Fitnah Kian Berlegar !

Fitnah sudah menjadi makanan orang2 yang tidak takutkan Allah dan Hari Pembalasan. Ia tidak memilih mangsanya asal dapat mengadu domba sesama kumpulan  sendiri mahupun bukan, janji hati puas. Akhlak letak tepi, lebai ke tak lebai sudah tidak masuk kira. Kadang tu lebai lagi kuat adu dombanya. 

Terbaru. Tanpa usul periksa mendalam, seorang pengguna media sosial 'menghantam' Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa konon 'hilang' dan tidak turun padang ketika hujan lebat semalam 3 September baru-baru ini.  Pada hal enam jam AP Parit Buntar itu berada di sekitar lokasi banjir kilat itu sehingga tengah malam. 

Ini adalah 'fitnah' jahat yang berlegar di dunia maya dan banyak lagi kes2 serupa sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak punya tanggungjawab kerana mendambakan suatu yang belum pasti bagi mencapai niat sendiri sambil 'membunuh' secara senyap saingan politik sekali pun kurang berkesan. Pada hal AP Parit Buntar itu dilihat berada di kawasan itu dan hari ini 6 September, beliau telah bertindak menyerahkan laporan banjir dan meminta tindakan susulan diteruskan sini .


MP Parit Buntar tidak 'hilang


Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tampil menjawab fitnah kononnya beliau 'hilang' dan tidak turun padang ketika hujan lebat semalam.

Menurutnya, dakwaan tersebut termasuk penyebaran gambar yang jelas berniat buruk memandangkan kira-kira enam jam beliau berada di sekitar lokasi banjir kilat itu sehingga tengah malam.

Sehubungan itu, Naib Presiden AMANAH berkenaan mendesak pihak yang berniat jahat terbabit menarik balik fitnah yang ditabur dengan meneliti maklumat log pergerakan beliau seperti berikut:

6.30 petang - Mengumpul maklumat awal.

9.00 malam - Turun ke Simpang 3 sekolah Cina ke Bandar Bharu-Pekan Baru.

9.30 malam - Kawal trafik elak kereta terkandas bersama Pemuda dan beberapa orang di situ.

11.30 malam - Pekan Parit Buntar kawasan AM Bank tinjau keadaan jumpa Haji Sani Kemboja dan isteri.

12.01 tengah malam - Tinjau Taman Damai dan Setia Utama belakang Mydin. Sudah lewat kebanyakan penduduk berada dalam rumah.

12.30 tengah malam - Balik ke rumah.

Dalam hal berkaitan, Dr Mujahid menyatakan penghargaannya kepada mereka yang turut membantu mengawal lalu lintas di sekitar bandar Parit Buntar serta aktivis alam sekitar.

"Terima kasih tidak terhingga pada sukarelawan dan Pemuda kawasan sekitaran yang membantu kawal trafik di tempat saya bertugas semalam.

"Saya yakin kita semua membantu tanpa perlu dijulang nama demi Parit Buntar tercinta. Maaf, saya tak sempat 'berselfie' atau posing semasa bertugas.

"Terima kasih kepada Saudara Meor Razak dari Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan NGO lain kerana bersama kami dalam perjuangan alam sekitar khususnya di Kerian," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. | sumber

SUSULANNYA ! 

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa menyerahkan laporan hasil aduan rakyat dan tinjauannya berkaitan banjir pada 3 September lalu kepada Pejabat Daerah Kerian untuk diambil tindakan segera.Beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak memberi penjelasan kepada rakyat mengapa projek tebatan banjir Daerah Kerian gagal mengatasi banjir walaupun Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM350 juta (menurut kenyatan MB Perak sendiri).

Banjir itu dianggap paling buruk sejak 10 tahun yang lalu dan bagi sesetengah penduduk yang belum pernah rumah mereka dimasuki air menganggap ia terburuk sepanjang sejarah mereka mendiami rumah mereka sejak 20-30 tahun yang lalu. Selain itu beliau menuntut pampasan segera kepada mangsa banjir diberikan dengan satu kadar tetap iaitu RM1,000 kepada perumahan dan RM3,000 kepada premis perniagaan.. | sumber |

Jadi, fitnah yang berlegar itu terpaksa ditelan oleh orang yang menyebarnya bila semua tuduhan telah dipatahkan. Sebab itu jangan semudah itu menyiarkan perkara yang tidak betul dan orang yang berbuat sum'ah ini sepatutnya pergi berjumpa dengan Datuk Dr Mujahid sendiri serta menarik balik tuduhan melalui media juga. 

