'Mari saya ajar cara baca kartun' ZUNAR [Video]
Katun pun ramai tak faham nak baca yang tersirat? yang tersurat pun belum tentu menyurat, menyirap dan menyukat bro ! Kah Kah Kah
Isu dan objek pun ramai tak reti nak baca.Hasilnya
tak pasai-pasai pi buat riuh depan Pejabat DAP. Memalukan. Kalo orang kata 'bangang' nanti depa puak baju merah tu marah pulak? Tapi dah akai tak ceghedik, macam tu laa jadinya, emosi jer lebih ! nak tunjuk garang tak kena tempat. Kah Kah Kah
Coba bayang kalo sehari, dua hari atau seminggu hangpa tak gelak langsung? Kan ke muka tu naik peghat, mencuka? anak-anak hatta bini pun naik semak tengok muka macam tu? Orang yang hilang deria ketawa ini tak ubah macam batu, keras kaku dan tak laku. Kah Kah Kah
Zunar kata depa dah hilang deria ketawa? omputeh kata, 'laughter is the best medicine' ketawa tu ubat terbaik bro ! Zunar kata dia ingin menawarkan kursus "mari ketawa" kepada mereka secara percuma. Moga ada yang respon tawaran Zunar tu.
Kah Kah Kah
'Mari saya ajar cara baca kartun'
ZUNAR
13 Julai 2016
SETELAH saya membaca, didapati karikatur tersebut tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi etika, budaya atau undang-undang.
Kartun harus dibaca dari dua aspek - subjek dan objek. Subjek dalam kartun ini ialah isu semasa manakala sambutan Hari Raya hanyalah objek latar belakang untuk memperkukuhkan isu.
Kartun tersebut menggambarkan dua orang kanak-kanak datang ke rumah seseorang untuk berhari raya. Dialognya - "Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma," dan dialog satu lagi berbunyi "Tak dapat derma, dedak pun OK."
Kartun ini tidak bercerita tentang Hari Raya. Isu yang hendak disampaikan adalah "derma" dan "dedak." Kedua-dua isu ini bukanlah ciptaan kartunis atau Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Ia adalah isu yang hangat diperkata di Malaysia sekarang ini.
Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya. Dan ia sangat menepati kriteria kartun-kartun satira.
Jika karikatur itu tidak menyalahi etika melukis kartun, kenapa pula menjadi kesalahan apabila Kor Ming menyiarkan dalam media sosialnya?
~ Pemuda Wilayah tuntut Kor Ming mohon maaf secara terbuka pula...
Ahli Umno membuat laporan polis dan semalam, kira-kira 200 orang NGO berbaju merah mengadakan tunjuk perasaan di depan pejabat DAP kerana katanya kartun itu mengguris perasan Melayu dan Islam.
Bagaimana mereka boleh terguris sedangkan memberi wang kepada tetamu yang datang ke rumah bukanlah ajaran Islam. Dan budaya wang dalam sampul "Ang Pow" jelas berasal dari budaya mesyarakat Cina, bukan budaya Melayu.
Bagi saya, kartun tersebut jelas tidak menyalahi dari sudut etika dalam lukisan kartun. Kartun ini juga tidak bertentangan mana-mana budaya atau agama. Kartun ini juga bukanlah satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah.
Orang yang waras akalnya, apabila membaca kartun tersebut, pasti akan terhibur. Saya tidak faham kenapa ahli-ahli Umno, KPN (Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan NGO baju merah tidak melihat kartun ini sebagai bahan ketawa ringan.
Apakah ahli-ahli Umno, KPN dan NGO baju merah ini manusia berhati batu yang tidak mempunyai deria ketawa?
Jika begitu keadaannya, saya dengan ini ingin menawarkan kursus "mari ketawa" kepada mereka secara percuma.
Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga.
Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit.
Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa.
ZUNAR
Kartunis Politik
~ sumber .
Isu dan objek pun ramai tak reti nak baca.Hasilnya
tak pasai-pasai pi buat riuh depan Pejabat DAP. Memalukan. Kalo orang kata 'bangang' nanti depa puak baju merah tu marah pulak? Tapi dah akai tak ceghedik, macam tu laa jadinya, emosi jer lebih ! nak tunjuk garang tak kena tempat. Kah Kah Kah
Coba bayang kalo sehari, dua hari atau seminggu hangpa tak gelak langsung? Kan ke muka tu naik peghat, mencuka? anak-anak hatta bini pun naik semak tengok muka macam tu? Orang yang hilang deria ketawa ini tak ubah macam batu, keras kaku dan tak laku. Kah Kah Kah
Zunar kata depa dah hilang deria ketawa? omputeh kata, 'laughter is the best medicine' ketawa tu ubat terbaik bro ! Zunar kata dia ingin menawarkan kursus "mari ketawa" kepada mereka secara percuma. Moga ada yang respon tawaran Zunar tu.
