PAS bakal tonggek di Kelantan dan Selangor ???

Sempoi dan bersahaja Husam bermadah kali ini. Husam Musa berkata PAS “tentu akan jatuh” di Kelantan sementara di Selangor, kesemua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang. kalau apa yang ditelah oleh Husam ini terjadi? Di mana Pas masa itu? Umno masih mahu bersenandung lagi ke dengan demer ? Kah Kah Kah

Pas selalu mendakwa dia kuat bro, Titm misalnya ada berkata bahawa tunjang politik di Malaysia hanya dua parti saja?Umno dan Pas(pembangkang) kononnya, lihat video nya. Nostalgia TITM ini dah out-dated bro ! Ketinggalan. Kah Kah Kah

Telahan Husam ini ada asasnya. Pas yang jadikan Umno atas kemahuan sekerat dua kepala Sidang Pas termasuk Tok Sidang tidak disenangi malah ditentang sebahagian besar akar umbi Pas. mereka lebih betah memilih Amanah, PKR atau DAP seperti Pak Samad Said, Aziz Bari, Mejar Zaidi malah gadis berpurdah pun sertai DAP FMT dan ramai lagi yang lebih condong memilih DAP. Kenapa? Kerana mereka tidak yakin dengan hala tuju Pas sekarang ini.Banyak cakap tapi kerja tak buat . Baca di sini bro.

Pas kian kelupur sakan, mereka masih memanggil Amanah sebagai PAN. Itu memang agenda PAS bro, agenda memperlekehkan 'parti nyamuk' ini yang baru saja 'menggigit' Pas di PRK Kuala Kangsar ! Gatalnya 'gigitan nyamuk' ini masih 'berbisa' bro ! Pas masih 'menggaru' nya sampai saat ini bro ! Kah Kah Kah.

Tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN kerana depa Pas tak suka  pada 'word' Amanah yang banyak disebut dalam Al-Quran sebagai kumpulan yang memiliki (ثقة) Thiqah atau memiliki keyakinan berdasarkan perkataan Amanah itu sendiri. 

AMANAH berdaftar dgn ROS bro. Berdaftar dengan nama AMANAH. Jadi,tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN itu cukup memalukan bro ! Segala walaon Pas sekarang ini turut sama dengan perangai ketua-ketua walaon melekehkankan AMANAH. Pada hal Amanah berdaftar dgn ROS bro.Berdaftar dengan nama AMANAH. Bukan berdaftar dengan nama PAN. Semua ini menjengkelkan. Sebabnya mudah sahaja, Amanah kian mendapat tempat di hati orang Melayu dan pelbaga kaum sebagai medium baru 'Rahmatan Lil'Alamin' rahmat untuk semua kaum dan bangsa yang tidak ada pada PAS lagi. PAS sendiri yang memusnahkan impian pelbagai bangsa ini untuk melihat PR dahulunya merangkul 'Piala Johan' di Putrajaya. Sekarang PAS mula kelupurrr sakan, tapi mereka tidak betah lagi mengakuinya, malu agaknya, dakwah mereka tidak kesampaian dan yang dikendong dulunya habis berterabur sekarang ini. Kah Kah Kah

Perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil AMANAH. Depa tukar panggilan jadi PAN ? PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu ‘busuk hati’ terhadap AMANAH. Kah Kah Kah

Dengan keyakinan yang dilontarkan oleh Husam bahawa Pas bakal KALAH di Kelantan dan bakal hilang kesemua kerusi di Selangor, dirasakan semacam 'petir' di siang hari begitu, Pas tidur dah tak lena mandi pun dah tak basah bro ! Kah Kah Kah

Husam berkata kekalahan PAS di Kelantan dan Selangor adalah sesuatu yang pasti berlaku berikutan perubahan hala tuju parti itu di bawah Tok Sidang Pas sendiri.
Kepimpinan PAS dilihat mula bertukar arah dan lebih mesra Umno selepas muktamar tahun lalu yang menyaksikan kebangkitan puak konservatif menyokong Hadi.

Pas menuduh Husam mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan? Husam kata itu tidak benar sama sekali kerana kejatuhan ini adalah berpunca dari tindakan dan pilihan Tok Sidang Pas sendiri untuk kembali surut ke belakang. surut di zaman Pas tidak menang dulunya, iaitu zaman Umno berkuasa di sana sebelum 1982 bro ! Pas yang terlalu mesra Umno begitu menjengkilkan rakyat yang cintakan keadilan menyeluruh, tidak perlu penganalisa profesional untuk menjangkakan PAS kalah di Kelantan. “Yang menjadi isu sekarang, kerajaan PAS yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa,” ujar Husam bro !

