Posts

Showing posts from May, 2016

Bila dah suka apa pun depa tukar bro ?

Image
Aku dah lama tak baca Utusan bro ! sampai berlaku perubahan warna latar belakang di muka depan akhbar utama tu pun aku tak sedar, tau-tau ada perbahan tu, kan ke pelik tu? Kah Kah Kah Dari Biru jadi Hijau, Biru dah berkarat ke?Adakah ini kejayaan PAS meng'hijaukan' latar akhbar tertua itu? Busuk-busuk pun orang akan buat andaian bahawa antara PAS dan Umno dah macm itik serati yang dah serasi dalam serba seghebi, sampai dalam muktamar pemuda Pas terbaru pun dah bertukar juga latar berpakaian, dah terikut Ameno habis dah..Dari jubah dan serban ke seragam pakaian Melayu Bangsawan persis Pateh Karma Wijaya layaknya? Bila dah suka dengan dulunya 'musuh', jadikan satu kumpulan itu terkadangnya 'overdose' bro ! Apa pun depa buat ? Hanya  Pendekar Bujang Lapok sahaja yang jadi pendekar tanpa baju bro ! Kah Kah Kah PELIK ! KENAPA UTUSAN MALAYSIA BERUBAH DARI BIRU MENJADI HIJAU Posted on May 28, 2016 Pertama kali dalam sejarah UTUSAN MALAYSIA berpenam...

Drama Bulan Ini ! Mesti Tonton sebelum PRK KK & Sungai Besar - video

Image
Kata Mujahid Tok Sidang Pas mensesiakan peluangnya bila dia sendiri minta ditangguhkan usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker. Demikian respon awal Dr. Mujahid, Naib Presiden AMANAH. Bukan senang Speaker nak bagi laluan, tetiba bila dapat ruang selesa? Sendiri pula Tok Sidang minta tangguh? Apa nih? atau pihak Pas sendiri belum cukup bersedia dengan sikap acuh tak acuh nie? Kah Kah Kah Dalam pada itu Mujahid terus mengecam bahawa kiranya usul Marang itu dibuat hanya sebagai 'alat' untuk perkasakan dan sebagai bahan kempen bagi perkukuhkan kedudukan PAS atau untuk tujuan kempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Mujahid terus pertikaikan kalau semua pihak berkerjasama dan membantu atas 'politik sempit' hanya atas nama memperundangkan sahaja syariat? Ianya dilihat sebagai tidak bermoral, malah katanya lagi telah 'menjual agama' untuk tujuan politik?? Ini berat bro ! kita tak boleh nak ketepikan kalau orang mempunyai persepsi sebegitu? ...

Ketawa Malam Jumaat !

Image
Santai sikit bro ! Bila anda baca nanti, simpan sikit ketawa tu ! slow slow renggah bro ! Ini malam Jumaat nie..awal lagi, saja aku post awai sikit bagi hangpa beringat ! mana laa tau kan? Di Thailand, berlaku satu tragedi sekor ular berkenan pi patuk 'awang' kawan sejenis kita tu masa mamat siam nie pi tunai hajat dia, hajat mamat nie terbantut bro ! mana tidaknya, tetiba saja menjelma seekor ular lalu menggigit 'harta persendirian' mamat siam nie yang dikenal sebagai Atthaporn Boonmakchuay, 38. Ular nie pun dia tak pi gigit tang lain bro ! dia berkenan kat situ jugak, boleh jadi dia pikior ular lain yang 'kaco daun' kat situ? Mana la tau kan? lalu apa lagi dia 'attack' la kapla tu dulu. Kah Kah kah Ular nie pun bukan kecik anak punya, nala punya panjang punya besar, kalo lambat ditolong ? 'harta persendirian' mamat siam nie boleh ghuyub bro ! Kah kah Kah, tak ke naya tu? nasib baik laa dia dah stabil ! tu pun nak pulih balik jenuh pi mengad...

Drama politik terbaru..... RAFIZI vs AZMIN.

Image
PKR Kian Berantakan Sakan ? Wow!! Pakat tarkajuit semua apabila Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa kerajaan PKR Selangor dibawah pemerintahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta 'perempuan'  untuk melancarkan urusan kerajaan negeri.

Sabar Ustaz , puak2 walaunnn Pascai memang dah pasrah !

Image
Sabar jer laa Ustaz Ghani, kami pencinta kebenaran tetap tidak meragui ustaz yang telah kami kenal lama sejak dari awal penglibatan ustaz dalam gerakan Islam. Puak2 walaaunn memang dah pasrah, dah tak tahu yang mana kaca dan yang mana permata? sebab itu depa lebih suka jaga 'Lembu Umno' ? Kah Kah Kah Tuduhan Syiah, dipecat kesatuan ulama' satu fitnah, kata Ustaz Ghani Tuduhan Syiah dipecat kesatuan ulamak fitnah kata Ustaz Ghani

'Word' baru Tok Sidang PAS ke ni ?

