Khalid Samad ejas kenyataan Mazlan Aliman ?

Di Johor, Mazlan Aliman berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baharu bagi Pakatan Harapan. Mazlan kata yang tu adalah cadangan kepada semua pimpinan PH bro ! Alasan beliau kerana DSAI sedang jalani hukuman dan Tok Din ada pengalaman dan akan menguatkan Pakatan Harapan bro ! Mazlan membuat kenyataan itu pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club di Johor Bahru, Jumaat lepas ruj. sini bro !

Personally memang aku sendiri tak berapa setuju dengan cadangan begini bro ! Jangan samakan dengan cara UFN dengan membuka pintu kepada Anwar untuk menyertai pembangkang. Anwar dengan Tok Din tak sama bro ! Kentalnya Anwar tak sama dengan Tok Din yang bighunya dari ujung kaki sampai kepala bro ! Seingat aku Anwar join Umno dari 1981-I999 saja, 18 tahun sahaja begitu. Tok Din pula bighunya cukup lama bro ! karatnya dah bersenam dah sekata....Kah Kah Kah

Tapi apa yang disebut oleh Mazlan Aliman itu mungkin kerana melihat Tok Din tu sebagai orang Johor, kubu kuat parti biru nie dan Tok Din pula seperti kata Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan kononnya adalah musuh yg menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Betulkah telahan itu? Betulkah BN gerun dengan Tok Din? Aku tak rasa pun BN gerun dengan Tok Din nie, Tok Din tidak sama dengan DSAI bro ! banyak 'kelompongan' di sana sini dalam karir beliau yang lama itu terutama semasa menjadi MB Johor dahulu? Alhamdulillah. Semua telahan itu dah diejas dengan begitu baik sekali oleh Bro Khalid Samad.


Beliau sebagai Pengarah Komunikasi Amanah telah menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa partinya sedia menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang. Nokhtah.

Penafian ini melegakan bro ! Bagaimanapun Khalid Samad dengan santun yg tinggi berkata,

Kenyataan Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor bersedia menyediakan tempat dan pentas untuk Muhyiddin bersuara. Itu saja. Kerana
ketika ini Tok Din tidak berparti bro. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Amanah Johor itu tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang, tapi menyediakan tempat untuk Muhyiddin membantah 1MDB dan sebagainya,” katanya yang kesal dengan salah lapor akhbar Inggeris sebelum ini. ampak tak permainan media? Kah Kah Kah

Ekoran itu, parti Amanah Johor dijangka mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu tersebut petang ini. Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.
Terdahulu akhbar The Star melaporkan Amanah mahu Muhyiddin dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan. (ruj sini)

Khulasah

~ kadang-kadang media pro Umno sengaja mainkan isu begini memutar belitkan kenyataan pemimpin pembangkang agar ia menjadi bahan pertelagahan sesama pimpinan Pakatan Harapan terutama Amanah.

~ kalau tidak ditangani dengan bijak dan berlapang dada ia akan membungakan perbalahan secara tidak disadari bro !

~ Khalid Samad dapat meredakan keadaan dengan cantik sekali kerana seperti kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang. Ia adalah hak Pakatan Harapan sedangkan Muhyiddin Yassin bukan ada parti pun sekarang ini. 

~ Bola tanggung yang diangkat oleh media seperti the star itu tidak dilibas oleh PH bro. Bola itu jatuh di luar gelanggang kerana terlalu tinggi diangkat media hingga melepasi gelanggang. Kah Kah Kah

Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah


~ Sementara itu bro ! Ahli  jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional Mazlan Aliman menafikan laporan The Star bahawa parti itu bersetuju untuk memilih bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua Pakatan Harapan yang baru.

Menyifatkan laporan tersebut jauh tersasar daripada apa yang diperkatakannya, Mazlan meminta The Star membetulkan laporan tersebut dan jika akhbar berkenaan enggan berbuat demikian beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
“Laporan itu tidak betul sama sekali dan jauh tersasar daripada apa yang saya katakan.

“Saya katakan laporan tersebut jelas berniat jahat dan mahu memporak perandakan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysia Dateline. 

~ sumber.

~ Aku dah kata, nampak? permainan saraf ini untuk hancurkan Pakatan Harapan terutamanya Amanah yang kian dekat di hati rakyat bro !


Comments

  1. Tindakan pantas camni yg kita mau dlm Amanah. Bila kawan tersilap cakap atau kenyataan diputaq belit, cepat2 ekjas. Pd aku lg elok tok din buat parti baru, barulah UMNO terbelah dua. Bila Tun ada parti baru, kelompok MCA, Gerakan dan MIC yg pro Tun akn join gabungan tu termasuk parti2 suku kaum di Sabah Sarawak.

    Aku harap akn terjadi pertandingan 4 penjuru. Pilihanraya 4 penjuru lebih adil dan lebih beri peluang kpd PH. Kerr...guano Mad?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$