Kekadang Pas ini makin celaghu habis bro, adakah boleh nak kata Husam mahu jatuhkan kerajaan Kelantan? Husam itu tonggak Pas di era TGNA dulunya, dia tahu bahawa bila Pas yang ada sekarang ini, tidak lagi berlari atas jalan yang dirintis oleh almarhum. TGNA sesekali tidak memberi 'muka' kpd Umno dan kepimpinan beliau bagai langit dgn bumi dengan Pas sekarang di bwh kembaran 2H . Kencenderongan inilah, cenderongnya Pas yang bersungguh-sunguh memberi 'tongkat' kepada Umno membawa padah besar kepada PAS itu sendiri. 

Ahli Pas khabarnya dah lari keluar dari parti bulan itu, bukan sikit yang dah blah bro ! 200K begitu, lebihnya mahu lagi bro ! Itu baru ahli depa yang rasmi, yang di luar belum dikira lagi tu? Mahu karam bahtera bulan purnama nie bro ! itu pasal kata Husam tak payah penganalisis pro, kita yang cokia ini pun boleh buat telahan yang Pas akan kehilangan Kelantan dan di Selangor, berdesit habih kerusi Pas tu? Mana Pas tak kelupoq bro? Kah kah kah

Husam: PAS bakal kalah di Kelantan, hilang semua kerusi Selangor

Bekas naib presiden PAS itu berkata tidak perlu penganalisa profesional untuk membuat rumusan itu.
husam 1


PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata PAS “tentu akan jatuh” di Kelantan sementara di Selangor, kesemua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang.

Bekas naib presiden PAS yang pernah menjawat Exco kanan Kelantan itu berkata keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga membuktikan PAS tidak lagi berpeluang menang di kerusi campuran dan “marginal” kawasan majoriti Melayu.

“Di Selangor, kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya merujuk Adun Chempaka dan Exco Selangor mewakili PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, seperti dipetik portal berita Amanah, Malaysia Dateline, hari ini.

Husam, yang dipecat oleh PAS pada April lalu, berkata demikian ketika berucap pada majlis “makan colek” (jamuan selepas berbuka puasa) anjuran Amanah Kelantan, semalam.

Menurutnya, ahli Dewan Undangan Negeri popular PAS seperti Dr Abdul Rani Osman (Meru) akan turut menerima tempias kekalahan pada pilihan raya akan datang.

Husam berkata kekalahan PAS di Kelantan dan Selangor adalah sesuatu yang pasti berlaku berikutan perubahan hala tuju parti itu di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kepimpinan PAS dilihat mula bertukar arah dan lebih mesra Umno selepas muktamar tahun lalu yang menyaksikan kebangkitan puak konservatif menyokong Hadi.

Susulan itu, PAS memutuskan hubungan dengan DAP, dan tidak menyertai Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah yang diterajui bekas pemimpin parti Islam itu.
Husam turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

“Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini (Kelantan) tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu,” kata Husam
Katanya, tidak perlu penganalisa profesional untuk menjangkakan PAS kalah di Kelantan.
“Yang menjadi isu sekarang, kerajaan PAS yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa,” ujar beliau..sumber.



Khulasah
~ yang menjadi isunya sekarang kalau Pas tonggek di Kelantan dan Selangor? Siapa bakal gantinya?

~ Apa yang nak loghat, janji Pas kecundang habis-habisan. Itu dah cukup. Tentunya Umno tidak lagi mahukan Pas yang tidak boleh membantunya lagi. Masa ini baru walaunn pakat berceghidau macam ayam kehilangan induknya bro ! Kah Kah Kah

~ Kalau Pas tonggek, bakal gantinya adalah dari Pakatan Harapan tentunya! Biarlah PI$ dengan fatamorgananya, biar ia menjadi satu manifestasi kehidupan walaun yang penuh harapan dan tempat untuk berkhayal. Kah Kah Kah

Sisipan Sempoi


Dah tak sabar nak tunggu hasil kajian nie bro! yang bestnya tu ditulis punca Pas kalah TERUK? Sampai hati depa kata kalah teruk? Tak patut betul. Kah Kah Kah


