Al-Kisah PAS dan Gencatan Senjatanya !

Bukan main gamat lagi bila titm membuat tawaran gencatan senjata sesama pembangkang sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN). 

Posisi Tuan Ibrahim hanya no dua saja dalam PAS, tak ada 'final say', sebab tu ramai tak yakin dengan tuturkata beliau. Lihat Muhyiddin dalam Umno, dulunya no dua juga, lihat Anwar Ibrahim, lihat Mat Sabu, lihat Musa Hitam, apa dah jadi dengan mereka?. Kalau di M'sia nie, kata putus dalam penentuan dasar dan hala-tuju sesebuah parti hanya dimiliki oleh no. satu saja bro, yang lain tak boleh dok memandai sendiri? Kah Kah Kah

Tuan Berahim kata kita buat gencatan senjata laa wahai PH, esoknya Tok Sidang kata tidak perlu, kita ikut acuan sendiri,Umno BN tambah lagi semangkuk, kita dah tahu gencatan senjata Tuan Berahim tu kompom tak jadi punya ! Ropanya depa nak 'test market' bro? Lepas tu Tuan Berahim pun sentot laa balik ! Kah kah Kah

Kalo ada yang bagi respon pun, sekadar syok sediri atau memulangkan paku buah keras? Kah Kah Kah.

Al-Kisahnya....




Pas makin tersepit bro ! Depa sedar, depa tahu tapi bukan semua walaunn dalam Pas yang tahu bahawa Pas kian tersepit untuk menghambat, merangkul kerusi di Pru 14 nanti. 
Pas akan kehilangan banyak kerusi, itu telahan ramai bro !
Inilah laluan tersepit Pas, melalui Titm Laluan ini coba dilunakan kononn untuk meredakan keadaan dengan perisyhtiharan 'gencatan senjata'?

Gencatan 'senjata' hape? 'senjata' maki hamun Pas vs PH? Hangpa buka grup fb Pas, penuh dengan maki hamun terhadap PH, aku sendiri depa 'block' dari grup tu bila aku provoke sikit jer ! Memba Amanah lain pun semcam juga kena sekat..depa syok main-main sama sendiri jer bro !  
Amanah tak ada laa buat grup macam tu lawan Pas Apa pun sekarang ini, AMANAH sudah pun MENGGANTI PAS dalam PAKATAN bro ! Kah kah kah

Ini agaknya yang tersepit terkapit terhimpit sampai Pas semakin cirit birit ?Dah habis dah berpikior agaknya tanpa restu Pas Pusat, memandai depa ajak dan seru agar sengketa yang panjang dan berlarutan hasil bikinan PAS sendiri dikendurkan?. Sendiri bikin onar, sendiri yang gelabah !!Kah Kah Kah


Al-Kisah antara dua pimpinan Pas. Satu tu gempaq nak tarik keluar Pas dari kerajaan Selangor? Dah dekat nak habis Syawal dah, tak jadi-jadi lagi? Gejut bro jangan tak gejut, kalo tidak nanti sendiri yang tarkajuit? Kah Kah Kah

Yang satu lagi dok ingat nak matangkan fikrah laa kononnya dengan ajak berdamai? Tau tau kepala kepala lain dalam Pas ramai ramai pakat kelupoq tak mahukan ajakan ini, itu Tuan Berahim punya dapatan sendiri, bukan kami kata depa? Seghoboh Seghabai betoi laa Pas nie? KAH KAH KAH

Al-Kisah
Reaksi Semasa


"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.Inilah reaksi awal Aman Razali selaku jurucakap PAS atas kapasiti Ketua Penerangan DUP bro ! (sumber). 
Mafhumnya takat tu laa saja, untuk bersama Pakatan Harapan? Tak mungkin laa kata mamat nie yang dilihat lebih berpengaruh kepada Pas dari Tuan Ibrahim . TITM tak rasa 'terhina' ke dengan kenyataan 'orang bawahan' semacam ini? Senang-senang dia 'teng' Timbalan Presidennya sendiri? Umno dan Pas sekarang ini tidak dapat dipisahkan ? Kah kah Kah


Merdeka Center melalui Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian lain pula pandangannya bro ! Cadangan Tuan Ibrahim untuk mewujudkan 'gencatan senjata' di kalangan parti pembangkang adalah satu langkah ke arah yang betul, ujar beliau.~ sumber .

