42 Kerusi. Lebai Tempah Kain Puteh.

Pas mahu tanding 42 kerusi di Selangor. Berita ini dikira sahih kerana ia di terbitkan oleh -BERNAMA- sendiri.  

Bila Pas nampak galak semacam macam ini, PH kena beringat sikit. Selangor ada 56 kerusi DUN sahaja. Pas yang terlalu galak begini kerana ada 'backup' dari sebelah sana?  


U help me, I help U..Khalas. PA$ dan Lebai duk wirid yang Umno kekal menjadi musuh di dalam politik serta tidak akan berlaku sebarang kerja sama pembahagian kerusi antara mereka. Apa makna semua ini bro? Tidak ada kerjasama tu bohonglah ya Sheh ! 
Baca apa kata Rafizi Ramli dari - sumber - ini, sampai hari-hari Chief Lebai duk bincang nak peranap PH di Selangor boleh kata kekal jadi musuh lagi? KahKahKah 

Makna mudah saja. Bukan ke PJ Pas dah umum Pas Selangor sedia bertanding paling kurang 42 kerusi? Jadi ini adalah 'signal' sebagai menyambut pengumuman Sallehen Mukhyi bahawa Pas sedia bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi di Selngor tu.

TEMPAH KAIN PUTEH
Sekarang Pas ada 15 kerusi sama dengan DAP yg juga 15 , PKR 14 dan BN 12 berjumlah 56. Berdasarkan pencapaian lalu sepatutnya bukanlah PKR yang mengetuai kerajaan Selangor kerana ia kekurangan 1 kerusi dengan PAS dan DAP. Tetapi kalau BN dan PAS ditakdirkan 'bergabung' ! Pasti PKR menggigit jari dan Selangor akan kembali kepada BN. Nampak?

Situasi inilah yang menjadikan Lebai dan PAS la ni tak entang dgn PKR dan merasakan cukup kuat untuk mengulangi 'kejayaan' lepas. Sedangkan kemenangan gemilang lebai dulunya bukan di atas kekuatan Pas itu sendiri. Bukan. Ia dikira atas faktor kerjasama Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan Umno BN. 

PAS dan lebainya terlupa segala faktor ini. Faktor undi dari bukan melayu bukan Islam menjadikan PA$ dilihat gagah. Pas dan Lebai bernasib baik kerana 'mood' PR untuk tumbangkan UmnoBN ketika itu menyelinap dan meratai sakalian rakyat tanpa mengira bangsa.

Perkembangan terbaru dan pergolakan dalaman PKR, baca *Kartel seperti yang disiarkan ini, “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister tidak boleh ditolak bro ! Barah ini semakin parah. Ia menjelaskan tingkah laku Chief Lebai yg sering berjumpa dan berbincang dengan Tokeh Umno bagi merampas Selangor. Lihat kenyataan Rafizi Ramli di sini

PAS dan lebainya pula berangan-angan nak tanding sampai 42 kerusi beb ! Dulu sewaktu dalam PR, PAS meletakan 21 calon di Selangor dan memenangi 15 kerusi. Sekarang lebai PA$ mahukan tambahan 100% dari 21 jadi 42. Boleh tahan selera Lebai bro!
KahKahKah.

Letak 21 menang 15, kalau letak 42, lebai ingat boleh menang 30 kerusi agaknya? Menang 'majority seat' tu? Senang-senang Lebai boleh run 'de show' di Selangor tanpa gangguan. Baki 14 kerusi lagi tu agaknya dikongsi sorang sikit dari PKR, AMANAH dan DAP. Begitulah agaknya angan-angan Lebai bro ! KahKahkah

Lebai cukup ghairah bro ! Lebai lupa 'mood' rakyat sekarang di kecuali walaunsnya sahaja, yang lain meluat habis dengan kerenah Lebai yang kerap menyusahkan rakyat samada di Selangor, Kelantan dan lainnya,  situasi hari ini ekonomi kurang baik, nilai ringgit merudum, harga barang naik, rakyat sedang marah, semua ini akan menjadi faktor rakyat akan menolak PAS kerana PAS dan Lebainya tidak sensitif langsung dengan segala isu yang membelit rakyat keseluruhannya, tambahan lagi PAS sentiasa mengiyakan saja apa yang dilakukan oleh Umno dan kleptokratnya .  