Image
Pasai gelar menggelar nie, nak lawan Tok Sidang PAS tak dak sapa dah boleh celen dah bro ! terbaru menurut laporan the star . Tok Sidang kata partinya lebih baik jaga lembu Umno dari jaga Babi DAP atau dalam bahasa Omputeh, "would rather herd the cows of Umno than herd the pigs of DAP" ! Ini semua pasai Pas nak sangat bertanding di PRK Sungai Besar, Selangor dan terpaksa berentap dengan PKR di satu pihak dan Amanah di pihak lain bro ! Pas dah 3 kali tungging di situ dengan UBN. Kah Kah Kah

PAS diresapi Syiah? Tok Sidang Kena Jawab

Image
Dulu Mat Sabu teruk dituduh 'Syiah'. Beliau kemundian menafi perkara itu. Kemundian Phahrolrazi turut menjelaskan bahawa bukti KDN yang Mat Sabu sebagai Syiah tidak kukuh Sinar . Seperti diketahui, Mat Sabu hanya mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Khomeini saja bro, bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah. Pas Kedah sendiri menafikan perkara ini, baca  sini . Ianya umpama kita minat dengan 'Hulk Hogan' yang sasa itu, tak kan kita pula jadi 'Hogan'? Kena penampar Hogan pun menungging? Kah Kah Kah Begitu juga Ketua Syiah Kedah sini turut menafikan perkara itu bro ! Manakala Phahrolrazi pula berkata “Perundangan ada, jika ada bukti kukuh, tindakan boleh diambil,” katanya. Akibat dari ini semua, Mat Sabu kecundang di Parlimen Pendang di PRU 13 bro ! Kiranya tidak ada momokan ini? Mat Sabu hampir memenangi kerusi itu, Mat Sabu memperolehi 29,527 undi dan BN melalui Othman Abdul peroleh 32,165 undi, majoriti BN hanya 2,638 sahaja....

Surah yang hilang - de Jebonesta

Image
BN teruja dengan kemenangan di PRN Sarawak baru-baru ini. Kemenangan itu ibarat ' El Nino ' politik pemerintah yang lama kemarau sokongan setelah pelbagai kemelut membelit rakyat masih diterima seadanya oleh orang Sarawak.  Tetiba berlaku kekosongan serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar berikutan kematian penyandangnya dari UBN yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.   Kekosongan dua kerusi parlimen ini buatkan ramai pihak mengigau dan tak senang duduk, terutama Umno BN sendiri serta sukutu rapatnya yg baru PAS sendiri. Maka besurahlah si anu itu dan si anu ini dari PAS dan Umno sendiri, tak kurang pula tukang2 kipas dan tuan2 besar mereka. Kah Kah Kah Amanah pula bro mahu bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada PRK Parlimen ini seperti kata Ir Izham Hashim berdasarkan prinsip Amanah sekarang ini telah menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Harapan.  Kali ini berlaku sangkaribut terutama di Selangor, Perak dan Put...

Ajakan Azmin ! Yang 'Terluka' tu Siapa?

Image
Sepakat itu membawa berkat.Tetapi bila PAS sendiri pi sepakat pi pakat dengan Umno dan kesannya Pakatan Rakyat hancur luluh berkecai dan lebur, ertinya Pas dah semacam 'talak tiga' dengan PR? Dan Umno pun tersangatlah bergumbira adanya. Pun begitu Pas masih mengaku PKR persis 'bininya' lagi? Amanah tu pengkhianat dan DAP diserunya supaya ditolak !  Inilah wajah Pas yang Azmin Ali nak ajak balik ke pangkuan Pakatan Harapan bro. Pas yang Azmin mahukan ini kelihatan macam meminggirkan Amanah semasa membuat 'seruan' kpd Pas dan hanya mahu 'berikan' nyawa semula kpd PR yang dah almarhum tu.  Muslihat apa ini bila Azmin hanya mahukan PKR bergabung semula dengan PAS dan DAP bilamana dia membuat seruan dan ajakan ini? Nampak sangat Si Azmin nie mendahului segala 'penghulu' dalam Pakatan Harapan {Wan Azizah, LGE dan Mat Sabu} Ada desas desus PKR akan bagi laluan kpd Pas di Sg. Besar. Jadi pertembungan 3 penjuru masih tidak boleh dielakan antara PAS, ...

Indeks kapitalisme kroni 2016: Malaysia di tempat ke-2 - [video]

Image
Rakyat biasa macam kita nie nak bawa anak bini makan angin sesekali ke luar negara pun berapa punya susah daa, takat pi Danok tu gagah laa juga sekali sekala pi beli baju raya, pekena tomyam, udang galah dan Puyu Nurl aila ? kah Kah Kah Tetapi tidak bagi para kroni tertentu?, sokmo melancong bro sampai tak terkira? Kah Kah Kah Sebab itu, Saifuddin Nasution (PKR) ada menyebut bahawa amalan kronisme dan pengagihan kekayaan negara sudah sebati dengan pemimpin Umno Barisan Nasional sejak sekian lama, katanya "Amalan kronisme dan pengagihan kekayaan di kalangan pemimpin Umno BN tidak ubah seperti penguasaan bola yang berlegar dalam sebuah pasukan bola sepak, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail." Baca si ni sindiran tajam dari Bro Saif tu bro, kira pitih dollar tu berpusing-pusing dalam padang tu jer laa macam kiasan diberi itu ! jika seseorang ingin melihat carta untuk pendapatan kroni dan pendapatan bukan kroni dalam negara-negara yang disenaraikan, selalunya wuju...

