Posts

Showing posts from August, 2016

Husam Menyarung Jersi Oren - Video

Image
Ikuti madah dan gurindam Husam Musa, sosok yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sejak terpecat dan dipecat dari PAS. tumpuan diberikan kepada beliau agak meluas sekali. Hari ini, beliau akan mengumumkan pendirian beliau untuk menyertai suatu pertubuhan atau partai pilihannya untuk sekian kalinya setelah tempoh bertenang seperti dakwaan beliau tamat sekaligus Husam akan menamatkan penantian beliau itu. Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi . Bekas Naib Presiden Pas itu, telah secara rasmi mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). 

Tentanglah PAS habis-habisan - Zaid Ibrahim

Image
Sehari dua nie, Datuk Zaid Ibrahim kelihatan cukup keras melawan parti lamanya Umno dan juga PAS. Beliau Zahid menyifatkan PAS dan Umno 'berhati batu', sebab itu tentanglah PAS habis-habisan kerana menurut beliau, PAS adalah sebuah parti yang telah bertungkus lumus menentang kekufuran dan kezaliman selama 60 tahun tetapi tiba-tiba kini selesa dengan 1MDB dan Umno. Apa sudah jadi? Kah Kah Kah Memang PAS wajar ditentang habis-habisan bro ! sudah tiada lagi kompromi dgn kepimpinan PAS yang ada, sebab itu mereka terus-terusan menolak AMANAH dan Pakatan Harapan, malah menggelar Amnah sebagai 'pengkhianat'?  Merekalah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan ulama sebelum ini dalam berhadapan dengan Umno. Sekarang mereka dijinakan Umno kerana parti Melayu itu hampir kecundang dalam PRU lepas dengan undi popular berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Umno bimbang teramat sangat dengan undi 48% sahaja yang mereka perolehi. Pas juga bertangungjawab mentalkinkan PR yang begi...

Sekitar Himpunan #TangkapMO1 di KL - Foto dan Video menarik

Image
Himpunan #TangkapMO1 menjadi riuh apabila peserta-peserta yang hadir di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman untuk berarak ke Dataran Merdeka. Perhimpunan hari ini bertujuan mendesak tindakan diambil terhadap “Malaysian Official 1”, sosok misteri yang didakwa mendapat AS$731 juta wang “curi” yang berpunca daripada 1MDB? Bermula pada jam 2 petang, beberapa titik pertemuan ditetapkan, iaitu pusat beli belah Sogo yang dipimpin mahasiswa dan aktivis serta Masjid Negara (dipimpin ahli politik). Lebih 2,000 pelajar berkumpul hari ini ketika kesemua anak muda negara diserang sindrom fatiq atau lesu dengan politik negara. Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof dalam satu forum anjuran akhbar mingguan Amanah 24 Ogos lepas berkata, anak muda Malaysia kini diserang sindrom fatiq. "Kami sudah tidak ada lagi biasiswa untuk menampung pelajaran kami. Kami kena buat pinjaman melalui PTPTN. Tamat je belajar, kami kena bayar balik. Peluang pekerjaan pula tidak ada," kelu...

Kerusi PAS Milik AMANAH - Salahuddin Ayub

Image
Kerusi PAS Milik AMANAH - Salahuddin Ayub, Cantekkk bro ! Ini yang kita nak tunggu dengar!   Parti Amanah bukan macam Hamim, bukan macam Berjasa sebaik berpisah dari Pas kerana kedua parti yang tiada batu nesan itu tiada apa- apa matlamat dan hala tuju sewaktu ditubuhkan. Pelayaran bahtera Pas tersesat jauh di lautan dan hampir karam dipukul badai dan gelombang ganaz akibat anak-anak kapal diketuai oleh Malimnya yang kurang arif ilmu lautan dalam dan sering menghambur nista kata-kata kesat dekat awak-awak dan segala kelasi kapal yang disangka kuat dan teguh itu? Pantang silap sikit (ikut kepala) malim itu, disumpitnya dengan berbagai kata-kata kesat kat awak-awak kapal. Kah Kah Kah Kebangkitan AMANAH disenangi semua kaum dan segala bangsa. Mereka ingin menaiki kapal bahtera Amanah kerana yakin perjuangan mereka di lautan ganaz . Kah Kah Kah **************************** Kita yakin AMANAH mampu merampas Kelantan seperti kata Salahuddin Ayub. Kelantan ada 45 kerusi di Kelan...