Kah Kah Kah
'Mari saya ajar cara baca kartun'
ZUNAR
13 Julai 2016
SETELAH saya membaca, didapati karikatur tersebut tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi etika, budaya atau undang-undang.
Kartun harus dibaca dari dua aspek - subjek dan objek. Subjek dalam kartun ini ialah isu semasa manakala sambutan Hari Raya hanyalah objek latar belakang untuk memperkukuhkan isu.
Dah jenoh dok belek karton ni, tang mana yg hina agama weiiiii ....? |
Kartun ini tidak bercerita tentang Hari Raya. Isu yang hendak disampaikan adalah "derma" dan "dedak." Kedua-dua isu ini bukanlah ciptaan kartunis atau Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Ia adalah isu yang hangat diperkata di Malaysia sekarang ini.
Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya. Dan ia sangat menepati kriteria kartun-kartun satira.
Jika karikatur itu tidak menyalahi etika melukis kartun, kenapa pula menjadi kesalahan apabila Kor Ming menyiarkan dalam media sosialnya?
sumber foto |
~ Pemuda Wilayah tuntut Kor Ming mohon maaf secara terbuka pula...
Ahli Umno membuat laporan polis dan semalam, kira-kira 200 orang NGO berbaju merah mengadakan tunjuk perasaan di depan pejabat DAP kerana katanya kartun itu mengguris perasan Melayu dan Islam.
Bagaimana mereka boleh terguris sedangkan memberi wang kepada tetamu yang datang ke rumah bukanlah ajaran Islam. Dan budaya wang dalam sampul "Ang Pow" jelas berasal dari budaya mesyarakat Cina, bukan budaya Melayu.
Bagi saya, kartun tersebut jelas tidak menyalahi dari sudut etika dalam lukisan kartun. Kartun ini juga tidak bertentangan mana-mana budaya atau agama. Kartun ini juga bukanlah satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah.
Orang yang waras akalnya, apabila membaca kartun tersebut, pasti akan terhibur. Saya tidak faham kenapa ahli-ahli Umno, KPN (Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan NGO baju merah tidak melihat kartun ini sebagai bahan ketawa ringan.
Apakah ahli-ahli Umno, KPN dan NGO baju merah ini manusia berhati batu yang tidak mempunyai deria ketawa?
Jika begitu keadaannya, saya dengan ini ingin menawarkan kursus "mari ketawa" kepada mereka secara percuma.
Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga.
Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit.
Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa.
ZUNAR
Kartunis Politik
~ sumber .
Penunjuk perasaan cetus kekecohan di luar Ibu Pejabat DAP
Published on Jul 12, 2016
Kira-kira 200 penunjuk perasaan yang berarak sejauh 1km dari Ibu Pejabat Umno Cheras merempuh sekatan polis untuk memasuki Ibu Pejabat DAP di Cheras bagi menyuarakan bantahan terhadap kenyataan wakil rakyat DAP, Nga Kor Ming yang didakwa biadab dan berunsur provokasi..FMT video .
azwan2011 |
Butang Baju Aku Mana Pah
Kalo lawak macam nie pun tak gelak juga? memang kena pi berubatlah, urat gelak tu dah putus agaknya yer?Sebab itu filem komedi P.Ramlee digarap dan disukai ramai generasi demi generasi kerana falsafahnya untuk hilangkan resah gelisah dan kerisauan hidup, demikian P.Ramlee pernah berkata.'Dah tua pun bodoh' Kah kah kah
KAH KAH KAH KAH |
Lawan kpd ketawa adalah SERIOUS
ReplyDeleteOrg2 yg SERIOUS musti nampak warak takleh buat lawak
Org yg SERIOUS musti nampak hebat jd IMAM dgn jubah dan sorban
Dgn nampak SERIOUS jd IMAM melalui warak jubah dan sorban baru boleh buat FITNAH!
Buat FITNAH adalah kerja SERIOUS takleh buat lawak dan main2
Mcm FITNAH pilkuda dan barua tue..alangkah SERIOUSnya dia!?
Dgn warak sorban jd IMAM hebat tul SERIOUSnya kan!?
FITNAH hebat yg SERIOUS gini brp upahnya?
Siku & lutut gerenti TAK tau apa!
Depa tu BUTA tak tau kira2!!