Orang Penang masih mendengar azan..selesa beribadah pada Allah. Kamu sebagai walaun jadi penghancur keharmonian....!!! Awat minta maaf? Itu maknanya kamu sengaja 'memfitnah'? Ostad ke kamu ini sebenarnya? 
Inilah yang memungkinkan Pas sekarang kehilangan sokongan yang besar hasil dari tidak berhemahnya orang semacam ini berada dalam PAS. Kah Kah Kah


Nak kenal Pas? Inilah wajah buruk Pas sekarang bro ! Tidak kenal walaunti atau walaunta..budaya takfiri dah membarah dlm parti yang kononnya mengolah Islam sebagai cara hidup mereka? Memalukan.Ini akan memudahkan Pas makin hanyut ditolak oleh rakyat yang waras dan cintakan keadilan sejagat. Aku tak ambik pot sangat dgn status walaunti ini, bukan ada ilmu pun, emo tak bertempat. Hang nak bersama Pas? Go ahead. Do not contempt those who make this choice..Layanlah Pas hang tu ! Kah Kah Kah

"Apabila ada seseorang yang mengkafirkan saudaranya maka salah satu dari keduanya akan tertimpa kekufuran. [HR Muslim].

"Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh. [HR Muslim].


Maka bersanding lah mereka berdua untuk satu hala tuju yang tidak diketahui tetapi menyesakan dada rakyat? Kah Kah Kah


Jadi Pas memburukan DAP tu hanya kerana sokongan bukan melayu gagal diraih lagi oleh mereka? Alangkah bebalnya mereka, sepatutnya kalau mahukan sokongan semula, kenalah lunak pada tutur bahasa, bukan maki hamun. Ini agaknya Husam maksudkan itu di mana semua kerusi di Selangor tu bakal hilang? Kah Kah Kah


Tak kan pasai mahukan undi orang Umno baru nak baik dengan Umno? Betul ke nie? Tak ada asbab lain ke? Kah kah Kah
Leceh laa asbab tu bro ! habisnya kalau mahukan undi bukan Islam? Kenapa sumpit DAP? Undi depa tak mahu sama ke? Kah Kah Kah


Walaunti Pascai, kenapa menghina pilihan Abby ?? Oh kerana selebriti utama negara hampir kesemuanya menjauhi PI$, Leman Raja Lawan, Aisyah dan yang lain dah berkerat rotan dengan PI$, itu pasal ramai walaunti mencemuh pendirian yang diambil oleh Abby Abadi ini? Matang ke cara walaunti seperti ini? Kah Kah Kah


Mereka "lebih" nampak hudud jer... isu2 rakyat ketepikan dulu... "seolah-olah" Islam tu hudud semata-mata.... cakap lebih2 dilabel mcm2...
Walaaunti nie siapa daa kalo nak banding dengan Rafizi? Inilah bahasa walaunta/ti yang hanya tahu menghina bukan membina. Walaunti nie pun mengaku Umno tu hina (ayat lebih hina dari Umno) tapi masih berulit mesra dengan Hamno tu bro ! Kah Kah kah

Aloo walaunti, Amanah tu sebahagian dari Pakatan Harapan dan Rafizi adalah ahli malah Setiausaha PKR yang menjadi gabungan dalam PH. Adalah menjadi tugasnya melunsuri bersama PH dalam apa-apa agenda bersama untuk meranapkan PAS-Umno, ada faham? Sebesaq hama pun rakyat tak tahu apakah sumbangan kamu kepada negara berbanding Rafizi. Apakah tugas kamu hanya menulis status yang langsung tidak bernilai begini? Kah Kah Kah

Buka Minda sikit


 Kuala Lumpur ·
Menurut analisa dan hemat politik Husam Musa Pas Kelantan akan kalah dan semua kerusi Pas di Selangor akan hilang. Saya tidak mahu bersetuju dengan pendapatnya itu. Cuma kalaulah berlaku demikian khasnya di Kelantan Pas kalah disebabkan kedegilan dan pendeknya cara orang Pas Kelantan berpolitik hari ini, mujur baru.


Biarlah Pas kalah, kita tengok selepas ini siapa akan bekerja untuk menghidupkan Pas.
Saya nak tengok siapa akan bangkit menghidupkan Pas, kerana di situlah nanti baru dapat tahu siapa jujur, ikhlas dan berjiwa pejuang. Saya pernah melalui zaman perit Pas tahun 1978. Apabila kerajaan Pas tumbang, ramai pemimpin Pas yang terkejut dan meriba tangan tidak tahu hendak buat apa. Setengah ada yang perlahan-lahan berundur dari politik dalam gelap, hidup seperti orang biasa selepas dapat sedikit sebanyak ghanimah semasa Pas menang.