FITNAH 
MELANDA PKR? 


BIADAP DAN KURANG AJAR !!

Dalam satu perbualan whatsapp terkini, sdr "Hilman Idham"dengan jelas menggelar SUA KeADILan, Dato Saifuddin Nasution sebagai 'DAP Running Dog'.

Sikit nak ingatkan pada "Hilman", jangan terlalu biadap dan kurang ajar.

Semua tahu dan ada membaca tiap kenyataan oleh Dato Saifuddin Nasution, jelas apa yg disampaikan adalah secara umum..

Dengan mengambil sesetengah bahagian dari kenyataan tersebut dan dengan beri gelaran sedemikian, adalah satu perbuatan BIADAP dan KURANG AJAR terhadap seorang Setiausaha Agung Parti..

Jangan ingat, rakyat tak erti bahasa? Ingat, rakyat tak faham maksud Dato Saif?

*Modal kartel, spin kenyataan pimpinan tertentu demi agenda peribadi..

Soalnya sekarang ni, Hilman ni 'running dog' siapa? - Aman Shah II -


- Grafic Dari FB - Azhar Achil -
Saifuddin Nasution tidak pernah beri amaran kpd DSAI. Tuduhan ini dianggap paling melampau. Sebab itu Rafizi minta adakan satu Kongres Khas bagi selesaikan kemelut dalaman pimpinan utama dalam PKR, tetapi Rafizi pula kena 'serang' !

Apa yang Bro Saif jelaskan ialah, pesan yang ingin disampaikan DSAI adalah di sebalik gesaan untuk berunding dengan PAS, para pemimpin yang mewakili PKR merundingkan kerusi dalam HARAPAN perlu meneruskan tugasan itu tanpa mengambil kira 'faktor PAS'.

"Masa makin suntuk. Langkah yang lebih realistik adalah bekerja dalam kerangka HARAPAN," kata beliau.

Saifuddin berkata PKR komited dengan rangka kerja HARAPAN dan keputusannya berkenaan rundingan kerusi di antara parti-parti komponen. - Ramai tak hadham dan faham di sebalik kehendak AI yang sebenarnya. Maka berlegarlah fitnah yang hanyir !

Biro Politik kata sudah diberi amaran, Rafizi Ramli kata tiada amaran. Mana satu yang betul?  Ini Jawabannya..skroll kat bawah tu bro, baru tau sapa main adu domba *baca fitnah dan siapa yang benar. Semua ini hanya kerana Rafizi bersuara meminta diadakan satu Kongres Khas bagi mebincang kemelut dalaman PKR yang berpunca dari sebahagian kepimpinan utamanya yang begitu mahu kerjasama dengan Lebai PA$ yang makin gelong tu. KahKahKah.

Saifuddin nafi biro politik beri Rafizi surat amaran !
Setiausaha Agungn PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mendakwa biro politik parti itu memberikan amaran keras kepada Rafizi Ramli berhubung perihal rundingan dengan PAS.... 


Sin Chew Daily pun dah pandai putarqq belit ke? Paper SCD ini 'running dog' sapa pula? - SINI - Dan ini pulak ialah - Kenyataan Media - Datuk Saifuddin Nasution Ismail sendiri yang menafikan telah memberi amaran keras kepada Rafizi Ramli . 

Pendedahan eksklusif Rafizi Ramli ini sangat mengejutkan kami. Ini kerana Rafizi Ramli sendiri telah mengesahkan bahawa terdapat beberapa Ahli Biro Politik PKR yang merupakan pembohong dan sanggup menipu demi kelangsungan karier politik mereka. Malah lebih teruk lagi, Rafizi Ramli juga mengatakan bahawa terdapat 2-3 orang Ahli Biro Politik PKR yang TIDAK BERDISIPLIN.