Satu 'coalition' saja lawan BN

Image
Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum anjuran Malaysiakini.  Pandangan dari Faiz Fadzil ini menarik bro kerana dalam forum yang sama itu,  Afif Bahardin menegaskan PKR masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian PAS yg diketuai Tok Sidang depa itu bercanggah dengan Pakatan Harapan. Kenapa perlu teruskan hubungan keliru, sighu dan celaru ini? PAS diketahui memang nekad menolak kewujudan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP dan AMANAH. Depa dah pun sejahtera bila telah membentuk Gagasan Sejahtera sendiri. Tak usahlah PH harapkan lagi dengan PAS terutama PKR ! Buang 'stim' rakan2 gabungan PH yang lain dgn perangai semacam ini?. Kiranya PKR masih impikan Pas untuk harapkan 'undi' mereka? lupakan saja. PH kena berani dgn 'Pakatan' sendiri. PAS hanya akan membeban PH saja. 'No Choice' bro ! Kena jauh dari PAS. Mereka sudah tidak relevan lagi dibuat teman ...

Belum apa-apa Mohd Amar dah gelabah ?

Image
Belum apa-apa Tim. MB Kelantan nie dah bagi satu 'hint' untuk PH khususnya Amanah jangan bertanding di kelantan pada PRU 14 nanti? Kah kah Kah Kenapa bro? Dah segheyau ke? Bimbang apanya? Ketaq lutut semacam jer? Dulu katanya Amanah tak beri kesan apa-apa kat Pas di Kelantan? Sekarang nie awat? Nik Amar inilah yang gelar Amanah sebagai 'nanar' bro   sini . Memang dia nie banyak mulut sikit, pok pet tak berhenti-henti, dia lah yang kata warna oren Amanah tu warna 'tok sami' lih . malaysiakini ! bila kena troll dgn netizen dan Tok Sidang Pas pun pakai baju (jaket) warna oren, dia pun mula laa diam sikit, pasai kena balik kat batang hidung seniri !  Memang PAS 'berniat' jahat, bila samakan warna AMANAH dengan warna sami..orang yang cerdik tak akan bercakap berbincang perkara-perkara selentengan sebegini bro, orang yang berotak 'kecil' sahaja memikior perkara-perkara 'kecil' yang tidak memberi apa-apa nilai tambah dalam memacu perjuangan...

Cerita di sebalik Pingat Emas Olimpik Rio

Image
Rupanya pingat emas yang dibanggakan seberat 500 gram itu oleh para atelet di sukan olimpik dulu dan sekarang hanya saduran emas sahaja. Harganya pun tak laa mahal mana bro ! Tetapi ini bukan ukuran bagi para atelet sukan berprestij itu, rasanya mereka pun tahu ianya bukan 'solid gold' seperti yang diharapkan. Kandungannya hanya 1.2% emas dan bakinya adalah saduran bro, 99% pula adalah perak yang dikitar semula? Harganya di pasaran tidaklah semahal mana pun. Bayangkan kalau 500 gram emas padu bagi setiap pingat yang dimenangi tentulah harganya bukan alang kepalang bro? Apa pun tahniah bagi semua pemenang pingat emas ! An Olympic medal is worth glory and fame - just not very much cash. The 500-gram gold medals earned by Usain Bolt, Michael Phelps and Simone Biles are nearly 99 percent recycled silver. They contain just 1.2 percent gold, mostly used as plating. They are worth about $587 in current market prices.

Catatan Rio - Bagaimana S'pura perolehi Pingat Emas - Foto dan Video

Image
Fiji telah mendapatkan 'pingat emas' pertama mereka bro ! melalui 'rugby 7'. Singapura pula melalui acara ' 100-meter butterfly ' telah memenangi 'emas' pertama mereka melalui Joseph Schooling yang mengalahkan idolanya sendiri Michael Phelps. Tahniah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ada kejayaan. Malaysia belum lagi dapat emas, entah sehari dua lagi tak tahu laa.

Gelisahnya PAS - Video

Image
Ketua Pemuda PAS sifatkan dakwaan Sarawak Report bagai peluru yang sudah sejuk bro ! Kah kah Kah. Aikk! baru saja 'peluru' yang di'lancar' tu dah jadi sejuk? Sapa kata sejuk? Kian 'panas' ada laa bro!! Tak kan baru seminggu dah 'sejuk'? Kalau 'sejuk'? Apasal wala'uns semua pakat resah pakat gelisah? Itu tandanya makin 'panas' bro ! Panas membara! 'Peluru' tak kira sejuk ke atau panas ke? Sekali 'terlepas' kalo tak 'mengena 'sasaran' sekali pun?, boleh 'pengsan' dan 'pangsan' bro ! Boleh 'trauma' berminggu, berbulan bro ! Jangan main-main ! Kah Kah Kah Kenapa cepat sangat kata ianya suatu 'kebatilan yang nyata' ? Nyata ke palsu ke? kita tunggu laa sebulan lagi bila Pas nak saman SR tu sebulan lagi sini ? Masa tu kita tengok laa lagu mana bro ! Tu pun kalo PAS 'proceed' ? Dulu pun bila isu 1MDB dibincangkan di alam maya, Pas dan wala'uns pun kata isu i...