Jadi semua ini akan menyebabkan pengundi yang bijak di Selangor akan menolak PAS dan Umno - BN juga. Selain dari itu faktor 'penghijrahan' ahli PA$ kepada AMANAH dan ahli UMNO kepada BERSATU tidak boleh dinafikan begitu saja. Kedua entiti ini menjadi sarang baru walaun dan macai Umno dahulu kerana tidak bersetuju dengan Chief Lebai dan macai pula tidak bersetuju dengan anasir kleptokrat di dalam Umno itu sendiri.

Inilah asasnya kenapa Lebai dan PA$ sedang menempah 'kain putih' untuk disemadikan nanti selepas PRU 14 nanti. Jadi LEBAI dan PA$ jangan ingat semudah 2013 mereka nak menang kali ini di Selangor. Jangan ingat bila Lebai berpadu tenaga dengan UMNO, Ia memberikan laluan mudah untuk rampas Selangor sekali pun dalam PKR sedang bergolak kerana campurtangan lebai yang mahu kan pergolakan & pergeseran antara pemimpinnya. Kebencian kpd PA$ yang ber 'asmara' dengan Umno sangat menjengkilkan rakyat dan pengundi di selangor. 'Sumbang Mahram' antara PA$-UMNO ini akan menyumbang 'kemerosotan' undi dan sokongan terhadap kedua parti Melayu itu, malah dilihat makin 'teruk' kali ini kerana keduanya Pas dan Umno keduanya dibenci dan banyak menyusah kan rakyat.  

Sekarang orang-orang PH dan rakyat berasa lega dengan keputusan
Mesyuarat Majlis Presiden PH yang tegas tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ini mudah kan lagi gerak kerja bersama antara keempat-empat parti sama ada di peringkat nasional mahupun negeri sini .

LEBAI
MULA MELALAK

Lebai PJ ini kata, depa akan sambut cabaran dari DAP dan AMANAH dengan lunas demokrasi? KahKahKah Demokrasi ? Dengan Umno pula lebai tak berdetak detik. Ada lebai nak lawan Umno? Ada? Dengan keputusan Majlis Presiden PH ini, Lebai mula melalak sana sini seperti orang kena sawan saja. Mereka tahu
'perpadua' dalam PH akan menyukarkan Lebai dan Umno untuk bertarung secara sehat dengan pembangkang.

Ketua Penerangan Pas S'langor ini kata tak ada kerjasama bahagi kerusi dgn Umno. Kononnya Umno tu kekal menjadi musuh di dalam politik serta tidak akan berlaku sebarang kerjasama pembahagian kerusi antara mereka, Selengkapnya baca di (sini). Semua ini auta dan temberang lebai bawahan saja macam mamat ini, sedangkan Tokeh Umno dan Chief Lebai seperti laporan kontroversi Straits Times Singapura acap berbincang setiap hari utk rampas Selangor dari Pakatan Harapan. Sapa nak percaya labon leban lebai macam ini.Manakala UMNO pula mereka memang seronok kalau PKR berpecah - baca sini - senang untuk Umno sapu balik negeri Selangor yang kaya raya itu. Bodohlah kalau Lebai dan walaunnya ingin membantu kerjasama dengan Umno utk melinkup kan Selangor dan menyerahkan kepada Umno dengan harapan lebai akan jadi MBnya? Jangan mimpi lebai ! Lihat kisah di Perak yang terguling dulu tu. Lebai sorang nie hanya kuat melalak di luar gelanggang saja bro ! 

Pas tidak lagi jadi kuda tunggangan DAP, PKR Kata Lebai yang popular dengan Q7 yang popular kerana nak 'sekeh' Dr MAZA hanya kerana Mufti itu maukan debat sama itu Chief lebai saja. Lebai inilah jadi penampan sakan supaya debat itu digagalkan takut Chief Lebai nanti kantoi berdepan isu aryuyu yang tertangguh 3 kali itu ! KahKahkah.

Terkini lebai yang sama nak habaq kat rakyat, tentunya kat Pakatan Harapan yang Pas tidak lagi jadi kud tunggangan DAP dan PKR ! KahKahkahkah. Aloo Sheh ! Hang tak payah melalak bagi tau laa perkara tu. Bila masa DAP dan PKR tunggang belakang lebai? Bila? Tapi kalau PA$ dan lebai tunggang belakang PKR memang ada pun ! Berapa ramai ahli dan exco Pas yang dapat 'telan' habuan dengan pendapatan bulanan tetap di Selangor? Itu pasal laa bila dah putus tahaluf pun, duduk menongkoi hemoi lagi dalam kerajaan selangor. Memang lebai tidak ada maruah. Dah bagi cukup pakai cukup makan pun masih mahu ambil kerusi Kajang, Permatang Pauh dan Gombak. Jadi sapa yang tunggang sapa? Tapi LEBAI dan WALAUNS MASIH TETAP setia JADI KUDA TUNGGANGAN UMNO. KahKahKah.  

