'Cerekarama Lebai' Apa kata 'mereka' ? Siri 1

PA$ dan 'lebai'nya makin tersindir oleh ahlinya sendiri dan juga oleh ramai 'tokoh' politik saingan
yang rata-rata melihat Pas tidak lagi memperjuang
kan Islam yang 'syumul' . 

Mereka lebih teruja dgn Umno sekaligus abaikan tuntutan Islam dengan menolak segala mungkarat politik oleh UBN. Lebai PA$ ikut hanyut dengan rentak Umno. Contoh terbaru bagaimana seorang pelakon watak komedi mendapat pujian setengah pihak setelah berlaku insiden 'tampar' seorang di depan PM sendiri. 

Pelakon ini seterusnya mendapat liputan luas serta dijemput ke satu majlis bual bicara sempena sambutan Hari Belia Negara..lih. sini . Mafhum di sini ialah pelakon itu disanjung (siap dengan billboard), sementara mangsanya diminta supaya meminta maaf. 

Semua gejala ini menampakkan bahawa negara sedang menghadapi masalah yang serius. Di pihak Lebai, tentunya PAS, belum ada lagi sebarang kec aman terhadap insiden yang membabitkan pelakon yang juga berasal dari Terengganu itu? 

Seperkara lagi, dalam kemelut PA$-PKR, PAS dijangka kehilangan 5,000 pelbagai jawatan dalam Kerajaan Selangor sekiranya meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri itu. 

Sebagai perbandingan, bagi PKR, parti itu hanya kehilangan 45 jawatan dalam Kerajaan Kelantan setelah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua ahlinya yang menerima lantikan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan meletak jawatan.

Dari sumber PKR, di Kelantan, PKR ada 39 ahli majlis daerah, tiga penyelaras Dun dan 3 jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jumlah keseluruhannya adalah 45.

"Sebaliknya, Pas Selangor akan berada di pihak paling merugikan sekiranya parti itu berhasrat meninggalkan Kerajaan Selangor. 

Ikuti 'cerekarama' lebai dan apa kata pembangkang dan lebai sendiri dalam menghadapi pelbagai isu yang berbangkit.

Lebai PA$ Bukan Malaikat ! Manusia Biasa jer! 





Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin tampil membetulkan salah faham yang menganggap Pas seolah-olah agama manakala pemimpin parti itu seperti Nabi. Menurutnya, Mursyidul Am Pas juga bukan Amirul Mukminin memandangkan Pas adalah sebuah parti politik manakala berhijrah dari parti itu bukanlah keluar daripada Islam.

"Pemimpin Pas manusia, bukan malaikat. Mereka ada mulut, perut, kemaluan dan kemahuan duniawi macam orang lain juga. "Jika ulama Pas terima RM90 juta daripada Najib, apa yang peliknya? Mereka manusia, kan? Oh ya, Pas nak terima duit daripada siapa pun terpulang, itu haknya," kata beliau..baca lagi .



Manusia diukur dari nilai takwanya kpd Allah.Diukur dari lisan dia bertutur, dari adab yang dipamirkan. Pas dan lebai yang tersasul, jangananggap lebai semua betul. Ada ketika kembalimelantun. Rukun manusia naik dan turun... Itupasal Mahfuz kata Pas Selangor macam katun..Hahaha 






Pas Selangor 'kartun politik' tidak tentu hala, kata Mahfuz 

Desakan barisan Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan semakin jelas apabila ahli parti Datuk Mahfuz Omar sendiri turut menyarankan agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR..Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan *rakyat melihat Pas tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala*..lih. 'kartun politik'.KahKahKah | sampai hati Mahfuz kata katPas. 'kartun' tu bukan real punya citer. Apapun boleh jadi, jatuh pun tak mati, hempuksetengah mati pun boleh bangun lawan lagi.Itulah PA$ dgn politik lebai katunnya?Haha






 


Lebai Kanyaq GejutBekas Maestro Umno..

Hari ini Pemuda Pas mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar  tidak terikut-ikut dengan gaya Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menyerang Pas habis-habisan sehingga tergamak mengungkit nama bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. | sumber .
a maestri bolehlah diertikan dgn serangkapayat sebagai:  a man who is very skilled atplaying or conducting, manakala Maestro : is an honorific title of respect.  Jadi budak
lebai baru besaq nie tak usahlah nak menga
jar itik cara berenang yg betul. Nik Aziz tu'national figure' hak semua orang yng tahu kehebatannya melawan UmnoBN. Jadinya
lebai jangan penasaran. Bila TGNA lawan
Umno, kenapa lebai tak ikut sama? Kenapalebai 'khianati' Tok Guru sendiri? Dah jelakcerekarama lebai dgn Umno. Menyampah..