Menarik cadangan A Kadir Jasin ini bro !

Image
Ya, cadangan Datuk A Kadir Jasin ini sangat menarik bro !. Pas yang terpalit dengan dakwaan Sarawak Report tu lebih baik 'bersumpah' dengan al-Quran bahawa yang dilaporkan Sarawak Report adalah fitnah. Ia lebih meyakinkan orang ramai lebih dari nak menyaman SR tu.  Ikut Tok Sidang, lambat lagi Pas nak saman SR tu, sebulan lagi katanya macam dalam berita ini , lambat lagi tu. Macam-macam boleh jadi dalam sebulan tu? Kah Kah Kah Bukan ke Pas tu parti ulama?, orang lebih percaya kalau Pas sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah”? R amai percaya memang ada kerjasama terselindung antara Pas dengan Umno, ini andaian ramai, persepsi ramai yang setidaknya boleh 'menghilangkan' keraguan mereka, bukan ke  bersumpah dengan al-Quran itu lebih baik? Sumpah Bai'ah pun ada dalam peraturan Pas kan? Tak kan wala'uns saja nak kena bersumpah? Lebih baik Pas bersumpah dengan al-Quran daripada saman Sarawak Report, kata wartawan veteran

Halal Speed Dating , program cari jodoh terbaik - Video

Image
HSD atau Halal Speed Dating adalah sebuah program kendalian pasangan suami isteri Zuhri Yuhyi dan isteri Munirah Tunai. Ia sebuah program bagi mencari jodoh secara halal dan tidak tersasar dari hukum agama bro ! Caj dia tak la mahal mana bro n sis ! tapi pulangannya mengkagumkan ! Kah Kah Kah Kadang tu kasian juga tengok budak 2 muda laa ni, depa dok buat keroja tak berapa elok, dating merata tempat, silap hari bulan boleh 'terlajak' bro! Kan ke satu haru tu, dah laa tidak halal, haram dan berdosa jadinya. Program nie special bro ! Jadi yang lambat, yang slow nak dapat teman hidup tu elok hangpa cuba hubungi pengendali program ini. No doubt kalo hangpa berumur sekali pun atau dah jadi bujang Alif  Ba Ta atau Angkatan Bujang Tua ! Bujang terlajak laa katakan ! Kah Kah Kah Aku teringat seorang haji di Kedah kata kat murid dia semasa sesi kuliah dia sewaktu menasihat muridnya, dia kata, 'hangpa menikah cepat, jangan dok biaq lama, tua-tua aku nie pun, tara '...

Tok Din dan 'kereta buruk' nya - video

Image
Kereta buruk tu laa yang Tok guna sekian lama, dari muda sampai ke tua sampai ditendang keluaq. Bila di luaq baru tahu kata kereta yang Tok dok tumpang selama nie buruk bebenor rupanya ! Kah Kah Kah Masa duduk bawa 'kereta buruk' tu, Tok tak rasa ke yang keta tu dah berkarat benar, dah longgar habis 'screw' , ekzos pun berlubang rata tempat, 'air-con' pun tak berfungsi cukup lama, tapi Tok sebagai 'co-driver' keta buruk jenama UMNO tu tetap bertahan mahu memandunya juga. Masa boleh 'bawa' keta tu rasa sedap semacam jer? Kah kah kah Bila Tok tak isi minyak cukup-cukup masa bawa hari tu, depa pikiaq Tok dah tak sesuai, keta tu pulak asyik 'mati' tengah jalan jer, puas 'charge' bateri baru boleh tolak? Depa kata Tok dah tak suit lagi jadi 'co-driver' dan Tok Din direhatkan. Kah kah Kah Khulasah ~ Ingat cerita sang pelanduk dengan rambutan? Rambutan yang sedang masak ranum coba dicapai dan digapai dengan melompat-lo...

Muslim Amerika masih di diskriminasi ?