Susah sembang dgn geng2 perasan suci tapi kotor..bodoh tapi sombong..tahu agama tapi bongkak,celik tapi buta,ada telinga tapi pekak..nampak waras tapi rupa2nya terencat..

Cuba renung baik2..Siapa tunggang Siapa? Nampak Pas yang tunggang Dap dan PKR? tak cerita lain, hari2 asyik cerita tumpang jentera Pas.. Agak2,kalau setakat jentera aje yg kuat, tapi tak ada isu yg boleh merubah fikiran rakyat,agak2 menang ke tak pru dulu tu ?Kalau bangga dengan jentera yang kuat, kenapa tak mampu pertahankan Terengganu hingga 2 penggal? Kalau jentera aje yang kuat,knapa Pas kecundang di Kedah? Bila calon2 Pas ramai yang menang di kawasan majoriti pengundi2 Cina, Siapa Tunggang Siapa yang sebenar? Bukankah Tontowi Tunggang 24.5% pengundi Dap di Temerloh hingga dia mampu menang di Parlimen Temerloh? Ingat!!Calon2 Dap hanya menentang calon2 dari mca,mic dan gerakan di kawasan majoriti pngundi2 Cina..
-Mr Hubby Q7,Sebelum nak bagi pendapat, tapislah dulu dengan kepala hotak tu..jangan sampai nampak pendapat kita itu terlalu bodoh dan bongok.. Tapi kali ini di PRU nanti, dengan sikap Pas dan lebainya yang tidak mahu dan tidak pernah mengaku sebarang kesilapan sendiri, elok sangat lebai-lebai ini bersedia menempah kain puteh. KAHKAHKAH.. -
Baca Kenyataan Khairuddin -



Beginilah Sambutan pada Program PA$ Tawan Selangor? Kalau Ceramah Perdana PA$ di Pandan, begini sambutan yang diberikan oleh rakyat? Apa makna ini semua bro? Kebencian ramai terhadap Pas dan Lebainya yang tidak tentu arah telah mengundang padah . Angan-angan Lebai nak 'tawan' Selangor berderai lebur. 42 kerusi menjadi mimpi ngeri lebai. Kerusi penonton pun lebih banyak dari orangnya, Makin Lebai melatah, makin bagus bro ! Tempahlah kain puteh banyak sikit. Ramai tak sabar nak 'kafankan' PA$ dan lebai di PRU 14 nanti. KAHKAHKAH.

Ini realiti yang PA$ kena telan. Era sebelum Gerakan Reformasi oleh DSAI yang melihat Klantan dan Terengganu tidak mendapat tempat di hati rakyat. Kemundian PRU 1999 saksikan PAS T 'ganu bersama keADILan menang 8/0 Parlimen & 28/32 DUN. PRU 2013 pula saksikan PAS bsama PR hampir2 tumbangkan UmnoBN T'ganu dengan menangi 4/8 Parlimen & 15/32 DUN dengan meraih undi popular 52.7%.

Sebelum berlaku era reformasi tahun 1998, PAS T'ganu berada dlm keadaan cukup nazak dgn ceramah oleh mana2 gergasi PAS Pusat dari Trg (top 5) wpun digabungkn top 5 tersebut gagal mendapat sambutan dari pendengar/hadirin hadirat sehinggakan pokok kelapa lebih banyak berbanding pendengar. 

Dengan gegabah mahukan 42 Kerusi di Selangor ? PA$ dan Lebai nya makin menghampiri 'pemakaman'. Sediakan kain puteh. Lebai akan ulangi pencapaian yang sama seperti paparan dan gambaran di atas.