Persoalanya sekarang, bagaimana PKR mahu mentadbir negara jika pemimpin mereka sendiri merupakan pembohong, dan jugak tidak berdisiplin. Ini tidak termasuk lagi Rafizi Ramli yang terbukti merupakan seorang pakar fitnah yang sudah berbelas kali dihadapkan ke mahkamah kerana memfitnah. Antara mangsa fitnah beliau adalah Tabung Haji. 1MDB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri serta ramai lagi. 

Dengan sikap disiplin yang teruk ahli - ahli PKR ini, adakah rakyat tetap mahu mengundi mereka pada PRU yang akan datang seterusnya menjadikan mereka kerajaan? 

Demikian luahan puak *al-Kartel yang tidak bersetuju dgn Rafizi Ramli, katanya 'sangat mengejutkan kami' ? Siapa kami ini? teruskan baca di bawah ini bro !

SURAT KETUA 
WANITA *AL-KARTEL NS

Surat aduan dari ketua wanita (Kartel) Ns ! Amboi, orang baru dalam parti pun dah pandai nak komplot menjatuhkan pemimpin yang dah banyak jasanya dalam parti. Semak dulu fakta dan kronologi sebelum nak tembak pemimpin sesuka hati. Takut tak ada peluang nak jadi calon PRU14 nanti kot. Ini mesti ada yang cucuk suruh buat? Sapa sangat engko Ya Habibi kalo nak banding dengan Rafizi Ramli tu? Sebesar jari kelingking Rafizi pun tak ada kamu tu, nama pun tak pernah muncul, tau-tau mai dari negori sombilan pulak tuh? KAHKAHKAH.

Rundingan PKR-Pas: Anwar hanya beri garis panduan, bukan arahan, tegas Rafizi

Kata kuncinya ialah - kenyataan Anwar semalam tidak boleh disalah ertikan sebagai persetujuan untuk terus menggantung rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan demi memujuk Pas sehingga ke saat akhir penamaan calon.
Rafizi Ramli menjelaskan, dalam isu rundingan kerusi dengan Pas, Anwar yang menjalani hukuman penjara mempunyai keterbatasan maklumat dan satu-satunya saluran maklumat adalah melalui para peguam beliau iaitu Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang diketahui pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan Pas untuk mengelak pertandingan 3 penjuru. 

Rafizi menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap kenyataan Anwar yang dilihat sebagai merestui rundingan Pas-PKR yang diusahakan timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dakwaan bahawa usaha itu direstui Anwar. 

Ada pihak yang mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar itu menjadi bukti bahawa strategi berunding dengan Pas hingga ke saat akhir itu datangnya dari Datuk Seri Anwar sendiri. Ramai penyokong Keadilan (PKR) dan PH serta rakyat terbanyaknya yang kecewa, tidak kurang juga yang menyerang Datuk Seri Anwar," ujar Rafizi dalam satu kenyataan, hari ini. Baca ini juga Azmin menipu bila nafi wujud tuntutan mesyuarat MPP tergempar .

Di sinilah berlegarnya 'fitnah' terhadap 'surat anwar' itu, pada hal Anwar hanya memberi 'guideline' sahaja dan BUKAN ARAHAN. Hal ini diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab untuk menyebarkan kononnya Anwar memberi arahan dan merestui untuk terus menggantung rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan demi memujuk Pas sehingga ke saat akhir penamaan calon. MAKA BERLEGARLAH FITNAH yg hampir 'membunuh' PKR ! 

Mujur ada orang dan susuk seperti Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang menangkis 'surat palsu' yang dirangka dengan menggunakan nama Anwar Ibrahim untuk melampiaskan hasrat mereka-mereka itu? Siapa lagi kalau bukan dari kumpulan *al-Kartel. Tahniah Rafizi dan Bro Saif ! Kemundian kumpulan ini cuba melaga-lagakan antara Rafizi dan Bro Saif seperti dijelaskan di atas itu. Bahaya 'fitnah' seperti ini? Boleh 'membunuh' tenaga besar dalam PKR sendiri. Nasib baik jarum *al Kartel tumpul beb!