Undi Umno atau Undi PA$ ! Eh !Kerjasama lanamanya tu !!

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan sikap Pas mutakhir ini yang berbaik dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak bukannya untuk menyelamatkan Malaysia. "Parti lama saya (Pas) nak berbaik dengan Najib bukan untuk selamatkan Malaysia tapi selamatkan Najib," bidasnya..."Undi Umno atau undi Pas. Eh, ini sudah kerjasama. Untuk apa? Untuk selamatkan orang yang melingkupkan Malaysia," tegasnya dalam pidato Selamatkan Malaysia di Lembah Pantai malam tadi..(sambung sini).
Nak selamatkan Malaysia, mestinya tolaksegala kerosakan yang berlaku di hadapanmata. Kalo PA$ dan lebai waras berfikirantentu mereka jauhkan diri dari Umno yang diketahui banyak menyusahkan rakyat.Bukan undi Umno, bukan undi Pas bro !!   

 





Satu sindiran Kpd Lebai PA$

Berapa banyak kerusi kamu mahu, soal PKR 
Saifuddin Nasution berkata setiap pemimpin PAS memberikan angka yg berbeza.SUA PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini tidak pasti berapa banyak kerusi Parlimen yang PAS mahukan untuk pilihan raya umum ke-14 kerana setiap pemimpin parti itu memberikan angka yang berbeza.Oleh itu beliau berkata tidak adil jika beliau mengulas rancangan pilihan raya PAS kerana tiada angka muktamad... ~ sini beb ! .
Berapa kerusi mau tanding daaa. Lebai cakapbukan-bukan, orang tu kata gini, yang lain katagini. Lebai cakap pusing-pusing daa ! Mana broSaif tak hot ! Cakap biaq teghangg! PAS  mulanak masuk kerusi tradisi PKR di Lembah Pantaidan Batu pula. It's okey 2 fight kalo lebai dah rasa kuat ! kut nanti tinggal gigi ngan gusi kut?KahKahKah.




PAS mahu tanding kerusi Izzah, Tian Chua..Pesuruhjaya Mohamad Noor Mohamad berkata juga akan mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi majoriti DAP seperti Segambut. PAS Wilayah Persekutuan berikrar akan bertanding di 9 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, termasuk Lembah Pantai, yang kini diduduki Nurul Izzah Anwar, dan kerusi Tian Chua, Batu..(sumber) .
Bro lebai boleh try tokai tengok masuk tandingkerusi LP ini. No wonder bro ! Lebai nk 'share'nak bagi UBN menang ke? Bila nk 'ngorat' kerusi PKR habaq kata tahaluf dh batal tapi masihmenongkoi kat dalam kerajaan tak rasa salahpun! Kah kah Kah
 

|









Lebai PA$ Bukan 'anak jantan' 

Pas dicabar meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor jika mereka 'anak jantan' ekoran parti itu menamatkan kerjasama politik dengan PKR. Perwakilan Johor di kongres Pemuda PKR ke-12 hari ini berkata demikian dengan merujuk keputusan parti itu baru-baru ini mengarahkan semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka..(sumber).
Kalo bukan anak jantan? Pondan ler namanya.Tidak pun darai darat,Jenis lebai muka tembokmana ada rasa malu. Hahaha 




Lebai PA$ Merajuk sakan


Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya.PAS Wilayah Persekutuan mahu meng hapuskan 'khurafat' kononnya parti 'pak lebai' tidak mampu keluar dari Pantai Timur dan Utara Semenanjung..Masih terluka dipanggil “pak lebai”, PAS Wilayah Persekutuan mahu menghapuskan sindiran parti lawan dengan meletakkan calon di kerusi Putrajaya, yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN)..ruj. ‘pak lebai’.

Kan ke manis dipanggil lebai? Apasal bara?Terluka konon! sepatutnya dipanggil sahaja"Lebai Malang". Berangan bukan main you.Merajuk jer, nak tawan Putrajaya you! Haha









Siapa yang 'Pusing-Pusing ni?