Image
Amerika dikenali sebagai antara negara 'demokrasi' dan bebas di dunia bro ! tetapi adakah insiden yang berlaku kepada 2 wanita Islam ini Niala Mohammad Khalil dan seorang rakannya yang tidak dibenar meneruskan penerbangan dengan American Airlines ke Washingto DC kerana kononnya seorang ' flight attendant ' lelaki dalam penerbangan itu merasakan 'tidak selamat'? Niala kemundian memuat naik ketidakpuasan hatinya ini dalam fesbuknya dan segera mendapat respon cepat. Beliau dan rakannya kemundian dibenarkan mengambil penerbangan lain berikutnya walaupun katanya ia telah lewat untuk bekerja pada hari itu. Luahan beliau itu dilampirkan di bawah.  Apa pun mereka berdua  ditawarkan kredit $200 untuk penerbangan di masa lain dengan American Airlines juga baucer makanan bernilai $24 ! Gamaknya syarikat tu nak 'cover' ler tu? berbaloi ler tu..Kah Kah Kah Niala mendakwa bahawa diskriminasi ini adalah kerana mereka beragama Islam, walaupun beliau berkerja...

Ada apa dengan filem KABALI ? Video

Image
Laa nie ramai melayu hantam tengok filem Tamil pula bro, Aku pun suka juga tengok aksi dan lagak Rajinikant ini bro ! Kah Kah Kah Dua aktor Malaysia, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim turut berlakon dalam Kabali bro ! lagi gempak laa ! Zack Taipan pun katanya main sama dalam filem nie bro ! Ada apa dengan 'Kabali' nie sampai CAP atau Persatuan Pengguna Pulau Pinang bimbang dengan filem ini? Bacalah pandangan ' Zulhazmi Shariff ' seperti paparan di bawah dan juga Sinopsis Kabali untuk mengetahui jalan ceritanya. Kabali versi BM pun dah ada bro ! lihat video di bawah. Rajinikanth.

Produk terbaru - Kondom berperisa doghian beb !

Image
Orang mahu menggunakan kondom sekarang, tetapi mereka juga mahu merasakan seolah-olah tidak memakainya ! Kah Kah Kah Hebat Malaysia bro. Kita dah jadi pengeluar kondom terbesar donia daaa ! Macam-macam perisa (flavor) dok ada ! kondom pun ada perisa doghian, ada perisa 'banana', oren, rasa lagu mana yer? boleh rasa ke? atau hanya aromanya saja semerbak mewangi? cobalah nanti baru hangpa tahu ! Kah kah Kah Menggunakan kondom nie ada kebaikanya tetapi jangan salah guna daa. Apa makna bila kita jadi pengeluar kondom terbesar dunia? Adakah penggunaan yang tidak 'betul' turut berlaku dan menyebabkan masalah sosial berleluasa? Kondom tu murah jer, anak muda pasti terpikat? itu yang menyebabkan kita melihat gejala pembuangan bayi begitu berleluasa dan menyesakan dada kita ! ramai suami menggunakan kondom ini dgn isteri sendiri untuk menjarakan zuriat, okey laa tu.  Apa pun, ramai yang menyalahgunakan peralatan ini terutama remaja yang 'liar' dan kurang didikan da...

Penumpang Malaysia terselamat dlm tragedi di Dubai - Video

Image
Pendaratan cemas oleh juruterbang sebuah pesawat Emirates ini agak menakjubkan kerana semua penumpang dan anak kapal terselamat kesemuanya.  Dilaporkan terdapat rakyat Malaysia dalam pesawat itu.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Image
Apa dah jadi bro ? kerjaya tertua donia ini tidak perlukan ilmu membusung di kepala. kerjaya ini hanya bermodalkan rupa paras yang cantik, menggiurkan saja. Harga boleh dirunding beb ! Soal bahasa dan komunikasinya bukan halangan besar, kerjaya ini tak perlukan sangat sijil bahasa tinggi bro ! yang penting setuju, bayar, setel. Kah kah kah Ibu Arab dah berlambak hak kat KL dan bandar2 besar sekitar bro ! Depa mai pakai pas nak mengaji bro ! lepas dapat masuk, depa pi mengaji kat Bukit Bintang? Bukit Bintang tu 'open U' bro ! Kah Kah Kah.  Kita mengaku menjadi ' Negara Islam ' contoh kepada negara Islam lain di donia? Senario yang dipaparkan ini hanya sekelumit kecil yang di temui bro ! Ini bukan lagi contoh, ini comot namanya ! kah kah kah Wanita 'arab' yang dilaporkan ini boleh jadi sebahagian mereka bukan Islam bro? Soal hijab yang mereka pakai itu belum boleh dikatakan mereka itu muslimah arab sebenarnya, kerana ramai juga orang arab beragama nasrani d...