SALAH TEMPAT
LEBAI MELALAK

Ini pun melalak beb ! Kuat salakan lebai kali ini. Berita ini dah agak lama, april yang lalu tapi kita suaikan dengan tajuk dan perkembangan kini, kita 'refresh' balik. Lama dah lebai duk buat kerja macam ni? Bukankah Pas sekarang ini tidak terikat lagi dengan Pakatan Harapan, sebaliknya sudah berada dalam blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera bersama Ikatan (PIGS) serta telah berselingkuh dengan Umno sebagai 'King maker' kepada Lebai. Lebai Pas bukanlah 'King Maker' pun, itu pasal PA$ dan Lebai sampai lunyai ajak walaun sokong Umno. Umno bersuara sahaja, Lebai pun ikut, kadang tu terlebih ikut dari Umno pulak! KahKah.. Mngkin pertandingan 3 penjuru adalah sesuatu yg dinanti2kan oleh umnobn..Matematik mereka akan mengatakan itu adalah peluang terbaik dan mudah utk mereka kekalkan kuasa..Dgn bayangan konon2nya undi pmbangkang brpecah..Rupa2nya mereka masih diulit mimpi pru 13 lalu..mereka terlupa pru ini adalah pru 14..Pru yg wujudnya parti Ppbm dan Amanah..Mereka dipukau hingga tak sedar yg sebahagian pnyokong2 dan pengundi2 Umnobn telah disedut keluar oleh Ppbm dan segelintir pnyokong2 dan pengundi2 Pas tlh disedut kluar oleh parti Amanah..Maknanya undi Umno dan Pas berpecah..Dan bersedia pula utk membantu Ppbm dan Amanah ialah pnyokong2 dan pengundi2 drp Dap,Pkr dan kemungkinan Hindraf..Jadi,bila berlaku keadaan seperti itu,siapa yg ada kelebihan?Dah tentu PH yg ada kelebihan..
 

LEBAI TAMAK
SELALU RUGI !!


PAS adalah musuh utama Umno. Tujuan Umno berbaik dengan Pas adalah untuk memecahkan Pas dan memutuskan hubungan dengan barisan pembangkang. 2015 Pas berpecah, 2017 kompom Pas putus secara 'total' dengan pembangkang. Pas dan Umno nampak saja 'intim' tetapi Umno telah berjaya 'isolate' kan Pas jadi kera mat yeh, terhegeh sana terhegeh sini. 

Akhir jadi Khadam setia kpd Umno. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Umno untuk 'membunuh' Pas secara senyap tanpa disedari Lebai. Pas dan Lebai akan dibiarkan bersendirian seperti sebelum 1990 dahulu. Masa itu Pas tiada lagi nilai buat Umno. Inilah jangkaan yang akan berlaku kepada Lebai & Pas bila mahu bertanding terlalu banyak kerusi di Selangor dan di lain tempat hingga kerusi utama milik PKR yang lebai mendapat manfaat besar di Selangor tidak dipandang lagi. Ia mula mencabar DUN Kajang, Gombak dan Permatang Pauh. 

Matematik mudahnya Pas akan menempah 'kain puteh' dan Lebai akan berundur jauh ke belakang seperti tahun2 1970an. Umno hanya 'peralatkan' 'perguna' kan PA$ semaksimanya. Umno tidak mahukan citra Islam yang dibawa Lebai PA$. Umno sendiri nampak lebai PA$ makin karut, lagi karut dari Umno sendiri. Orang Tamak Selalu Rugi. KAHKAHKAH
AUTA LEBAI
Lebai Pasir Mas ini adalalah antara lebai walaun yang bukan saja walak dengan PA$ malah turut setia menyatakan walaknya kepada Umno juga. Bagi Lebai, Umno adalah segalanya bila terus terusan memuji memuja Umno dan BN bagai nak 'gila'. Penyakit ini orang panggil 'Gila Umno'. Lebai ni bukan lagi jadi tongkat Umno tetapi dah jadi pelapik tiang Umno sebenarnya.

Siapa agaknya lebai yang duk  tersengih dalam majlis bersama PM ini ? Bersimpuh manja bukan main lagi. Kata UFN, musuh kalau dia suka kat kita tu tentulah pelik & sudah tentu ada yang tak kena? Satu analisis ada menyebutkan, kalau lebai dan macai tegar undi umno, Pas juga yang akan berpecah. Baca analisa oleh Ahmad Atory Hussain di - sini - maknanya 42 kerusi yg lebai nak tanding di Selangor itu hanyalah akal lebai nak menangkan Umno saja dan lebai sendiri siapkanlah kapur barus dan tempahlah 'kain puteh' agar mudah kita baca doa selamat. Lebai hanya jadi 'penampan' Umno. Umno makin gagah sejak berdamping dengan Lebai. Pas dan lebainya pula makin tercorot ke belakang. Berduyun ahli Pas yang muak dan meluat dengan perangai Lebai terus meninggalkan parti itu. Di Johor seawal dahulu 80% ahli Pas telah keluar parti itu, lihat video nya . Itu tak masuk kira di kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan di lain2 negeri lagi terutama Melaka yang dikatakan negeri 'subsidi' Umno. Pakatan harapan ada peluang cerah memerintah Melaka kali ini. Pulau Pinang jangan cakaplah, memang ia menjadi 'kubur' PA$. Cukuplah senario ini menjadi pengajaran buat lebai dan Pas agar jadikan ianya sebagai iktibar besar supaya tidak seiring lagi dengan UMNO dan BN.  