Sekarang berlegar pula 'fitnah' terbaru yang baru tersebar luas kononnya SUA PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail meletak jawatan SUA PKR. Dahsyat permainan puak ni. Sampai tara tu depa punya jolok nak bagi luruh? KahKahKah. Bagaimana pun PKR telah menafikan Saifuddin letak jawatan SU. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu. “Tidak benar. Saya tak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu,” kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil kepada FMT.

Awal hari ini tersebar khabar angin mengatakan Saifuddin meletakkan jawatan selepas dikecam ahli parti kerana melanggar arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.  (Baca lagi di sini). 

Yang melanggar arahan DSAI itu bukannya Bro Saif mahu pun Rafizi tetapi kumpulan itulah yang ketuanya sudah rasa kerusinya tidak lagi selamat dalam PRU akan datang ini. PA$ dan lebai telah mencabarnya di dua kerusi utama miliknya sekarang ini. PA$ dan Lebai lah 'Biang Keladi' dalam kemelut dalaman PKR sebenarnya. KAHKAHKAH

Ada ke tempat untuk politik Bengis,Celupar Dan Marah2 ?. Adakah Politik macam Itu yang mampu selesaikan masalah dalaman Parti? Hanya Sekadar  Rafizi Bagi Cadangan Untuk Adakan Kongres Khas Untuk Selesaikan Masalah ! Pertembungan 2 Pendapat Secara  Baik Dan Tidak Merosakkan Parti,Maka Rafizi Dicaci,Dimaki Dan Diaibkan? Itu Standard Otak Segelintir Pimpinan PKR. Hargai Perjuangan Bapa Reformasi,Dsai Yg Membina Pkr Dgn Keringat,Darah dan Penjara..Bawa2lah bertenanglah segelintir pimpinan..Rafizi telah pun menegaskan dlm isu membabitkan rundingan PKR-PA$ itu, Anwar hanya berikan garis panduannya sahaja, bukan pun arahan. Pandai-pandailah hangpa tu, tapi jangan duk maki duk aibkan orang seperti Rafizi dan Datuk Saifuddin Nasution.. Baca sini .

Latheefa Koya melabelkan Naib Presiden PKR Rafizi sebagai 'Geng Ponorogo’ yg berperanan memecah belahkan parti. 

Terang dan Jelas puak *Al-Kartel menyerang Rafizi, memaki dan mengaibkannya. Tidak kedengaran pun Rafizi membalas balik  penghinaan mereka ini. Siapakah Lateheefa Koya (LK) ini? 

The Star Online memetik Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan bahawa rakan partinya, Latheefa Koya cuba mengaitkan dirinya dengan "Geng Ponorogo" yang merujuk kepada kawasan keturunan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di wilayah Jawa di Indonesia.

"Saya tahu ada kempen senyap terhadap saya dalam PKR oleh sekumpulan kecil yang menuduh saya dibeli oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memecah-belahkan PKR.

“Ini sebagai pertukaran jaminan kebebasan (dan saya) tidak akan ke penjara," katanya yang dipetik akhbar itu sambil menambah dirinya berdepan dengan banyak kes mahkamah.

Rafizi, bagaimanapun, berkata, beliau tidak merancang untuk melayan serangan Latheefa yang adalah anggota majlis kepimpinan pusat PKR. 

Rakyat lebih kenal dan menghargai Rafizi dari LK itu sendiri. Rasanya segala fitnah dan adu domba *al-Kartel ini akan memakan diri mereka sendiri. Rakyat Selangor tidaklah sedungu yang disangka mereka. Lihat Laporan nya.Maka Fitnah adu domba kian berlegar ! 

UMNO 
Tunggu Nak Terkam

 الفتنه اشد واكبر من القتل
FITNAH itu lebih dahsyat dan lebih besar dari membunuh. Allah melaknat siapa yang membangunkannya.. Baca sini .

Allahumma Ya Allah ! Jahuhilah kami dari al- Fitan (fitnah) zahir dan batin !


Posted by Mat Tanjong at 2.55AM



Comments

  1. Mat, aku rs puak kartel lbh kurang geng UG versi PKR kot? Ligat betoi nak brbaik dgn PAS smpai serang2 DAP. Majoriit geng kartel ni semuanya kaya2, ada bisnes.

    - Mat Safian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]