Memilukan, Kenyataan Husam Setelah DiPecat - [VIDEO]

Image
Maka bertempik soraklah para walaaunnta juga walaaunti sebaik saja Husam Musa dipecat dari PAS. Tidak kurang juga yang terkedu dengan keputusan ini.  Apa kesalahan Husam? Al-Kisah maka tersebutlah cerita dari Negeri Che Siti Wan Kembang bahawa Si Husam sebelum ini lantang mengkritik Tok Sidang PAS berhubung isu kerjasama parti Islam itu dengan UMNO serta kepimpinan parti berhubung isu hudud. Hanya kritik atau bahasa halusnya inginkan penjelasan Tok Sidang berkaitan kerjasama PAS-UMNO itu. Itu sahaja. Salah rupanyaaaaa ! Husam nak tahu, jadi Husam pun tanyalah Ya atau tidak ? itu saja, jawablah, yang dok pi rawit bukan2 tu apanya pula? Jawapan Tok Sidang? Nahi bro ! Kah kah Kah Tak boleh persoal langsung apa yang nak dibuat Tok Sidang. Maka jawablah Tok Sidang dengan jawaban yang tak ketahuan pala ekorny... Malah, Husam sebelum ini dilihat sepentas dalam program AMANAH pada majlis makan malam anjuran parti serpihan PAS itu di Kelantan dan Petaling Jaya, Januari lalu...

Kemalangan Tren Di Kuala Kubu Bharu - Foto Menarik

Image
Terkini - Tren ETS, Penumpang Bertembung Di Kuala Kubu Bharu Posted by Kita Bantai 7 May 2016 PETALING JAYA:  Dua buah tren milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilapor bertembung di Kuala Kubu Baru dekat sini pada petang Sabtu. Menurut laporan awal Pasukan Bomba dan Penyelamat, kemalangan itu melibatkan tren penumpang 13 gerabak dari Butterworth dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh di lokasi. Jelasnya, terdapat 510 penumpang di dalam kedua-dua tren berkenaan ketika kejadian pada pukul 1.38 petang. Bagaimanapun hanya tiga penumpang yang mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Penumpang meninggalkan tren yang terlibat dalam kemalangan.   ~ Sum ber          

Alahai Tok Sidang - [video]

Image
#PRNSarawak : PAS Tak Setuju DAP Perintah Sarawak - Hadi   Alahai Tok Sidang (TS), esok lusa dah nak undi, awat jauh sangat mengelamun nih? TS kata, "Kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak. Kita tidak setuju," kata Tok Sidang.

Azmin Ali Bakal Dibersihkan Dari PKR

Image
Telunjuk mencucuk mata ! itulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan kerenah Azmin Ali ini.  Banyak pendirian dan dasar perjuangan   parti sendiri tidak dipedulikan dan membelakangkannya secara terbuka. Bila dah sarat dengan pelbagai kerenah ini maka PKR sudah semacam tidak boleh berdiam diri lagi bro ! Mula laa kempen 'pembersihan' pengaruh beliau diusahan bagi menghentikan semua kemelut yang berlaku. Hubungan mesra Azmin dengan Pas dilihat membahayakan gerakan Pakatan Harapan terutama di Selangor, pertindihan banyak kerusi di PRN Sarawak menambahkan derita Pakatan Harapan umpamanya.  Semua 'duri' dalam daging PKR sekaligus dalam Pakatan harapan ini perlu ditangani segera. 

AMANAH, Sarawak dan PRN 11 - [VIDEO]

Image
Kehadiran parti 6 bulan Amanah atau baru sangat boleh berjalan, mencalai kata orang utara adalah di luar jangkaan sesiapa pun, terlebih lagi oleh parti 60 tahun Pas sendiri. Ada saja yang Amanah buat tak kena kat depa..Nak kena lagu mana? Tok Wan 60 Tahun dok buli cucu 6 bulan? Kah kah Kah Ramai tidak menjangka parti ini begitu popular di Sarawak bila tiba saja PRN kali ini. Amanah dalam klasnya ada kelainan dan mampu menggugat politik dominan UBN dan PAS selama ini. Itulah hakikat yang berlaku. Lihat video nya.  Amanah telah membuat 7 tawaran yang dianggap begitu reali stik menjelang PRN Sarawak ini bro ! Lihat vi deo nya. Adakah S'wak mudah berubah? Sarawak perlukan keajaiban bro. Rakyat Sarawak teramat sukar untuk menerima perubahan. Slogan Sarawak untuk Sarawakian begitu menjadi. Ia seakan rukun yang perlu di patuhi oleh rakyatnya. Parti-parti dari semenanjung walaupun Umno sendiri tidak sangat bernilai kepada rakyat Sarawak. Walau mereka kesempitan berbanding has...