MUDAH SIKIT
MENEMPAH KAIN !

Lihat kenyataan Status ini di - Malaysiakini -
LEBAI LEBIH BAIK DIAM DARI BERCAKAP !
Malu Kenyataan seropa ini keluar dari mulut Chief Lebai !
Tak sanggup nak post gambar2 atlet wanita yg berbaju baju mandi tu. Belum lagi acara 'floor Gymnastics' ! huh!!! Takut nanti walaun2 pun tumpang semangkuk pakat miang? Berpeluh beb! KahKahKah

*Statement Lebai begini adalah hasilannya Lebai berbaik dan gian nak tambahkan kemesraaan dengan Umno sahaja. Tak ke mana pun 'statement' begini, hanya ke laut saja. KahKahKah.
Buat kajian apa lebai? Sejak boleh bersimpuh bagai VVIP makan bersila bersama Tokeh Umno, lebai semakin galak main buah catur, lebai cuba mencatur di kerusi panas satu malaysia. Kenapa lebai tak catur di kerusi 'Pekan' kerusi paling 'panas' sekali. Kata Umno tu musuh tradisi Pas dan Lebai? Ada berani ke Lebai?

Kerusi Permatang Pauh yang lebai mahu juga kan?..Siap kain puteh cepat sikit bro!
Akirkalam

Biarkan Pas jalan sendiri. Memang Pas selalu mengaku kuat dan berasa kuat tetapi lemah sendi dan urat. Merata Cawangan Lebai bubar setiap bulan tapi duk mengaku kuat situ ler !!! Ceramah umum Lebai makin ceroi, pudar dan malap seperti paparan di atas. 

Kerajaan Pas Kedah dan Terengganu jatuh ketika Pas diuar-uarkan sedang kuat. Sekarang dia rasa kuat di Selangor, Kedah, Kelantan dan negeri lain. Itu pasal 'status' seperti di atas perlu sangat Lebai bikin gemparq. Mantik mudah ialah manusia yang lemah saja sentiasa mengaku kuat, macam orang pendek & renek tak rasa dia tu kemetot. Kahkahkah.

pertarungan tiga penjuru dlm PRU tak perlu dibimbangi sangat. Lebih-lebih lagi apabila situasi itu tidak boleh dielak lagi. Pas dan lebainya dah sua pala tengkok di Ptg. Pauh. Tunggu kena sembelih ajer laa. 
Pas hanya akan diundi oleh penyokong tegarnya saja, bukan pengundi kritikal. Penyokong tegarnya juga semakin berkurang dgn situasi yg berlaku dlm parti itu kebelakangan ini. Situasi ini makin menjadi-jadi beb !!!
Jika penyokong tegar Pas tidak boleh memenangkan parti itu ketika berdepan satu lawan satu dgn Umno, adakah kini mereka menjadi ancaman pula kpd PH?
Umno memang suka kalau pengundi berasa Pas kuat, kerana itu Umno berupaya membantutkan usaha memperteguhkan PH. Padahal itu bukanlah hakikat sebenar Pas ketika rakyat sudah ada PH untuk berdepan dgn BN.

Tiga penjuru tidak boleh dielak lagi. Usah risaukan bilangan penjurunya, tiga, empat, lima atau enam. Risaukanlah rakyat yg mungkin muak dgn sikap Lebai dan PA$ yg dilihat tidak konsisten dan flip flop

Sekarang PKR perlu seiring dengan PH. Tiada keperluan lagi terus melayan PAS dan Lebai mereka, usah dirayu lagi ! Kita PH buat keroja kita & Lebai Pas biarq ke dia mencarut maki semaunya.

KAHKAHKAH






Posted by Mat Tanjong at 1.50AM



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]