Ohhoo ! PA$ main 'Aci lon' dgn PKR ghopanya? [Video]

PA$ dan Lebai tengah main 'aci lon' ropanya, main
'sorok-sorok' kata orang tua-tua. Nak cakap terus terang dan kotakan apa yang dicakap di sana sini, riuh satu Malaya hanya jadi bahan ketawa macam perangai budak2 main 'aci lon' saja. 

Putus hubungan dengan PKR hanya di bibir saja..
Tarik tali saja, putusnya tidak. Teringat lagu dulu2 S.Roha & S. Ahmad dengan lagu Pegang-Pegang Tali ! Hangpa tengok Video ini, sedap lagu tu bro! Hahaha

Telah tiba masanya Pakatan Harapan mengorak langkah dengan berani dan benar-benar memberi harapan kepada rakyat. 

PAS tidak lagi boleh berikan laba dan keuntungan kepada rakyat. Umno sedang berkira nak buat kenuri besar menyambut kepulangan 'menantu'nya yang sudah lama bermesra manja. Bermain sudah berulit sudah, tinggal menyarung cicin dan majlis
sanding saja lagi. Tetamunya? Jangan tanya laaaa! 
Pasti meriah bak pinang di belah kapak..KahKah..

Selepas PAS membuat keputusan mahu putuskan tahaluf siyasi di antara mereka dan menutup jendela perbincangan dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Harapan tidaklah di merugikan PH sebenarnya malah ianya adalah berita yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua yang sudah bulat tekad untuk menghumban UMNO-BN dalam PRU-14 yang akan datang.

Tetapi macam duk kata laa, PA$ hanya riuh di mulut saja, beraninya tidak ! kerana masih ada ruang dan 'habuan' besar yang boleh diperguna
kan sehingga 'musim menuai' akan datang pulak !
Cantik permainan ini sebenarnya bagi lebai !

KAHKAHKAH
 
Putus hubungan 
Pas dengan PKR hanya 'acah-acah' sahaja



Keputusan Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR bukanlah suatu yang muktamad dan sekadar 'acah-acah' sahaja memandangkan ia disandarkan kepada persetujuan majlis syura parti itu.

Malah 'keputusan bersyarat' itu juga dibuat bagi menunjukkan bahawa Pas bukanlah pihak yang mahu memutuskan hubungan tetapi didorong oleh tindak-tanduk PKR.

Mengulas isu ini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad memberikan contoh usul Muktamar Pas 2015 untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Masa itu tidak ada syarat. Apabila dikatakan bahawa usul (memutuskan hubungan dengsn DAP) itu diterima tanpa bahas, dengan sendirinya hubungan dengan DAP telah terputus, (namun) ada pula pimpinan Pas yang menafikannya. Dan didakwa bahawa ianya tetap bergantung pada keputusan Majlis Syura Ulamak!

"Akhirnya terpaksa DAP sendiri menjelaskan bahawa dengan usul tersebut bermakna Pas sudah memutuskan hubungan dengan DAP. Oleh itu Kit Siang istihar, 'Pakatan Rakyat sudah terkubur'," jelas beliau.

Namun kata Khalid, Pas tetap menafikan bahawa mereka yang memutuskan hubungan tahalluf dan mendakwa ia berpunca daripada DAP.

"Seolah-olah usul yang diterima tanpa bahas itu tidak bermakna dan hanya main-main," katanya yang juga bekas pemimpin Pas.

Beliau yakin kaedah yang sama akan digunakan Pas dalam isu memutuskan hubungan dengan PKR.

"Sememangnya saya tak nampak Pas akan memutuskan hubungannya dengan Keadilan secara rasmi. Ini kerana Pas ingin berbangga dengan dakwaan 'Pas tak pernah khianat setelah membuat perjanjian. Pas yang ditolak keluar, bukan Pas yang keluar'," ujarnya.

Khalid juga yakin tindakan Pas itu dibuat bagi 'mengugut' PKR untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi parti tersebut dan mendorong PKR memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut menyentuh kesediaan Pas untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan menyifatkannya sebagai 'politik main-main' Pas.

"Ianya hanya sekadar nak pacak bendera dan mendakwa "kerusi ini kerusi Pas", bukan untuk nak menang di 80 kerusi tersebut. Yang penting pacak bendera, menang kalah lain hal. Soal menjatuhkan Najib tidak dilihat serius olehnya," ujar beliau.

Tulisan Khalid boleh diikuti dalam mingguan Amanah keluaran terbaru..masdar.

Maknawinya Hubungan
Lebai dan Parti Keadilan
PAS kononya ada pelan alternatif jika
putus dengan PKR?  Itu kata Bro Taki 
- lihat Mkini (6 Mei 2017) Altenatifkok mana bro? Alternatif tak mahu putus? Hahaha

Iskandar digugurkan dari kerusi
pesuruhjaya S'gor - 6 Mei 2017
Daun2 berguguran jika sanggah
Tok Sidang. Pelan2 longsor lah.

Puluhan, termasuk Exco PAS sambut MB di KLIA...Kelibat Iskandar Samad tak nampaklaa pulak, uzur kut? Kata Lebai di Mu'tamardah nak putus sangat2 dahhh. Kahkahkah

Hubungan PAS-PKR ditentukan dalam duaminggu kata lebai. Kita tengoklah betul keatau kamjat ke? Selalunya Kamjat.KahKah

Takkan kerana Selena Gomez,sindir Azmin.Alasan ngok PA$ nie jadi bahan tawa riangrakyat. Walaun terkebil2 kena bedal, tetapi masih tebal muka situ ler..KahKahKah...

‘Konsert Selena Gomez antara puncanya'
PAS ketika itu menyatakan bantahan keras
mereka atas dakwaan penyanyi itu terlalu 
seksi.Macam la walauns tak pernah tengokkonsert? PPV pun depa hantam tengok? Sokonsert camnie mau bising ke? Salena pundah baguih punya sopan, alasan lebai dahjadi seghabai. Putusnya tidak, songehnya
lebih ! KahkahKah.

 'Letak jawatan jika putuskan hubungan
dengan PKR' kata Bro Saif. 28.4.2017 .
Putusnya tidak lagi bro ! Pasainya bila
putus kena letak jawatan?Habislah lebainak kunyah 'chewing gum', ramai lebailagi selain 3 exco yang duk kunyah chewing gum tu..Ada berani lebai? KahKahhh


Selepas putus dengan
PKR, PAS digesa letak
jawatan di Selangor  

"Hangpa kebuloq ka?"
soal Mahfuz  

PAS Telah Khianat Pkr
& Pakatan Rakyat  


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$