PH ! Jangan Harap Undi Pentaksub PA$ !

Undi Kritikal lebih utama difikir oleh PH dari sekarang dari terlalu risau hendak dapatkan undi dari walauns PA$ yg rata-rata mereka adalah pentaksub tegar dan totok Hadi Awang . Demikian kata Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin umpamakan undi Pentaksub Pas macam mengharap kucing berhenti makan ikan goreng. Tobat kucing nak biarq. Kah Kah Kah.

Pemimpin PH tak payah lagi duk gila dengan PA$ ! Tentunya ini adalah sebahagian dari gerakan seekor ular dan beberapa anak2 ular lidi dalam PH terutamanya dari *Kartel PKR yang dilihat terlalu percaya & doyan dengan kejasama Lebai2 PA$ yang menyangka mereka sangat bernilai dan berharga kepada PKR ! 

Undi pentaksub Pas ini tersangat kecil jika dibanding dengan undi kritikal. Undi pentaksub tidak akan diberikan kepada PH.Jadi ahli dan pencinta Pakatan Harapan tidak payah hirau dengan undi para *Pentaksub Lebai ini. Biarkan mereka dengan Lebainya. Ciput jer undi depa tu.

Undi pentaksub Pas macam mengharap kucing berhenti makan ikan goreng


Berusaha untuk memikat Pas dengan hasrat untuk mendapat undi pentaksub parti itu menjadikan Pakatan Harapan kehilangan undi kritikal yang lebih besar, tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Menurut bekas pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama di Perlis itu, undi pentaksub Pas perlu diyakini sebagai sangat kecil tetapi jika dapat meraihnya pada pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai baik.

"Tapi nampaknya sehingga kini, harapan itu seperti mengharap kucing berhenti makan ikan goreng. Undi pentaksub Pas sangat kecil berbanding undi pengundi kritikal.

"Jika berlaku pertandingan dua penjuru BN - PH (Pakatan Harapan), saya percaya pentaksub Pas tak akan beri undi kepada PH.


"Sama ada mereka undi BN, buat undi rosak atau tak keluar mengundi," jelasnya dipetik daripada status yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Terdapat kelompok dalam PKR secara terbuka menyokong untuk terus berunding dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Selain Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali seramai 17 lagi pimpinan parit itu terdiri daripada Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, ahli-ahli Biro Politik dan ahli-ahli MPP termasuk dalam kumpulan tersebut seperti didedah Naib Presdien PKR, Rafizi Ramli pada 27 Ogos lalu.

Zolkharnain yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu berkata, terdapat pentaksub Pas enggan mengundi calon daripada komponen parti di bawah Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Tentulah semua parti mahukan undi semua orang, termasuk undi pentaksub Pas. Namun soalannya, bagaimana nak dapatkan undi pentaksub Pas, sebab pentaksub Pas hanya undi Pas sahaja.

"Dalam PR (Pakatan Rakyat) dulu pun, ada pentaksub Pas tidak beri undi kepada PKR atau DAP, walaupun kedua-dua parti itu rakan Pas, bahkan Pas masuk bertanding di kerusi Kota Damansara dan Sungai Acheh atas kemahuan pentaksubnya," jelas beliau.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bukan semua anggota Pas adalah pentaksub dan jika mahu juga menagih undi pentaksub Pas maka perlu menolak AMANAH dan DAP.

"Kini, nak dapatkan undi pentaksub Pas, antara syaratnya, jangan berkawan dgn DAP dan Amanah. Namun, harus diingat, dapat undi pentaksub Pas, tidak bermakna dapat undi ahli Pas sebab bukan semua ahli Pas pentaksub Pas.

"Tidak bersama PH akan dapat undi pentaksub Pas, tapi kehilangan undi pengundi kritikal yang tidak selesa dengan Pas," tegas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan pada Pilihan Raya Umum 1999 berkenaan.

Sehubungan itu, Zolkharnain menasihatkan Pakatan Harapan membiarkan Pas sendirian dengan undi pentaksub parti yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"PH mesti melangkah terus meraih undi pengundi kritikal yang bersedia bersama kita. Syaratnya, kita jangan flip flop," tambahnya lagi. (sumber).


INI DIA YOYA YOYA 
PENTAKSUB PA$ & LEBAI

Episod ni bukan rekaan tapi sememangnya pernah terjadi dinegara ini, nak nafi tak boleh, tapi nak bagi alasan berbelit belit dibenarkan - blogger - | Inilah hasilnya bila terlalu taksub dengan Pas dan Hadi yang mana sekarang Lebai sendiri 'menjilat ludahnya' kembali bila Hadi menjadikan Umno sebagai sarang dan kubunya konon untuk 'Menjaga Melayu'? .Akhirnya PA$ dan Lebais yang layu... !!