Memang laa betul kalo sekali pikiaq tu tetapi dalam Pas terlampau ramai yang 'tak betul' cara pikiaq depa bro ! Senget sebelah punya fikrah dalam Pas tu ..kalo nila setitik jer, susu sebelanga boleh rosak bro ! Kah Kah Kah 


Umno sendiri lain pula bro ! Depa yakin cadangan 'gencatan senjata' TITM itu akan ditolak oleh Tok Sidang Pas sendiri. TITM bukanlah Tok Sidang bro ! Tak samapai 24 jam bila cadangan tu dilontar, Umno dah baguih bagi respon. Tentulah, Umno dah cukup jinak dengan PAS di bawah Tok Sidang yang menjadi 'penghubung' silaturrahim antara depa di mana Hadi lebih ke depan dalam 'wahana' ini berbanding TITM bro ! Kah kah kah
Demikian pandangan dari seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yakin cadangan itu akan ditolak presiden Pas. Kah Kah Kah ~sumber  .


Tawaran Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang membuat genjatan senjata dan bekerjasama semula dengan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional diterima dengan penuh kesyukuran namun timbul juga keraguan tentangnya oleh pemimpin Amanah.~ sumber.

Parti Amanah Negara cukup berhati-hati dengan kenyataan seperti ini ! sebab ia bukan sikap sebenar Pas sendiri. Pimpinan Amanah rata-rata cukup kenal dan cukup hadham dengan 'putaq belit' Pas ini bro, maklumlah rata-rata mereka adalah pemimpin besar Pas suatu ketika dulu. Berkocak air, depa tahu jenis ikan apa dalam air itu? Kah kah Kah
Silap haribulan, orang Pas yang cadang tu boleh u-turn balik ! depa dah mangli dok buat keroja nie? Kah Kah Kah

Ketua Komunikasi Amanah, Khalid Samad ketika mengulas meminta Pas menentukan siapa kawan dan siapa lawan dahulu dan bertanya apakah Pas akan istiqamah dengan keputusan itu. Mereka bimbang, ia bukan sikap sebenar Pas tetapi hanya segelintir pemimpin Pas sahaja dan akan berlaku U-Turn semula selepas ajakan ini. Dah u-turn pun bro ! Kah Kah kah

Beep Beep

Lagu nie punya macam2 dok ada, nak berdamai?, nak letak sanjata? Macam peniaga pasar malam jer, macam-macam depa berniaga bro ! riuh rendah dari depan sampai ke ujung..yang masuk pasar tu sampai tak tahu nak beli apa? Walaaun pun fenin lalat. Kah Kah Kah

Reaksi
Terbaru TITM sendiri
Sendiri cadang, sendiri mula 'u-turn' sendiri mula berlapik . Beliau hari ini kelihatan sedikit berlapik apabila menegaskan sejarah membuktikan PAS rela bersendirian.~ sini .
Agaknya kena 'hantuk' dengan yang lagi dok di atas sana agaknya? Kalo dah rela bersendirian? buat apa pi dok labun dok ajak lawan Umno sampai suruh 'gencatan senjata'? Buang masa, rugi ayaq lioq sajalah TITM nie? Sejak bila Pas dok berlawan dengan Umno nih? Tok Sidang pun bukan kemain lagi dok himpit Umno, tetiba mai TITM nak 'berdamai' dengan pembangkang? Sighu betul dengan kelaku depa nie? Lagu tu nak ajak 'berbaik'?. Selagi yang paling berkuasa dalam PAS tak bunyi apa-apa, jangan harap pembangkang nak seghebu kat Pas ajak berdamai? 
Kita tidak puas hati dengan labun puak walaunn ini, selalu sangat tuding jari kata dasar PAS dipertikai dan ditentang oleh rakan tahaluf (kerjasama politik)? Kenapa ditentang? kerana Pas juga yang tidak konsisten dan banyak buat hal semasa dalam PR dahulu. Miting tak hadir, ikut suka depa saja, PAS yang 'hancurkan' PR sebenarnya? Kita khuatir cadangan ini pun ada semacam 'de hidden agenda' who knows bro? Kah Kah Kah

Pas perlu mematuhi syarat yang ditetapkan jika ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Pas harus menghormati rakan lain dalam Pakatan Harapan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. “Bukan sahaja Pas, bahkan mana-mana parti lain yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan harus akur kepada peraturan ditetapkan.~
sumber  .
Pas mana pernah ikut 'syarat' komponen pembangkang lain, PAS terlalu ego dan besar kepala, payah dah PAS nak buang tabiat dan kelaku buruk mereka. Jadi, tak payahlah susah payah layan kerenah PAS yang tak pernah istiqamah tu, depa hanya tahu anjur 'fastaqim' jer ! tetapi sendiri tak pernah istiqamah ! yang depa istiqamah ialah 'membontot' belakang Umno ! Kah Kah Kah 