Ibrahim Ali: PAS cakap ‘pusing-pusing’, tak perlu heret Istana
3 exco PAS Selangor perlu berani meletakkan jawatan jika mahu maruah parti dipandang tinggi. Ibrahim Ali menasihatkan PAS supaya tidak bercakap ‘pusing-pusing’ dengan mengatakan hanya Sultan Selangor berhak mengarahkan 3 exco mereka meletak jawatan. “3 exco PAS di Selangor patut letak jawatan mereka dan tidak perlu berdolak dalik mengatakan pegang jawatan itu atas mandat rakyat..ruj.
‘pusing-pusing’.
Kalo Brahim Ali pun kata Pas dan lebai jenis'pusing-pusing', kira lebai dah teruk sangat tubro, pasai yang kata itu pun jenis berpusing2jugak, macam gasing daaaa. Hahaha 




Bekas hakim sekolahkan Takiyuddin 

Pelantikan exco di tangan menteri besar, kata bekas hakim
Perlembagaan negeri beri kuasa kepada menteri besar untuk memilih siapa yang akan bekerja dengannya, kata Sri Ram..Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mempunyai hak eksklusif untuk merombak majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN), kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.“Dengan berbuat demikian beliau boleh menggugurkan exco sedia ada dan melantik anggota baharu,” katanya kepada FMT..
sumber
Takkan lebai PA$ tak paham lantikan politikberpunca dari mana? Lebai saja buat 'dol' nk'pulun' apa yang patut? Cuba tengok watikahyang diterima masa 'lantikan' dulu? Siapa sebenarnya yang tandatangan?Siapa pengerusi'kerajaan negeri'? Inilah cerekarama lebai diSelangor.Malu laa sikit sampai kena sekolahsemula oleh bekas yang arif ! 


















Wayang 'Melayu' Menjelang PRU !



Bekas Timbalan Presiden Pas,  Nasharudin Mat Isa mengingatkan orang Melayu Islam agar bersatu bagi mengelak keganasan dan peperangan yang berlarutan di Timur Tengah berlaku di negara ini...“Kita dijadikan sebagai Melayu dan Islam, tidak ada faktor yang menyebabkan kita tidak boleh bersatu,” katanya seperti dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini..Ruj. sini .
UMNO dgn retorik bangsa dan PAS dengan retorik agama. Bangsa dan Agama dipergunauntuk agenda politik murahan bila dah sampai musim pilihanraya . Wayang 'Cheap-Matinee tulebai masih putar lagi? Dah jelak orang tengok. 


Gud Bye PA$ Kelantan ! 


PKR membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta. Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan."PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta..Ruj sini.
Sekarang lebai PA$ di Selangor nampakterkulat-kulat dengan tindakan PKR ini.Kalo ada maruah lebai kena cepat lepaskan jwtn di S'langor pula. Jngan sampaidikata 'kebuloq' sangat ! KahkahKah. 











Istilah 'Arab'.. Modal Lebai PA$


PAS guna istilah Arab raih sokongan orang Melayu, kata Dr M. Bekas perdana menteri berkata ahli PAS sukar berubah kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyerang PAS, mendakwa parti itu pintar menggunakan agama dengan pelbagai istilah Arab bagi menghalalkan segala aktiviti politiknya. Bekas perdana menteri itu memberi contoh istilah “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, yang kerap digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama dengan parti lain yang berbeza ideologi....

“Tahaluf Siyasi hanya bermakna bekerjasama (pakatan) politik dalam bahasa Melayu atau ‘political cooperation’ dalam bahasa Inggeris. Ayat-ayat Al-Quran yang disebut dalam kertas Tahaluf Siyasi itu tidak menentukan kerjasama politik seperti itu halal atau tidak.”..sambung sini.

Ajis baca bunyi Syair, Sudin baca bunyiArab, Ramlee baca tak bunyi langsung !Lebai ingat bila guna istilah atau wordsarab, orang akan tersilau? Sorry laa bro!La ni ramai dah ngaji arab, lebai susahlaa nak kelentong ! 








Cerekarama Terbaik Lebai
Lebai Kelantan ini mula kalut, mula gelabah bila mana PKR membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta. Apasal kalut? Lebai kata lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat..
KAHKAHKAH rakyat tegur sampah pun, lebai kata masuk neraka ?; lepas tu cakap drama pula kata sama-sama khidmat kpd rakyat? Ini hipokrit besar namanya. Lebai kalo buat 'cerekarama', dia sendiri berlakon beb ! Selanjutnya Baca Sini

Lebai KIAN MENGARUT
Akhir Kalam - Tak payah sumpah2 laa lebai ! Lebai politik lebih kebendaan, hilang malu tinggal sebu, lebai lebih pentingkan 'poket' sendiri, lepas ini jangan cakap lagi pasal dakwah. Say de truth, tell the truth. No money no dakwah ! no pitih no kalih !!!! Lebai memang tidak boleh dipercayai.






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?