Jadi kekalahan seperti dibayangkan Husam itu penting dan ia menjadi ujian kepada orang politik. Sekiranya orang2 parti agama itu benar berpegang kepada apa disebut, Istiqamah dengan perjuangan, rsanya tak ada masalah. Biarlah Pas Kelantan kalah, kerana kekalahan itu akan menjadi tapisan yang sebenarnya. Ibarat napis (tapisan) santan, ia merupakan tapisan yang berlubang "KERET" (amat kecil sekali). Hampas akan lekat dan yang jatuh ialah santan yang tulen.Trimas..MSO II.

Senyum Sikit
Walaun Usin UG Ceroi
Issyy...tak sampai beberapa jam, Dap dah dapat kutip derma lebih RM1 Juta sumbangan solidariti ke atas Lim Guan Eng. waktu guru tok terlibat dlm kes fitnah edar pil kuda tanpa sebut nama dulu, usahkan nak kutip derma, duit peguam pun satu sen guru tok tak bayar kat Loyar Asmuni Awi yg kini dah masuk Amanah. Ucapan terima kasih pun takde.
Itulah kelebihan dan rezeki olamak. Terfikir juga tok, kalau la puak2 tok boleh kutip derma khusus untuk bayar hutang Harakah yg kini menjangkau RM 2 juta, alangkah cepatnya nanti mereka semua masuk syurga. Parti tok terpaksa kerah dan wajibkan semua cawangan beli 10 naskah Harakah setiap keluaran, itu pun tak dapat nak lawan separuh dari duit derma kpd Lim Guan Eng. Isshhhh....

PAS BUKAN LAGI PARTI ISLAM TAPI SUDAH JADI PARTI ASOBIYAH MELAYU
Ini berdasarkan Dalil Al Quran surah Hud Ayat 113 dimana Allah SWT berfirman (bermaksud); "Dan jangan sekali2 kamu cenderung hati kepada orang2 yg zalim itu kelak kamu disambar api neraka".

PAS dibawah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) melawan Umno BN habis habisan sebab itulah Umno BN mengenakan berbagai tekanan kepada ATGNA dan Kelantan. Tapi hasil kebijaksanaan memerintah dan polisi jimat cermat Kelantan dapat bertahan.

ATGNA juga "istiqomah" dengan gabungan pembangkang malah TIDAK PERNAH mengatakan Dap sebagai musuh Islam malah mengekalkan hubungan baik dengan Karpal Singh, antara yg paling kuat menentang hudud. Sebab itulah PAS digeruni di zaman beliau dan berjaya dengan pencapaian terbaik pada PRU12 dan PRU13. Namun lihatlah kerosakan yg berlaku kepada PAS apabila harun din mengambil alih sebagai Mursyidul Am (AM).

Miskin sangatkah beliau sehingga beliau sanggup terima jawatan dibawah agensi UMNO? Lihat kenyataan beliau dibawah yg MEMBELA najib dan menyerang musuh2 najib (sudah tentu kena bela sebab sudah kenyang makan DEDAK UMNO).

Bukan beliau seorang saja malah hj hadi, nik abduh dan beberapa pemimpin utama pas sudah bernada membela umno dan menyerang parti2 pembangkang lain.

Malah "Budaya politik matang dan sejahtera" kononnya yang cuba diwar2kan oleh hj hadi TIDAK BERTEPATAN DENGAN SYARAK iaitu ayat yg disebut diatas tadi.

Sebab itu saya katakan sekali lagi PAS bukan saja sudah hilang kelayakan sebagai sebuah parti Islam tetapi kini Pas adalah sebuah parti asobiyah yg wajib dijauhi dan ditentang kerana BERSEKONGKOL dengan umno bn yang zalim. Jom sama2 perkuatkan Pakatan Harapan bagi menumbangkan Umno BN dan konco2nya yang zalim.

ALLAH MAHA BESAR

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
Ahli DAP
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8:27:00 PTG ~ diangkat dari fb Tapih Lului.



Sajalah nak habaq...
Pakatan Harapan....
AMANAH | PKR | DAP
NO PAS
Kah Kah Kah


Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua pengunjung setia Batu Bara
(تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكمْ) Moga amalan semua kita diterima di sisiNya.


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?