Pas selangor menyambut baik cadangan TITM. Memang dari dulu Pas Selangor tidak sebulu dengan Hadi. Pas selangor boleh bekerjasama dgn Dap, Amanah dan Pkr. Tok Moh Pas pula sejak azali ingin bergabung dgn umno. Begitu juga dengan Pas Kelantan dan Ganu semuanya berteduh di bawah dua bayang-bayang Tok Sidang besar mereka. Sokongan Iskandar hanya bagai angin lalu sahaja, tidak berikan kesan besar kepada Tok Sidang. Sebab itu mereka masih intim bersama 'kartel'?  Gencatan senjata yer?
Sekarang ni dah 9-10 Syawal, kata nak keluar dari kerajaan PR Selangor. Takkan nak mintak tempoh lagi kot? Nak U TURN malu. Kah Kah Kah


"PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily..ruj. sini .

Ohhooo ! apa yang dia nie meghepet nie? Dengan PKR masih bermukah? Tak malu ke yang PKR itu Gabungan Pakatan Harapan? yang sorang jalin hubungan, yang lain bagi tempoh selepas Ramadan nak tarik keluaq dari kerajaan Selangor? Apa nie?

PAS memang tidak layak untuk diajak berpakat langsung..tak boleh langsung bro ! Dalam tubuh badan Pas terlalu banyak 'virus' marbahaya ! kalo terpalit? boleh kojol bro? PAS bergabung dalam PR pun khianat, inikan pula nak kerjasama dari luar, tak patut dibuat baik. PKR pula (baca bawah kartel), ambillah Pas tu, dakaplah puas-puas, puak tu laa yang nak lingkupkan hangpa puak kartel tu, tumpang ada masa bagi 'flying kick' kat Pas dari kerajaan Selangor, elok percepatkan, depa dah dok minta sangat tuh? Kah Kah kah

Pulak Dahh
Orang sebelah nie menafikan cadangan supaya parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri adalah pendirian parti, sebaliknya hanya lontaran idea daripada timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man ..Beliau berkata, parti itu tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu pendirian parti perlu diumumkan Presiden Pas, atau wakil yang diamanahkannya.~baca sini.


Inilah yang dinamakan PAS bro ! Sama-sama dia pun tak pernah sepakat, hang kata ini, aku kata itu, ropanya jawatan no. 2 tak besaq mana pun nak banding dengan SU parti depa sendiri?.Kah Kah Kah Ketegasan Tok Sidang sekarang tak ada langsung, berbeza semasa Pas di bawah UFN dahulu, seingat aku, tak ada siapa yang berani memandai buat keputusan sendiri di masa UFN sebagai Presiden PAS. 
Mafhum ayat orang di atas tu, dia dah dapat 'amanah' dari Tok Sidang dia sendiri laa sebab itu dia berani kata lontaran TITM tu bukan pendirian parti? Kasiannn Titm..Kah kah Kah

Sandiwara kata Noh
Noh Omar
“Wayang mereka sedang berjalan, daripada dulu bersandiwara, sekarang dan sampai bila pun bersandiwara. Mereka cuba meletakkan kepentingan diri masing-masing dan akhirnya kalau hasrat politik masing-masing gagal dicapai, mereka akan berlakon balik.
“Saya sendiri pun rasa muak. Mereka ini akan berlakon, berbaik-baik, dan bergaduh balik. Jadi saya harap rakyat khususnya di negeri Selangor dapat melihat sandiwara mereka ini dan menilai bagaimana cara kepimpinan mereka,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua anjuran beberapa NGO di Tanjong Karang semalam seperti dilaporkan.~
sumber .
Umno pun tak percaya bro, pasai Umno lagi kamjat, lagi kuat main sandiwaranya, sendawara Umno lagi kasaq dok ada, tak puas hati apa-apa pasai DAP, baju merah nanti pulun buat demo ruj. sini . Sendawara laa tu. Noh nie pun baru naik jadi menteri balik hasil sandiwara juga kot? Kah Kah Kah
 
