tunjuk hormat, tunjuk setia? kalau boleh jilat, mereka akan jilat?  bila jatuh? sendiri tanggunglah bro ! Pasai tu ramai nak kekal sampai mati? Di akhirat, pengikut yang menopang dagu pimpinan atasan itulah yang berlepas tangan dengan apa juga kesilapan 'ketua' mereka semasa di dunia dahulu..Wallahu'alam


Berita Terkini


sumber - malaysiadateline.com
Laporan The Guardian tentang dana misteri Perdana Menteri
Pendakwa raya Switzerland dilaporkan meminta pihak berkuasa Malaysia membantu menyiasat kehilangan USD4 bilion dari sebuah syarikat milik kerajaan di tengah-tengah kegawatan ‘skandal rasuah’ yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penyiasat percaya dana yang diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan ekonomi dan sosial itu mungkin 'telah dicuri'.
Pejabat peguam negara Switzerland dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, ‘sebahagian kecil’ daripada wang tunai yang dipindahkan ke dalam akaun Swiss dipegang oleh bekas pegawai-pegawai Malaysia serta pegawai-pegawai Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Setakat ini, bagaimanapun syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat tidak membuat sebarang komen mengenai kerugian yang mereka dipercayai telah dilakukan,” kata pendakwa raya Swiss seperti dilapor The Guardian.
“Objektif permintaan bagi bantuan bersama itu adalah untuk menasihati syarikat-syarikat dan kerajaan Malaysia bagi keputusan prosiding jenayah Swiss, dengan tujuan untuk mengetahui sama ada kerugian pada skala ini dikekalkan," menurut kenyataan itu lagi..ladi berita di > (malaysiadateline.com)

Pandai Pas Ejas 
untuk elak ditohmah?

Pas tidak sertai program singkir Najib esok
Lajnah Politik Pas Pusat  telah mengambil keputusan Pas tidak akan bersama dengan pihak terbabit dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan pada hari Jumaat ini.
Keputusan itu dinyatakan menerusi deklarasi khas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam mesyuaratnya pada hari ini di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini,
Menerusi deklarasi itu, Takiyuddin dipetikmenerusi saluran media rasmi parti berkata, keputusan untuk tidak menyertai program itu dibuat kerana Pas mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada pada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan..[ | MALAYSIA DATELINE]@(Pas tidak sertai program singkir Najib esok)


Beginilah cara 'bermain' politik? Kalo boleh ejas, kena ejas laa..baru nampak 'kematangan' mereka semua tu? ejas bro, jangan tak ejas..nanti terjejas?
Baca kenyataan penuh dan deklarasi PAS dalam isu ini..entah apa-apa aku tengok..klik pautan atas..Kah Kah Kah 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?