Kepada *Pentaksub Hadi, kepada loyar2 buruk yang tiada tauliah dan kepada pendakwa2 bongok yang tidak pernah ada sijil guaman dan *Pentaksub walaun yang tidak prnah kenal kamar hakim, renti lah dari nak jadi badut dan kartun dalam kes wang dedak Rm90 J SR lwn Pas..Dah mcm hukuman dan denda yang diputuskan oleh hakim samdol swasta dan loyar2 buruk merapu dlm kes tersebut..

*Pentaksub Pas mau hadam baik2 apa yg telah dikeluarkan oleh SR ini..Kes itu baru di peringkat penyediaan kes jauh lagi nak sampai ke tahap pendengaran kes..Habis tu si *Pentaksub Jahil lagi bodoh lembam ambil keputusan drp mhkamah mana? Mahkamah syariah marang kot?
-Hadam baik2..SR dengan penuh yakin akan menang kes itu bila segala bukti akan dikeluarkan satu persatu semasa Pendengaran Kes bukan semasa Penyediaan Kes..Jangan Tayang Bengap Sangat Kalau Nak Kekal Jadi Manusia.. KAHKAHKAH


*Pentaksub Lebai Pas dah semacam berpesta merasakan menang 'kes' vs SR pada hal Editor SR sendiri menafikan laporan sebuah akhbar kononnya Editor SR gagal kemukakan pembelaannya di Mahkamah Tinggi London. Simpanlah kejahilan lebai tu. Kahkah.


Pas asik serang dan menyalahkan DAP. *Kapiarq Harbi laa, anti Islam, sekular, sosialis & bagai lagi. Yang Pas berkawan bertaawun dengan *Umno Bapak segala Sekular tu, walaun dan lebai akur semacam jer ! Dengan AMANAH pula, lebai kata pengkhianat, barua, tolol, nyamuk, neraka dan bagai lagi, Dengan BERSATU, Lebai dan Walaun kata, tak tau mana imam mana makmum. Dengan PKR - sekular, pil kuda, anti Islam bla bla bla.

Inilah wajah *Pentaksub yang suka melabel, menggelar, memaki semua parti pembangkang. Hanya Umno yang selamat dari celaan Lebai. DAP terus berjalan meninggalkan lebai dalam segenap segi dari ehwal politik, kebajikan dan lainnya. Lebai satu habuk pun tak ada. Kalau Lebai gebang sembang. angin pun boleh berenti ! Haha.


Ceramah DAP malam ni.. parti ni telah memastikan objektif untuk mengekalkan sokongan pengundi mereka.. mereka tak peduli pasal politik dalaman... jika mereka menang besar nanti, DAP tidaklah  sibuk nak mainkan isu kaum dan sentimen macam Lebai PA$, DAP lebih telus laksanakan misi dan visi mereka bersama Pakatan Harapan untuk melihat negara lebih maju dan adil dalam merangka, menentukan dasar dan mengembalikan maruah negara di persada antarabangsa ! Pas dan Lebai pula sibuk berpolitik tidak kesudahan..Mereka DAP ini tidak payah arak, tatang 'tin milo' macam lebai2 Pas. *Pentaksub Pas sibuk ceramah sana sini, tetap tiada wawasan dan gagasan besar untuk diketengahkan. Walauns dan lebai lebih seronok dengar lawak jenaka kering dan maki sumpit penceramahnya terhadap lwn mereka dari Pakatan Harapan.


Siapa yang sesat? Suami atau isteri? Akhirnya 'Amanat Hadi' sekarang ini dibuang ke longkang. Amanat persis doktrin syiah yg banyak menghukum itu kini tidak lagi mempunyai sebarang nilai kerana Hadi sendiri telah terlalu memuja, menongkat UmnoBeeeN lebih dari 'kewarasan' biasa dan telah pun memangsakan para pentaksubnya seperti di atas itu. 

Maslahah Rakyat? Bukan Maslahah Fulus? Mudahnya bermain isu. Lebai terus berakar di Selangor cukup pelik setelah yoya yoya riuh dan rendah memutuskan tahaluf dengan PKR sejak dinobat melalui Muktamar Agung Lebai sendiri di Kedah tempohari. Pentaksub Pas bersama pentaksub PKR bermain sentimen rakyat. Jangan lagi harap undi pentaksub kedua puak ini lagi. Mereka tetap berpakat utk saling kerjasama. Kerjasama mereka tentunya pasal undi tidak yang lain. Maslahah rakyat itu hanya manisan mulut utk membalun ghanimah tetap bulanan sebagai seorang exco sahaja. Ia persis 'kleptokrat' juga dalam silau dan 'sihir' ungkapan lebai untuk terus berkubang di Selangor.





Posted by Mat Tanjong at 1.35AM




Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]