Geng Baru
Lawan UBN?
Al-Kisah dalam Pas dok kalut ajak PH buat gencatan senjata? Che Det dah 'form' parti baru nak lawan UBN, Pas masih dok seronok main 'aci lon' lagi dengan Ameno dan BN. Lalu keluarlah kalam Tok Sidang Pas, pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. Nampak? PH dok susah payah selama nie bukan pasai nak perhanyutkan Ubn ke? Hat tu ler sedia ada? Sedap kata ke orang kelamkabut?
seniri kelamkabut tak mau citer ke? Pas tu lagi sangkaribut dok ada ! Jadi Khadam Ameno sedap ke? Khadam Penasihat? Kah Kah Kah

Jadi jangan harap lagi laa kat PA$ nie..
depa tetap akan sokong BN tungging tebalik, selagi Tok Sidang 2H depa dok melilit dok berbelit dgn Ameno, jngn harap depa nak mai sebelah pembangkang...titik.
ayat genjatan senjata tu, muhonggg semua bro !
yg tu semua tak boleh pakai, pasai keluaq mai dari orang bawah Tok Sidang depa..kena jerkah ngan Tok Sidang depa sikit, habih dah buat u-turn??

kah kah kah

Ini semua

Auta PAS
Auta 'de kartel' saja bro.
Dalam satu reaksi yang ditonjolkan oleh seorang pemimpin PAS Selangor yang ditemui, beliau jelas menyatakan, PAS akan mengadakan mesyuarat perhubungan negeri bagi mempertimbangkan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan sekaligus membentuk blok pembangkang baru di Selangor bersama-sama ADUN BN dan dua ADUN bebas..

Ini semua auta yang dah berbelit! aci makan satay sepuluh cucuk kalao Pas berani buat keroja tu? Muhongg semua tu, antara Azmin dengan Pas dah ada mou tak rasmi? depa nielah yang bertekak di luar, kat dalam lain cerita? Auta semua tuh. Inilah sebabnya AL-KISAH bermula, palu ditabuh, serunai ditiup, tetapi burung sintaq tak juga turun. Kah Kah Kah

Khulasah Al-Kisah



~ Ego dan sombongnya PAS terserlah bila Tok Sidang Pas kata, partinya (Pas) akan bersama dengan mana-mana pihak yang sedia mengikut acuannya: Malaysiakini. Sapa sedia ikut acuan Pas. Kira baru boleh terima? kalo tak, no way bro ! TITM yang coba 'tunjuk' baik nak berkawan balik dah 'kena' luku kiri kanan dari memba sekoleh sendiri yang penuh dengan prasangka jahat terhadap rakan-rakan yang pernah menjulang Pas ke mercu yang ada. 

~ Tapi elok sangat laa Pas kekal dengan 'acuan sendiri', acuan yang dah retak seribu, yang dah sumbing keliling hasil dari rakusnya depa berebut pinggan dan mangkuk yang sekarang ini penuh hidangan enak-enak yang rakan kamcing mereka hidangkan?, maklumlah rakan mereka tu pakai alat penimbang klasik bro? Kah kah Kah

~ PAS akan tetap tak akan berubah selagi 2H memacu Pas dan kita di luar ini, biarkan mereka bermain 'kerih', bertanjak, bersamping semahunya agar nampak 'lebih melayu' sikit dari kebiasaan, lebih assabiyah ! biar lebih dari Perkasa pun tak apa? Barulah tertambat hati memba baru tu...kah kah kah

~  Akhirkalam, lebih baik Pas duduk diam-diam dengan Umno da Perkasa dari cuba nak berjinak balik dengan Pakatan Harapan, nak kendur tali yang tegang, nak gencat senjata kononnnnnnnnn. Idea Tuan Ibrahim ini rasanya bukan dari ilham dia seorangan, dikhuatiri beberapa pihak yang dah 'desprade' dan pasrah dengan hubungan dalaman antara PH dan PKR umpamanya, senang cakap  kumpulan Azmin sendiri di mana kumpulan 'kartel' semacam menyosong arus dengan kepimpinan PH malah dengan Presiden mereka sendiri., tetapi mereka lebih teruja untuk memeluk PAS khasnya di Selangor, kerana bagi PAS, riwayat PR yang dah jadi bangkai itu masih dihidu mereka dengan bernafsu sekali khususnya di Selangor kerana masih banyak 'de so called ghanimah' boleh disantun bersama?? Bukankah idea lontaran TITM ini datangnya dari mereka juga, idea bersama antara si Azmin dan orang2 lama PAS? Aku tanya saja, tak kan tanya pun salah? Prasangka begini pasti ada kerana tiada angin ribut, tau-tau kebanjiran? Kah kah Kah

Demikian AL-KISAHnya.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?